Tarikh : 20 Januari 2023
Assalamualaikum dan Selamat pagi,
Hari ini selesai sahaja solat subuh, kami terus gerak masuk ke imigresen Bukit Kayu Hitam bagi mengelak kesesakan dan jem dengan harapan proses dekat imigresen Malaysia dan Thailand berjalan dengan lancar.
Anda perlu melalui berapa check point untuk masuk ke sempadan Thailand iaitu:
- Cop passport di imigresen Malaysia.
- Pemeriksaan polis Malaysia
- Isi borang custom declaration form kat kaunter imigresen Thai untuk mengisytiharkan kemasukan kereta ke Thai
- Cop passport dan serahkan departure card kat imigresen Thai
Setelah 2 jam berhadapan dengan imigresen Malaysia dan Thailand, kami akhirnya dapat melepasi sempadan Thailand dan meneruskan perjalanan yang di rancang. Perjalanan ke Krabi mengambil masa kira-kira 5 jam dengan melalui daerah Phathalung dan Trang.
THE MUD CRAB SCULPTURE KRABI
Mud Crab Sculpture merupakan patung ketam yang besar dan menjadi landmark utama Krabi. Ianya terletak di jeti khanap Nam yang berhampiran sungai dan berdekatan dengan bandar krabi. Pengunjung perlu singgah di sini untuk bergambar bagi menandakan anda sudah sampai ke Krabi. Bagi yang datang dengan kereta, anda perlu parking di tepi-tepi jalan kerana tempat ini tiada disediakan parking khas.
CHECK IN I REST AONANG SEAFRONT
Hotel ini menjadi pilihan utama aku kerana lokasi nya strategik. Ianya berdekatan dengan pantai aonang dan kami hanya berjalan kaki sahaja untuk ke pantai. Terdapat banyak kedai-kedai ditepi jalan yang menjual pelbagai jenis barangan dan keperluan asas serta kedai makanan halal pun senang di perolehi.
Dari segi kelengkapan asas, hotel ini menyediakan kelengkapan seperti tuala, toletries, tv, peti ais mini, mineral water, pemanas air, wifi dan hair dryer. Bilik hotel sangat selesa, agak luas dan amat sesuai dengan kami satu famili. Aku sangat recomanded untuk anda stay di sini jika datang ke krabi.
Cuma satu sahaja kelemahan iaitu hotel ini tidak menyediakan parking dan ianya sangat sukar bagi kami yang datang dengan kereta. Kami terpaksa parking ditepi jalan yang ada line warna hitam/ kuning putih. Jika parking kat line merah, pihak polis akan clam kereta dan anda perlu bayar RM50 sebagai denda.
Parking kat sini memang susah untuk di perolehi kerana parking yang line hitam/kuning amat limited dan ianya sentiasa full. Kami bernasib baik sebab pada masa itu terdapat sebuah kete sedang keluar dan kami cepat2 masuk parking tersebut. Kami tidak akan keluar dengan kereta untuk ke mana2 destinasi kat aonang atau ke pekan krabi kerana risau ketiadaan parking.
Hotel yang kami tempah berdekatan dengan restoran bar/club yang mana kami perlu melalui restoran ini untuk masuk ke hotel. Laluan ini agak meriah, bising apabila menghampiri ke malam dan bunyi bingit ini akan membawa sehingga lah ke tengah malam. Walaupun begitu ianya tidak menganggu laluan kami kerana kawasan ini memang hidup sampai ke pagi.
LUNCH DI HASEEYAH HALAL FOOD AONANG
Anda jangan risau bab makanan bila sampai di Aonang Krabi kerana kat sini terdapat banyak pilihan restoran halal yang anda akan jumpa terutama di kawasan masjid Aonang Al - Munuawarah. Pada asalnya kami ingin makan di restoran May & Zain yang berdekatan dengan masjid namun niat itu terpadam tiba-tiba apabila terjumpa restoran Haseeyah halal food.
Ia menjadi tarikan kami kerana terdapat pelbagai menu yang dipamirkan dan pelanggan pada masa kami lalu agak ramai. Ini memberi keyakinan kepada kami bahawa restoran ini mungkin menyediakan menu yang sedap dan menyelerakan.
Tanggapan kami memang betul dan pilihan untuk makan kat restoran ini memang pilihan yang tepat. Tomyam seafood yang dihidangkan memang terbaik dan mi goreng seafood pula memang sedap. Aku recomened untuk korang makan di sini sekiranya sampai di Krabi.
AKTIVITI DI PANTAI AONANG
Suasana pantai Aonang memang meriah pada waktu ini dengan lalu-lalang kenderan, pengunjung yang terdiri dari pelbagai bangsa, kedai-kedai jualan, aktiviti2 pantai dan banyak lagi. Kami sekadar berjalan di tepi pantai, menghayati suasana pantai dan mengambil gambar.
SWORDFISH SCULPTURE AT AONANG BEACH
Swordfish sculpture merupakan tugu ikan todak besar yang dibina berhampiran dengan pantai Aonang dan ianya menjadi lambang utama kepada pelancong yang datang ke pantai aonang. Kami telah bergambar satu famili di tugu ini sebagai tanda kenangan kami pernah sampai di pantai aonang.
FIRE MAN SHOW
Salah satu aktiviti yang menarik perhatian kami ialah fire show yang ditunjukkan oleh kanak-kanak. Pertunjukan ini bermula pada pukul 6 petang yang pada waktu ini ramai pengunjung sedang beriadah termasuklah kami.
Kami ralit melihat kemahiran kanak-kanak tersebut bermain dengan api tanpa rasa takut dan bimbang. Keberanian yang ditunjukkan membuatkan terpegun sekejap. Namun perkara ini tidak perlu dibimbangkan kerana mereka memang dilatih daripada kecik untuk membuat pertunjukan ini.
No comments:
Post a Comment