"Sedikit dan mencukupi adalah lebih baik daripada banyak tetapi melalaikan "

You Don't Have To Be Rich To Travel Well

TRIP TO KRABI & HATYAI (DAY 3)

 Tarikh : 21 Januari 2023

Assalamualaikum dan Selamat Pagi, 

Berjumpa kita pada hari yang ke tiga dengan destinasi dan aktiviti yang berlainan daripada sebelum ini. Hari ini kita hendak menerokai pulau yang ada di Krabi. Aku telah booking hoping island 4 pulau dengan agensi yang aku perolehi daripada FB. Agensi ini boleh bercakap bahasa melayu dan yang penting makanan yang disediakan masa aktiviti hopping island adalah halal dan tidak meragukan. 

Harga yang diberikan oleh agensi selepas aku minta diskaun adalah 3600 bath bagi 2 dewasa dan 2 kanak2. Agak murah dan berbaloi. Bagi yang ingin hopping island dan booking bilik hotel kat aonang anda boleh hubungi Bida Daree Tour Agency di +66857887410

BREAKFAST 

Sebelum meneruskan aktiviti hopping island, kami breakfast dulu kat kedai yang dimiliki oleh agensi ini. Menu yang disediakan adalah nasi kerabu, gulai ayam dan kuih2. 

HOPPING ISLAND

Selesai sarapan, van datang ambil kami menuju ke jeti untuk aktiviti hopping island. Sebelum naik boat, kami perlu mendaftar nama setiap orang dan tour guide memberi satu gelang merah untuk orang dewasa pakai bagi senang untuk mereka pantau bg group. 

Kat sini memang ramai tourist yang datang untuk aktiviti hopping island yang kebanyakkan nya dari luar thailand. Kami telah di bawa menerokai 4 pulau iaitu:

  • 1. Ao Railay Lam Pha Nang
  • 2. Chicken island
  • 3. Tup island
  • 4. Poda island

Selamat datang ke jeti

Pendaftaran nama dan dari mana

Aku minta anak2 isi sendiri nama masing2 

Bergambar dahulu sambil menunggu boat datang

Kawasan ini agak teduh kerana terdapat pokok2 rimbun macam ni

Ao Railay Lam Pha Nang

Kami di bawa menaiki speed boat selama 15 minit untuk sampai di pulau yang pertama iaitu Ao Raily Lam Pha Nang. Tempat ini merupakan satu kawasan bongkah batu yang tinggi yang mana kami di bawa berjalan tepi bongkah yang disediakan khas untuk pejalan kaki. Sepanjang jalan kami dihidangkan view batu yang berbentuk stalagmite dan tajam yang dikenali phra nang caves. Ada juga disediakan track untuk hiking ke puncak, rock climbing dan tempat mandi manda. Tour guide memberi masa selama 45 minit untuk berada disini sebelum beredar ke pulau seterusnya. 

Jalan untuk masuk ke gua phra nang


Pintu masuk utama

Kedai jualan dan kaunter info dipintu masuk utama

Memasuki lorong pejalan kaki

Bongkah batu berbentuk tajam dan memanjang


Phra nang beach tempat mandi manda dan rock climbing

View pantai yang menjadi tumpuan utama pengunjung









Tup island 

Perhentian yang ke dua adalah ke Tup island yang merupakan satu pulau kecil dan menjadi tumpuan orang ramai untu mandi dan berjemur. Kat pulau ini ada satu gerai jualan makanan dan minuman serta tempat khas untuk yang merokok. Pasir yang putih dan air yang sangat jernih memang sesuai untuk mandi. Tour guide bagi masa 40 minit untuk kami explore pulau kecil ini. 






Chicken island 

Pulau ini dikenali sebagai Chicken island kerana rupabentuknya seakan-seakan bentuk ayam dan ada sejarah disebaliknya. Kami stop di pulau ini just untuk bergambar dan snorkeling. Pihak tour guide memberi peluang intuk mengambil gambar atas boat yang berlatarbelakang berlatarbelakang chicken island. Aku memang tidak lepaskan peluang ini dan iannya hanya datang sekali sahaja so kami berdua bergambar sebagai kenangan di hari tua. Anak2 memang tak lah dorang nak bergambar... 

Kat pulau ini juga kami diberi peluang untuk snorkeling selama 1 jam. Tour guide memberi setiap sorang google untuk snorkeling dan google ini perlu dijaga dengan elok agar tidak hilang atau rosak. Sekiranya hilang atau rosak, kami didenda dan perlu bayar dengan harga yang ditetapkan. Gambar semasa snorkeking memang tak sempat ambil sebab semua dikalangan kami teruja untuk menjalankan aktiviti ini termasuklah anak2. 

View berlatarbelakangkan pulau berbentuk ayam

Lagi... 

Dan lagi... 

Poda island 

Pulau yang terakhir kami stop adalah poda island. Kat pulau ini kami diberikan makanan tengahari secara buffet. Menu yang dihidangkan adalah sup ayam, sayur berkuah dan suhun + sayur goreng. Menu nampak simple tapi apabila makan sedap juga. Mungkin masa ni kami kelaparan kerana letih main pantai. 

Sebahagian penumpang bot yang kami naiki sedang mengambil makanan yang disediakan

Ini antara menu yang disediakan. Menu ini halal kerana telah disediakan oleh orang muslim.

Suhun goreng

Ini lah jadi nya bila dipaksa bergambar

View disekitar Poda Island

Speed boat bersidai di gigi pantai sambil menunggu penumpang untuk di bawa pulang

View sekitar Poda Island

Sempat bergambar sorang-sorang di Poda Island yang berlatarbelangkan bongkahan batu yang menjadi simbol pulau ini.



Night Market Krabi

Seperti biasa kami ke night market Krabi tanpa kehadiran anak-anak. Mereka lebih suka duudk di bilik hotel bermain gadget berbanding keluar berjalan-jalan. Dunia dorang memang berbeza dengan dunia kami yang sentiasa menginginkan kelainan pada setiap masa. Kami tidak ingin melepaskan peluang yang ada didepan mata dan tidak ingin melepaskan untuk menikmati dunia luar yang telah di bayar dengan masa dan wang. Mungkin anak-anak sekarang tidak merasai apa yang telah kita korbankan untuk sampai ke tahap ini. 

Kami tidak menaiki kereta ke night market Krabi kerana bimbang takut ketiadaan parking selepas balik dari night market so kami menggunakan perkhidmatan tuk-tuk yang disediakan di area Aonang. Tuk-tuk di Thailand ini ibarat mini bas yang boleh dinaiki beramai-ramai dengan orang lain dengan bayaran dikira satu kepada 60 bath / RM8.00. Perjalanan ke sana mengambil masa kira 30 min sejauh 26km daripada pantai Aonang.

Pasar malam Krabi terletak betul-betul dalam bandar Krabi yang menjual pelbagai barangan yang terdiri daripada pakaian, beg, kasut, handicraft, cenderahati dan juga gerai-gerai makanan termasuk yang halal dan non halal. Daripada pemerhatian aku, pengunjung yang datang ke sini ramai terdiri daripada pelancong asing dari pelbagai negara termasuk Malaysia dan jarang sekali rakyat thai datang membeli belah ke sini. Mungkin pasar malam krabi ini merupakan salah satu tempat yang dijadikan sebagai tarikan pelancong daripada luar. Itu yang warga asig banyak tertumpu di sini termasuk lah kami ini.

Kami ke sini hanya ingin melihat kemeriaahn suasana pasar malam dan membeli sedikit makanan untuk dimakan sebagai dinner pada malam ini. kami membeli satay ikan dan daging, ais krim kelapa dan air kelapa serta sedikit denderahti hati untuk di bawa pulang. Setelah meruangkan masa hampir sejam di sini, kami terus bergerak pulang ke hotel dengan menaiki tuk-tuk yang memang ada disediakan di situ. Kesabaran perlu tinggi untuk menaiki tuk-tuk ini kerana mereka tidak akan bergerak selagi penumpang tidak penuh. Kami memang tiada pilihan dan terpaksa menunggu sehingga penuh sebelum ianya bergerak.

Membeli belah di gerai Aonang beach

Untuk tidak melepaskan peluang dan sisa-sisa masa yang ada, kami mengambil kesempatan untuk berjalan-jalan sambil shopping ke kawasana aonang beach yang terletka berhampiran dengan hotel kami. Pukul 10 malam kat sini masih awal dan ramai lagi pengunjung yang berduyun-duyun lalu-lalang dikawasan ini sambil membeli belah dan lepak minum di restoran yang ada disitu. Kawasan ini memang meriah pada waktu malam ditambah lagi dengan kedai-kedai bar yang dibuka sehingga lewat malam.

Kami berjalan dan window shopping serta lepak makan/minum disekitar aonang ini sehingga ke pukul 11 malam. Pada ketika ini aku dapat merasakan penat berjalan telah menyerang dan kaki telah bagi hint supaya balik ke bilik hotel. Namun begitu kami telah mengambil keputusan untuk reward diri dengan mengambil perkhidmatan mengurut yang ada disediakan disitu. 

Foot Massage

Perkhidmatan mengurut ini banyak terdapat di sekitar Aonang ini dan tawaran pelbagai jenis urutan yang disediakan. Harga yang ditetapkan oleh kedai massage adalah sama dan tiada harga murah atau mahal. Anda boleh memilih kedai urut mana yang anda suka yang penting khidmat ururtan yang diberikan adalah berbaloi dengan apa yang kita mahukan. 

Setelah selesai jalan-jalan dan membeli belah di gerai jualan yang terletak di pantai aonang, kami ingin merasai belaian urutan yang disediakan disitu. Kami hanya mengambil 'perkhidmatan urutan kaki' sahaja dengan bayaran 250 bath untuk 1jam. Perkhidmatan dan layanan yang diberikan memang terbaik dan dalam masa 1 jam tersebut kami dapat merasai kenikmatan urutan yang luar biasa. Pada ketika ini segala masalah dan beban kerja yang ditanggung hilang begitu sahaja.

Setelah selesai mengurut, kami dapat merasakan bahawa bunyi bising yang didengari sebelum ini senyap dan sunyi begitu sahaja. Dan aku memandang kepada jam yang ada disitu sudah menghampiri pukul 12 tengahmalam. Patut lah senyap sebab banyak gerai sudah tutup dan orang ramai pun sudah balik ke sarang masing-masing.

Dalam perjalanan balik ke hotel, aku melihat ada 3 orang kanak-kanak (mungkin adik beradik) sedang membawa barang-barang terpakai yang telah dimasukkan dalam guni. Si abang dan kakak mengangkut barang tersebut tanpa sedikit puan mengeluh malam airmuka nya nampak gembira dan tersenyum lebar. Manakala si adik pulak yang aku agak umur 3 atau 4 tahun mengikut sahaja ke mana abang dan kakaknya pergi. Aku terpikir dimana agaknya mereka tidur malam ini? Sedangkan pada waktu ini sepatutnya diorang sedang tidur di rumah. Aku biarkan mereka berlalu sebab aku terpaksa memasuki lorong untuk balik ke hotel penginapan.


DAY 2           DAY 4





No comments: