"Sedikit dan mencukupi adalah lebih baik daripada banyak tetapi melalaikan "

You Don't Have To Be Rich To Travel Well

CAMERON HIGHLAND DAY 2


Day 2
Date : 6 Ogos 2017

Sebelum check out, kami Breakfast dulu di tingkat 3 dgn menaiki lift. Menu yang disediakan adalah nasi lemak, bihun goreng, nasi goreng, nuget, hotdog, kueh mueh, teh tarik, mineral dan air 3 in 1


Pasar tani Brinchang Cameron Highland

Terletak di Bandar Brichang dekat dengan tapak pasar malam lama. kami singgah sekejap untuk beli sayur dan strawbery. Sayur kat sini agak murah iaitu Rm10 utk 8 paket. Pelbagai jenis sayur untuk setiap paket. Sayur yg di jual memang segar dari ladang dan boleh pilih sayur apa yang mahu. 

Selain sayur banyak lagi barang lain yang di jual seperti kain baju, selipar, benih pokok dan nusery, beg, mainan kanak2 dan pelbagai makanan juadah yg terhidang. Memang meriah sangat. 

Dibelakang tu adalah pasar tani Brinchang
Sebahagian sayur yang di jual



Suasana di pasar tani waktu pagi


Lavender Garden

Terletak di Tringkap, Cameron Highland jalan untuk ke Simpang Pulai. Perjalanan dari Brinchang  mengambil masa 25 minit sejauh 12 km. Bayaran masuk adalah RM10 for adult dan RM7 for kids.

Taman Lavender ini adalah salah satu tempat yang menjadi tumpuan utama pelancong. Sebaik sahaja melangkah masuk anda di hidangkan dengan pameran kereta antik, lock love, decoration bunga hidup yang berwarna warni, kolam ikan, buaian, ladang strawberi, bunga ros(boleh petik sendiri dgn harga Rm2 sekuntum) dan juga di sediakan tempat khas utk bergambar sesuai utk kanak2 dan juga org dewasa.

Disamping itu, ada juga kedai2 aksesori yang menjual pelbagai barangan kosmetik termasuk losyen, perfume, mandian, fridge magnet, gift dan byak lagi.Gerai gerai makanan ringan juga ada disediakan.

Agak berbaloi dengan harga  yang di kenakan dan amat berpuas hati. Untuk sesiapa yg akan datang ke Cameron, tempat ini adalah sesuai utk di kunjungi bersama keluarga dan kawan2.

Jom kita tgok gambar dibawah....

View depan Taman lavender...
Tepi kolam.




1st. Masuk terus di hidangkan dengan bunga2 cantik bab permaidani...

Bunga lidah buaya...kat kg dulu selalu tanam bunga ni sebagai hiasan...

Replika PANDA...

Very love you all....

My daughters

Action!

Buaian... cepat2 duduk takut org lain dapat dulu. Jenuh juga menunggu. Bila dah dapat main sepuas hati...

Bunga2....terasa cam musim bunga lak..koyal jap

Sesuai untuk kanak2...

Bukan main seronok korang yer...ummi juga yg letih melayan

Terbang tinggi di awan biru...

Kuch kuch hotai hai...

Living lavender...

Sit on the giant Pumpkin.....

Taman Agro Technologi  MARDI 

Terletak di Tanah Rata  berdekatan dengan balai polis Tanah Rata Cameron HIghland dengan melalui Jalan Persiaran Dayang Indah. Harga untuk masuk ke sini adalah RM5 for adult dan RM3 for kids dan terbuka kepada semua pengunjung.

Mardi ini adalah sebagai tempat agriculture research. Dibina di atas tanah seluas 42 hektar yang merangkumi dekorasi taman, pelbagai spesis bunga, tanaman pokok2 benih, ladang strawberi, ladang dan kilang teh, taman permainan kanak2, Taman arnab dan banyak lagi.

Pokok anggur dan epal juga ada di tanam di sini tetapi oleh kerana bukan musim, pokok tersebut tidak menghasilkan buah. Ada sedikit kekecewaan kat situ. Tapi tak apa....banyak lagi aktiviti yang boleh diterokai di sini.

Untuk nampak lebih jelas, jom scroll ke bawah untuk view gambar2 tempat yg telah kami explore...

Pintu masuk....

Dekorasi Taman sebagai tempat kunjungan...

Si Sophea tak sporting langsung...




Ladang strawberi...tak boleh petik sekadar tengok sahaja. Disediakan juga makanan2 berasaskan strawberi utk di makan tetapi dikenakan bayaran.

Buah strawberi yg sempat aku snap...tnggu masa utk masak

Buah apa tah aku tak pasti...

Tanaman hiasaan berpasu

Taman mini Arnab...walaupun tak besar namun ia boleh menceriakan anak2....

Taman mini burung...

Ladang teh....walaupun tidak seluas ladang teh yang ada di luar sana namun ia nya tetap cantik di mata pengunjung.


Pejabat Mardi...tidak di benarkan masuk. Kami hanya buat lawatan di luar sahaja

Taman permainan kanak2...

Buaian boleh menjentik hati kanak2 kecil walaupun hanya sekadar duduk sahaja.

Dalam pukul 2 ptg kami beredar dari MARDI untuk pulang ke destinasi. Sepanjang perjalanan pulang kami di hidangkan dengan pemandangan yg amat sukar utk kami lepaskan. Nak tak nak kami grab jugak lah petai dan rebung yg banyak jual di tepi2 jalan turun dari Cameron Highland ke Tapah.

Alhamdulillah...berakhir lah percutian yang tidak dirancang ini. Walaupun agak sekejap dan dranstik tapi kami berjaya meraih kepuasan dari percutian ini. Masa yang ada kami gunakan sepenuhnya sepanjang 2 hari 1 malam. 

Pesanan aku untuk pergi travel tak semestinya menunggu masa ada duit/kaya. Pergi lah bercuti...gunakan duit yang ada sebaik mungkin. Ini kerana kepuasan berjalan bukan di nilai sebanyak mana anda ada duit tapi di nilai dari kepuasan yang kita perolehi walaupun menginap di hotel budget.


CAMERON HIGHLAND DAY 1

Tarikh : 5 Ogos 2017

Budget ringkas
1. Hotel Rm190 ( 1 malam) - termasuk bfast
2. Tol dari Sg. Buloh ke Tapah Rm33.80 (pergi dan balik)
3. Minyak kereta Rm70(pergi dan balik)
4. Tiket masuk Ladang teh walk in Rm6 (dewasa dan kanak 7 tahun ke atas            Rm2).
5. Tiket masuk ke Taman Rama-rama Rm26 (dewasa Rm10, kanak Rm6)
6. Tiket masuk ke Lavender garden Rm22 (dewasa Rm7, kanak-kanak 7 Rm4)
7. Tiket masuk ke Mardi Rm13(dewasa Rm5, Kids Rm3)
8. Makan(bfast, lunch & dinner) Rm100

Total : Rm460.80