"Sedikit dan mencukupi adalah lebih baik daripada banyak tetapi melalaikan "

You Don't Have To Be Rich To Travel Well

Pulau langkawi - Budget dan trip DAY 1

Tarikh perjalanan    : 22-24 Disember 2018 (3D2N)
Travel members      : 3 Dewasa adn 2 kanak-kanak

Ringkasan budget untuk 3D2K:
1. Minyak kereta (pergi balik) RM200
2. Tol (pergi balik) RM 100
4. Tambang feri RM 206
5. Sewa kereta viva untuk 2 hari RM180
6. Penginapan P motel langkawi RM520
7. Anggaran makan RM200
8. Anggaran shopping RM300
9. Tempat lawatan: 
     -kereta kabel RM180
     -Skybridge RM21
     -Makam mahsuri RM48
10. Caj parking untuk 3 hari RM 45

Jumlah budget RM 2000.00



Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Setelah dirancang sekian lama, akhirnya kami mengambil keputusan untuk menunaikan hasrat becuti di Pulau Langkawi bersama suami dan anak-anak. Percutian ke Pulau Langkawi ini adalah kali pertama dan kami tidak pernah menjejakinya sebelum ini. Jom kita mulakan perjalanan dengan bismillah dan semoga dipermudahkan oleh Nya.

Perjalanan dari rumah di Rawang ke Jeti Kuah Langkawi mengambil masa 4 jam 25 min (420km) dengan kereta melalui lebuhraya utara selatan. Tepat pukul 12 tengahari, kami telah sampai di Jeti Kuala Kedah. Parking untuk letak kereta agak terhad dan full memandangkan pada masa ini musim cuti sekolah dan ramai pengunjung datang ke sini. Oleh itu kami terpaksa mengambil keputusan untuk parking kereta jauh sikit daripada jeti Kuah namun semuanya ini diuruskan oleh tuan punya parking dengan bayaran iaitu RM 46. Tak kisah lah mahal ke murah, yang penting urusan parking kereta telah selesai dan harap-harap bila balik nanti kereta selamat sampai ke tangan kami.

Seterusnya kami meneruskan untuk menaiki feri yang telah ditempah sebelum ini secara atas talian. Perjalanan menaiki feri mengambil masa 1jam 45 min untuk sampai ke Jeti Kuah. Perjalanan yang agak lama bagi kami memandangkan tiada apa-apa aktiviti yang boleh dilakukan dalam feri tersebut melainkan makan dan tidur.

Akhirnya sampai jua kami ke Jeti Kuah. Aktiviti pertama yang perlu dibuat adalah mencari tempat makan memandangkan kami semua kelaparan terutama anak-anak. Keluar sahaja dari Jeti Kuah terus nampak restoran KFC. Tiada pilihan memang kena makan KFC sebab ini makanan kegemaran anak-anak. Sambil makan aku sempat menghubungi pemilik kereta sewa untuk mengambil kereta yang aku tempah dari awal lagi. Pemilik kereta sewa ini adalah adik kepada kawan aku jadi senang lah sikit untuk berurusan. Bercuti ke Langkawi ni memang wajib sewa kereta kerana pengangkutan awam memamng sukar dan susah untu bergerak yang mana-mana destinasi yang hendak ditujui.

Setelah selesai urusan makan dan sewa kereta, kami terus menunju ke penginapan P motel langkawi yang telah ditempah melalui agoda. Kami tempah motel jenis apartment yang adalah 2 bilik dan dapur. Motel ini memang luas, selesa, ada aircond dan kami amat berpuas hati.


Tempat letak kereta free

 Breakfast memang termasuk dalam pakej yang disediakan-ruang makan

 Apartment yang kami tempah...teramat selesa

Setelah selesai urusan check in, kami meneruskan perjalanan ke pantai yang popular di Langkawi iaitu pantai Chenang

Sepetang di pantai Chenang

Pantai Chenang memang sentiasa dipenuhi oleh pengunjung yang datang dari pelbagai pelusuk negeri di Malaysia dan juga dari pelancong luar. Kami sampai di sini sekitar pukul 6.15 petang dan aktiviti yang boleh dilakukan adalah bergambar dan melihat matahari terbenam. Kami mengambil peluang melihat pemandangan pantai dan menghirup udara pantai yang nyaman dan tenang.

Jom kita lihat gambar yang sempat kami snap untuk emnjamu mata.

Gelagat orang ramai di pantai chenang.

Banyak resort dan chalet di sekitar pantai chenang.






Banyak aktiviti pantai disediakan.


Sophea

Orang ramai masih lagi berada di area pantai dan masing2 menunggu sunset tiba

Kami juga tidak ketinggalan menunggu sunset dengan penuh sabar.

Suami masa ni bagai kan bulan purnama tengah mengambang. Masa ni diat hancurss

Indahnya pemandangan kat sini



Yeyy...sunset dah nak tiba. Jom kita sama-sama menghayati keindahan alam ciptaan Tuhannya sambil mengangumi kebesaranNya
















Alhamdulillah..akhrnya matahari terbenam jua. Ini adalah lumrah alam yang telah ditetapkan oleh Allah.
Memandangkan solat magrib boleh dijamak dan qasar dengan isyak di Hotel, kami mengambil peluang meninjau gerai jualan yang terdapat di pantai chenang. Kami telah membeli air kelapa dan makanan ringan untuk dimakan sambil melihat orang ramai yang lalu-lalang disekitar kawasan tersebut.

 Gerai-gerai jualan...sekadar menjamu mata

Suasana malam disekitar pantai chenang.. terlalu sibuk

Setelah selesai, kami mengambil keputusan untuk balik ke hotel sahaja memandangkan  seharian kami dalam perjalanan.

Kami sekadar dinner dengan membeli makanan dan makan di dalam hotel sahaja. Setelah selesai urusan mandi, makan dan solat, kami terus rehatkan diri dan simpan tenaga untuk meneruskan aktiviti esok hari.

Good night!

No comments: