"Sedikit dan mencukupi adalah lebih baik daripada banyak tetapi melalaikan "

You Don't Have To Be Rich To Travel Well

Jeju Island - Day 3

Good morning everyone..

Memandangkan aktiviti semalam begitu padat, so hari ini kami memulakan perjalanan agak lambat sedikit. Ini kerana selepas solat subuh, anak-anak dan suami meneruskan aktiviti tido untuk tambahkan energy agar perjalanan selepas ini dipermudahkan.

Seperti biasa aku tidak meneruskan adegan 'sleepy beauty' kerana ingin menyiapkan breakfast dan juga bekal untuk makan tengahari. Setelah selesai semuanya, tepat jam 10, kami memulakan perjalanan dengan penuh semangat dan begitu fresh.

Hari ini kami decide untuk pergi ke Eco Land Theme Park. Pemilihan ke tempat ini kerana mengambil kira keinginan anak-anak yang inginkan suasana theme park. Perasaan diaorang perlu diambil kira bagi mengelakkan 'bad mood' anak-anak yang tidak menentu dan sukar dikawal. Pesanan aku jika travel bersama anak kecil, anda perlu selitkan intenary khas buat mereka.

Untuk maklumat tambahan, disediakan parking untuk pengunjung dan bayaran adalah free. Manakala tiket masuk kat sini untuk 2 dewasa dan 2 kanak-kanak adalah RM165.00.

Jom kita scroll ke bawah untuk melihat secara lebih lanjut apa yang ada di Eco land ini.

Eco Land Theme Park
Merupakan tempat tarikan utama pelancong terutama kanak-kanak yang berasaskan alam semulajadi dan taman. Yang agak menarik disini adalah untuk ke satu-satu tempat , anda perlu menaiki mini train yang sentiasa ada selang 5 mnit. Mini train ini akan berhenti di setiap station khas untuk menurun dan mengambil penumpang. 

Pada permulaan menaiki mini train ini, anda perlu menunjukan tiket yang di beli dikaunter dan boleh masuk  mengikut mana-mana pintu train yang diinginkn. Train ini akan berhenti di lima station utama iaitu Eco bridge, Lake Side Station, Picnic Garden Station, Lavender, Green tea & Rose Garden. Terpulang kepada anda samada anda ingin menaiki train atau berjalan kaki.Ini kerana jarak antara setiap station tidak lah jauh sangat.


Main entrance



 Map - Ada 4 main station untuk train berhenti dan setiap stesen ada ke istimewaan masing-masing

Ini lah mini train yang disediakan


cam takutkan....?tapi bukan takut cuma diorang bergaduh sebab masing-masing hendak duduk tepi tingkap.

Bunga 

Stop di Eco Bridge

 Eco Bridge - ada tasik yang luas dan diliputi oleh hutan. Udara sangat segar masa ni


 Eco Bridge - banyak aktiviti kat sini. kami hanya lihat sahaja kerana banyak lagi tempat yang perlu kami lawati...



Wind mill - Kita boleh lihat di dalam macamana wind mill ini berfungsi

Rumah Hobbits



Lavender garden

Replika Tukang kebun




Sayup mata memandang


Ladang tanaman yang luas - kami hanya memandang dari jauh sahaja

Tempah rendam kaki

Pengujung akan duduk sambil rendam kaki

Foot bath ini adalah last aktiviti dan pengunjung boleh menaiki train untuk ke Main station yang masa mula-mula kita naiki. Destinasi seterusnya ialah ke Jeongbang waterfall tapi kami perlu mencari port yang sesuai untuk makan tengahari. Apa-apa pun kita teruskan perjalanan ke tempat air tejun dan jika terjumpa tempat yang sesuai untuk makan kita akan stop.

Kami membuka bekalan makanan lunch di kawasan taman berdekatan dengan air terjun. Tempat ini sesuai untuk kami berkelah kerana ada pondok tempat berteduh, jauh dari pandangan orang ramai dan agak sunyi. Hanya ada seorang sahaja yang sedang membersihkan kawasan dan pokok tapi kami abaikan yang penting perut perlu di isi.


Selepas makan kami teruskan aktiviti ke tempat air terjun Jeongbang

Jeongbang Waterfall
Merupakan air terjun yang unit di Korea yang mana air terjun ini terus jatuh dan mengalir ke laut. Ketinggian air terjun ini adalah 23 meter dengan kelebaran 10 meter dan ianya menarik ramai pengunjung yang datang. Bayaran masuk untuk dewasa adalah RM7.20 dan kanak-kanak adalah RM3.60. Parking disediakan dengan bayaran adalah free.

Dikejauhan kami dapat rasakan percikan air yang jatuh dari kawasan yang tinggi dan bunyi deruan air yang kuat membuatkan hati kami ingin melihat secara lebih dekat. Terasa kebasahan apabila percikan air itu membasahi pakaian kami lebih-lebih lagi apabila kami menghampiri air terjun tersebut. Namun begitu, kami tidak hiraukan kebasahan tersebut kerana ia amat menyeronokkan dan menyejukan badan kami yang panas sebentar tadi.


Deretan kedai jualan



Dari kejauhan kita boleh nampak air tejun Jeongbang


Untuk ke tempat waterfall, anda perlu menapak menuruni beberapa anak tangga. Agak curam dan bahaya sedikit.



Dikejauhan kami dapat rasakan percikan air yang jatuh dari kawasan yang tinggi dan bunyi deruan air yang kuat membuatkan hati kami ingin melihat secara lebih dekat. Terasa kebasahan apabila percikan air itu membasahi pakaian kami lebih-lebih lagi apabila kami menghampiri air terjun tersebut. Namun begitu, kami tidak hiraukan kebasahan tersebut kerana ia amat menyeronokkan dan menyejukan badan kami yang panas sebentar tadi.

















Cheonjiyeon Waterfall


Satu lagi waterfall yang sempat kami kunjungi iaitu Cheongjiyeon waterfall. Bayaran masuk untuk dewasa adaah RM7.20 dan kanak-kanak RM3.60 sama rate dengan waterfall yang tadi. Manakala parking adalah free. Kelainan pada waterfall ini berbanding yang tadi adalah waterfall kat sini tidak boleh merasa percikan air dan hanya boleh melihat dari jauh sahaja kerana ianya dipisahkan oleh air yang dalam. Angin kat sini tidak kuat sangat. Mungkin kawasan ini ditutupi oleh hutan dan bukit yang membuatkan pergerakan angin terhalang. Namun begitu, air tejun ini ada keistimewaan nya yang mana view kat sini lebih kepada alam semulajadi dan penuh ketenangan. 

Tidak rugi jika anda berpeluang untuk berkunjung ke tempat ini kerana setiao tempat ada tarikan masing-masing. Perjalanan dari tempat parking menuju ke tempat air tejun mengambil masa lebih kurang 10 min jalan kaki. Anda tidak akan terasa jauh kerana semasa dalam perjalanan anda dihidangkan dengan view hutan dan sungai yang cantik. 

Di hadapam kedai ini disediakan parking kepada pengunjung

emm...480m lagi untuk sampai

Bergerak menuju ke tempat air terjun. 





Acara merendam kaki - airnya sangat sejuk dan amat sesuai dengan cuaca yang panas masa ni


Dongmun market Nigh

Kami ke sini lagi kononnya nak mencari kedai yang menjual gift dan aksesori namun tidak berhasil. Dongmun market ini hanya menjual barang-barang basah, sayur dan barang dapur sahaja. Tapi tak pe yang penting kita dah usaha....Kat sini kami hanya jalan-jalan sahaja sambil menghirup udara malam.





Yongduam Rock


Kami sempat berkunjung ke Yongduam rock yang terletak ditengah-tengah bandar Jeju. Dikenali Yongduam Rock kerana terdapat view batu yang berupa kepala naga dan terletak di tepi pantai. Niat asal adalah untuk mencari sotong bakar kut-kut ada dijual di kawasan ini namun tidak berhasil yang ada hanyalah restoran non halal yang memang tidak sesuai untuk seorang muslim masuk dan makan kat situ. So kami kat sini hanya datang untuk mengambil angin malam dan melihat suasana malam di tepi pantai.

Untuk anda yang hendak datang ke Yongduam Rock, perlu datang waktu siang kerana pemandangan waktu siang lebih jelas untuk melihat view batu yang berbentuk kepala naga. Waktu malam hanya melihat kesamaran sahaja namun begitu kecantikan view waktu malam tidak boleh dinafikan...

Pemandangan yongduam rock diwaktu malam...



Tarikan diwaktu malam dengan cahaya lampu 

Back to guesthouse


Day 2                                                                                                                                              Day 4

No comments: