"Sedikit dan mencukupi adalah lebih baik daripada banyak tetapi melalaikan "

You Don't Have To Be Rich To Travel Well
Showing posts with label Melaka. Show all posts
Showing posts with label Melaka. Show all posts

BANDAR HILIR MELAKA - 1 DAY TRIP

Date trip : 11 dec 2011


Pada 15 April 1989 bandar Melaka telah diisytiharkan sebagai 'Bandaraya Bersejarah' dan secara rasminya bergelar 'Melaka Bandaraya Bersejarah.' Status sebagai 'Bandaraya Bersejarah sememangnya amat sesuai dan layak untuk Melaka.

Kunjungan kami ke melaka dengan menaiki kereta yg jarak nya 146 km drp KL amat memberi pengalaman bermakna bagi kami.
Oleh kerana sudah lama tidak menjejakkan kaki ke bumi melaKa....kami amat teruja dan seronok utk menerokai kesan peninggalan sejarah dan melawat tempat2 yg menarik yg menjadi kebanggaan rakyat melaka....

Bermula lah episod perjalanan kami yg tak di rancang....


Sebelum sampai ke destinasi...kami berhenti rehat jap di R & R ayer keroh.Tikar di hampar dan bekalan pun di buka...Makan begini secara beramai2 amat menyeronokkan.Masing2 tengok dulu sebelum makan....

MENARA TAMING SARI
*sebelum tu Sedikit info sy nak nyatakan di sini
*Ketinggian mencapai 80 m
*Boleh memuatkan 66 passenger dlm satu2 masa
*Berada di atas dan membuat pusingan selama 7 minit
*Dari atas dapat melihat view yg cantik seperti sungai melaka, selat melaka, dataran pahlawan dan pusat bandaraya melaka
*Bayaran masuk utk dewasa Rm10 dan kanak2 Rm5

Apa lagi...jom kita rasai keseronokan menaiki menara ni...


Sedang menunggu giliran untuk menaiki Menara Tamingsari...Masing2 begitu excited dan teruja ...maklum lah ini adalah satu pengalaman baru bagi kami.Awas!...bagi sesiapa yg ada penyakit gayat di larang sama sekali he2...


Panorama drpd atas menara..Kelihatan Laut selat melaka yg terbentang luas....


Juga kami dapat melihat sungai melaka dari jarak 80 m...


Bergambar beramai2 di hadapan replika kapal Flo De La Mar di jalan Quayside berhampiran muara sungai melaka....amat besar dan begitu real pada pandngan mata...di bina pada awal 1990 berdasarkan sebuah replika kapal portugis. Kapal ini juga di kenali sebagai Museum Samudera kerana di dalam nya terdapat  lukisan, peta lama, replika hang tuah, model kapal, artifak yg berkaitan maritim dan urus niaga dagangan di era kegemilangan melaka. Semua ini di jadikan pameran untuk di lawati oleh orang ramai...

Masih lagi kat area replika kapal tapi berlatarbelakangkan bangunan museum...


Jom naik ke atas dan lihat apa yg ada di dalam sana....



Sebelum tu... bergambar jap...di belakang kami adalah view muara sungai melaka...



Boboi dan biey


Boboi ambil peluang bergambar bersama maknya


MELAKA RIVER CRUISE

Untuk merasai panorama keindahan bandar melaka amat sesuai jika kita mencuba utk menaiki cruise di muara sungai melaka....kecantikan lebih di rasai pada waktu malam yg berakhir pada pukil 11 mlm

*Starting point adAlah di muara jeti Yg bedekatan dengan replika kapal dan brgerak menyusuri sungai melaka sehingga sampai di Taman rempah jeti.cruise ini akan berpatah balik ke tempat Permulaan tadi
*45 minute di peruntukan untuk berada didalam cruise dan sejauh 9km utk sampai ke end point...
*Bayaran rm10 utk dewasa dan rm5 utk kanak2 ( harga ni utk yg ada mykard)
*foreigner Rm15 utk dewasa dan Rm5 utk kids  ( yg tak ada mykad)

Sekadar info jer...kami tak naik pun He2...just tinjau dan ambi gambar jer...
Bawah ni kami snap beberapa keping gambar untuk tatapan bersama


Tak dapat naik bot pun tak apa...yg penting muara sungai melaka menjadi background kami...its nice view...



Relax and cool... begitu mendamaikan


Happy family...abang bersama isteri dan anak2nya....


Kakak bersama anak2 nya...The Big family

REPLIKA KINCIR ANGIN KESULTANAN MELAYU MELAKA

Setinggi 13 meter di gunakan untuk menimba dan mengalirkan air dari anak sungai untuk kegunaan pedagang2...
Di bina di kawasan saluran sungai @ parit yang airnya deras bagi membolehkan pengayuh itu bergerak dan memusinkan roda....
Ia melambangkan kehebatan melaka dan teknologi ketika itu yg di bawa oleh penjajah belanda....replika ini di pertontonkan dengan lebih dekat kepada para pelancong

Aku sempat snap beberapa keping gambar yg berlatarbelakangkan kincir air...



Berjalan beramai2 menuju ke replika kincir angin

Pok li : alahai...lenggang kangkong nampak...cepat sikit berjalan tu..




Tak sia2 pok li panggil diaorang ni berjalan cepat2...
Tengok lah tu..elok jer bergambar...
Emm..dah cukup korum
1..2..3 ready.....cut!
Aku jer tak der....mood sedih..


Bergambar di kubu perang


Wahhh...berebut nak bergambar...meriam dah tak nampak dah..
boboi dah siap naik atas meriam dah....budak2....

Biey : tunggguuu...biey nak bergambar juga




Ready to snap....

Daniel and Yellow shoeS...cantik kasut..he2


Biey bergambar di tepi muara sungai melaka yg menjadi tempat laluan utama perdagang2 zaman dahulu...dan sekarang menjadi laluan boat cruise...
Yang warna merah di belakang tu ada lah HARPER'S restoran terapung...


Boboi budak nakal bergambar bersama maknya...
Di belakang tu tempat laluan utama boat cruise yg membawa pelancong melihat suasana dan pemandangan sebenar kota melaka...



KOTA ST. JOHN

kota ini telah di bina di melaka oleh pihak Belanda semasa suku ke tiga kurun yg ke 18...
kubu ini pernah menjadi gereja khas portugis yg sempena mengambil nama paderi st john.

Ianya mempunyai ciri menarik kerana meletakkan meriam mengadap ke tanah besar kerana di waktu itu serangan keatas melaka datangnya dari sana bukan dari arah laut...



BUKIT SAINT PAUL

Bukit ini menempatkan "our lady of the hill" sebuah gereja st paul  Yg di bina di puncak bukit pada tahun 1521.
Gereja portugis ini di bina dengan mengadap laut selat melaka yg begitu indah viewnya dan Kini hanya tinggal serpihan2 batu dan dinding tanpa bumbung.

Beberapa blok nisan Empat segi besar bersandar di dinding bangunan ini dengan design dan tulisan dalam pelbagai bentuk.
Di sini juga terdapat sebuah wishing well untuk pengunjung membuang hajat Dengan dengan mencampakkan duit syiling ke dalam lubang yg berupa seperti perigi yg besar.

Aku hanya lihat sahaja tanpa ada niat utk berbuat demikian.Di dalam nya terdapat banyak duit syiling dalam pelbagai bentuk dan nilai.


sempat posing didalam bangunan st paul yg dulunya sebagai tapak gereja...
dan kini di jadikan tempat sejarah yg sentiasa di kunjungi oleh orang ramai termasuk pelancong luar...



sempat lagi aku posing di tangga bangunan st paul...
tangga ini Di gunakan oleh orang ramai sebagai jalan keluar utk ke kubu a famosa



rehat jap...dan sempat snap gambar walaupun dalam keletihan...
almaklum lah banyak lagi anak tangga akan kami langkah untuk sampai ke tempat yg di tujui...
KUBU A'FAMOSA

Kota A'famosa ( yg bermaksud "yang termasyur" dalam bahasa portugis) telah di bina oleh orang portugis sebaik sahaja dapat menawan melaka pada tahun 1511
Ia terletak di bandar hilir melaka yg bersebelahan dengan replika istana kesultanan melaka 
dan gereja st. Paul

Mengambil masa selama 5 bulan untuk siap dan menggunakan ramai buruh paksa....kota ini mengalami kerosakan teruk sewaktu penaklukan belanda dan seterusnya di musnahkan oleh British...
Namun dengan campurtangan oleh Sir Stamford RAffles pada tahun 1808, sebahagian 
daripadanya berjaya di selamatkan iaitu dinding pintu masuk a'famosa kekal hingga ke hari ini....


Adik dan boy berposing di bahagian belakang bangunan A'famosa


Bergambar beramai2 di hadapan kubu a'famosa


Pintu masuk ke kubu A'famosa....


Wah...wah..syok nya naik keretapi...
walaupun keretapi ini tak bergerak tetapi kami seronok kerana dapat snap satu gambar yg begitu indan dan touching...teringat masa dulu2 di mana keretapi  ni lah yg menjadi pengangkutan utama di tanah melayu..



Bergambar beramai2 di taman bunga merdeka bandaraya melaka...





Sebelum berangkat pulang...kami makan dulu di tepi pantai selat melaka..
dari sini kami dapat melihat dari jauh keindahan bandar melaka yg padat dengan bangunan2...


Bergambar jap sambil menikmati kecantikan dan keindahan alam ciptaan Tuhan...
kami berangkat pulang pada hari yg sama pada pukul 5.30 ptg...
walaupun agak penat...kami tetap seronok kerana lawatan ini dapat memberi pengalaman yg paling berharga dan amat bernilai sekali...