"Sedikit dan mencukupi adalah lebih baik daripada banyak tetapi melalaikan "

You Don't Have To Be Rich To Travel Well
Showing posts with label Kuala Terengganu. Show all posts
Showing posts with label Kuala Terengganu. Show all posts

Terengganu Day 2

Date : 25 November 2016
Day 2

Breakfast



Menu yang disediakan kat kedai ini.

Nasi dagang tersohor di abad ini

Aktivi pantai belah pagi

Akiviti menulis di atas pasir

Aktiviti mengorek lubang ketam

Hasil tangkapan selepas lubang ketam di korek


Sempat rakam gambar famili sebelum ke tempat kenduri kahwin

Kenduri Kahwin


Selamat Pengantin Baharu

Masjid Terapung






Melihat dan memberi makan ikan

Terengganu Day 1

Date : 24 Nov 2016

Kuala Terengganu

Kunjungan kami ke Terengganu kali ini bukan sahaja bercuti malahan ingin memenuhi jemputan perkahwinan sahabat suami aku di Kuala Terengganu. Memandangkan perjalanan ke Kuala Trengganu mengambil masa agak lama, aku mengambil keputusan untuk menempah bilik hotel agar dapat menginap dengan selesa sebelum pergi kenduri kahwin. Sudah tentu aku memilih penginapan yang berdekatan dengan pantai agar anak-anak dapat menikmati aktiviti-aktiviti pantai seperti bermain pasir dan mandi ditepi pantai.

Seawal pagi kami sudah bertolak dari rumah menuju ke hingway karak pantai timur. Perjalanan mengammbil masa lebih kurang 6 jam mengikut higway pantai timur untuk sampai di hotel yang kami tempah. Sebelum check in hotel, kami lunch dahulu di medan selera yang berdekatan.

Akhirnya kami telah sampai di Kuala Terengganu

Medan selera sebagai tempat lunch kami

Kicap dan sophea tidak boleh dipisahkan

Check in Intan Beach Resort

Selepas lunch, kami meneruskan perjalanan balik ke hotel untuk berehat dan menghilangkan kepenatan setelah hampir  7 jalan perjalanan. Hotel Beach resort adalah menawarkan penginapan yang murah, selesa dan memuaskan. Amat sesuai bagi sesiapa yang ingin merasakan suasana angin pantai kerana resort ini betul-betul terletak berdekatan dengan pantai.
 
Sebaik sahaja sampai, aku terus ke lobi resort untuk proses check ini. Alhamdulillah, urusan check in agak senang, mudah dan pantas.

Signboard ke penginapan

Ini lah Intan Beach Resort.Amat sesuai bagi yang travel budget

Tempat parking kereta yang luas


Pasar Payang Kuala Terengganu

Memandangkan masa masih awal lagi, aku telah merancang untuk ke Pasar Payang bagi tujuan membeli belah dan meninjau kawasan pasar terebut. Alang-alang dah sampai Terengganu, tidak sah jika tidak sampai ke Pasar Payang. Pada mulanya aku mengajak suami dan anak-anak untuk ke pasar Payang tetapi diorang tidak mahu dengan alasan penat dan ingin berehat sahaja dalam bilik. Aku yang tiada  rasa kepenatan ini, tetap ingin meneruskan ke Pasar Payang. Bagi memenuhi impian dan kehendak, aku teruskan juga ke Pasar Payang dengan memandu kereta. Nasib aku kurang baik kerana dalam perjalanan ke Pasar Payang aku di tahan dan dikenakan saman dengan kesalahan tidak memakai tali pinggan. Memang aku akui bahawa ini adalah kesilapan aku sendiri keranasebelum ini aku memang tidak memakai tali pinggang semasa pemanduan. Semoga menjadi peingatan buat aku di masa akan datang.

Ini tidak membantut untuk aku meneruskan perjalanan ke Pasar Payang. Perjalanan diteruskan sehinggalah aku akhirnya sampai ke tempat yang aku ingin kunjungi. Alhamdulillah, setelah berhadapan dengan pelabagai rintangan dan dugaan akhirnya sampai juga aku ke sini.

Jom shopping...



Pasar Payang

Kain baju

Pelbagai jenis Makanan

Setelah puas cuci mata dan membeli apa yang patut, aku terus balik bagi meneruskan aktiviti pantai bersama dengan anak-anak.

Aktiviti Pantai

Peralatan pantai memang aku telah bawa siap-siap dari rumah bagi memudahkan anak-anak bermain dan mengelakkan pembaziran membeli peralatan permainan yang baharu. Pantai di sini memang tidak sesuai untuk mandi kerana ia agak bahaya dan dalam. Jadi aktiviti pasir seperti mengorek, menyodok, menggali dan melukis di atas pasir adalah aktiviti utama kami kat sini. Yang paling seronok kat sini adalah menjalankan aktivti mencari anak ketam dengan mengorek lubang yang ada di atas pasir. 

Anak-anak berada dalam dunia mereka sendiri kerana leka dengan bermain pasir

anak-anak seronok bila kita bagi kebebasan macam ini. Sure tidak meragam punyalah

View pantai