Assalamualaikum dan selamat pagi semua,
Hari ini masuk hari yang ke 6 kami di Osaka. Destinnasi kami yang seterusnya ialah ke Mt. Rokko yang terletak di daerah Kobe. Pada asalnya Mt. Rokko tiada langsung dalam intenary kami sebenarnya tetapi memandangkan anak-anak beria untuk main salji, so kat sini lah tempat yang paling dekat untuk dikunjungi. Seperti biasa pagi-pagi lagi aku sudah sediakan sarapan untuk alas perut.
Hari ini hari yang terakhir penggunaan Kansai Area Pass (KAP) dan sebarang perjalanan ke mana-mana destinasi perlu menaiki JR train atau yang seangkatan dengannya. Selain dari JR, kami perlu membayar tiket asing untuk menaiki trasport lain spt subway, bas dll.
Mt. Rokko
Mt. Rokko terletak di daerah Kobe dengan ketinggian 931 meter dari aras laut. Apa yang menarik di Mt. Rokko adalah terdapat Rokko snow park, musical box musium, Rokko Alpine Botanical Garden, Rokkosan Country House, Observatory,Rokko Graden Terrace dan Arima Ropeway.
Untuk ke Mt. Rokko, anda perlu berhenti di JR Rokkomichi stesen dan dari JR stesen Rokkomichi anda perlu menaiki bas selama 10-15 minit untuk sampai di stesen shita Rokko cable car dengan bayaran sehala iaitu 210 yen(RM8) untuk dewasa dan 110yen (RM4) untuk kanak-kanak.
Manakala tiket untuk memasuki Mt. Rokko termasuk cable car dan bas adalah 2200yen (RM83) untuk dewasa dan 1100yen (RM41.50) untuk kanak-kanak. Di bawah ini adalah peta kedudukan Mt. Rokko dan tempat-tempat yang boleh di lawati di situ.
Selepas menaiki cable car, anda perlu menaiki bas untuk ke destinasi yang ingin ditujui termasuklah Rokko garden terrace yang ada disediakan tempat salji. Dari peta ini anda akan nampak dengan jelas transport yang perlu dinaiki dan kedudukan tempat yang ingin dilawati.
Ini adalah bas yang disediakan untuk ke stesen Mt. Rokko
Stesen Shita cable car Rokko
Sebaik sampai di stesen Mt. Rokko, suasana agak sunyi dan tiada pun orang ramai yang datang berkunjung. Pada mulanya kami merasakan stesen Mt. Rokko ditutup sebab Covid19 namun ianya masih beroperasi dan kaunter pembelian tiket dibuka seperti biasa. Memandangkan kami sudah sampai ke sini, niat untuk ke Mt. Rokko perlu diteruskan juga. Dengan tidak berfikir panjang, kami terus memberli tiket untuk 3 dewasa dan 2 kanak-kanak. Tiket ini termasuk harga cable car dan bas ke puncak Mt. Rokko. Semasa kami menaiki cable car, hanya ada beberapa orang pengunjung sahaja. Aku beranggapan sekiranya tiada Covid19, kemungkinan tempat ini menjadi tumpuan utama pelancong dan sudah tentunya tempat ini di penui dengan orang ramai. Tapi bagus juga macam ni, kita tidak perlu bersesak-sesak dan berebut dengan orang ramai untuk menaiki cable car dan bas.
Didalam stesen Shita cable car Rokko
Ada 3 orang pengunjung jer yang naik bersama kami dalam cable car. Yang seronoknya kami bebas untuk memilih tempat duduk didalam cable car.
Begitu banyak tempat kosong dalam cable car.
Bas tersedia menunggu pengunjung
Cable car yang kami naiki mengambil masa 10 minit untuk sampai di stesen Sanjo cable car Rokko. Di stesen ini pula disediakan bas untuk membawa pengunjung ke beberapa lokasi yang berada di puncak Mt. Rokko sepertimana dalam map di atas.
Akhirnya kami sampai ditempat yang hendak dituju iaitu Rokko snow park.
Dah sampai di Rokko Snow Park. Buang sampah dulu
Ini adalah Pintu masuk Rokko snow park.
Anda perlu menunjukkan tiket untuk masuk ke dalam Rokko snow park. Anda dinasihatkan untuk membuat tempahan sewa peralatan permainan lebih awal di kaunter pintu masuk sebelum meneruskan aktiviti-aktiviti yg disediakan kecuali sekiranya anda hanya mahu berjalan-jalan dan melihat view sahaja. Jika tidak berbuat demikian, anda perlu berpatah balik ke kaunter pintu masuk tersebut dan ianya mengambil masa yang lama untuk sampai di sana.
Selepas membuat pembayaran, kaunter akan mengeluarkan satu resit sebagai bukti pembayaran telah dibuat dan resit tersebut perlu ditunjukkan dikaunter tempat pemgambilan peralatan permainan.
Banyak sebenarnya tempat permainan dalam ni tapi ia agak suram dan sunyi kerana tidak ramai pengunjung yang datang. Tempat permainan yang jadi tumpuan utama kat sini adalah meluncur dan dan snow board untuk kanak-kanak. Jadi kami terus menuju ke tempat salji yang khas untuk kanak-kanak.
Ini adalah tempat untuk meluncur.
Sekali lagi kami bermain salji tapi salji kat sini tidak sesejuk dan secantik salji di Biwako valley. Salji yang ada kat sini adalah salji buatan so feel untuk bermain salji kat sini ada sedikit kurang dan tidak teruja sangat tapi memandangkan dah sampai kat sini, so kami sewa 3 snow board bagi memberi kepuasan kepada anak2 untuk bermain.
Sebahagian pemandangan yg ada di Mt. Rokko
Ada juga forest adventure. Tak sempat nak explore
Kat tempat main snow board dan main salji ini ada disediakan kedai cenderamata, ruang rehat khas untuk panaskan badan serta tempat pengambilan peralatan untuk bermain salji. Peralatan ini perlu dibuat pembayaran dikaunter masuk terlebih dahulu.
Disediakan tempat khas untuk bermain salji
Disediakan tempat meluncur yang menggunakan snow board
Tempat untuk bermain snow board tapi yang penatnya adalah perlu berjalan kaki untuk naik ke atas sambil membawa snow board. Tak larat nak berbuat macam tu berulang kali. Dua tiga kali main dah rasa penat dan bosan kerana saljinya tidak selicin dan selaju salji yang asli. Nasib baik kami dapat bermain salji sepuasnya di Biwako Valley. Ianya agak berbaloi-baloi.
Begitu fokus dorang bermain salji
Percubaan untuk membuat orang salji-snowman
Sempat lagi Sophea membuat orang salji
Setelah hampir 2 jam lebih berada di puncak Rokko Snow Park dan telah puas bermain salji, kami mengambil keputusan untuk pulang dan meneruskan ke destinasi yang lain. Lagi pun perut telah bagi hint untuk di isi tapi kat mana kami perlu dapatkan makanan untuk alas perut. Kat tempat ni memang sukar untuk jumpa kedai makanan halal. Kami terpaksa mencari kedai makanan halal di bandar kobe yang berdekatan dengan masjid. Kawasan ini sudah tentu banyak kedai makan halal disediakan.
Untuk pulang, kami perlu menaiki bas untuk menuju ke stesen Sanjo dimana tempat cable car disediakan.
Belakang tu adalah view bandar Kobe yang anda boleh lihat dari stesen Sanjo
Kami tiba di stesen sanjo selepas 15 minit menaiki bas. Pada masa ini, kami sempat melihat view bandar Kobe dari puncak dan mengambil gambar sebagai kenangan. View kat puncak ni memang menakjubkan. Sukar diungkap dengan kata-kata.
Stesen Sanjo juga ada tempat observation untuk meninjau dan melihat view bandar Kobe dari atas.
Ini adalah stesen Sanjo tempat untuk menaiki cable car untuk turun ke bawah
Didalam stesen Sanjo cable car Rokko. Ini adalah tempat menunggu giliran untuk memasuki cable car
Cable car turun menuju ke stesen Shita
Jom tonton video yang disediakan oleh kami
Masjid Kobe
Masjid Kobe adalah satu-satunya masjid yang ada di bandar Kobe yang terletak di wilayah Hyogo di Jepun dan tempat tumpuan utama orang islam untuk solat. Ianya siap dibina pada tahun 1935 dan satu2nya masjid yang terselamat daripada di bom pada masa perang dunia yg ke 2.
Dari Stesen cable car Shita, kami menaiki bas untuk balik ke stesen JR Rokkomichi. Dari stesen ini, kami perlu ke stesen Sannomiya bagi meneruskan perjalanan ke masjid Kobe.
Dari stesen tersebut, kami perlu berjalan kaki sejauh 650 meter yg mengambil masa selama 10 minit untuk sampai di Masjid Kobe. Pada awalnya kami merasa putus asa dan kesian kat anak-anak untuk berjalan sejauh itu namun hasrat kami untuk melihat masjid kobe dan solat di situ amat tinggi, kami meneruskan juga perjalanan. Kami fikir kalau tidak pergi pada hari ini, tidak tahu bila lagi kami akan dapat jejak kaki ke dalam masjid tersebut.
Berpandukan google map pejalan kaki, kami mengikuti setiap arahan yang diberikan kerana pada masa ini kami memang percaya 100% pada map yang diberikan. Jom mulakan làngkah dengan bismillah dan berharap ianya berjaya sampai ke tempat yang ingin ditujui dengan selamat.
Dari stesen Sannomiya, kami menggagahkan diri berjalan kaki menuju ke masjid Kobe.
Berjalan menyusuri bangunan dan celah-celah lorong
Apa yg aku lihat, bandar kobe ini cukup besar dan amat membangun sekali. Bangunan kiri kanan semuanya besar dan begitu gah sekali walaupun ianya bukan bandar utama di Jepun. Tapi yg penting bandar Kobe ini cukup bersih dan kemas.
Semasa menyusuri celah2 bangunan, kelihatan tidak ramai orang dan begitu sunyi sekali. Walaupun begitu, aku merasa amat selesa dan selamat berada di sini
Apa yang aku perasan, makin dekat untuk sampai ke masjid, makin banyak restoran halal yang kelihatan. Amat senang untuk makan dan mencari bahan2 halal untuk masak sekiranya tinggal di sini.
Setelah hampir 15 minit berjalan kaki, akhirnya sampai juga kami di masjid Kobe.Alhamdulillah masjid yg selama ini aku idam2kan untuk lihat dan jejak ada tersergam indah di depan mata ku. Apa lagi terus aku mencari pintu utama untuk masuk ke dalam masjid bagi menunaikan solat fardhu zuhur dan asar.
My sister tidak melepaskan peluang untuk bergambar di hadapan masjid Kobe sebagai tanda kenangan
My husband juga snap gambar dihadapan masjid untui diabadikan dalam kenangan
Me and husband
Sebaik sahaja lepas solat, kami cuba untuk mencari restoran halal untuk mengisi perut yg lapar namun kelihatan tidak banyak kedai yg dibuka. Hasrat untuk makan dibiarkan berlalu begitu sahaja sebaik kami melihat satu kedai yang menjual barang makanan halal yang betul2 terletak di hadapan masjid.
Terus kami tidak keruan apabila melihat barang2 yang dijual semuanya menjadi idaman yang selama ini di cari sepanjang berada di jepun. Namun tiada guna kami membeli barang2 tersebut memandangkan esok adalah hari terakhir kami berada di jepun. Kami sempat membeli ramen segera, meggie sedap dan kudapan2 untuk alas perut.
Aku sempat snap gambar bandar Kobe yang pesat membangun sebelum meneruskan destinasi ke tempat yang lain. Lain-lain tempat yang menarik di Kobe tidak sempat kami kunjungi memandangkan kesuntukan masa. Rasa ralat sikit kat situ. Huuu...
Hanshin department store Umeda
Aku bersama suami telah mengunjungi shopping komplek terbesar yang terdapat di tengah2 bandar Osaka. Kunjungan kami ke situ semata-mata untuk membeli periuk/kuali memasak memandangkan periuk yang disediakan di guesthouse amat menarik dan berqualiti sekali. Periuk tersebut telah kami guna sebaik mungkin untuk memasak sepanjang berada diguasthouse selama 7 hari. Yg penting periuk tersebut senang di basuh dan tidak melekit. Gara- gara tertarik dengan periuk tersebut, aku bersama suami gigih mencari walaupun waktu tersebut menghampiri ke waktu malam.
Bermulalah perjalanan waktu malam kami ke stesen Osaka yang mana terletaknya shopping kompleks Hanshin Department Store Umeda.
Suasana malam di sekitar shopping kompleks
Pelbagai periuk/kuali yang di jual dalam shopping kompleks ini yg terletak di aras 8. Naik rabun mata untuk memilihnya. Akhirhya kami beli juga periuk2 tersebut alang2 dah sampai. Terfikir pulak mcmana untuk bawa balik kerana beg semua sudah penuh.
Lepas membeli, kami mengambil angin dan berehat diluar kompleks untuk melihat suasana malam sambil mengambil gambar.
Dari kejauhan aku ternampak bangunan Umeda yang tak sempat kami kunjungi walaupun dah diletak dalam intenari. Sememangnya 7 hari di Osaka, tidak mencukupi untuk kita cover semua tempat2 yang menarik apatah sekarahg ini musim covid19 melanda.
Stesen Osaka amat besar dan luas. Agak keliru juga kami di buatnya.
No comments:
Post a Comment