"Sedikit dan mencukupi adalah lebih baik daripada banyak tetapi melalaikan "

You Don't Have To Be Rich To Travel Well

Trip to Legoland Johor Bharu Dis 2019 (Day 1)

 Assalamualaikum semua,

Sempena cuti sekolah hujung tahun, aku mengambil kesempatan membawa anak-anak bercuti ke Legoland yang mana tempat ini memang dah lama kami rancang untuk kunjungi cuma tak berkesempatan. Namun begitu Alhamdulillah dengan izin Allah rancangan yang kami plan selama ini akhirnya tertunai  jua pada kali ini.

Danga Bay Antiquities house

Kami bercuti ke Johor selama 3 hari 2 malam dengan mengambil penginapan sebuah apartment melalui tempahan airbnb dengan harga RM240.00. Tempahan penginapan keseluruhannya adalah secara dalam talian dan kami tak jumpa pun pemilik apartment ini kerana cara check ini adalah selfservice. Semuanya senang dan memudahkan. 

Nama apartment yang kami menginap ini adalah Danga Bay Antiquities house yang mempunyai  1 bilik tidor, ruang tamu, ruangan dapur, beranda, tv box, dan peralatan toiletries. Banyak kemudahan yang terdapat di apartment ini termasuk lah kolam mandi, security 24 hours, free parking dan gimnisium. Kami amat selesa menginap di sini kerana kawasannya bersih dan selamat. Amat recomanded bagi sesiapa yang ingin menginap disini. 

Ini adalah apartment yang kami duduk sepanjang 3 hari kat johor

Menyediakan tempat  rehat dan aktiviti permainan untuk kanak-kanak

Ruang tamu yang dilengkapi dengan perabot dan hiasan serta TV

Anjung Senibong Seafood

Aktiviti pertama kami selepas check in adalah makan malam di  Anjung Senibong Seafood yang mana tempat ini famos dengan makanan laut yang segar, sedap dan menyelerakan. peluang sebegini tidak dilepaskan begitu sahaja. Kami terus meredah kegelapan malam dengan menaiki kereta dan bergerak hanya berpandukan jalan yang ditunjukkan oleh google map. Alahmdulillah setelah hampir 20 minit memandu, akhirnya kami sampai juga ke destinasi yang di idam-idamkan. Anjung Senibong ini betul-betul terletak ditepi laut yang mana pelanggan boleh menikmati udara pantai yang segar sambil melihat keindahan air laut diwaktu malam. Yang lebih menarik, anda boleh nampak bandar singapore  yang dihiasi dengan cahaya lampu dengan jelas. Bertapa dekatnya negara singapore dengan negeri Johor.

Laluan menuju ke anjung Senibong. Kiri kanan terdapat gerai jualan

pelbagai jenis ikan segar yang dihidangkan untuk pilihan pelanggan

Ini adalah view bandar SIngapore yang boleh dilihat dengan jelas sambil menikmati makanan.




seafood ketam - masak merah

Tomyam campur

Kailan ikan masin

Kedai jualan pakaian menambahkan kemeriahan diwaktu malam



Jarak malaysia dengan SIngapore sungguh dekat

Selesai menikmati makan malam yang sedap, kami terus  beredar untuk pulang ke apartment tanpa berhenti di mana-mana tempat. InI kerana kami perlu berehat dan tidur seawal mungkin untuk menyimpan tenaga bagi aktiviti di hari esok yang agak mencabar.

selamat malam semua. 

No comments: