"Sedikit dan mencukupi adalah lebih baik daripada banyak tetapi melalaikan "

You Don't Have To Be Rich To Travel Well

TRIP TO KRABI & HATYAI - KOS & INTENARY (DAY 1)

Tarikh travel : 19 Januari 2023

TOTAL COST 6D5N

PAX : 3A 1K

BIL

PERKARA

KOS (RM)

1.

Penginapan

 

·       T-Hotel Changlun, Kedah (1N)

144.50

·       iRest Aonang seafront, Krabi (3N)

545.94

·       Asia Grand Hotel, Hatyai (2N)

445.58

2.

Etiqa Trip Care 360

75.47

3.

Minyak kereta (Pergi balik)

360.00

4.

Tol

100.00

5.

Insuran, card departure & arrival, Borang maklumat kenderaan & senarai penumpang

34.00

6.

Simcard Internet (3 pax x RM20) untuk 7 hari

60.00

7.

Entrance fee

 

Hopping Island

499.00

Songkhla zoo

75.00

8.

Pengangkutan awam (tuk-tuk)

77.00

Jumlah

2,416.49

 *Tidak termasuk makan dan shopping

INTENARY RINGKAS

DAY 1 (19/1/2023) 

  • Bertolak dari rumah.
  • Tiba di agensi pusat pelancongan untuk mengambil dokumen spt insuran,departure & arrival        card dan maklumat kenderaan & senarai penumpang.
  • Check in T-Hotel Changlun.

 DAY 2 (20/1/2023)

  •        Proses imigresen Malaysia di Bukit Kayu Hitam.
  •        Proses imigresen Thailand di Bukit Kayu Hitam.
  •        Beli breakfast kat Danok.
  •        Bertolak ke Krabi.
  •        Singgah di Mud Crabs Sculpture Krabi untuk bergambar.
  •        Check in hotel di Krabi Hotel i Rest Aonang Seafront.
  •        Makan tengahari/petang kat Retoran Haseeah halal food di aonang Krabi.
  •        Jalan-jalan tepi pantai Aonang.
  •        Melihat fire man show kat pantai Aonang.
  •        Pergi Landmark Night Market kat Aonang & Street food muslim kat Masjid Munuawarah.
  •        Balik hotel, rehat, solat dan tidur.

DAY 3 (21/1/2023)

  •        Breakfast kat.
  •        Hopping 4 Island (1 day).
  •        Night market Krabi.
  •        shopping di kedai cenderahati di gerai-gerai jualan pantai Aonang.
  •        massage foot.
  •        Balik hotel, rehat, solat dan tidur.

 DAY 4 (22/1/2023)

  •        Checkout hotel.
  •        Breakfast kat.
  •        Ronda-ronda bandar Krabi untuk mencari cenderahati.
  •        Bertolak ke Hatyai.
  •        Singgah di Sri Pak Pra Boutique Resort Phattalung.
  •        Check in Asia Grand Hotel di Hatyai.
  •        Pergi ke Asean Night Bazaar.
  •     Balik hotel, rehat, solat dan tidur.

DAY 5 (23/1/2023)

  •        Breakfast kat Tamrab muslim halal food di hatyai.
  •        Cable car Hatyai.
  •        Zoo Songkhla.
  •        Lunch kat restoran Subaidah Seafood yang berdekatan dengan Samila beach.
  •        Masjid Songkhla.
  •        Night market Lee Garden.
  •        Balik hotel, rehat, solat dan tidur.

DAY 6 (24/1/2023)

  •        Checkout hotel.
  •        Breakfast di Dimsum Chabura  Hatyai.
  •        Bertolak balik ke Malaysia.
  •        Singgah di pekan Danok.
  •        Proses imigrensen Thailand.
  •        Proses Imigresen Malaysia.
  •        Bertolak balik ke Sungai Buloh.


CATATAN PERJALANAN

Assalamualaikum dan Selamat pagi semua, 

Destinasi kami kali ini ialah menjelajah bumi Thailand di Krabi dan Hatyai dengan memandu kereta melalui Bukit Kayu Hitam.

Rancangan kami pada mulanya untuk masuk ke Thailand adalah pada 19/1/2023 dan bertolak daripada rumah dalam pukul 2 pagi namun apa yang dirancang tidak semestinya berjaya. Kami terpaksa tunda tarikh masuk ke Thailand memandangkan pada hari tersebut anak kami ada exam darjah 6 iaitu UASA so kami perlu gerak ke bukit kayu hitam pada waktu tengahari. Jadi kat sini kami perlu tempah hotel di Changlun untuk menginap 1 malam dan masuk ke Thailand pada pagi keesokan harinya. Yang kami terkilan ialah penginapan kami di Krabi burn 1 malam.

Untuk makluman kami telah menginap di T Hotel Changlun yang berdekatan dengan imigresen Bukit Kayu Hitam. So tiada masalah bagi kami untuk masuk di awal waktu pagi ke sempadan Thailand yang dibuka pada pukul 6 pagi. 

Dokumen yang perlu ada untuk masuk ke Thailand

1.Insuran

2. White card ( departure and arrival card) 

3. Custorm declaration form 

Untuk item 1 dan 2, aku telah meminta agensi pelancongan kat Changlun untuk menyediakan dokumen tersebut siap2 bagi memudahkan perjalanan agar tidak membazir masa menunggu. Pihak agensi meminta aku wassap gambar paspot setiap seorang dan geran kereta. 

Bagi item 3 pulak, kita perlu mengisi borang kat kaunter imigresen Thailand dengan membawa geran kereta dan passport pemilik kereta. Hanya pemilik kereta sahaja yang dibenarkan berurusan. Sekiranya bukan pemilik kereta, kita perlu ada surat kebenaran daripada pemilik kereta tersebut untuk urusan ini. 

Tempat penginapan kami di Changlun sebelum masuk sempadan pada esok pagi. 


DINNER KAT RESTORAN D'SANTAI IKAN BAKAR

Kami dinner di restoran D'Santai ikan bakar yang berdekatan dengan hotel yang kami duduki di Changlun. Menu yang kami order pada malam itu adalah ikan siakap 3 rasa, tomyam campur, sayur kailan ikan masin dna telor dadar. Licin kami sapu makanan tersebut kerana hidangan makanan yang disediakan kena dengan tekak kami dan berbaloi dengan harga yang dibayar. 





DAY 2           DAY 3

No comments: