"Sedikit dan mencukupi adalah lebih baik daripada banyak tetapi melalaikan "

You Don't Have To Be Rich To Travel Well
Showing posts with label Phuket 2019. Show all posts
Showing posts with label Phuket 2019. Show all posts

Trip to Phuket Feb 2019 ( Day 4)

 Hari terakhir di Phuket

Tiada aktiviti yang dirancang untuk hari terakhir di phuket kerana waktu pelepasan adalah pukul . Walaupun begitu, aku sempat pergi ke pasar phuket yang berdekatan dengan guesthouse kononnya ingin mencari makanan ringan untuk di bawa balik ke Malaysia. Aku keluar di awal pagi ke pasar dan mengambil masa 1/2 jam untuk berada di dalam pasar tersebut.  Selesai membeli apa-apa yang patut, aku bersama radzi terus pergi ke gerai hawa kitchen untuk breakfast dengan berjalan kaki sejauh 1 km. Naik lenguh juga kaki aku dibuatnya. 

Aku beritahu member yang lain untuk bertemu dan breaksfast di restoran Hawa kitchen.Selesai makan, kami terus balik ke guesthouse dengan berjalan kaki sambil melihat dan menghayati suasana kehidupan penduduk phuket di sini. Perjalanan tidak terasa jauh sangat kerana mengambil jalan short cut untuk balik ke guesthouse. Lagipun berjalan beramai-ramai tidak merasa  bosan dan penat sangat.

Selesai berkemas-kemas dan packing beg, kami terus checkout dan menuju ke jalan besar sambil menunggu driver datang pick - up untuk pergi ke airport. Perjalanan ke airport mengambil masa lebih kurang 1 jam. Akhirnya kami selamat berada di airport dan menguruskan proses check in beg. 

Selamat tinggal Phuket. Insyaallah kita bertemu lagi di lain masa dan ketika. SEkiranya ada rezeki kita akan berjumpa lagi. Selama 4 hari dan 3 malam berada di phuket, banyak tempat-tempat menarik dan baharu yang kami dapat kami terokai. Semua tempat ada tarikan dia masing-masing.Alhamdulillah, aku berkesempatan untuk menikmati keindahan itu. Pengalaman ini akan aku kenang dan ingat sampai bila-bila.

OK lah kita berjumpa lagi di lain destinasi. Di mana tu...jom teruskan membaca blog aku ini.

SELAMAT TINGGAL PHUKET...

Trip to Phuket Feb 2019 ( Day 3)

 Assalamualaikum semua, selamat pagi....

Hari ini adalah hari yang ke tiga kami berada di bumi phuket. Mengikut intenary yang dirancang, aktiviti kali ini di teruskan tanpa tour guide. Kami ingin merasa kebebasan untuk  berjalan tanpa dibatasi masa dan tempat yang ingin dituju. Untuk melancarkan perjalanan, kami telah menyewa sebuah kereta untuk satu hari bagi memudahkan pergerakan ke satu-satu tempat.

Seperti yang dijanjikan, aku perlu berjumpa dengan pemilik kereta pada pagi ini untuk urusan pengambilan kereta. Kami berjanji untuk bertemu di area yang berdekatan dengan guesthouse yang mana pemilik kereta tersebut akan menghantar kereta di sini. Setelah urusan pengambilan kereta selesai, kami terus menjalankan aktiviti yang dirancang dengan memulakan sarapan pagi di kedai makanan yang berdekatan.

Ini lah kereta kecil yang banyak berjasa kepada kami sepanjang 1 hari di phuket.

Breakfast di kedai makanan halal Babussalam

Kami cuba beralih arah untuk makan di kedai Mat-am Babussalam yang terletak berhadapan dengan restoran Hawa Kicthen yang banyak kali kami kunjungi sebelum ini. Justeru itu untuk merasa kelainan, kamu bersepakat untuk sarapan pagi di kedai makanan Babussalam memandangkan menu yang disediakan telah menarik perhatian kami.

Ada cerita disebalik Babussalam ini tapi aku malah nak citer panjang.Cukup lah hanya kami sahaja yang tahu. HAHA....setiap kali kami mengimbas balik kenangan masa makan kat sini, setiap kali tu lah kami gelak besar apabila mengingati gelagat masing-masing tapi itu semua telah jadi kenangan dan tidak mungkin akan berulang kembali. Malahan selepas kejadian itu, hubungan kami tetap erat dan teguh seperti biasa.

Gambar kenangan di kedai Babussalam




Sebahagian menu yang dipesan oleh kami. Aku tak pasti roti ngan telor tu makan macamana hahaha...Terbahak2 gelak mengenangkan citer ni

Karon view point

Setelah selesai sarapan, kami meneruskan perjalanan ke destinasi yang pertama pada hari yang ke tiga iaitu ke Karon view point yang terletak di  daerah Mueang, phuket. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 25 min dengan jarak 15 km daripada restoran Babussalam. Dari atas puncak, anda dihidangkan dengan tiga panorama pantai yang boleh dilihat iaitu Kata noi, kata yai dan pantai Karon.

Sebelum sampai di puncak Karon view point, kami singgah dahulu di satu tempat (tak tahu nama tempat tersebut) yang view pantai nya yang sangat cantik. Kami berada di sini lebih kurang 1/2 jam untuk posing-posing dan mengambil gambar, Tempat ini adalah laluan dan berdekatan dengan karon view Point.

Jom scroll ke bawah untuk melihat reaksi dan gelagat kami bergambar...

View pantai yang cantik

Ini lah tempat port kami mengambil gambar

Merenung jauh merentasi lautan dalam

aksi di belakang tabir
 
Setelah puas bergambar, kami meneruskan perjalanan ke puncak Karon point untuk melihat keindahan panorama pantai dari atas bukit. Di sini disediakan, parking kereta, kedai-kedai makanan serta gazebo iaitu tempat santai dan berehat khas untuk pengunjung yang datang.

Landmark Karon view point

Menapak sedikit anak tangga untuk sampai di tempat khas untuk bergambar dan selfie

Sebahagian gambar yang di ambil daripada puncak 

Masa ni panas terik nasib baik ada angin bolehlah sejukkan sikit badan tu

Berjaya sampai dipuncak...kononnya lah

Bersungguh-sungguh dorang ni ambil gambar. Nasib baik lah ada mereka ni. meriah sikit gambar travel kami

Windmill View Point

Satu lagi tempat untuk melihat panorama pantai dari atas puncak bukit adalah Windmill view point. Terletak di daerah Mueang, phuket, yang jaraknya lebih kurang 6.1km dari Karon view point. Di sini anda dihidangkan dengan  view pantai yang dipenuhi dengan bot dan kapal yang dijadikan sebagai tempat pelabuhan. Yang lagi menarik, anda boleh melihat dari kejauhan view windmill atau kincir angin yang dibina dipersisir pantai yang menambahkan lagi kecantikan pantai tersebut. Kincir angin ini digunakan untuk membekalkan tenaga elektrik kepada penduduk bandar phuket. Bukan itu sahaja, anda juga akan dapat melihat laut andaman yang kebiruan terbentang di depan mata. Ianya sangat indah sekali.

Bagi yang ingin datang ke phuket, jangan lepaskan peluang untuk melawat tempat ini kerana ia menjanjikan seribu satu keindahan yang luar biasa kepada pegunjung. Sekiranya datang di awal pagi atau lewat petang, tempat ini tidak lah sepanas yang kami rasai. Ini kerana, kami tiba di sini pada waktu tengahari dan cuaca sangat panas ketika itu namun ianya tidak menjadi halangan kepada kami untuk menikmati keindahan alam ciptaan tuhan serta menjalankan aktiviti bergambar. Lagipun angin yang sepoi sepoi bahasa sedikit sebanyak telah menghilangkan rasa panas dan hangat di badan kami. 

Kelihatan dari jauh kapal dan bot kecil nelayan berada di pelabuhan sebagai tempat perhentian utama mereka

Anda juga dihidangkan dengan pulau kecil ditengah-tengah laut

Cantik pada pandangan mata yang memandang

Kincir angin yang tersergam indah di atas bukit berdekatan persisir pantai

sebatang pokok menjadi saksi kapal keluar masuk setiap hari di pantai ini

lihatlah keindahan alam ciptaan tuhan dibelakang kami ini.


Cubaan untuk melompat. Hanya takat itu yang mampu setelah berulangkali diambil

Cuba melompat walaupun masa ni panas terik membahang

Merenung jauh di dasar laut

Sedang menghitung kapa-kapal di laut

Tengok apa tu?

agak-agak boleh ke aku berenang balik perlis ni

Merenung jauh ke laut andaman

Nak ambil gambar kat tengah laut...jom

agak-agak sapa yang menang untuk kategori camera man/women terbaik 2019

Makan Tengahari kat Charm's restoran halal

Selepas meluangkan masa hampir 1 jam di Windmill, kami mengambil keputusan untuk beredar dari situ dan meneruskan aktiviti mencari makanan untuk lunch kerana waktu ini sudah menghampiri ke pukul 2 petang. Perut perlu di isi bagi meneruskan perjalanan yang masih berbaki separuh hari lagi. 

Kami singgah makan di restoran halal yang menjual masakan goreng-goreng, tomyam dan masakan thai yang lain. Lokasi restoran ini betul-betul berada di laluan jalan yang berbukit sedikit dan menu yang dihidangkan amat sedap sekali. Berbaloi dengan harga yang dibayar. Kami juga telah menunaikan solat zuhur dan asar di sini walaupun kemudahan dan keselesaan tidak menepati piawaian kami untuk solat tapi Alhamdulillah kami dapat menunaikan amanat ALLAH ini dengan sempurna.

bergambar di hadapan restoran Charm's

 antara menu yang kami tempah

gerai ini terletak bersebelahan dengan kedai makanan tadi. Aku tidak tahu dia jual apa tapi nampak macam sedap jer


The Big Budhha

Sebenarnya destinasi utama yang ingin kami tuju adalah ke  Promthep Cape iaitu tempat untuk melihat sunset tetapi memandangkan waktu sekarang baru pukul 3 petang, so bagi memenuhi masa yang ada, kami perlu pergi ke destinasi yang lain terlebih dahulu. Tempat yang menjadi pilihan kami adalah ke Big Buddha. Big buddha ini bukan sahaja tempat aktiviti keagamaan bagi yang beragama buddha tetapi ia juga merupakan tempat pelancongan utama di Phuket. 

Di atas puncak bukit Nagakerd ini terdapatnya patung buddha duduk bersila yang dinamakan Maraavija Buddha dengan saiz ketinggian 45 meter dan  lebar 25 meter. Di atas puncak ini anda boleh melihat pemandangan laut dan bandar phuket. Kami ke sini hanya sekadar melawat dan melihat pemandangan yang ada di persekitaran Big buddha sahaja. Tidak lebih daripada itu. Semasa berada di sana aku sempat merakamkan beberapa keping gambar untuk tatapan bersama.

gambar yang diambil dari arah belakang big buddha


Papan tanda big buddha phuket
 
Di sediakan kan peta untuk melihat dan faham lokasi tempat yang perlu dilalui

Perlu menapak anak tangga untuk sampai di statue buddha

view dari atas puncak big buddha

Tempat aktiviti keagamaan berlangsung

Pemandangan ini betul-betul di atas puncak bukit yang berdekatan dengan patung buddha


Nonthasak Marine

Kami singgah di sini sekejap kerana tertarik dengan jualan pelbagai jenis ikan dan  seafood yang segar seperti ketam, udang, sotong dan pelbagai jenis cengkeram. Disini juga merupakan tempat jeti bagi penjualan tiket dan pakej untuk menaiki bot bagi sesiapa yang ingin menjalankan aktiviti hopping island. 


Ra wai beach

Kami bersantai sekejap di tepi pantai Ra wai berdekatan dengan Nonthasak marine sambil menghirup udara segar dan melihat keindahan pantai yang dihiasi dengan pelbagai jenis bot sebagai tempat perhentian. Pantai ini boleh dianggap meriah kerana ia merupakan salah satu tempat yang menjadi tarikan pengunjung yang menyediakan pelbagai aktiviti pantai seperti mandi manda, bermain pasir, menaiki bot, pakej hopping island dan banyak lagi. Ditambah lagi ia betul-betul berada di tepi jalan besar yang mana kiri dan kanan jalan terdapat kedai-kedai yang menjual pelbagai jenis barangan untuk kemudahan pengunjung serta penduduk setempat. kedai dan gerai makanan juga banyak didapati di sini. Kami kat sini sekadar berehat sambil menunggu masa yang sesuai untuk ke Promthep cape view point.

view pantai Ra wai di waktu petang

Dijadikan sebagai tempat perhentian bot


Jalan besar yang menjadi penghubung utama di bandar Ra wai



Promthep Cape View Point

Promthep cape terletak di bahagian selatan phuket yang merupakan salah satu tempat yang menjadi tarikan utama pelancong untuk melihat view sunset. Anda dinasihatkan untuk datang awal bagi mengelakkan kesukaran untuk mendapatkan parking memandangkan ramai pengunjung yang datang pada waktu ini. Anda tidak perlu risau sekiranya datang awal kerana banyak aktiviti yang boleh dilakukan terutama shopping. Ini kerana kat sini banyak disediakan gerai-gerai yang menjual makanan, kraftangan, aksesori, pakaian, beg, kasut, kosmetik yang boleh menjadi terapi  bagi setiap pengunjung yang datang sebelum menikmati suasana keindahan matahari terbenam.

Kami sampai di sini agak lambat sedikit iaitu dalam pukul 5 petang. Pada waktu ini, telah ramai pengunjung yang datang dan kami meghadapi kesukaran untuk parking kereta. Kami tiada pilihan untuk parking kereta dan mengambil keputusan untuk parking di tepi jalan utama laluan kenderaan keluar dan masuk. Harap-harap ianya bukan satu kesalahan kerana terdapat ramai juga yang parking seperti ini.

Selepas selesai parking kereta, kami terus menuju ke tempat yang sesuai untuk melihat sunset. Aku membiarkan sahaja dorang pergi ke tempat tersebut sedangkan aku berjalan ke arah lain yang lebih menarik iaitu kedai-kedai jualan. AKu ingin melihat apa barang yang dijual dan sekiranya tertarik aku akan membelinya.Anggap lah ini terapi minda untuk puaskan hati sendiri. AKu tidak lama di sini memandangkan waktu ini sudah menghampiri waktu untuk melihat sunset. 


Ini adalah kedai jualan yang menjadi tempat persinggahan aku sekejap tadi

Pelbagai jenis barangan yang dijual

Menaiki tangga untuk menujuk ke tempat sunset

view sunset daripada atas bukit


Begitu ramai orang membuatkan kami tidak selesa dan perlu mencari port yang sesuai untuk melihat sunset

Dilereng-lereng bukit telah dipenuhi oleh orang ramai yang membuatkan tempat tersebut sesak dan padat

Orang ramai bukan sahaja kat lereng-lereng bukit tapi ada juga yang telah turun ke bawah bukit


Kami perlu mencari tempat yang strategik dan jauh daripada orang ramai supaya dapat menghayati suasana dan keindahan sunset tanpa ada gangguan daripada orang ramai. Kami sanggup turun ke bawah melalui jalan dan lorong yang curam semata-mata mendapatkan tempat yang strategik dan sesuai. Perjalanan untuk menuruni bukit telah mengambil masa 15 minit untuk sampai ke bawah. Walaupuan pada awalnya agak struggle tetapi kami berpuas hati kerana hasilnya adalah amat menakjubkan.

Jom kita lihat aksi dan gelagat kami semasa menuruni cerun dan bukit.

Kami perlu berhati-hati semasa turun bukit kerana ia agak curam dan boleh mencederakan sekiranya tersalah langkah

Demi ingin melihat sunset, kami tidak hirau akan bahaya yang berlaku sekiranya tergelincir.

Dah sampai tempat yang di tuju. memang clear dari orang ramai. sungguh aman sekali

Terus lepak dan rehat sambil menunggu masa untuk melihat sunset

Sabar menanti

Kali ini lompatan kami lebih tinggi


Macam tu sekali beraksi untuk mengambil gambar. harap-harap hasilnya berbaloi dengan apa yang dibuat.



Begitu indah alam dan kejadian ciptaan tuhan. Terus hilang lelah dan penat kami menuruni bukit sebentar tadi 

Menikmati keseronokan saat-saat matahari nak terbenam

Cuba menyentuh matahari walaupun ia sukar dan mustahil untuk di gapai

Laut begitu tenang seakan-akan tahu sebentar lagi suasana akan bertukar gelap

Menunggu masa untuk hilang dari pandangan

Setelah selesai menyaksikan keindahan sunset, kami terus menapak cerun-cerun bukit untuk menujuk ke atas. Destininasi kami seterusnya ialah ke pasar malam yang popular di phuket iaitu sunday walking street.

Phuket Sunday Walking Street Market atau Lard yai market

Pasar malam ini terletak di Thalang  road, bandar Phuket dan di buka pada setiap hari ahad bermula pukul 4 petang hingga 10 malam. Pelbagai barangan ada djual disini daripada yang moden hinggalah barang2 tradisional. Kiri dan kanan pasar malam ini dikelilingi oleh bangunan-bangunan lama yang yang dijadikan sebagai kedai jualan. 

Aku seronok datang berkunjung ke pasar malam ini kerana dapat melihat pelbagai jenis jualan makanan yang terhidang di depan mata. Disamping itu juga pasar malam ini sangat meriah dengan gelagat orang ramai dan ditambah lagi adanya pertunjukan pameran, muzik dan nyanyian yang berlangsung ditengah-tengah laluan orang ramai. Aku cuba mencari gerai yang menjual makanan yang halal untuk di makan. Walaupun ianya tidak banyak tetapi memadai untuk kami mengalas perut yang kelaparan. 

Disini aku hidangkan beberapa keping gambar suasana pasar malam masa tu.
jom skroll ke bawah...


Begitu padat dengan orang ramai


Barangan antik dan tradisional banyak dijual di sini.

Hasil seni yang keratif


Pertunjukan nyanyian bagi menghiburkan pengunjung yang datang

Pelbagai jenis kueh di jual di sini. Ada yang aku kena dan ada yang aku tidak kenal



gerai menjual buah-buahan pun ada


kiri dan kanan adalah bangunan lama yang menjadi tarikan untuk pengunjung


Setelah hampir sejam di sini, kami mengambil keputusan untuk pulang ke guesthouse. Aku dah berjanji dengan pemilik kereta sewa untuk menghantar kereta pada malam ini memandangkan tiada tempat selamat untuk parking kereta pada waktu malam di area guesthouse ini. Lagi pun kami tidak memerlukan kereta pada malam ini kerana aktiviti yang kami nak buat adalah massage. Kami mendapatkan khidmat massage ini berdekatan dengan area guesthouse sahaja. 

Proses pemulangan kereta berjalan dengan baik dan lancar kerana tiada apa-apa kerosakan atau kemalangan yang berlaku sepanjang satu hari kami menggunakannya. Sekiranya ada kemungkinan proses pemulangan agak rumit sedikit.

Jom massage sebelum pulang ke Malaysia.
Korang gi lah massage, aku nak tidur. 
Letih oooi satu hari jalan. nak tercabut kulit kaki ni.

Bye...jumpa esok ye