"Sedikit dan mencukupi adalah lebih baik daripada banyak tetapi melalaikan "

You Don't Have To Be Rich To Travel Well

Trip to krabi & Hatyat budget dan Day 1

4 Jun 2015

Budget :

1. Tambang keretapi (tempat tidur) Rm60 - kl sentral 🔜 Padang Besar
2. Tambang bas Rm45 - Hatyai 🔜pudu
3. Bayar pada agent Rm340 termasuk:
     ðŸ”´Penginapan 2 malam di krabi
     ðŸ”´transport drp border 🔜krabi🔜border
     ðŸ”´ireland tour
     ðŸ”´insurans
     ðŸ”´krabi night market
     ðŸ”´lunch for ireland hoping ( 1x)
4. Penginapan 1 malam di hatyai Rm200/5 =Rm40/head
5. Sewa teksi / tut2 di Hatyai untuk 1 hari Rm 100/5 = Rm20/head
6. Tiket masuk ice dome 300 bath(Rm30) for adult and 200bath (Rm20) for kid
7. Tiket untuk riding elephant 500 bath (Rm50)
8. Bayaran masuk ke Gua Le khao kop 300bath/boat- Rm30/5 = Rm6/head

Total : Rm591 ( tak termasuk makan dan shopping)


🌻🌺🌻🌺🌻🌺🌻🌺🌻🌺🌻🌺🌻🌺🌻🌺🌻🌺🌻🌺🌻🌺🌻🌺🌻🌺🌻🌺🌻🌺🌻🌺🌻🌺

Perjalanan kami ke krabi & hatyai selama 5D4N dimana satu malam kami bermalam di dalam keretapi dan 3 malam lagi menginap di hotel. Kami menaiki keretapi pada hari khamis malam pukul 10 malam. Selepas waktu ofis, aku balik ke rumah terlebih dahulu. Berkemas dan bersiap apa2 yang patut.Selepas mangrib baru aku keluar ke Kl sentral dan kami bertemu di sana.

Ini kali yang ke 2 aku menaiki keretapi. Yang pertama kali aku ambil ialah keretapi yg menghala ke rantau panjang yg mengambil masa selama 12 jam utk smpai ke destinasi. Memandangkan Time tu aku Booking seat yg tiada tmpat tdo.... naik lenguh segala urat sendi yg ada. Tobak dah xnak naik keretapi lepas ni..

Tapi Kali ini aku Try Booking yang ada katil pulak. Agak2 nya boleh tidur nyeyak tak  malam ni....? Harap2 lah mendapat keselesaan yang sewajarnya.

Tiket keretapi - Rm56 untuk bed upper. 

Di jangka akan sampai di padang besar dalam pukul 9 pagi. Wahhh....lama tu 11 jam dalam gerobok keretapi  tetapi itu sebenarnya yang kami nak...konon nya ingin merasai perjalanan darat pulak....asyik main atas jerr...nak beralih angin katanya...hihihi...kita sama2 tengok apa jadi kat dalam sana sepjng perjalanan....

Setia menunggu masa untuk bergerak...masih segar bugar semuanya.

Di dalam tren

Suasana di dalam keretapi....kiri dan kanan adalah katil double yang di khas kan untuk penumpang tidur. Kami hanya di pisahkan oleh tabir yg di sediakan. Pada mulanya segan nak tido tetapi lama-kelamaan makin syok pulak. Tabir yang di sediakan banyak membantu terutama apabila hendak tidur. Memang tertutup sepenuhnya sebaik shj tirai di labuhkan dan anda akan dapat tidur dengan nyeyaknya tanpa sebarang gangguan cuma kekadang bunyi enjin yg membuatkan kita tersedar sekejap. 

So masa perjalanan agak pantas sedikit dan 11 jam masa yang di peruntukkan tidak begitu lama untuk kita tnggu....lagi pun badan tidak rasa letih dan sakit kerana tidur yang selesa menandakan rehat kita yang cukup dan fresh...bagi aku lah, travel dengan keretapi lagi baik daripada naik kereta @ bus tapi kena ambil yang berkatil lah terutama jika perjalanan dalam jarak yang jauh.


Tempat tidur berkatil bawah

Tempat tidur begitu selesa....bagi aku lah tapi kalau korang yang ada masalah saiz badan sukar sikit lah kut sebab saiz dia memang sesuai dengan org yang berbadan kecik dan sedan2....bagi aku perkara ini tiada masalah kut..

Tengok tu, bukan seronok dorang ni. Kat atas pulak selesa tapi tang memanjat tangga tu yang aku malas. Kalau dah kat atas....malas pulak nak turun

Hari pertama mencerita pasal keretapi jer lah sebab aktiviti yang sebenar adalah pada esoknya. Cuma kat sini nak bagitau bahawa menaiki keretapi memang seronok tetapi kita tidak boleh lari daripada masalah delay...dalam hal ni memang kami akui...dalam pukul 5 pagi, tren yang kami naiki tiba2 berhenti tanpa mengetahui apa punca sebenar nya. 

Pihak keretapi annouce untuk delay sekejap atas masalah2 teknikal yang tak dapat di elakkan. Okay lah....kami tak kisah pada mula nya. Sambil2 menunggu...kami solat subuh dahulu dan breakfast kat kanten yang di sediakan.  Kami terpaksa tggu hampir 3 jam untuk bergerak balik. Memang lah orang kata penantian itu amat menyeksa kan...Dalam pukul 9 pagi baru nampak bunga2 nak bergerak....Alahamdulillah perjalanan di teruskan...

Continue the sweetiest dream in tren!




Next story DAY 2








No comments: