"Sedikit dan mencukupi adalah lebih baik daripada banyak tetapi melalaikan "

You Don't Have To Be Rich To Travel Well

Trip to Bukit Tinggi, Pahang

Date travel: 24 Januari 2016
Place: Bukit tinggi, Pahang

One day trip

Assalamualaikum....trip aku kali ini ialah ke Bukit Tinggi, Bentong Pahang. Tempat ni mmg dah lama aku aim utk pergi tapi ini kali baru tercapai hasrat. Pergi pulak dgn hsband dan anak2. Kalau masa solo dulu bukan main susah nak dtg sini...xde geng yg betul2 serius nak ke tempat ni. Dorang lebih teruja travel ke obesi....pantang ajak laju jer setuju....huhu...

Ok lah....hari ini hasrat aku tercapai sudah utk panjat bukit Kat sini. Org kata View nya ala2 obesi gitu...ahaks... Tu yg aku teruja sesangat.Sekali masuk kami di kena entrance fee iaitu Rm13 per adult. Manakala utk kanak2 berumur 4-12 tahun adalah Rm8.

perjalanan dari kl ke Bukit tinggi lebih kurang sejam shj iaitu sejauh 60 km.
1St tempat yg aku tuju ialah di Botanical garden.

Botanical garden


Di sini kita boleh menikmati keindahan alam  flora dan fauna yg tumbuh dan hidup secara semula jadi. Terdapat pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan termasuk herba, bunga, orkid liar dan macam2 lagi tumbuhan liar yg mencantikkan pemandangan alam ciptaan Tuhan.Tempat ini berada paling atas sekali. Jgn bosan untuk panjat Yer...


Untuk ke Botanical garden dan Japanese village ada di sediakan Parking kereta. Free jer tau...


Kat sini kita boleh pergi ke dua tempat iaitu Botanical garden dan Japanese village....tapi kami decide ke Botanical garden dulu.

Jom...kita teruskan perjalanan

Kat sini kena panjat2 sikit tau...sediakan alas kaki yg sesuai utk menapak.

Kena panjat tangga dulu....

 sampai Kat atas kami bergambar dulu

Snap gmbar alam semulajadi

Ayah carry...yana nak tgok

Signboard menunjukkan restoran teh ala2 Jepun. Selain itu ada juga di jual akseoari2 lain...


Kat sini kami hanya menikmati aiskrim jer... Itu pun selepas melawat Botanical garden.

Time ni ramai juga org yg berkunjung ke sini....pelancong asing pun ramai

Landskap Kat Botanical garden...cantik dan nyaman

Pokok apa tah...aku x ingat sb tulis dlm bahasa saintifik...

Sedang buat kajian katanya...

Sekadar info...

Cantik!

Berjalan menuruni tangga...step by step kaki melangkah...semakin lama semakin  terasa berada di dalam hutan belantara...risau gak kot2 ada binatang buas. Yg kami nampak ada lah 2@3 ekor monkey sedang bergayut...risau takut terkam ke arah kami sb time tu kami sedang makan2...huhu

Tu dia hutan yg kami terokai...tebalkan...

Kalau letih berjalan, jgn risau. Kat sini ada di sediakan tempat berehat berbumbung lagi tapi kami hanya pangkir Kat bangku kayu jer...memandang kan tahap kelaparan ilyana dan sophea agak serius (letih berjalan lah tu) kami berehat Kat sini dan  makan biskut bersama air meneral

Pokok pisang hutan

Aku tak pasti spesis pokok apa ni....

After from Botanical garden....kami terus ke Japanese village. Tempat ni ala2 perkampungan dan budaya Jepun. Rumah2 yg di bina berbentuk macam rumah Jepun dahulu kala...di sediakan juga baju kimono untuk sesiapa yg teringin memakai nya....tapi di kenakan bayaran.

Ini adalah jalan untuk ke Japanese village

Sebelum smpai ke destinasi, kita akan di hidangkan dengan View landskap yg cantik berserta dengan air terjun buatan.  Ini semua menjadi tarikan utama kepada pengunjung yg datang.

Ada juga ikan2 yg di bela khas untuk mengambil perhatian pengunjung.

Ikan-ikan Masih lagi menjadi perhatian kami...

Tu dia umah ala2 Jepun....terdapat beberapa umah yg di bina di sini antaranya Japanese tea house, tatami spa, Ryo zan tei Japanese restaurant, use tatami suite Dan Lain2.

Ini adalah rumah pertama yg aku jumpa iaitu Kimono rental house. Sepasang kimono disewa dgn harga Rm20 (sama harga utk kimono dewasa dan kanak2)...masa yg di beri adalah 10 minit shj utk di pakai dan mengambil gambar. Aku rasa mcm x berbaloi. So tgok jer lah dari jauh...

Di larang sama sekali memakai kasut jika masuk ke dalam rumah...

So duduk jer lah Kat tepi beranda...haha

Di hidangkan dengan landskap air terjun buatan...nmpak real dan cantik

Ramai pengunjung yg datang adalah foreigner...

Colmar Tropical - French village

Ini tempat yg paling popular dan ramai pengunjung yg datang. Berada di sini umpama berada di negara Perancis dimana rekabentuk bangunan adalah macam ala2 Perancis dan amat cantik sekali. Bangunan ini terbentuk hasil dari rekabntuk bandar lama colmar yang terdapat di alsace, Perancis.




Dari kejauhan aku snap gmbar french village

Bergambar disebalik rekabentuk bangunan Perancis. Di belakang tu adalah bangunan clock tower yg di bina mengikut Riquewihr Tower in sepertimana yg terdapat di Alsace perancis

Bergambar di atas wooden bridge yg betul2 terletak di hadapan pintu masuk menuju ke  clock tower. Sebaik shj menjejakkan kaki ke tmpat ini, terasa seolah2 kami di obesi...berangan sekejap...

Aku dan anak2...diatas wooden bridge dimana terdapat aliran air yg jernih di bawahnya.

Sebelum kami melangkah ke dlm bangunan,  kami di sambut oleh seekor kuda yg di hias dgn pelbagai warna yg begitu cantik sekali. Mungkin ini adalah  sebagai satu daya tarikan utama untuk tarikan pengunjung...

Apa lagi...terus usap2 kuda tu dan bergmbar. Kelihatan sophea agak takut dgn kuda tersebut wpun ia agak jinak pada kami...

Boleh tahan ramai jugak time ni...weekend days jer. Bukan ada apa2 cuti yg special pun.



Bawah adalah lot2 kedai aksesoti dan barangan jualan seta restoran2 / kedai makan..manakala atas pula adalah resort @ hotel penginapan.

Gambar ini di ambil dari atas menara khas.

Menara ini disediakan kepada pengunjung untuk melihat view dari atas. Wpun ada tngga utk naik kesini, namun disediakan juga lift untuk kesenangan bersama.


Animal Park

Destinasi  seterusnya adalah ke Animal park. Ia adalah sebuah taman mini yang menempatkan 200 ekor arnab dari pelbagai jrnis dan spesis. Terdapat juga binatang2 lain seperti rusa, burung merak dan keldai. Pengunjung juga berpeluang bermain dengan arnab dan rusa yg jinak serta boleh menunggang keldai.

Disini juga disediakan tempat mainan utk kanak2, kafe makanan, kedai aksesori dan jualan t-shirt.

Kedai ini menyediakan kupon utk masuk. Bayaran tiket adalah utk seorang adalah rm3 dan makanan utk arnab pulak adalah Rm3.


Waktu buka adalah pukul 10 pagi hingga 6 petang, setiap hari isnin hngga jumaat. Manakala weekend days di buka lebih awal sejam iaitu pukul 9 pagi.

Ini adalah rumah arnab. Prlbagai jenis arnab ada di situ.

Taman permainan juga di sediakan...
Ra/
White rabit


Sleeping


Tengok..bertapa jinaknya arnab tu.sophea siap dukung lagi. Buat mcm cat...

Tak nak lepas...
Tempat  ini mmg sesuai utk kanak2...

Sempat naik keldai lagi..

Post terakhir sebelum balik...see you next trip...