"Sedikit dan mencukupi adalah lebih baik daripada banyak tetapi melalaikan "

You Don't Have To Be Rich To Travel Well

Day 6 ~ Nami island, Seoul, south korea

Hari yang ke 6, kami meneruskan perjalanan ke Pulau Nami seperti mana yang telah di rancang sebelum ini. Untuk ke pulau Nami, perjalanannya agak compicated sedikit kerana banyak station yang perlu kami transit. Terlebih dahulu kami perlu naik subway, sebelum menaiki ITX train dan teksi / bus. Tiket balik ITX, kami telah booking  awal2 ( atas pertolongan tuan rumah) untuk mengelakkan kekalutan yg berlaku di sana nanti. Lagi pun dengan cara ini, kami boleh budget masa dgn baik. Tiket Untuk pergi ke pulau nami, kami survey dan redah sendiri wlapun semua di kalangan kami tidak pernah menjejak kan kaki ke pulau tersebut.

Di awal pagi, kami telah bangkit dari tido...spt biasa setelah usai solat subuh dan bfast ala kadar, kami terus keluar dari umah untuk ke station apgujeong. Di luar kabus masih lagi tebal dan kesejukan sememang nya senonim dgn cuaca di sini. Apatah lagi waktu kami keluar, suasana gelap masih lagi menyelubungi sekitar gangnam. Dengan berbekalkan semangat yg kental kami tetap meneruskan perjalanan ke pulau nami ( tempat yg sentiasa di idam2kan oleh setiap org apabila tiba di seoul)....

Antara station2 yang kami lalui untuk sampai di Gapyeong station

Melihat kepada rote map di atas, kami kena melalui 21 station selama 1 jam 22 minit untuk sampai ke gapyeong station dimana station ini ada lah  last stop utk ke nami island. Kami perlu transit 2 kali iaitu di Oksu dan sanbong sebelum meneruskan perjalanan ke station gapyeoung.

Apgujeong (subway》》》Oksu (transit - ITX train) 》》》Sanbong (transit - ITX train) 》》》Gapyeong ( ITX train)

Dari station Gapyeong, kami ada 2 pilihan iaitu samada naik teksi @  bus. Setelah berbincang, kami ambi keputusan menaiki teksi shj. So kami telah booking 2 teksi untuk ke sana.

Suasana di station Gapyeong pada waktu pagi. Kami tiba di sini pada pukul 9 pagi dan org masih lagi tidak terlalu ramai sini.

Suasana di namiseon dock iaitu tempat perhentian feri untuk ke nami island dan ini merupakan sebahagian pekan nya.

Perhentian bus di namiseon dock.

Signbord yg di paparkan di tempat kaunter tiket..."welcome to naminara republic"...bila baca perkataan ini, semakin tak sabar untuk smpai ke sana...ishhhh, teruk betul penangan winter sonata ni..huhu

Apa2 pun Ambil tiket dulu yer...

Kami dah beli tiket - 8000 won/head

Berpusu2 dengan orang ramai untu menaiki feri...nampak tak bendera malaysia kat situ...nmpak sgt ramai rakyag malaysia datang berkunjung ke sini...emmmm...apa makna nya tu...? Adakah di sebab kan drama winter sonata..?

Now... kami sudah berada di dalam feri. Tempat duduk jngan harap lah kami dapat kerana seat mmg full. Lagi pun kami memang sengaja untu berada di tepi2 feri..konon nya untuk merasa angin pulau nami dan yg penting kami tidak terlepas dari memandang view di sekitar tersebut.

Alhamdulillah...perjalanan yg agak panjang akhirnya smpai juga aku di pulau nami..."Selamat Datang"...tiba2 ada rasa kagum apabila perkataan bahasa melayu ada terungkap di sini...

Sebaik shj tiba, Kami tidak melepaskan peluang untuk bergmbar...masing2 dengan muka teruja. Dah hilang segala penat lelah semasa dlm perjalanan tadi...

Semata2 untuk snap gambar yg cantik, kami sanggup take off baju sejuk masing2. ...sedangkan waktu ni, Tuhan saje yg tahu bertapa sejuk nya kami sehingga menggigil seluruh badan....aksi yg kami tunjukkan mcm tiada apa2 yg terjadikan...

Lakonan mesti mantap beb!

Lagi aksi yg macam tiada apa2....

Ceria nampak!...aksi kami hanya sekejap shj kerana semakin lama kami berkeadaan begini semakin sejuk kami di buat nya. Lebih2 lagi bila angin datang....uishhh....lain mcm sejuk nya....

Last action!...

Tempat yg kami nanti2 kan...1st kiss....isshh teruk betul kegilaan kami pasal drama winter sonata. Padahal benda tu tak wujud pun di alam realiti. Ia hanya fantasi shj...huhhh...pandai betul org korea buat drama....smpai skrg masih lg org ingat.

Cantik tak?

Sekitar nami island...

Musalla di bina di pulau nami. Nampak tak ramai org islam berkunjung ke sini ....kalau tak ramai diorg takkan bina surau ni. Restoran halal pun ada....
Emmm....bagus juga camni. Senang kami nak makan dan solat.

Ni dia restoran halal nya. Musalla terletak di dalam restoran ini tetapi berada di 2nd. floor. Time kami smpai disini dalam around pukul 12 pm dan telah memasuki waktu zohor so kami pergi solat dahulu sebelum makan....waktu ni kami tak boleh berlengah2 kerana ITX train yg kami booking adalah dalam pukul 3 pm. Jika terlepas train ini, akan timbul pulak masalah lain...so kami kena pandai2 budget masa.

Nak komen pasal makan sikit...hihi...asal nya kami nak makan nasi goncang...cari punya cari (sehingga dah sampai tahap putus asa), akhir nya terjumpa lah kedai yang menjual nasib tersebut. Kedudukan agak tersorot dan sukar untuk dijumpai oleh sesiapa pu. Ini kerana kedai tersebut tiada pun tertulis apa2 yg berkaitan nasi goncang. sewaktu kami sampai, suasana kat kedai tersebut agak sibuk dan penuh dengan orang ramai. Boleh aku katakan tempat tersebut sedikit tidak menyenangkan. Last2 kami ambil keputusan untuk makan di restoran yang dah confirm2 tertulis halal dan agak bersih dari kedai yg tadi.


Tika dan waktu ini, aku telah berpijak dengan nyata di bumi korea...piss

Gambar ini adalah gambar yang paling berharga dan bernilai sepanjang aku di korea....pokok2 yang terhampar indah bagaikan satu ukiran lukisan di tambah lagi dengan musim luruh yg akn tiba, menjadikan tempat ini  cantik pada setiap orang yang memandang....

Area ini adalah impian setiap orang  (winter sonata drama) apabila sampi di nami island...Alhamdulillah!

Penuh dengan kenangan...lagak yang agak santai dan relax sambil bersandar di sebalik pohon2, membuatkan kami dapat merasai secara lebih dekat dua watak yang wujud dalam drama winter sonata...cewahhhh!

sebahagian view yang terdapat di nami island...

Lagi View tasik nami island...di ambil semasa dalam perjalanan untuk balik ke seoul....

Setelah hampir 3 jam menghabiskan masa di sini, kami mengambil keputusan untuk pulang memandangkan tiket ITX kami ada lah pukul 3 pm. Kalau terlepas time ini....alamak masalah besar pulak akan kami hadapi. 


Kami sempat membeli buah berangan yg siap di goreng sebelum menunggu bus untuk ke gapyeong station. Buah berangan kat sini agak besar sedikit berbanding di malaysia tapi rasa nya mmg sedap....rasa nya aku jer yg banyak menghabiskan buah ni....emmm...

Pada mula nya kami ingin menaiki teksi untuk ke gapyeong station tetapi memandangkan orang ramai beratur panjang dan masa dah semakin suntuk, kami mengambil jalan selamat untuk menaiki bus tetapi bus juga agak padat dengan orang ramai dan kami tetap juga kena beratur untuk sampai ke giliran masing2...dlm setengah jam juga kami menghabiskan masa menunggu ni...semakin lama semakin berdebar lak...harap2 kami tidak ketinggalan tren...hope so lah....

Mesin yg di guna pakai untuk proses buah berangan...

Dan akhirnya segala keresahan terlerai sudah. Sekarabg kami sudah dalam tren menuju ke Seoul. Memandangkan masa masih ada...kami plan untuk ke Itaewon market.

ITAEWON MARKET

Untuk ke situ, Kami naik subway dan stop di station itaewon( line 6, exit 4). Banyak  Deretan kedai dan gerai2 menyambut kedatangan kami sebaik sahaja  keluar dari station subway. Banyak pilihan dan pelbgai barangan yg di jual terutama pakaian dan barang2 aksesori dan gift.


Jualan t shirt menjadi pilihan dan tumpuan utama kami...saki baki duit yang ada kami habiskan kat sini kerana esok adalah hari last kami di seoul.

Kedai souvenir ini menjadi pilihan kami... ajjusi nya agak peramah dan boleh berbahasa melayu sikit2...


RESTAURANT SAVARO

Ini adalah restauran malaysia dimana kebanyakkan menu berasaskan masakan melayu seperti nasi lemak, mee goreng, tomyam, sup dan banyak lagi....harga nya boleh tahan mahal hya tapi kami tidak kisah pasal harga kerana menu yg di hidangkan memang yg kami idam2 kan selama berada di korea...Alhamdulillah! Hari last kami dapat merasa masakan melayu...


Untuk ke restaurant ini....kami kena cross jalan dan berjalan sedikit ke hadapan. Untuk lebih senang, dari station itaewon anda perlu keluar melalui exit 1 dan berjalan sejauh 100 m shj...

Nasi lemak...rasanya seperti di malaysia...sedapppp 👍

Bergambar dahulu sebelum makan...aku order me sup...agak sedap juga lah...



Story seterusnya sila klick di sini  (Day 7 (last day)

No comments: