"Sedikit dan mencukupi adalah lebih baik daripada banyak tetapi melalaikan "

You Don't Have To Be Rich To Travel Well

Day 3 ~ Seoul, south korea

Assalamualaikum....good morning jeju. Today is last day at jeju island. 3rd. Day kami di jeju terasa macam sekejap sahaja masa berlalu. Banyak lagi tempat yang belum kami kunjungi dan explore dengan lebih mendalam terutama di tepi pantai, bukit2 dan kawasan2 yg terpelihara dengan kecantikannya. Huhu...rasa terkilan jugak tapi nak buat camana kan...terpaksa juga kami tinggal kan jeju dengan hati yang berat dan penuh memories....

Oleh kerana flight kami untuk ke seoul pada waktu tengahari (12.40PM) so masa yg terluang kami tidak biarkan begitu sahaja. Selepas breakfast, kami terlebih dahulu ronda2 bandar jeju kononnya untuk menyambung shopping semalam yang belum selesai. Tapi malang nya banyak kedai2 belum di buka sepenuhhya. Oleh itu kami hanya sekadar jalan2 dan ronda2 kawasan sekitar sambil ambil gambar.


 Pagi yang tenang di bandar jeju

 Pagi yang tenang diserikan lagi dengan gambar kami yg cool and cold

 Dari jauh ku ambil gambar konon nya untuk mendapatkan view yg cantik....ini semua just for u friends. You're very sporting.

 Lagi gambar bandar jeju

Tepat pukul 10 pagi, kami check out drp guesthouse dan menunggu taxi untuk ke jeju airport. Memang aku akui....di sini memang senang untuk mendapatkan taxi. Tinggal lagi poket mahu penuh. Baru senang segala2 nya. 

Di airport kami terus check in luggage dan alhamdulillah...tiada apa2 masalah yg timbul. Semua Proses berjalan lancar. Sambil menunggu departure time, sempat lagi aku dan ju mengorder hot coffee 


 Cukup korum 8 orang semuanya....ada mcm2 style dan gaya. aksi ini di lakukan di airport jeju sementara menunggu flight berlepas.


Menunggu bus datang dengan penuh kesabaran di line 6 dengan bus berno.6000

Alhamdulillah...kami selamat tiba di airport gimpo. Terpinga2 sekejap kerana tidak tahu bus no berapa untuk kami naiki menuju ke guesthouse di gangnam. Yang menjadi mangsa kami ialah guard yg ada kat situ. Dia menerangkan satu persatu bus mana yg perlu kami ambil. Penerangannya yang jelas dari guard tadi sedikit-sebanyak telah membantu kami untuk memilih bas yang mana untuk dinaiki. Apa-apa yang berlaku atau timbul masalah di kemudian hari akan kami tangani sebaik mungkin (wahhh...berkobar2 pulak aku ni)

lebih detail - berpandukan makumat yang di beri, kami akan stop di stesen Seolleung dimana station ini yang paling dekat dengan guesthouse kami.

Didalam bus menuju ke gangnam ~ selesa

Special nya bus di sini ialah kami boleh membayar tambang dengan menggunakan t-money dan tambang rate nya adalah sama iaitu 7000₩ walaupun jarak dekat atau jauh. Mcm bus yg kami naiki ini (no 6000), hanya akan berhenti di stesen2 seperti yang aku nyatakan di atas sahaja. Untuk ke tempat selain di atas, perlu menaiki bus lain yang telah ditetapkan no masing2. So jangan tersalah naik yer...lain tempat lain no bus nya.

Dari stesen Seolleung, kami menaiki teksi untuk ke guesthouse. Nasib kami memang baik sebab teksi kat sini memang banyak dan ada jer orang yang hendak menolong. Untuk menaiki teksi, kita perlu sediakan alamat penuh dan lagi bagus alamat tersebut di tulis dalam bahasa korea kerana ada sesetengah driver taxi tidak boleh membaca dalam bahasa inggeris .


Ini lah guesthouse kami sepanjang berada di seoul. Di miliki sepenuh nya oleh rakyat Malaysia

Akhirnya sampai juga kami kat guesthouse di gangnam. Orang kata kat sini kawasan elit. Ramai orang2 kaya tinggal kat sini. Begitu juga dengan artis2 korea. Wahhh...ada peluang lah kami untuk berjumpa dengan diaorang....harap2 lah...

jom masuk kawan2...kami di sambut oleh seorang gadis melayu yang bertudung dan dia merupakan owner guesthouse ini. Kedatangan kami di sambut dengan baik dan peramah(...wpun adakalanya tak berapa nak peramah). Ist yang aku nampak sebaik kaki melangkah masuk ialah wifi free berserta dengan password yg terlekat di dinding. Apa lagi terus snap jer lah. Simpan kemas2 dlm hp. Nanti senang untuk on internet.

Segala urusan berkenaan guesthouse ini, kami serahkan bulat2 kat Yan untuk settle kan segala bayaran dan lain2 keperluan. Aku yang agak kepenatan ini terus masuk bilik dan berehat.

Untuk pengetahuan bersama...

▪ 1 bilik kami kongsi 8 orang. Dari segi ruang ianya amat sempit sekali. Sukar bagi kami untuk meletakkan beg dan barang2 peribadi. Masing2 kena jaga barang dan beg supaya tidak menambahkan lagi kesempitan ruang.

▪ Ada dua tingkat. Tingkat bawah di lengkapi dengan satu bilik tidur, ruang dapur, solat, ofis, lobby dan bilik air. Tingkat atas pula di lengkapi dengan ruang meja makan, peti ais, sink, microvave, bilik air, dobi dan 4 bilik tidur untuk di sewa.

▪ Bukan kami sahaja yang tinggal kat guesthouse ni tapi berkongsi dengan guest2 yang lain yang memang kami tidak kenal. Dengan kata lain, guesthouse ini bercampur dengan lelaki dan perempuan. Yang bezanya berlainan bilik. So untuk ke bilik air, kami kena berhati2 dan bersopan sedikit.

▪ Disediakan khidmat mendobi dengan bayaran 5000₩ untuk satu kali dobi. Tempat menjemur kain ada disediakan di bilik solat tetapi hanya utk sementara sahaja.

▪ Tidak dibenarkan membuat bising terutama apabila berada di ruang makan atau ruang lobby. Ini untuk menjaga privacy penyewa2 yang lain...(dah macam duduk asrama lah pulak....penuh dengan peraturan2 yg ditampalkan disetiap sudut)

▪ For more info berkenaan guesthouse ini boleh klik disini

Kami dah mula rasa ketidakselesaan....huhu...

Untuk tidak membuang masa begitu sahaja, kami berbincang dengan owner guesthouse untuk cadangkan tempat yang terbaik untuk kami jalan2 pada petang dan malam ini...dia suggest kami pergi ke bandar gangnam dimana kat situ terdapat banyak mall dan kedai2 yang menjual product kecantikan dan lain2 produk  yang di buka hingga ke pagi.

Selesai solat jamak dan qasar antara zuhur dan asar, kami terus bergerak ke bandar gangnam dengan menaiki teksi. Perlu pastikan alamat guesthouse kami di bawa ke mana2 supaya senang untuk ditunjukkan kepada driver teksi terutama alamat yg di tulis dlm bahasa korea. Perjalanan hanya memakan masa 10 minit shj untuk sampai dan bayaran dalam lingkungan 5000 @ 7000 ₩ bergantung atas kelancaran jalan raya


Bandar gangnam di waktu senja ....nak bawa ke malam

Kami sampai di bandar gangnam lebih kurang pukul 6 pm, menandakan hari dah semakin gelap dan akan menghampiri ke malam. Kalau malam sudah tentu kesejukkan semakin menghimpit kami....dan masuk ke kedai adalah jalan penyelesaian terbaik untuk mengelakkan kesejukan. dan sekaligus akan mengoyakkan poket kami yg sudah tersedia rabak...hihihi...

Suasana malam di bandar gangnam ~ 

Amat meriah dengan orang ramai. Banyak deretan kedai2, shopping mall, restaurant dan kedai2 makan di buka pada waktu ini. Begitu juga dengan kesibukkan lalulintas...  yg membuatkan bandar gangnam ini sentiasa meriah dan hidup pada waktu malam.

Shopping dan ronda2 di bandar gangnam

Di sini, aku ralit melihat warga2 korean yang lalu lalang sepanjang jalan. Masing2 berjalan dengan langkah yg laju dan pakaian yg kemas berkot menandakan kesibukan masing2. Jelas terpancar di wajah...mereka ini kebanyakan dari golongan elit dan berkerjaya yg bagus di tambah lagi dengan kecantikan, ketampanan dan ketinggian yg terserlah, membuat kan kami tidak jemu memandang. Jarang2 sekali aku terserempak dengan  ajummah dan ajjussi yg sempoi dan serabai...

Biar lah diaorang dengan cara dia....kami dengan cara kami. Yg penting kedatangan kami kat sini enjoy dan penuh dengan  keseronokan. Yg pasti orang gangnam adalah baik2 semua nya dan kami rasa amat selamat sekali.


Nature republic adalah kedai kosmetik yang paling popular di korea. Banyak barangan kami borong kat kedai ini. Barang2 kecantikan nya adalah buatan korea dan harga yg di jual agak murah. Kira nya amat berbaloi lah kami memborong kat situ....

Lebih kurang pukul 9 malam kami bertolak balik ke guesthouse dengan menaiki teksi. Jom...jom...kita balik. Restkan badan dan tidur yg secukup nya sebagai bekalan untuk berjalan esok. good night every body! Have a good dreams....(Day 4)



No comments: