"Sedikit dan mencukupi adalah lebih baik daripada banyak tetapi melalaikan "

You Don't Have To Be Rich To Travel Well

Day 1 ~ Jeju island, south korea

Day 1 ~ 9 March 2015 (Jeju island)

Assalamualaikum...bermula lah perjalanan yang di tunggu2 sekian lama. Setelah hampir 2 malam berkampung di rumah aku kat Laguna Biru, kundang selangor (cehh....siap bagi alamat penuh lagi ...nak promo lah tu), berbincang dan membuat survey sambil makan2....akhir nya 50% hasil perbincangan telah di capai. Tiket flight ke jeju, guesthouse di jeju dan di seoul semuanya siap di booking...Alhamdulillah semua settle dan harap2 trip kali ini success dan baik2 semuanya.

Maklum lah...ini merupakan 1st. time trip yg aku hadapi tanpa tour guide. kat sana nanti, kami kena redah dan lalui sendiri tanpa bantuan dari mana2 pihak hatta kawan sekali pun. Kesemua di antara kami (8 org semua nya) memang tidak pernah menjejakkan kaki ke bumi korea ini dan kami hanya ada sedikit pengetahuan hasil dari bacaan blog kat internet....

Oleh kerana flight kami pada pukul 8 pagi, awal2  lagi kami sudah keluar dari rumah menuju ke KLIA2. Seperti yg di janjikan, aku mengambil k. Jah di rumahnya di Batu caves untuk menuju ke KL Sentral dan parking kereta kat office (Menara SSM KL Sentral). Kami menaiki bus dalam pukul 4 pagi dan sampai di Klia2 around 1 hour . Tambang bus dari kL Sentral ke Klia2 adalah RM10.

Sebelum Check in lugagge, kami terlebih dahulu breakfast ala kadar sahaja dekat KFC restaurant. Setelah semuanya sampai dan berkumpul, kami terus menuju ke kaunter check in. ALHAMDULILLAH....seperti yg di jangka berat lugagge yg kami ambi (75 kg) untuk kami 9 orang berjalan dengan lancar tanpa ada masalah.

Solat subuh kami utamakan dahulu sebelum menuju ke balai berlepas. Akhir nya perjalanan yg memakan masa hampir 6 jam...sampai ke destinasi dengan selamat. Wahh...hati ku penuh teruja dan excited. Pertama kali menjejakkan kaki ke bumi Seoul. Impian dan angan2 selama ini sudah menjadi kenyataan. Bermula lah episode baru dalam hidup ku...jom kita sama2 explore apa yg ada di bumi korea ini.


Oppss! Terlupa pulak...biasanya sebaik jer keluar dari airport, sudah ada orang yg menunggu utk pick up kami tapi hari ini kami terpaksa lalui secara sendirian tanpa bantuan sesiapa. sebaik turun dari flight sudah terasa angin kesejukan. Mengharapkan gerimis salji akan turun tetapi jangan harap lah....sebab musim yg aku jejak ini ialah musim peralihan diantara salji dan bunga....so salji takde, bunga pun takde....yang ada hanya lah kesejukan yang menggigit tubuh ku yg kecil ini (cewahh...)

Welcome to incheon airport!

Gmbar airport kat atas macam takde orang kann? Sebenarnya waktu ini kami di tinggal jauh dari belakang kerana asyik mengisi customs declaration form. Ekoran kehabisan form dalam flight, ada di antara kami yg belum mengisi borang dengan lengkap.


Pintu keluar dari airport...

Terlebih dahuku kami selesaikan dahulu segala urusan2 yg penting terutama urusan imegresen, claim lugagge dan solat jamak zuhur dan asar. Solat hanya dilakukan di ruangan airport yg jauh dari orang ramai yang hanya di tutupi oleh troli2 beg...apa yg penting solat wajib di tunaikan di mana jua kita berada.

Setelah selesai semuanya kami sepakat untuk membeli T-Money dan top-up terlebih dahulu.  Kami budget Sebanyak 30,000₩ /Rm103.50 setiap sorang selama 7 hari  di korea. Kalau tak cukup kami akan tambah top up kemudian. So Untuk ke Jeju, kami perlu ke airport Gimpo dengan menaiki bus yg memang di sediakan di pintu luar airport.  

Bus untuk ke Gimpo amat senang di perolehi. Ia nya hanya terletak di luar pintu airport seperti dlm gambar di atas. sebaik keluar sahaja dari pintu tersebut, anda akan melihat berderet2 bus yg sedang menunggu penumpangnya. Tetapi awas...jangan tersalah naik bas pulak...naya nanti.

Nasihat saya, berada di korea ini mesti kena cepat. Tak boleh terhengeh2 mcm itik pulang petang. Nanti ditinggalkan tanpa kompromi. Begitu juga masa hendak menaiki bus. Tiket perlu di beli siap2 kat kaunter tiket dan beratur di line yg betul apabila hendak menunggu. Alhamdulillah!...setelah bertukus lumus mencari line bus yg betul, berhadapan pula dengan kesejukan yg melampau di samping mengheret beg2 yg berat dan penuh di tangan akhirnya kami selamat berada di dalam bus. Boleh tarik nafas lega kerana kesejukan tidak lagi menganggu penafasan ku...

Selamat datang ke Gimpo airport

Walaupun agak letih tetapi aku tidak melepaskan peluang melihat panorama dan keindahan seoul di luar jendela bus. Teruja kononnya. Hehe.....setelah hampir 30 minit perjalanan, akhirnya kami sampai juga ke airport Gimpo. Kami ke Jeju dengan menaiki Eastarjet yg telah di tempah awal masa di Malaysia lagi. 

Departure time ialah pukul 7.55 dan sampai di jeju around 9 pm.  Aku menunggu dengan sabarnya di gate 5...

Landed safely  at Jeju airport. 1st thing, kami perlu cari transport untuk esok kerana di jeju ni, public transport agak sukat diperolehi. Bus memang ada tetapi kami tidak mahu buang masa dengan menunggu bas kerana kami stay di jeju hanya 2 hari sahaja. Amat kesuntukan masa. 

Terus Yan terjah ke kaunter service rent car tetapi kat sini hanya untuk sewa kereta  shj. Kena drive sendiri dan ada lesen pemanduan antarabangsa. Hampa sekejap tapi solution di ambil ialah balik dulu ke guesthouse dan tanya kat sana kot2 ada di sediakan taxi @ van....jom kawan2.... kita balik guesthouse dahulu.

Kami tahan 2 taxi dan menunjukkan alamat guesthouse kami. Layanan Taxi terhadap customer nya amat kasar dan keras sekali. Mybe mereka nak cepat kot. Kami terpaksa mengangkat sendiri troli dan beg masing2 ke dalam bonet kereta tetapi tidak  muat dan tidak boleh masuk semua. Bila tengok kami ada masalah untuk masukkan beg, baru dia keluar dari taxi untuk menolong kami tetapi masih lagi terjulur keluar beg kami. Dia biarkan sahaja dan terus gerak menuju ke guesthouse. Kami amat risau sekali...ye lah mana tahu beg2 kami yg terjulur tu...tercicir di tengah jalan. Ada yg menangis tak berlagu....huhu

Nak turun pun kami kena uruskan sendiri beg2 kami. Sebaik2 shj selesai, terus taxi tu tekan minyak dan berlalu pergi tanpa kata apa2. Terfikir oleh ku..." memang gini ke cara mereka? terlalu nak cepat sehingga segala perbuatan nampak kasar di mata kami yang melihatnya..."

Berikut adalah location map dari airport jeju ke you & i guesthouse

Note :

Taxi : Untuk ke guesthouse, boleh bagitau driver taxi untuk di hantar ke Haebaragibunsik (belakang Donkin donuts) @ ckp jer ke You & i guesthouse

Bus : Ambi bus bernombor 500 dan stop di jeju city hall


Hai...we all just arrived at you & i guesthouseg!..Alhamdulillah selamat and smooth journey...setakat ni lah...hehe


Saat2 ketibaan kami di guesthouse ~ di sambut oleh uncle owner guesthouse yg agak peramah dan baik. Deal pasal bayaran dan driver untuk kami berjalan esok. Alhamdulillah...syukur sesangat kerana masalah kami settle setelah berjaya membuat confirmation dengan driver taxi recommended by uncle tadi TAPI bayaran boleh tahan mahal nya.

Kami telah booked 2 taxi memandangkan pihak hotel tidak menyediakan van yg boleh memuatkan 8 orang.  2 taxi plus 2 driver di caj dengan harga 300,000₩ / Rm1035. Nak tak nak memang ini rate nya. Kami kena terima dengan hati terbuka. Sewa kereta dan memandu sendiri memang murah tetapi semua di kalangan kami tidak berani dan tidak mahu ambil risiko....

Dorm untuk 4 orang

Ruang tidur kami ~ walaupun sempit tapi selesa. Yg penting free wifi dan plug pun banyak. Senang untuk kami mengecas hp dan power bank. Tak yah nak berebut. Lantai nya ada heater dan selimut nya ala2 mcm toto gitu...amat membantu mengurangkan kesejukan. Tapi awas!...jangan di buka jendela kerana kesejukkan di luar boleh menembusi ruang bilik anda...hihi...

Dinner dulu...makan apa yg ada. Perut mmg terasa lapar sesangat memandang kan kami satu hari dalam perjalanan tanpa makan apa2 melainkan dalam flight...

Akhirnya saat2 yg di tunggu telah tiba....dapat restkan badan di dalam bilik yg nyaman dan hangat ini...amat ku impikan sejak dari tadi lagi. Bye!...sweet dream friends...see you all tomorow. Hopely, i'm can sleep with pleasure  without bad dream....hopefully lah

Next entry >>> (Day 2, jeju island)

No comments: