"Sedikit dan mencukupi adalah lebih baik daripada banyak tetapi melalaikan "

You Don't Have To Be Rich To Travel Well

Day 4, last day 》》》Trip to Medan ~ 26 - 29 Nov 2014


Akhirnya kami tiba juga di Bandar Medan setelah melalui perjalanan selama hampir 2 jam.....jalan yg berliku dan berbukit membuat kami tidak dapat tido dgn lena...alih2 kami di jadikan peneman berbual untuk Ali...
Memandangkan flight kami pukul 2 ptg, kami masih ada peluang untuk membuat lawatan dan shopping. The 1st place yg Ali bawa ialah shoppingggg....

Aku ingat ali nak bawa kami ke pasar ikan untuk shopping tapi harapan aku hampa sebab Ali bawa kami shopping kat butik. Kata nya kat sana jalan macet dan tak cukup masa utk ke airport. Lagipun kita tak selesa untuk membeli kerana suasana kat sana agak sibuk dan di penuhi org ramai. Penjual kat sana juga ramai yg menipu...banyak lah pulak alasan si Ali ni....haiii...Ini lah padah nya kalau dtg ngan agent. Terpaksa ikut intenarinya... confirmlah kat sini mahal harga nya...ummmm

Di luar butik kelihatan ada penjual yang membuka jualanhya dan aku lebih berminat dengan jualan tersebut. ini kerana kat butik ini hanya menjual kain2 pasang, telekong dan jubah shj. lagi pun barangan yg aku cari memang ada dengan mereka seperti t-shirt, beg, pes, magnet, keychin, pisang salai dan banyak lagi. Yang aku sedikit terkilan ialah pisang salai kerana harga yg di jual tersangat lah mahal dan amat tidak berbaloi. Nak tak nak mmg kami tetap membelinya kerana selepas ini mmg tidak ada peluang untuk menemui nya. Tidak seperti di bandung di mana harga nya sgt murah dan pelbagai perasa....

Seterusnya kami singgah sekejap kat istana maimun yg memakan masa tak sampai 20 minit dari butik tadi.Bayaraj masuk tak pasti kerana semua di uruskan oleh Ali dan mmg termasuk dlm pakage. Jom kita lihat apa yg ada kat dalam istana 》》》》


Di hadapan istana maimun

Info berkenaan Istana Maimun :

1. Di rekabentuk oleh arkitek itali dan di bangunkan oleh sultan Deli sultan mahmud al- Rasyid
2. Di bina pada tahun 1888 dan siap sepenuhnya pada tahun 1891
3. Di bina di atas tanah seluas 2.772 meter persegi dan keluasana halaman nya shj mencapai  4 hektar
4. Didalamnya Mempunyai 30 ruangan yg terdiri drpd pelbagai bentuk dan design yg di ambil dari pelbagai negara seperti moghul, timur tengah, spanyol, indah, belanda dan melayu


Istana Maimun inside


Istana maimun ini masih di diami oleh keluarga diraja dan di jadikan sebagai tempat aktiviti harian mereka. 

Sebahagian istana ini juga telah di jadikan sebagai tempat kunjungan pelancong dari dalam dan luar negara. kedatangan kami di sambut oleh seorang pakcik yg akan guide kami Dan bercerita lebih lanjut berkenaaan dengan sejarah diraja dan istana maimun....

Terpegun sekejap sebaik masuk ke dlm istana ini...rekabentuknya tersangat unik, kemas, cantik dan ruangan yg luas. Manakala di setiap sudut di gantung nya gamabr2 di raja yg memerintah dari masa dahulu hingga lah yg sekarang. Aku mendengar dengan penuh minat dan sekali sekala snap gambar untuk buat kenangan.

kami terdengar satu suara di sebalik dinding dan dapat melihat bayang2 orang ramai dari celah2 dinding. Pakcik yg guide kami tu cakap " ini adalah ceramah agama yang di anjurkan oleh pihak di raja untuk keluarga dan kaum kerabatnya. Rakyat biasa pun boleh datang untuk mendengar ceramah tersebut"...alangkah bagus nya sultan mereka kerana begitu dekat dengan rakyatnya.

Di dalamnya juga ada kedai yang menjual souvenir dan aksesori. Aku tidak lepas kan peluang ini untuk membeli satu sovenir kerana selepas ini kami akan berangkat pulang dan mmg tidak ada peluang untuk membeli  nya lagi. Harga boleh tahan mahalnya tapi apa kan daya....

Masjid Raya Al-Mashun, medan

Info berkenaan Masjid Raya :


1. Masjid ini didirikan pada tahun 1906 dan siap sepenuhnya pada tahun 1909
2. Di bangunkan pada zaman kesultanan deli dan di biayai nya sendiri
3. Perancang utama masjid ini adalah arkitek dari belanda iaitu Van Erp
4. sebagai masjid pertama yg di gunakan untuk solat jumaat dan membaca kutbah
5. Reka bentuk masjid sangat unik kerana ada campuran dari pelbagai negara seperti india, maroko, eropah, timur tengah, tanah melayu dan byak lagi
6. Didirikan diatas tanah seluas 18000 meter persegi
7. Boleh menampung seramai 1500 jemaah

Masjid ini menjadi kebanggan umat islam medan kerana bukan shj keunikan reka bentuknya tetapi penjagaan yg rapi dan bagus membuat kan masjid ini kelihatan kemas baik dari luar mahupun dalaman.  Dan ianya tidak pernah sepi dari kunjungan orang ramai untuk beribadah dan beriktikaf lebih2 lagi pada bulan ramadhan.


Bergambar di hadapan halaman masjid...salah satu bangunan bersejarah pada masa kesultanan deli

Bahagian dalam masjid raya medan

Huraian gambar di atas secara detail :

1. Al-quran yg telah di tulis tangan di simpan hingga kini dan di jadikan sebagai pameran untuk pengunjubg
2. Pintu masuk masjid yg sekarang sedang di ubahsuai - jangan lupa untuk berinfaq yer, ambil berkat
3. Bumbung yg terletak di tengah2 masjid berbentuk seperti payung diraja dan di lengkapi dengan ukiran lampu yg cantik - memukau sekejap
4. Tempat berkutbah - diadakan tangga untuk naik ke atas untuk membaca kutbah kerana  dulu2...tak di sediakan speaker @ alat pembesar. So semua jemaah akan dapat melihat dan mendengar dengan baik

pelbagai bentuk ukiran yg unik di ambil khas dari negara2 india, spanyol dan timur tengah

          Mercu sbg tanda arah kiblat....                 kubur ahli keluarga di raja yg di buat                                                                                        khas berhampiran dengan masjid

Dalam perjalanan ke airport, Ali membawa kami lunch di salah satu restoran yg terkenal di medan iaitu Restoran Simpang Tiga...boleh tahan sedap nya

 Melangkah masuk ke restoran dengan penuh bergaya....

 Hidangan penuh di atas meja...membuatkan kami tak sabar2 nak menikmatinya tapi jangan makan lagi kita bergambar dulu dehh....


Hasil tangkapan aku kat sana...kebanyakkan untuk keluarga dan kawan2, diri sendiri cukup hanya t-shirt shj...dah jadi pusat pengumpulan t-shirt pulak. Tiba2 minat ini datang...hihi...

Alhamdulillah....segala nikmat yg Kau kurniakan tidak terhintung oleh ku. Perjalanan ke medan telah telah di permudahkan oleh Mu dan segala rintangan yg ada...aku anggap sebagai ujian dan dugaan yang perlu di tempuhi oleh setiap hambanya yg beriman...Thank you Allah kerana di beri kesihatan yg baik untuk aku lalui semua nya. Segala pengalaman aku sepanjang di medan, akan aku simpan dan sematkan di dlm hati sebagai satu kenangan yg terindah....terima kasih friends...kerana kamu jua lah travelling ini succes dan sempurna.

Korea pulak kita!....coming soon

No comments: