"Sedikit dan mencukupi adalah lebih baik daripada banyak tetapi melalaikan "

You Don't Have To Be Rich To Travel Well

Day 2 》》》Trip to Medan ~ 26 -29 Nov 2014


Banyak aktiviti yang akan kami tempuhi untuk hari ke dua ini tapi terlebih dahulu kita tengok pics Hotel dan view sekitar dengannya. Untuk pengetahuan semua, kami menginap di Hotel  Toledo inn yang terletak di jalan Tuk tuk Siadong, lake toba samosir island. Hotel ini tidak mengecewakan kami kerana dari segi penginapan dan perkhidmatan yang di sediakan amat selesa sekali. Wifi hanya di sediakan di lobby hotel sahaja.


Semua hotel kat sini tidak di sediakan aircond kerana suhu nya di bawah 20 darjah celcius dan malam hari boleh mencapai di bawah 10 darjah celcius. Amat sejuk sekali ditambah dengan angin yg sepoi2 bahasa membuat kesejukan semakin menebusi badan kami. Kalau datang ke sini jangan lupa bawa jaket yer...klau tak nak bawa...sila pakai baju yg tebal dan berlengan panjang...

Di waktu malam kita boleh mendengar alunan air di tasik toba bagaikan ombak. Seolah2 kita berada di tepi pantai. Ini kerana hotel ini trletak di kawasan teluk dan agak trpisah sedikit dari tasik yang luas. Persekitaran di luar hotel mmg  cantik dan memukai hati. Lanscape yg di reka ala2 untuk orang yang ingin mencari ketenangan dan yang ingin lari dari kesibukan kota...untuk yang honeymoon dan yg berfamili amat sesuai sekali.



Tu no bilik hotel kami. Untuk ke hotel kami terpaksa menapak beberapa anak tangga dan kami bernasib baik kerana berada di tangga 1 sahaja....tengok tangga yang tinggi, cam negara jepun lak design nya...

View di sekitar hotel kami...


Awesom....


Menikmati hidangan pagi...

Masa ni kami menerima berita yang menyedihkan...salah seorang rakan ofis kami meninggal dunia....pemergian yang tidak di sangka...Al-fatihah utk arwah kak farid. Walaupun begitu, perjalanan kami yg berbaki 3 hari perlu di teruskan.

 Menu bfast kami pagi ini....ada 3 menu utama iaitu roti, nasi goreng dan bihun goreng...utk order kami kena pilih salah satu menu yg nyatakan...


Perkampungan Ambareta batak....

Pulau samosir berada di dalam daerah Parapat. Jumlah  penduduk di parapat  lebih kurang 22,000 orang. Orang Batak menguasai  persekitaran di Danau Toba. Bila bercerita  tentang orang Batak, sebenarnya kaum ini dapat dibahagikan kepada
  • Batak Toba
  • Batak Karu
  • Batak Pak Pak
  • Batak Mandaling
  • Batak Simaluhun
Lawatan pertama kami ialah ke kampung Ambareta yang penduduknya banyak di dominasikan oleh kaum batak toba. Rumah orang batak di Kg. Amberita mempunyai bentuk yang unik. Rumah ini  menyamai orang-orang di Toraja  Kepulauan Sulawesi. Bentk seperti tanduk kerbau. Semakin banyak tanduk kerbau, menunjukkan semakin kaya dan beradalah seseorang itu. Macam  Minangkabau tetapi sebenarnya bukan. Di dalam rumah inilah beberapa keluarga tinggal. Mereka makan, masak di tempat yang sama. Kehidupannya seperti sebuah rumah panjang. Di situlah makan dan di situlah mereka tidur.



Di antara batak-batak di atas, batak Toba dikatakan  yang paling agerisif. Ini diikuti batak PakPak dan batak Simaluhun. Batan ini pada dahulunya  adalah fahaman anamisma. Sekarang mereka  beragama Kristian. Sementara Batak  Mandaling adalah 99 peratus  beragama Islam. Batak Karu pula membawa maksud  batak  yang bercampur  Jawa. Ia dianggap lebih fleksible. Ini bermakna  di kalangan keluarga ada yang beragama Kristian  dan ada yang Islam. Ini disebabkan  perkahwinan di kalangan sesama mereka. Jadi batak karo adalah lebih moderate berbanding Batak Toba.

Diberi taklimat terlebih dahulu before masuk kedlm rumah batak yg di jadikan musium...

Keluasan rumah batak agak terhad. Di tengah2 ruang di letakan dapur dan diatas di jadikan para untuk diletakkan pelbagai barang kegunaan (rujuk pada gambar di atas). Juga di sediakan kain sulaman yg di buat sendiri untuk di jual. Harga mengikut qualiti kain dan ketebalan benang yg di gunakan. Harga dlm lingkungan rm30- rm150. Kelihatan juga mesin menenun kain yg di gunakan khas untuk menenun.

Posing di hadapan salah satu rumah batak....


Juga di bina khas tempat pemansungan bagi orang yang bersalah....di kurung di sini buat sementara waktu sebelum proses pemansungan di jalankan


Tarian si gale-gale erti nya tarian gemalai yang menjadi kebanggan masyarakat batak toba. Sigale-gale adalah tarian yang di peragakan oleh patung berupa manusia yg di perbuat daripada kayu dan boleh bergerak mengikut muzik yang dj mainkan....

Di sini kami di paksa menari mengikut muzik dan rentak yang di ajar...di awal nya masing2 malu dan segan untuk menari tapi lama kelamaan kami merasa seronok dan terhibur. Tarian ini juga di kenali sebagai tarian bisik-bisik...



Souvenir shop located is nearest the musium batak...we're happy to shopping here. The types of sovenir dan item gift having here re t'shirts, handmade products, magnet fridge, keychin, beg, pulse and others souvenir products. One of the shop we was shopping is a good price, many choices and  good women seller. we all call her auntie.

I'm bought a lot of t'shirt and fridge magnet at the autie shop. Lagipun auntie ni boleh bagi kami harga yang murah dan can negotiate price. But the other shops, ramai di kalangan peniaga menarik dan paksa kami memasuki dan membeli barang mereka dengan harga yang mahal...untuk mengelak semua itu...kami terpaksa keras kan hati dan tidak melayan kehendak mereka....



Lawatan seterus nya ke makan  raja sidabutar...iaitu kubur lama raja2 dahulu yang menjadi sejarah utama di perkampungan tokok dan sekarang di buka untuk pelancong2 yang datang ke pulau samosir...

Untuk sampai ke sini, kami akan melalui satu lorong di mana di kiri kanan nya di penuhi shop lots yang menjual barang2 souvenir. Perjalanan agak memenatkan kerana jalan untuk menuju ke makam tersebut agak tinggi sikit dan secara tidak lansung kami terpaksa menapak dengan menggunakan tenaga yg lebih sedikit....


Untuk memasuki makam ini, kami must to wearing ulus batak @ selendang yang di khaskan di pintu masuk sebagai tanda penghormatan....katanya...

Kalau ikut prosedur...sesiapa yang datang melawat ke makam ini, perlulah berdiri dan bertafakur di depan makam sebagai tanda penghormatan di samping menghayati sejarah raja2 dahulu...tetapi kami tidak berbuat demikian. Kami sekadar lalu sahaja dan terus turun tangga untuk ke tempat seterusnya...bukan apa rasa seram pulak bila lama2 kat situ...huhu...Ali membebel dengan cara kami sebab sia2 sahaja dia membayar entry fees....tidak berbaloi katanya...hahaha...kami tahu marah Ali hanya sekejap sahaja...we're sorry


Makam raja sidabutar....just pic only


Terus kami di bawa oleh Ali ke tempat shopping...dia cakap kedai ni ok dan boleh nego...tapi bagi aku, mana2 tour agent yang bawa ke tempat shopping mesti ada kepentingan dan keuntungan masing2....so masa dlm proses jual beli, aku kena berhati2 dan tawar habis-habisan....ini kerana harga yang di letakkan memang kaw2 mahal...hihi, pengalaman membuat kan aku sentiasa berhati2 bila shopping...

Kat sini aku grab 2 pasang telekong dan beberapa t-shirt kanak2 khas untuk anak2 buah ku di Malaysia....boleh di katakan kat kedai ini kami semua berbelanja secara besar-besaran. Tak sia2 Ali membawa kami ke sini. Tentu dia mendapaf komisen lebih daripada tuan kedai tu....

Sebelah petang kami tiada aktiviti dan hanya free and easy sahaja....dari hotel kami pergi ke restoran mami tempo dengan berjalan kaki sahaja sambil melihat view dipersekitaran kampung pulau samosir yg terletak di jalan tuk-tuk. Kami perkenakan teh tarik dan makanan ringan sahaja kerana masing2 perut masih dalam mod kekenyangan...


 View di sekitar kampung yg berdekatan dengan hotel kami....suasana nyaman dan udara amat bersih sekali tanpa ada percemaran....



sambil2 jalan2 kami terlihat satu keluarga yang sedang bersiar2 sepertimana yang kami buat. Sempat juga kami bertegus sapa dengan nenek dan 2 org cicitnya yg sedang mara ke arah kami. Yang lain2 masih lagi di belakang dan sedang membeli sesuatu.

Kami amat kagum dengan nenek ini kerana walaupun sudah berusia tetapi dia masih lagi kuat dan bertenaga. Dia bagitahu dia datang dari singapore dan mengikut  cucu2 saudaranya datang melancong ke medan. Kami salute kat nenek ni kerana masih sihat dan masih lagi di beri peluang oleh Allah untuk berjalan sejauh ini. 

Bagi aku....aku tidak pasti bila umur ku mencapai tahap ini...adakah aku masih lagi sihat seperti nenek ini atau sebaliknya. Kerana di masa sekarang ni pun, aku dapat merasakan kesihatan dari segi fizikal amat lemah sekali dan keletihan cepat terasa bila berjalan jauh....al maklum lah, makan bermacam2 jenis makanan tanpa ada had dan batasnya....

Sepetang di sekitar hotel kami

Sambil menunggu mentari terbenam di ufuk barat...kami sempat bersantai, rehat2 dan menghirup udara segar

No comments: