"Sedikit dan mencukupi adalah lebih baik daripada banyak tetapi melalaikan "

You Don't Have To Be Rich To Travel Well

Day 3 》》》Trip to Medan ~ 26 - 29 Nov 2014

Day 3 ~ from samosir island to Brastagi medan

Early morning and without breakfast (just take away only), we're checkout from hotel and get ready  go to Brastagi. In internary,  the way to brastagi is trough Teli-Hill and not the same road whre we're came but ALi said road to Tele-Hill is very dangerous and had a quake and move land along the road...not suitabale for now.After discussion, we decided to normal road and ofcouse we must rode the ferry again. 

 We all rushing and hurry up to going the port for capture the ferry on time but not lucky. The ferry gone and we need waiting the other ferry for 2 hours....ohhh very bored and give up. What can we are doing that this place? Had only small shop/stall food  and i'm sure this shop non-muslim and not halal but Ali invited we all to eat and drinks in that shop. However...we go inside the shop while brought the hotel breakfast food and ate in shop. We just order the hot tea o only.

Port land at samosir island...waiting the ferry. At Here, we are many time to lost...huhuhu...


Lunch at the middle way between samosir island and brastagi....Rumah makan muslim nikmat is the nice name restaurant and food also delicious. Maybe we are very hungry that time...thats why whatever we eat, that all delicous and delightful...perjalanan di teruskan dan kami berhenti sekejap di tepi lake toba sekadar untuk take the pictures. Tempat ini orang called it Lembah unta....sangat cantik dan indah sekali...jom kita bergambar ramai2....


Lembah unta ~ gelaran di berikan kerana bentuk nya bonjol ditengah likes camel...terletak dalam kawasan parapat menghala ke Simarjarjung, near side of lake toba. Kelihatan di tengah tasik tu ialah Samosir Island yang merupakan pulau yg ke fifth largest lake island in the world.

More pic at lembah unta..

Perjalanan di teruskan ke Simarjarjung dan stopped sekejap di Restaurant & Siantar hotel yg terletak di kawasaan Simarjarjung yg agak berbukit sedikit... just bergambar sahaja...Ali cakap kat sini pemandangan lagi awsome....jom kita bergambar bersama...cari port yg menarik yer...


Sebaik kaki melangkah dari van..terpegun sekejap apabila melihat suasana dan view yg sangat cantik...tak bosan mata memandang...sudut mana pun aku captured the pics, semua nya kelihatan cantik...

I likes this picture

Perjalanan di teruskan ke Waterfall Si piso piso. Jarak perjalanan untuk ke sini ialah mengambil masa 1 jam dari Simarjarjung dan sejauh 45 km dari Brastagi. Terletak di desa Tonggeng Sumatera utara. Ketinggian air terjun ini ialah 120 meter dan di sini juga kepanjangan lake toba berakhir.

Untuk menghayati keindahana alam ini, anda perlu menapak beberapa anak tangga untuk sampai di bawah di mana anda akan dapat melihat secara lebih dekat air terjun si piso piso dan sekaligus anda akan dapat mandi manda. Tetapi untuk sampai ke bawah memakan masa 1 jam. Oleh kerana masa tak cukup, kami hanya melihat dan mengambil gambar dari jauh sahaja.

Waterfall Sipiso piso

 View di sekitar air terjun...cantik bangat

Nice view...nampak tak tasik tu? Kat sini lah berakhirnya lake toba


Kami hanya spend masa sekejap sahaja kat sini, just meninjau dan ambil gambar sahaja di samping shopping t-shirt di kedai2 yg berhampiran. Setelah itu, kami meneruskan perjalanan ke Brastagi. Sebelum Check in hotel, kami di bawa oleh Ali ke Pasar Buah yg terletak di Pekan Brastagi. 

Untuk sesiapa yang datang ke Brastagi, jangan lupa singgah di Pasar buah....ini kerana kat ini terdapat banyak gerai2 yang menjual pelbagai jenis buah-buahan yang segar dan enak. Pada masa kami sampai, buah yg paling banyak di jual ialah pisang kaki. Rasa nya memang enak dan kat malaysia ada jual tapi agak mahal. Kat sini bersepah. Harga nya takde lah mahal sangat. Dlm lingkungan rm4 sekilo. Lain2 buah yang ada ialah mangga, delima, avokado, limau, nenas, pisang, mata kucing dan banyak lagi. 

Oleh kerana geram tengok buah delima yg besar dan kemerah-merahan, Aku grab sebiji dengan harga rm10. Boleh tahan mahal nya tapi ok lah sebab bila makan memang manis dan sedap. Selain buah, kat sini juga menjual pelbagai jenis semaian  anak pokok termasuk pokok bunga, juga ada menjual makanan2 tradisional org medan.

Jom scroll kat bawah untuk melihat buah-buahan yg terdapat di pasar tersebut 》》》》

Mata masing2 melilau ~ tak tahu apa buah yg hendak di beli ~ more choices and fresh dari ladang

Bincang jangan tak bincang....

Sedikit info berkaitan Bukit gundaling

Bukit Gundaling adalah salah satu tempat pelancongan di daerah Berastagi, yang jarak nya lebih kurang 3 km dari pusat kota Berastagi. Bukit ini memiliki ketinggian 1575 dari permukaan laut dan sangat sesuai sebagai tempat rekreasi keluarga. Dari atas bukit ini pula kita dapat menikmati panorama gunung berapi Sibayak dan Sinabung. Untuk sampai ke bukit ini adalah dengan berjalan kaki atau menggunakan sado. Di bukit ini terdapat taman yang indah, tempat bersantai, berjalan kaki, berjogging  dan sebagai tempat untuk melihat keindahan gunung di sekitarnya dengan jelas....



Akhirnya sampai juga kami kat Bukit gundaling . Perjalanan hanya mengambil masa 15 minit sahaja dari pekan brastagi  untuk sampai ke atas bukit. Seperti yg ku bayangkan, untuk sampai kesana, kami terpaksa melalui jalan yg agak berliku dan berbukit tetapi tidak membahayakan. Ini kerana kami bukan hendak mendaki ke puncak gunung tersebut tetapi hanya melewati kawasan taman yang dikhas untuk melihat gunung sibayak dan sinabung dengan jelas.



Berlatar belakangkan gunung sinabung...waktu ini kami di kejutkan dengan letusan kecil yang mengeluarkan asap dari celah2 gunung tersebut. Kami sudah ketakutan tetapi bagi penduduk yg tinggal di kawasan pergunungan tersebut, ianya perkara biasa dan merupakan batuk kecil bagi mereka....di sini juga di sediakan perkhidmatan photographi yang siap dalam masa 1/2 jam. Gambar yg di hasilkan amat berqualiti dan cantik. Sesuai disimpan untuk di jadikan kenangan.



Oleh kerana kami belum menunaikan solat zuhor dan asar , aku tergesa2 meminta si Ali menghantar kami balik ke hotel secepat yg mungkin untuk mengelakkan waktu solat habis begitu sahaja. Alhamdulillah, sebaik sampai di hotel, kami berkesempatan menunaikan tanggungjawab terhadap Allah sebaik mungkin. Ingat....dimana kita berada, sejauh mana kita berjalan, sesusah mana keadaan kita waktu tu...solat 5 waktu jangan di abaikan. Sentiasa sematkan dalam diri untuk tidak mengabaikan kewajipan yang satu itu...

Oh ya...untuk pengetahuan semua, kami menginap di hotel Green Garden yang terletak tidak jauh dari pekan Brastagi. Agak selesa, kemas dan bersih tapi tiada aircond. Jangan risau, kebanyakkan hotel kat sini memang tidak disediakan aircond kerana suhu di sini adalah di bawah 20 darjah celcius. Agak sejuk terutama pada waktu malam.

di lengkapi dengan kolam renang tetapi bagi kami ianya just to see only because tomorro we all going to medan and check out hotel early morning....

Air panas Sibayak...

Namun begitu, malam ini masih lagi ada aktiviti yang hendak di buat....jom kita pergi mandi kolam air panas. Kolam air panas sibayak ini terhasil daripada letusan gunung berapi sibayak Yang banyak mengeluarkan debu2 dan belerang di celah2 kaki gunung sehingga menghasilkan air panas untuk di jadikan mandian dan rendaman.



Di kejauhan sudah kelihatan asap dan api yg jelas pada pandangan mata kami...kata Ali, di situ lah punca air panas datang.....tiba2 aku di serang rasa takut dan macam2 yang negatif bermain2 di dalam minda ini...kolam air panas kat malaysia mana ada mcm gini...

Ye lah...mana tahu kot2 malam ini gunung tu meletus....jadi arang dan baja lah kami kat sini....kih...kih...tapi Ali bagitau bahawa ianya perkara normal dan tidak membahayakan So perjalanan di teruskan juga wpun hati meronta2 nak balik.


 Untuk masuk ke sini di kenakan bayaran tetapi aku tidak ingat berapa. Yg pastinya agak murah, berpatutan dan berbaloi jika aktiviti mandi di lakukan. Ali memujuk kami supaya mandi kerana baginya bayaran masuk adalah mahal dan rugi kalau tak mandi.... hehe...bagi dia mahal lah...bagi kita terasa amat murah sekali.

Sebaik sahaja kaki melangkah ke dalam, bau belerang amat kuat dan menusuk ke hidung. Terasa diri ini berada di kawasan kawah gunung berapi. Kata orang belerang ini baik untuk kesihatan terutama bahagian kulit so kami sekadar rendam kaki sahaja. Mula2 memang panas tetapi lama kelamaan panas itu hilang sedikit demi sedikit dan menimbulkan keseronokan untuk terus berendam....


Akhirnya aktiviti last kami adalah dinner.....menu yg di hidangkan seperti biasa....nasi dan lauk pauk yg memenuhi ruang meja makan.


Jom makan....cepat makan cepat lah kita balik hotel untuk tidur.


No comments: