"Sedikit dan mencukupi adalah lebih baik daripada banyak tetapi melalaikan "

You Don't Have To Be Rich To Travel Well

Kelantan ~ Persisiran pantai Melawi dan pantai Irama Bachok

Satu lagi perairan pantai di kelatan yang boleh di kunjungi ialah pantai Melawi. Terletak di Daerah Bachok dan jarak dari bandar KB hanyalah 25 km shj. Amat berdekatan dengan pantai Tok Bali dan daerah Besut. Ianya amat sesuai untuk sesiapa sahaja terutama yang berkeluarga atau berkumpulan yg ingin kan ketenangan dan hirup udara yang nyaman terutama di waktu malam. 

Disediakan banyak homestay / resort untuk di jadikan penginapan dan kebanyakannya berlatar-belakangkan suasana kampung yang jarang2 sekali di rasai oleh orang yg tinggal dibandar. Peralatan untuk barbi-Q, bercamping, bangsal berteduh, bersantai dan buaian juga di sediakan. View di waktu malam mmg menakjubkan...

 Arah papan tanda untuk ke Pantai Melawi ~ hanya 1/2 km jer dari signboard ni untuk sampai ke pantai. Arah ke kanan ialah persisiran pantai melawi yg sejauh 25 km utk smpai ke tok bali (end point). Sepanjang perjalanan di persisiran pantai ini , kita berpeluang melihat keindahan pantai dan  deretan2 homestay yg di sediakan.

View pantai Melawi ~ kelihatan bot dan peralatan menangkap ikan kerana tempat ini khas utk nelayan2 menangkap ikan

View waktu petang nak ke senja...

Begitu cantik ciptaan Allah... suasana yang tenang dan mendamaikan...

View ni di ambil di sepanjang persisiran pantai ~ buaian juga di sediakan

View pantai di waktu petang...

Tempat barbi-Q di sediakan khas kepada yang menginap kat homestay....

Tempat rehat dan relaks...

Antara bangsal2 yang di sediakan untuk para pengunjung berteduh dan merehatkan badan...amat unik dan klasik

Laluan sepanjang jalan di persisiran pantai melawi...

Pantai Irama Bachok

Pantai Irama terletak di dalam Daerah Bachok dan merupakan tempat kunjungan utama penduduk Daerah Bachok dan juga penduduk Negeri Kelantan khususnya.
Terdapat pelbagai infrastruktur yang disediakan dikawasan pantai seperti gerai jualan, tandas awam, surau, wakaf, tempat letak kerata yang sistematik, dataran, tempat menyalin pakaian dan taman permainan kanak-kanak.
Pantai ini menghadap Laut China Selantan dan telah ditambak bagi mengelakkan hakisan dari berlaku. Sering dikujungi pada hari minggu (Jumaat dan Sabtu). Seringkali dijadikan tempat mengadakan pesta dan pelbagai acara keramaian. Terletak disepanjang laluan utama Bachok – Kota Bharu.
Lokasi
Terletak di pinggir Bandar Bachok., kira-kira 20 km dari Kota Bharu melalui jalan tempatan Kota Bharu-Tawang-Bachok (D5) yang mengambil masa kira-kira 30 minit.
Pintu masuk utama pantai irama....

 Keindahan pasir pantai irama

 View yang indah dan amat sesuai untuk pengunjung yang berkeluarga kerana banyak aktiviti yang boleh di lakukan di sini terutama pada waktu petang...

  Disediakan juga tempat mainan kanak2...

 Nice view 

Sebahagian gerai2 jualan yang boleh di dapati di pantai ini. Tidak di nafikan banyak lagi gerai2 yang di buka untuk pengunjung terutama pada waktu petang. Amat meriah sekali kerana terdapat banyak gerai yg menjual pelbagai jenis makanan dan barangan yang berkaitan.

Masjid ini terletak betul2 di pintu masuk ke Pantai irama so jangan jadi alasan untuk tidak solat jika berkunjung ke sini...

1 comment:

Anonymous said...

dekat dgn kg saya...kg tok burung...5minit jerr berjalan kaki ke pantai irama