"Sedikit dan mencukupi adalah lebih baik daripada banyak tetapi melalaikan "

You Don't Have To Be Rich To Travel Well

Day 2 ~ Jeju island, south korea

Good morning friends...wake up, wake up!....apa2 pun solat subuh dulu yer... Kat sini waktu solat awal 1 jam so pukul 5 dah kena bangun untuk solat dan bersiap2 bfast..


Ruangan Kitchen ~ kemas, cantik dan selesa. Di lengkapi dengan kelengkapan memasak, barang makanan asas, peti ais, microwave, wifi, tv, sofa, tempat pembacaan, komputer dan  iron untuk gosok baju.

Kami makan makanan yg di bawa dari Malaysia iaitu nasi himpit(yg siap di rebus), rendang brahim's, sambal ikan bilis, serunding daging, telur rebus, maggie, roti dan makanan2 instant yg lain....makan kenyang2 yer dan jangan lupa bawa bekal makanan dalam beg sebab kat jeju ni mmg susah untuk mencari restoran yg halal...

emmm...nampaknya sesiapa yg bercita2 untuk kurus tu...maybe kat sini impian anda akan tercapai hahaa....sama2 kita tengok nanti.

Seperti yang di janjikan, tepat pukul 9, our driver datang untuk membawa kami ke destinasi2 seperti yg dirancang dalam intenary yg telah kami sediakan dari awal lagi. Planning awal nak pergi ke yongduam rock, mt. Hallasan, misterious road, seongsan llchulbong peak dll tempat yg cantik di jeju tetapi harapan kami hampa kerana kata nya tempat-tempat tersebut masih lagi bahaya. Suhu terlampau sejuk dan salji masih lagi turun dan tebal disana...keadaan jalan nya pun banyak ditutupi oleh salji. Kami akur dengan kata2 nya dan mengambil keputusan untuk meneruskan intenary yg diberikan oleh driver taxi.



1st. Place : Hallim park

Ist places kami di bawa ke Hallim park yang merupakan subtropica botanic garden. Pelbagai pokok, tanam-tanaman, bunga, bonsai garden, bird garden, folk village, water garden, caves dan stone ada di dalam hallim park ini. Di buka di awal tahum 1971 di atas tanah seluas 100 ribu meter persegi. Keluasannya membuatkan kami penat berjalan didalamnya tetapi happy dan puas hati.

Bayaran masuk untuk dewasa adalah 10,000₩ / Rm34.50/person.

Dalam perjalanan ke Hallim park yang sejauh 33 km dari bandar jeju, kami dihidangkan dengan view pantai di sebelah kanan dan view rumah/bangunan/pokok2 di sebelah kiri. Yang lagi teruja apabila tiba2 ada titisan salji turun menyentuh cermin kereta dan jalan yg kami lalui. Terasa masa tu juga  nak stop dan kuar dari kereta untuk merasai salji tetapi hanya boleh pandang sahaja dari dlm taxi.

Map didalam Hallim park ~ pelbagai taman boleh di terokai

Bila tengok peta ni, hallim park mmg dekat dengan pesisir pantai Hyeopjae tetapi kami tidak berpeluang untuk menghayati suasana pantai memandangkan kesuntukan masa. Hati mengeletek untuk pergi ke pantai tetapi apa kan daya hanya dapat pandang dari jauh sahaja. Perlu di ingat kami hanya ada masa 1day sahaja di jeju dan perlu menggunakannya dengan bijak.

Jom kita scroll ke bawah untuk melihat gambar2 yg saya sempat snap di dalam hallim park 》》》》

Dekat  kaunter tiket hallim park dan entry gate

Pelbagai tanam-tanaman yang ada di dalam hallim park

 Botanica garden

Botanica garden

Palm tree avenue ~ berjalan menghala ke wild grass & flower garden dan Hyupjae-Ssangyong caves


Suasana di dalam caves - terjadi hasil daripada letusan mt. Halla yang berlaku 2.5 ribu  tahun yang lalu. Tempat ini sahaja di dalam dunia terjadi nya stalatit dan stalamit

 Stone and bonsai garden - Kak jah happy jer nampak!

Jae-am folk village ~ bentuk rumah tradisional rakyat korea. hanya sekadar pameran sahaja

2nd. Place : glass art musium
Welcome to glass art musium!

Almost 2 hours in the hallim park, kami meneruskan lawatan ke tempat berikutnya iaitu ke Glass art museum / glass castle

Info glass art museum

* Di buka pada 1 mac 2008
* Merupakan art musium berasaskan kaca yang terbesar dan direka oleh professional art artist yang terkemuka dari italy, the Czech republic dan japan.
* Semua rekabentuk pameran yang ditunjukkan adalah  bersenikan kaca
* Dibahagikan kepada dua ruangan iaitu indoor modern glass model centre(seperti hall untuk majlis2/event) dan outdoor theme park( seperti garden park dan hiasan berasakan kaca)
* Bayaran masuk untuk adult ialah 11,000₩ / Rm38/person

Jom scroll kat bawah 》》》》

 Pelbagai bentuk hiasan yang semuanya di buat daripada glass....cantik mata memandang tetapi jangan sentuh hihi.... Setiap sudut menjadi sasaran hp ku untuk snap gambar.

 Lagi gambar theme park yg di buat daripada glass...

Pada masa ni angin bertiup sedikit kuat dan di sambut oleh titisan salji yang membuatkan aku lebih teruja. Segala kesejukan aku buang ke tepi semata2 ingin merasai salji dan menyentuhnya tetapi hampeh....salji yg turun ibarat debu2 puteh yang di bawa oleh angin lalu...ini lah nahas nya kalau datang ke korea di saat2 akhir nya musim salji.

 Cermin biasan....hati aku tiba2 berkata "cantik Sangat" dan di sebalik cermin kita boleh lihat pelbagai gelagat rakan2 yg di lakukan pada masa itu. Hanya mirror yang boleh menghuraikan segala2 nya....

 happening....itu yg boleh aku gambarkan keadaan kami di glass art musium

 Reflex mirror...

 again picture in art musium theme park

Riang ria bersama...masa ni tenaga tengah banyak. Wajah pun semua ceria

3rd place : O'sulloc tea musium

Journey seterusnya ialah ke o'sulloc tea musium.

▪ jarak nya hanya 15 minit by car dari art glass.
▪ terletak di Seogwipo-si, Jeju-do island yg berdekatan dengan seongwangdawon
▪ menarik pelancong dan orang ramai berkenaan dengan korean's traditional tea culture
▪ the O'sulloc adalah stand for origin the sulloc, only sulloc dan of sulloc
▪ di buka pada september 2001...ianya meluas dan terkenal di seluruh korea. 
▪ pelawat bukan sahaja boleh menikmati air teh secara free tetapi boleh merehatkan badan di        tingkat atas dengan melihat view tea plant dan landscape yg cantik di luar bangunan
▪ admission fee dan parking adalah free
▪ 50 minit dari airpot jeju


Merasai tea free

Suasana di dalam tea musium....selain produk tea yang pelbagai perasa, ada juga barangan lain yang di jual seperti produk kosmetik, accessories/gift dan pelbagai food perasa teh dan juga aiskrem yg boleh di makan terus di tempat yg di sediakan khas.

4th. places : Lunch kat restoran seafood near the pelabuhan 
view tempat berlabuhnya kapal2 nelayan mybe...i"m not sure but it"beautiful beach scenery!

Tempat makan kami dekat dengan pelabuhan kapal yang betul2 di tepi pantai. Angin yang bertiup kencang, membuatkan kami tidak bertahan lama di pelabuhan ini. Niat asal ialah untuk makan tengah hari di restoran seafood..jom kawan2..kita terjah restoran tu. kata driver taxi  ianya halal dan boleh di makan tanpa ragu2...tapi kami tetap ragu2 juga,,camna tu?

Restauant seafood...

Inilah restaurant tempat yang akan kami lunch sekejap lagi. jom kawan-kawan masuk...sejuk sangat lah kat luar ni. Pada mula nya aku cari jugak tanda "Halal" kat mana2 sudut tapi tak jumpa. Memandangkan hidangan semua berasaskan makanan laut, rasa was2 tu aku letakkan ke tepi...lagipun seafood yg dihidangkan memang fresh dari ladang...Harap semuanya ok. Insha Allah!

Tu dia..penuh meja kami dengan makanan. Udang, ketam, ikan bakar, bilis, sayur, nasi dan sejenis lala (tapi yg ini lagi besar) terhidang di depan mata. Nampak macam sedap tapi boleh ker aku makan masakan diaorang ni, Sudah tentu rasa ala2 mcm tomyam ni tak sama dengan rasa tomyam kita kat Malaysia. Emmm try lah dulu. lagi pun perut tengah lapar ni.

Ok lah..nak kata sedap takde lah sedap sangat. Dah memang orang korean yg masak, sudah tentu lah rasa totally defferent!. yang aku respek kat sini ialah layanan yang di berikan very very good services. 5 star aku boleh berikan. Nampak jer makanan kami habis, cepat2 di tambah nya. Jika kami sukar untuk makan ketam dan yg lain tu, dikopeknya untuk kami satu persatu dengan menggunakan gunting dan peralatan yang seumpama dengan nya. Dalam hati " bagus lah diaorang ini...patut lah negara diaorang maju.

Setelah selesai makan, time membayar pun tiba. Kami tak pernah tanya berapa harga sebelum ini. Yang kami tahu apa yg ada di depan mata, kami makan jer. Masing2 terlupa nak tanya berapa kos semua nya. Aku yang di lantik sebagai pemegang amanah part bayaran, terus pergi dekat ajummah  untuk membayar harga makanan. Bagai ayam dan itik bercakap...aku membayar semua nya 180,000won. Apabila di convert ke RM ialah 621 ringgit semuanya. Wahhh....boleh tahan mahal nya. patut lah services tip top. Ummm...redho jer lah.

5th. place : Ladang limau, jeju-do island

info berkenaan ladang limau :
  • Bayaran masuk 3000 won / Rm10 untuk seorang dewasa
  • Disediakan gunting setiap seorang untuk senang memetik buah limau
  • Boleh memetik seberapa banyak buah limau di dalam ladang
  • Buah limau yang telah di petik boleh di bawa pulang
  • Boleh rasa dan makan di situ juga tanpa bayaran
pelbagai gelagat dan aksi yang di tunjukan. amboiiii...bukan main seronok yer kamu

Bertapa seronoknya kami apabila di beri peluang untuk singgah di ladang limau. Keinginan kami untuk merasai sendiri berada di ladang  dan memetik buah limau bagaikan dapat di rasai oleh driver kami. Kehendak kami di turutkan. Alhamdulillah..impian kami  tercapai.

Bergambar di ladang limau...semua nya nampak happy

Kami di bawa ke tempat khas memetik buah limau. Dari pandangan aku, maybe tempat ini sahaja yang  boleh di petik sebab aku dapat melihat banyak kesan2 buah limau yang telah di petik dan  banyak yang gugur ke bumi. Mungkin ini salah satu untuk mengelakkan ladang mereka rosak secara keseluruhannya. Yang itu aku ketepikan. Yang penting sekarang ini misi memetik buah limau diteruskan. Dengan penuh keterujaan, kami menjalankan aktiviti masing2...

Aksi memetik buah limau sekali sekala terganggu oleh kesejukan yang melampau lebih2 lagi bila tiupan angin datang dengan tiba2. Pada masa tu, terasa tubuh bagaikan menggigil satu badan. Tidak tahu kenapa, kat sini angin nya begitu luar biasa kuat nya. Kami penuhkan beg2 yang ada dengan buah limau untuk di bawa pulang ke hotel. Akhir nya, ekoran tidak tahan dengan kesejukan angin, kami meninggalkan ladang limau dengan seribu kenangan.

6th. place : Cheonjeyeon Waterfall, Seogwipo city, Jeju-do island

Info berkenaan Cheonjeyeon Waterfall:
  • terletak di Saekdai-dong, seogwipo city, jeju-do island
  • bayaran masuk ialah 2,500 won / Rm8.60 untuk seorang dewasa
  • cheonjeyeon bermakna "God's pond" dimana ada hikayat menceritakan 7 orang puteri dari kayangan pernah turun mandi dan bermain2 di pond ini.
  • merupakan salah satu tempat subtropika forest yang menjadi tarikan utama pelancong.
  • ketinggian air terjun ini boleh mencapai 22 meter dengan keluasannya 12 meter dan 20 meter dalam.
Welcome to Cheonjeyeon Waterfall....



Menuruni beberapa anak tangga untuk menuju ke tempat air terjun....hati2 yer, tangga yang curam ini boleh mendatangkan masalah jika tersalah langkah. Wahhh....cantik nya! Itu yg boleh aku ungkapkan dengan kata2 sebaik sahaja sampai di bawah. Terus kami terjah salah seorang daripada mereka yg berada berhampiran dengan kami untuk tolong snap gmbar. Rupanya mereka datang dari indonesia secara berkumpulan. Macam kami juga.

Lagi menuruni anak tangga...

Kami hanya sekadar menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan sambil snap beberapa keping gambar. Untuk Mandi? Memang tak lah kerana time ini, kesejukan amat menyucuk-nyucuk sampai ke tulang apatah lagi bila menyentuh air nya. Kalau mandi gak...boleh beku jadi nya...hihi...

Sebahagian gambar yang sempat aku capture....

Seronok apabila melihat pokok2 dimana dahan dan rantingnya tanpa sehelai daun. Ibarat kepala orang tanpa rambut. Tentu tak cantikkan? Tapi view yg macam ini amat cantik dan indah pada penglihatan mata kasar aku. Ianya menampakkan satu kelainan di antara sesebuah negara semata2 faktor cuaca dan musim....

Berhenti sekejap! rehat dan tarik nafas dalam2. Simpan tenaga untuk mendaki anak tangga...Anda semua kawan yang terbaik bagi aku....Thanks

Last Place : 3D Alive Musium

Info berkenaan 3D Alive Musium :
  • Terletak di seogwipo city, jeju-do island berdekatan dengan Seongeup folk village.
  • Di buka pada Jun 2009 selepas di perkenalkan oleh satu syarikat dari japan.
  • Mendapat sambutan yang menggalakkan di mana selepas 2 tahun  telah mencecah 670,000 visitor. 
  • Bayaran masuk untuk adult ialah 9000 ₩ / Rm31 seorang.
  • Ada lima tema optical of illusion iaitu trick art, digital art, object art, sculpture art dan provence art. Bila bergambar ia Menampakkan aksi / gelagat yang bentuk2 real 
Kat bawah ini hanya sebahagian sahaja gambar yang di pamerkan. Yang sebetul nya banyak lagi aksi2 yang tersembunyi. Untuk kanak2 under age tidak digalakkan untuk memasuki musium ini. Sebab apa?...huhu....Banyak sangat gambar porno yang tak sepatut nya di lihat. 

Sebaik kaki melangkah masuk, aku terkejut dan sedikit terpana apabila dihidangkan dengan gambar2 porni dan amat memalukan. Untuk berpatah balik bukan satu idea yang bagus dan merugikan ekoran admission fees telah di bayar. Harap2 gambar sebegini tidak berterusan hingga ke bahagian dalam. Mata aku hanya pandang tak pandang jer kepada gambar tersebut. Malu wehhh....

Alhamdulillah!... sebaik sahaja sampai di bahagian dalam sedikit, gambar2 yang tak senonoh itu, sudah tidak kelihatan. Boleh lah kami bergambar dengan happy!...jom scroll kat bawah untuk melihat aksi2 kami 》》》》


Serius mengecat nampak? Semacam jer kuda belang tu tengok...

Mak tok naik kuda ke naik lembu tu? Sempat lagi lembu tu menjeling tajam...
real kan?

Bagi makan zirafah dengan penuh kasih sayang...

Tempat ni sebenarnya untuk kanak2 riang... tapi orang tua pulak terlebih riang....

Mengayuh sampan di bawah bridge....ala-ala macam kat paris

Mak tok nak kemana tu? Kirim salam kat abg sado di depan tu yer...hihi

Begitu gigih aku nak menolong...tapi ? emmm...lakonan yang real tu penting

Kerdil nya kau camalya...

more pictures...

Begitu pandai diaorang melukis. Hanya satu ukiran gambar di atas wall boleh mencerminkan satu lakaran yang unit dan real pada setiap mata memandang. Aku sebagai seorang  yang minat dalam seni lukisan, amat seronok dan berbaloi-baloi datang ke tempat sebegini. Boleh menghayati sepuas2 nya lakaran seni yang dipamerkan. Well done!

Di luar musium ada di sediakan taman2 dan decoration yang cantik untuk bergambar. Dan waktu dan saat ini, masih ada lagi debu2 salji yg turun ( macam kapas yg kecil) bersama angin yang bertiup. Waktu sudah berganjak ke angka 5 dan sekejap lagi waktu magrib akan berkumandang. Semakin lama semakin terasa kesejukannya. 

Ayuh kawan2...kita balik sekarang!

Hihi....macam warden asrama lah pulak aku ni....

Driver terus menghantar kami balik ke guesthouse dan mengucapkan thanks a lot to uncle kerana melayan karenah kami sepanjang hari ini (Ye lah....dah bayar mahal, tentu lah layanan di beri tip top). Tak gitu? Lagi pun mengikut term hanya 8 jam sahaja service di gunakan. Kalau lebih daripada 8 jam, kami perlu membayar extra payment per hours.

Oleh kerana guesthouse kami betul2 berada di tengah bandar jeju so senang lah untuk kami menjalankan aktiviti lepak dan melawat kedai2 yg berhampiran. Masa yang ada perlu di menafaatkan sepenuhnya. Tapi apa2 pun solat dulu yer Kawan2....Magrib dah nak dekat ni takut tak sempat untuk jamak asar dan zuhor.

Alhamdulillah...kami sempat solat zuhor dan asar secara jamak takkhir dengan sempurna. Selepas usai solat magrib dan dinner, kami rest sekejap sebelum meneruskan aktiviti jalan2, shopping dan lepak di bandar jeju. 

Sebaik kaki melangkah keluar terasa dingin semacam...

Wahhh....sejuknya. terasa beku seluruh badan. Suhu pada masa ini di bawah 0 degree. Boleh ker nak keluar jalan2 ni???


 one night at jeju...tenang dan tidak begitu sibuk. Terasa amat selamat sekali

 Macam2 ada kat sini....lot2 kedai dan restaurant memenuhi ruang dan lorong

 View di waktu malam...

Kami menghalakan kaki tanpa arah tujuan...jika tidak tahan dengan kesejukan, kami ambil kesempatan memasuki kedai2 yang berhampiran. Konon2 nya hendak membeli tapi sebenarnya untuk panaskan badan...hihihu..

Yang menghairankan aku dan menjadi persoalan dalam fikiran ialah tidak sejuk ke diaorang ni? Selamba jer aku tengok diaorang ni berjalan di tengah2 kedinginan malam. Siap pakai skirt lagi. Aku yang tutup seluruh badan ni pun tak boleh tahan...huhuhu

Ekoran tidak tahan dengan kesejukan yang melampau, kami mengambil keputusan untu balik ke bilik. Nak makan, jangan harap lah ada restoran halal kat sini. Yang aku nampak, semua nya tulis pork sahaja. Walaupun begitu, kami hilangkan rasa lapar dengan aktiviti shopping. Banyak juga hasil tangkapan kami pada malam ini terutama produk2 kosmetik, tshirt, blouse, baju sejuk, gift dan aksesori.

Jom balik kawan2....jangan lupa packing barang terlebih dahulu supaya senang esok hari. Takde lah tergopoh gapah dan tertinggal barang2 yang penting. Nak mandi pun sejuk....last sekali aku hanya basuh muka dan gosok gigi jer. Terus tido dan mengharapkan mimpi yang manis2 jer bertamu di minda ku pada malam ini.

Selamat malam! Have a good dream...Next entry >>>(Day 3)

Day 1 ~ Jeju island, south korea

Day 1 ~ 9 March 2015 (Jeju island)

Assalamualaikum...bermula lah perjalanan yang di tunggu2 sekian lama. Setelah hampir 2 malam berkampung di rumah aku kat Laguna Biru, kundang selangor (cehh....siap bagi alamat penuh lagi ...nak promo lah tu), berbincang dan membuat survey sambil makan2....akhir nya 50% hasil perbincangan telah di capai. Tiket flight ke jeju, guesthouse di jeju dan di seoul semuanya siap di booking...Alhamdulillah semua settle dan harap2 trip kali ini success dan baik2 semuanya.

Maklum lah...ini merupakan 1st. time trip yg aku hadapi tanpa tour guide. kat sana nanti, kami kena redah dan lalui sendiri tanpa bantuan dari mana2 pihak hatta kawan sekali pun. Kesemua di antara kami (8 org semua nya) memang tidak pernah menjejakkan kaki ke bumi korea ini dan kami hanya ada sedikit pengetahuan hasil dari bacaan blog kat internet....

Oleh kerana flight kami pada pukul 8 pagi, awal2  lagi kami sudah keluar dari rumah menuju ke KLIA2. Seperti yg di janjikan, aku mengambil k. Jah di rumahnya di Batu caves untuk menuju ke KL Sentral dan parking kereta kat office (Menara SSM KL Sentral). Kami menaiki bus dalam pukul 4 pagi dan sampai di Klia2 around 1 hour . Tambang bus dari kL Sentral ke Klia2 adalah RM10.

Sebelum Check in lugagge, kami terlebih dahulu breakfast ala kadar sahaja dekat KFC restaurant. Setelah semuanya sampai dan berkumpul, kami terus menuju ke kaunter check in. ALHAMDULILLAH....seperti yg di jangka berat lugagge yg kami ambi (75 kg) untuk kami 9 orang berjalan dengan lancar tanpa ada masalah.

Solat subuh kami utamakan dahulu sebelum menuju ke balai berlepas. Akhir nya perjalanan yg memakan masa hampir 6 jam...sampai ke destinasi dengan selamat. Wahh...hati ku penuh teruja dan excited. Pertama kali menjejakkan kaki ke bumi Seoul. Impian dan angan2 selama ini sudah menjadi kenyataan. Bermula lah episode baru dalam hidup ku...jom kita sama2 explore apa yg ada di bumi korea ini.


Oppss! Terlupa pulak...biasanya sebaik jer keluar dari airport, sudah ada orang yg menunggu utk pick up kami tapi hari ini kami terpaksa lalui secara sendirian tanpa bantuan sesiapa. sebaik turun dari flight sudah terasa angin kesejukan. Mengharapkan gerimis salji akan turun tetapi jangan harap lah....sebab musim yg aku jejak ini ialah musim peralihan diantara salji dan bunga....so salji takde, bunga pun takde....yang ada hanya lah kesejukan yang menggigit tubuh ku yg kecil ini (cewahh...)

Welcome to incheon airport!

Gmbar airport kat atas macam takde orang kann? Sebenarnya waktu ini kami di tinggal jauh dari belakang kerana asyik mengisi customs declaration form. Ekoran kehabisan form dalam flight, ada di antara kami yg belum mengisi borang dengan lengkap.


Pintu keluar dari airport...

Terlebih dahuku kami selesaikan dahulu segala urusan2 yg penting terutama urusan imegresen, claim lugagge dan solat jamak zuhur dan asar. Solat hanya dilakukan di ruangan airport yg jauh dari orang ramai yang hanya di tutupi oleh troli2 beg...apa yg penting solat wajib di tunaikan di mana jua kita berada.

Setelah selesai semuanya kami sepakat untuk membeli T-Money dan top-up terlebih dahulu.  Kami budget Sebanyak 30,000₩ /Rm103.50 setiap sorang selama 7 hari  di korea. Kalau tak cukup kami akan tambah top up kemudian. So Untuk ke Jeju, kami perlu ke airport Gimpo dengan menaiki bus yg memang di sediakan di pintu luar airport.  

Bus untuk ke Gimpo amat senang di perolehi. Ia nya hanya terletak di luar pintu airport seperti dlm gambar di atas. sebaik keluar sahaja dari pintu tersebut, anda akan melihat berderet2 bus yg sedang menunggu penumpangnya. Tetapi awas...jangan tersalah naik bas pulak...naya nanti.

Nasihat saya, berada di korea ini mesti kena cepat. Tak boleh terhengeh2 mcm itik pulang petang. Nanti ditinggalkan tanpa kompromi. Begitu juga masa hendak menaiki bus. Tiket perlu di beli siap2 kat kaunter tiket dan beratur di line yg betul apabila hendak menunggu. Alhamdulillah!...setelah bertukus lumus mencari line bus yg betul, berhadapan pula dengan kesejukan yg melampau di samping mengheret beg2 yg berat dan penuh di tangan akhirnya kami selamat berada di dalam bus. Boleh tarik nafas lega kerana kesejukan tidak lagi menganggu penafasan ku...

Selamat datang ke Gimpo airport

Walaupun agak letih tetapi aku tidak melepaskan peluang melihat panorama dan keindahan seoul di luar jendela bus. Teruja kononnya. Hehe.....setelah hampir 30 minit perjalanan, akhirnya kami sampai juga ke airport Gimpo. Kami ke Jeju dengan menaiki Eastarjet yg telah di tempah awal masa di Malaysia lagi. 

Departure time ialah pukul 7.55 dan sampai di jeju around 9 pm.  Aku menunggu dengan sabarnya di gate 5...

Landed safely  at Jeju airport. 1st thing, kami perlu cari transport untuk esok kerana di jeju ni, public transport agak sukat diperolehi. Bus memang ada tetapi kami tidak mahu buang masa dengan menunggu bas kerana kami stay di jeju hanya 2 hari sahaja. Amat kesuntukan masa. 

Terus Yan terjah ke kaunter service rent car tetapi kat sini hanya untuk sewa kereta  shj. Kena drive sendiri dan ada lesen pemanduan antarabangsa. Hampa sekejap tapi solution di ambil ialah balik dulu ke guesthouse dan tanya kat sana kot2 ada di sediakan taxi @ van....jom kawan2.... kita balik guesthouse dahulu.

Kami tahan 2 taxi dan menunjukkan alamat guesthouse kami. Layanan Taxi terhadap customer nya amat kasar dan keras sekali. Mybe mereka nak cepat kot. Kami terpaksa mengangkat sendiri troli dan beg masing2 ke dalam bonet kereta tetapi tidak  muat dan tidak boleh masuk semua. Bila tengok kami ada masalah untuk masukkan beg, baru dia keluar dari taxi untuk menolong kami tetapi masih lagi terjulur keluar beg kami. Dia biarkan sahaja dan terus gerak menuju ke guesthouse. Kami amat risau sekali...ye lah mana tahu beg2 kami yg terjulur tu...tercicir di tengah jalan. Ada yg menangis tak berlagu....huhu

Nak turun pun kami kena uruskan sendiri beg2 kami. Sebaik2 shj selesai, terus taxi tu tekan minyak dan berlalu pergi tanpa kata apa2. Terfikir oleh ku..." memang gini ke cara mereka? terlalu nak cepat sehingga segala perbuatan nampak kasar di mata kami yang melihatnya..."

Berikut adalah location map dari airport jeju ke you & i guesthouse

Note :

Taxi : Untuk ke guesthouse, boleh bagitau driver taxi untuk di hantar ke Haebaragibunsik (belakang Donkin donuts) @ ckp jer ke You & i guesthouse

Bus : Ambi bus bernombor 500 dan stop di jeju city hall


Hai...we all just arrived at you & i guesthouseg!..Alhamdulillah selamat and smooth journey...setakat ni lah...hehe


Saat2 ketibaan kami di guesthouse ~ di sambut oleh uncle owner guesthouse yg agak peramah dan baik. Deal pasal bayaran dan driver untuk kami berjalan esok. Alhamdulillah...syukur sesangat kerana masalah kami settle setelah berjaya membuat confirmation dengan driver taxi recommended by uncle tadi TAPI bayaran boleh tahan mahal nya.

Kami telah booked 2 taxi memandangkan pihak hotel tidak menyediakan van yg boleh memuatkan 8 orang.  2 taxi plus 2 driver di caj dengan harga 300,000₩ / Rm1035. Nak tak nak memang ini rate nya. Kami kena terima dengan hati terbuka. Sewa kereta dan memandu sendiri memang murah tetapi semua di kalangan kami tidak berani dan tidak mahu ambil risiko....

Dorm untuk 4 orang

Ruang tidur kami ~ walaupun sempit tapi selesa. Yg penting free wifi dan plug pun banyak. Senang untuk kami mengecas hp dan power bank. Tak yah nak berebut. Lantai nya ada heater dan selimut nya ala2 mcm toto gitu...amat membantu mengurangkan kesejukan. Tapi awas!...jangan di buka jendela kerana kesejukkan di luar boleh menembusi ruang bilik anda...hihi...

Dinner dulu...makan apa yg ada. Perut mmg terasa lapar sesangat memandang kan kami satu hari dalam perjalanan tanpa makan apa2 melainkan dalam flight...

Akhirnya saat2 yg di tunggu telah tiba....dapat restkan badan di dalam bilik yg nyaman dan hangat ini...amat ku impikan sejak dari tadi lagi. Bye!...sweet dream friends...see you all tomorow. Hopely, i'm can sleep with pleasure  without bad dream....hopefully lah

Next entry >>> (Day 2, jeju island)

Trip to Jeju island and Seoul, south korea (7D6N), Budget, tips and intenary


Date trip : 9 march ~ 15 march 2015 (7D6N)

Budget trip:

1. Tambang flight AA including meals, insuran and lugagge ~ Rm897(return)
2. Bus and klia monoril  fare from KL Sentral to KLIA and KLIA to KL Sentral ~ Rm45
3. Eastarjet flight from airport Gimpo to Jeju ~ Rm230
4. You and I Guesthouse at Jeju for 2 nights ~Rm144
5. FN inn Guesthouse at Gangnam, seoul for 4 nights ~ Rm260
5. Transport at jeju and seoul, termasuk t-money, bus, taxi and ferry (anggaran collect) ~ Rm300
6. Meals at jeju and seoul (anggaran collect) ~ Rm300
7. Admission fees at jeju and seoul (anggaran collect) ~ Rm300

Grand total ~ Rm2476/head (tak termasuk shopping)

* yang anggaran collect tu kalau ada lebih, akan di pulangkan kemudian.

Tips untuk ke korea terutama yg pergi sendiri tanpa agent :

1. Passport yg sah sebelum 6 bulan tamat tempoh. Tidak perlu kan visa
2. Bawa jaket/baju sejuk, glove, stokin yg sesuai mengikut musim. Kalau musim sejuk, lagi tebal pakaian yg perlu di bawa.
3. Kasut yang tertutup (untuk mengelak kesejukan) dan tahan lasak kerana banyak aktiviti berjln kaki untuk ke satu2 tempat
4. Ubat-ubatan seperti minyak angin, panadol dan spray kaki utk mengelakkan dari sakit tumit
5. Bekalan makanan( fast food dan ready made) perlu di bawa kerana restoran halal sukar di dapati dan kalau ada pun harga nya sangat mahal....
6. Power bank penting kerana hp banyak di guna pakai disana kerana rata2 tempat ada di sediakan wifi free.
7. Losyen @ krim untuk mengurangkan kegatalan pada kulit terutama pada mereka yg berkulit kering kerana faktor cuaca...kesan nya akan meninggalkan parut dan memakan masa yg lama untuk hilang
8. Pastikan anda tahu sedikit bahasa korea seperti annyeong haseyo (selamat datang), kamsa hamida (terima kasih),  to mannapsida (jumpa lagi )kerana jika anda sebut perkataan tersebut dlm bahasa korea, mereka merasa seronok dan hormat pada kita.
9. Sediakan kamus mini bahasa korea kerana rata2 org korea kurang fasih berbahasa inggeris
10. Tukar duit siap2 kat malaysia supaya kat sana nanti kita tidak membuang masa untuk mencari kaunter money changer. Lagi pun rate kat sana mahal sikit.
11. Elok sekira nya kad atm di buat pengeluran wang untuk international. Kalau ada emergency case kat sana, ada juga tempat yg boleh kita tuju Untuk membuat pengeluaran wang...kalau maybank tak perlu masuk kaunter. Boleh di buat kat machine sahaja....
12. Yg penting mesti downlord " seoul subway" kat play store sebagai panduan utama untuk menaiki train. Kalau salah exit dan salah masuk line akan jadi haru biru lah kita kat situ.
13. Yang Lagi penting kena rancang perjalanan dengan baik. Pastikan penginapan telah di tempah dari awal dan tahu serba sedikit apa transport yg perlu di gunakan untuk ke satu2 tempat.
14. Kalau ingin ke jeju, pastikan flight telah di tempah dari awal. Ada masa2  tiket boleh didapati dengan harga yg murah. Bergantung kepada kesesuaian masa dan tarik tempahan.
15. Jangan lupa juga download "71 Seoul best places" kat play store kerana kat sini  banyak tempat2 yg menarik di Seoul yang wajib  kita lawati . Dan yg lebih penting telah dinyatakan dengan jelas station apa, exit no brapa dan line brapa yg perlu kita ambi untuk ke satu2 tempat. Ia nya amat senang dan mudah untuk di jadikan rujukan.

Intenary ringkas perjalanan kami :

Day 1

》》Bergerak dari airport incheon ke airport Gimpo dengan menaiki bas selama 40 minit perjalanan.
》》Menaiki Eastarjet dari airport Gimpo to airport Jeju ( flight time 7.55 pm)
》》Menaiki teksi untuk ke You and I Guesthouse, tambang 4000 ₩@ Rm13.80 yg mengambil masa 7 minit shj
》》Meminta dengan owner guesthouse contact no driver yg boleh membawa kami jalan-jalan esok. Telah booking 2 taxi dengan harga 300,000 ₩ Rm1053
》》check in, makan, rehat sekejap dan tido

Day 2

Morning

》》Breakfast
》》waiting our driver taxi to pick up at guesthouse
》》going to Halim park - bayaran masuk 10,000 ₩ / Rm34.50
》》Glass Art Museum ( Glass Castle) - bayaran masuk 11,000 ₩ / Rm37.95
》》Tea Museum - menjual pelbagai jenis produk tea yg mempunyai pelbagai rasa

Afternoon

》》Lunch at restaurant seafood yg terletak betul2 dekat dengan pelabuhan ikan
total of food cost is 180,000₩ / Rm621
》》Ladang limau - bayaran masuk 3000₩ / Rm10.35

Evening

》》Cheonjeyeon waterfalls - bayaran masuk 2500₩ / Rm8.60

Night

》》Dinner
》》Berjalan- jalan dan shopping di bandar jeju
》》packing barang and tido

Day 3

Morning
》》breakfast
》》Berjalan2, bersia2 dan take the last pictures at jeju city
》》Cheak out from guesthouse
》》took the taxi and heading to airport jeju (flight time 12.40 pm)

Afternoon and evening

》》Tiba di airport jeju, check in baggage and waiting the departure time
》》Tiba di airport Gimpo ( perjlnan mengambil masa 1 jam dari jeju airport untuk sampai ke gimpo airport)
》》Menaiki bus untuk ke guesthouse di Gangnam. Ambil line 4, bus yg bernombor 6000 dan turun di gangnam station. Mengambil masa perjalanan 1 jam untuk sampai
》》Di gangnam station, ambil taxi untuk ke Gueasthouse.
》》Check in and berjumpa dengan owner Fn guesthouse dan mendengar sedikit penerangan dan peraturan yg perlu di patuhi

Night

》》Dinner - provide sendiri
》》Menaiki taxi untuk ke bandar Gangnam. Shopping produk kecantikan, bersiar2 dan ambil gambar
》》Balik ke guesthouse, makan malam dan tido

Day 4

Morning

>>>Breakfast - provide sendiri
>>>go to Namsan park, cable car, dataran seoul tower, mencuba pakaian tradisional korea dan melihat secara lebih dekat Namsan Tower

Afternoon and evening

>>>Lunch di turkish restaurant halal dan solat zuhor dan asar di seoul central masjid yang terletak di Itaewon
 >>>go to Nandaemun market - tempat shopping dan beli belah yang populat di seoul.  Keronsang / brooch banyak terdapat di dalam bangunan E-World

Night

>>>go to Myeondong market - merupakan pasar malam yang menjual pelbagai jenis makan dan barangan dan kat sini juga terdapat banyak kedai2 produk kecantikan.
>>> Balik ke guesthouse - dinner dan tidor

Day 5

Morning

>>>Breakfast - Provide sendiri
>>>World Heritage Chongdeokgung palace
>>>Buckchon Hanok Village

Afternoon and evening

>>>Insadong traditional market
>>>Lunch di Restaurant halal Mr. Kebab yang terletak di itaewon
>>>Mural art Village - menaiki subway dan turun di hyehwa station.

Night

>>>Hardrock cafe yang terletak di tingkat 5,  Lotte World Mall

Day 6

Morning and afternoon

>>> went to Nami island using subway, itx train and taxi

>>>Evening - went to Itaewon market

>>>Dinner at savaro restaurant - malaysia punya restoran

Day 7

>>>Early morning - went to incheon airport

Back to malaysia


World Heritage Chongdeokgung

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzuluWorld

World Heritage Chongdeokgung

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu

World Heritage Chongdeokgung

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu






Day 4, last day 》》》Trip to Medan ~ 26 - 29 Nov 2014


Akhirnya kami tiba juga di Bandar Medan setelah melalui perjalanan selama hampir 2 jam.....jalan yg berliku dan berbukit membuat kami tidak dapat tido dgn lena...alih2 kami di jadikan peneman berbual untuk Ali...
Memandangkan flight kami pukul 2 ptg, kami masih ada peluang untuk membuat lawatan dan shopping. The 1st place yg Ali bawa ialah shoppingggg....

Aku ingat ali nak bawa kami ke pasar ikan untuk shopping tapi harapan aku hampa sebab Ali bawa kami shopping kat butik. Kata nya kat sana jalan macet dan tak cukup masa utk ke airport. Lagipun kita tak selesa untuk membeli kerana suasana kat sana agak sibuk dan di penuhi org ramai. Penjual kat sana juga ramai yg menipu...banyak lah pulak alasan si Ali ni....haiii...Ini lah padah nya kalau dtg ngan agent. Terpaksa ikut intenarinya... confirmlah kat sini mahal harga nya...ummmm

Di luar butik kelihatan ada penjual yang membuka jualanhya dan aku lebih berminat dengan jualan tersebut. ini kerana kat butik ini hanya menjual kain2 pasang, telekong dan jubah shj. lagi pun barangan yg aku cari memang ada dengan mereka seperti t-shirt, beg, pes, magnet, keychin, pisang salai dan banyak lagi. Yang aku sedikit terkilan ialah pisang salai kerana harga yg di jual tersangat lah mahal dan amat tidak berbaloi. Nak tak nak mmg kami tetap membelinya kerana selepas ini mmg tidak ada peluang untuk menemui nya. Tidak seperti di bandung di mana harga nya sgt murah dan pelbagai perasa....

Seterusnya kami singgah sekejap kat istana maimun yg memakan masa tak sampai 20 minit dari butik tadi.Bayaraj masuk tak pasti kerana semua di uruskan oleh Ali dan mmg termasuk dlm pakage. Jom kita lihat apa yg ada kat dalam istana 》》》》


Di hadapan istana maimun

Info berkenaan Istana Maimun :

1. Di rekabentuk oleh arkitek itali dan di bangunkan oleh sultan Deli sultan mahmud al- Rasyid
2. Di bina pada tahun 1888 dan siap sepenuhnya pada tahun 1891
3. Di bina di atas tanah seluas 2.772 meter persegi dan keluasana halaman nya shj mencapai  4 hektar
4. Didalamnya Mempunyai 30 ruangan yg terdiri drpd pelbagai bentuk dan design yg di ambil dari pelbagai negara seperti moghul, timur tengah, spanyol, indah, belanda dan melayu


Istana Maimun inside


Istana maimun ini masih di diami oleh keluarga diraja dan di jadikan sebagai tempat aktiviti harian mereka. 

Sebahagian istana ini juga telah di jadikan sebagai tempat kunjungan pelancong dari dalam dan luar negara. kedatangan kami di sambut oleh seorang pakcik yg akan guide kami Dan bercerita lebih lanjut berkenaaan dengan sejarah diraja dan istana maimun....

Terpegun sekejap sebaik masuk ke dlm istana ini...rekabentuknya tersangat unik, kemas, cantik dan ruangan yg luas. Manakala di setiap sudut di gantung nya gamabr2 di raja yg memerintah dari masa dahulu hingga lah yg sekarang. Aku mendengar dengan penuh minat dan sekali sekala snap gambar untuk buat kenangan.

kami terdengar satu suara di sebalik dinding dan dapat melihat bayang2 orang ramai dari celah2 dinding. Pakcik yg guide kami tu cakap " ini adalah ceramah agama yang di anjurkan oleh pihak di raja untuk keluarga dan kaum kerabatnya. Rakyat biasa pun boleh datang untuk mendengar ceramah tersebut"...alangkah bagus nya sultan mereka kerana begitu dekat dengan rakyatnya.

Di dalamnya juga ada kedai yang menjual souvenir dan aksesori. Aku tidak lepas kan peluang ini untuk membeli satu sovenir kerana selepas ini kami akan berangkat pulang dan mmg tidak ada peluang untuk membeli  nya lagi. Harga boleh tahan mahalnya tapi apa kan daya....

Masjid Raya Al-Mashun, medan

Info berkenaan Masjid Raya :


1. Masjid ini didirikan pada tahun 1906 dan siap sepenuhnya pada tahun 1909
2. Di bangunkan pada zaman kesultanan deli dan di biayai nya sendiri
3. Perancang utama masjid ini adalah arkitek dari belanda iaitu Van Erp
4. sebagai masjid pertama yg di gunakan untuk solat jumaat dan membaca kutbah
5. Reka bentuk masjid sangat unik kerana ada campuran dari pelbagai negara seperti india, maroko, eropah, timur tengah, tanah melayu dan byak lagi
6. Didirikan diatas tanah seluas 18000 meter persegi
7. Boleh menampung seramai 1500 jemaah

Masjid ini menjadi kebanggan umat islam medan kerana bukan shj keunikan reka bentuknya tetapi penjagaan yg rapi dan bagus membuat kan masjid ini kelihatan kemas baik dari luar mahupun dalaman.  Dan ianya tidak pernah sepi dari kunjungan orang ramai untuk beribadah dan beriktikaf lebih2 lagi pada bulan ramadhan.


Bergambar di hadapan halaman masjid...salah satu bangunan bersejarah pada masa kesultanan deli

Bahagian dalam masjid raya medan

Huraian gambar di atas secara detail :

1. Al-quran yg telah di tulis tangan di simpan hingga kini dan di jadikan sebagai pameran untuk pengunjubg
2. Pintu masuk masjid yg sekarang sedang di ubahsuai - jangan lupa untuk berinfaq yer, ambil berkat
3. Bumbung yg terletak di tengah2 masjid berbentuk seperti payung diraja dan di lengkapi dengan ukiran lampu yg cantik - memukau sekejap
4. Tempat berkutbah - diadakan tangga untuk naik ke atas untuk membaca kutbah kerana  dulu2...tak di sediakan speaker @ alat pembesar. So semua jemaah akan dapat melihat dan mendengar dengan baik

pelbagai bentuk ukiran yg unik di ambil khas dari negara2 india, spanyol dan timur tengah

          Mercu sbg tanda arah kiblat....                 kubur ahli keluarga di raja yg di buat                                                                                        khas berhampiran dengan masjid

Dalam perjalanan ke airport, Ali membawa kami lunch di salah satu restoran yg terkenal di medan iaitu Restoran Simpang Tiga...boleh tahan sedap nya

 Melangkah masuk ke restoran dengan penuh bergaya....

 Hidangan penuh di atas meja...membuatkan kami tak sabar2 nak menikmatinya tapi jangan makan lagi kita bergambar dulu dehh....


Hasil tangkapan aku kat sana...kebanyakkan untuk keluarga dan kawan2, diri sendiri cukup hanya t-shirt shj...dah jadi pusat pengumpulan t-shirt pulak. Tiba2 minat ini datang...hihi...

Alhamdulillah....segala nikmat yg Kau kurniakan tidak terhintung oleh ku. Perjalanan ke medan telah telah di permudahkan oleh Mu dan segala rintangan yg ada...aku anggap sebagai ujian dan dugaan yang perlu di tempuhi oleh setiap hambanya yg beriman...Thank you Allah kerana di beri kesihatan yg baik untuk aku lalui semua nya. Segala pengalaman aku sepanjang di medan, akan aku simpan dan sematkan di dlm hati sebagai satu kenangan yg terindah....terima kasih friends...kerana kamu jua lah travelling ini succes dan sempurna.

Korea pulak kita!....coming soon