Tarilh travel : 22 Januari 2023
Assalamualaikum dan Selamat pagi,
Hari ini kami meneruskan perjalanan untuk menerokai bumi Thai di Hatyai. Trip ke hatyai ini adalah kali yang ke 3 bagi aku. Walaupun banyak kali datang ke hatyai, aku tidak pernah bosan dan puas kerana hatyai ini merupakan syurga makanan dan yang penting banyak tempat shopping.
Sebelum meneruskan perjalanan, kami singgah di Tamrab muslim halal untuk breakfast. Restoran ini menjual pelbagai jenis menu seperti roti canai, nasi campur, mi celup, nasi kerabu dan banyak lagi. Ianya menjadi tumpuan orang ramai terutama pelancong dari Malaysia. Pembayaran adalah berkonsepkan kupon. Anda perlu membuat pembayaran untuk ambil kupon di kaunter dan menggunakan kupon tersebut untuk membeli makanan. Baki kupon yang masih berbaki boleh tuntut di kaunter.
First time masuk kedai ni, aku sedikit pening dan keliru proses cara bayar. Huhhh...
Cable car Hatyai
Destinasi seterusnya ialah menaiki cable car yang terletak dalam Municipal park, hatyai.Bayaran masuk adalah RM40 untuk dewasa dan RM20 untuk kanak2. Jalan untuk ke station cable car agak tinggi dan berbukit. Ianya terletak betul2 atas puncak bukit. Kami ke station cable car dengan menaiki kereta dengan jarak dari bandar hatyai adalah 6km.
Impian kami untuk menaiki cable car tidak kesampaian kerana cable car tersebut under construction. Agak mengecewakan namun begitu kekecewaan ini dapat diatasi apabila melihat view bandar hatyai yang cantik dari atas puncak ini. Kat atas ini juga terdapat patung buddha yang besar & tinggi serta dijadikan tempat upacara keagamaan.
No comments:
Post a Comment