"Sedikit dan mencukupi adalah lebih baik daripada banyak tetapi melalaikan "

You Don't Have To Be Rich To Travel Well

BUKIT TINGGI PADANG - Day 1

Date trip : 25 nov 2011 - 29 nov 2011 (5D3N)
Total of pax :  9 pax



Assalamualaikum, perjalanan aku kali ini ialah ke Bukit Tinggi, Padang Indonesia yang mengambil masa 1 jam untuk sampai ke sana dengan menaiki flight.Group pertama telah berlepas semalam dan sedang menunggu kedatangan kami. Sebenarnya kami menaiki flight berlainan kerana menghadapi masalah masa booking....walaupun flight yg berlainan, kami tetap meneruskan misi yg di rancang sekian lama.Sekali lagi Pak Helmi menjadi pilihan sebagai agent kami kat sana..

Masih di LCCT...sebelum berlepas aku, mia dan kay bergambar dengan bagasi masing-masing sebelum check in

Ini lah no flight yg akan kami naiki sekejap lagi..."AK 1374 we are already to fly with u"


Berjalan menuju ke pesawat...amboiiii korang ni...happy nampak?

Bersiap sedia untuk menaiki avanza

Kami sampai di airport Minangkabau pukul 4.30 pm. Pada masa ini hujan turun rintik-rintik, sejuk dan mendamaikan. Kami disambut oleh anak Pak Helmi yang bernama Bayu. Orang nya masih muda dan gantang. Baru sahaja berusia 23 tahun.

Bayu menjemput kami dengan van avanza. Dari situ bermula lah perjalanan yang kami tunggu-tunggu sekian lama. Masing-masing menampakkan wajah yang begitu excited yang tidak boleh digambarkan dengan kàta-kata. Masih lagi dengan keterujaan walaupun ada antara kami sudah kali yg ke 2  sampai di Padang Indonesia..
.
"Jommm...kawan2....kita naik van..Hujan ni..." bagitau Mia kepada kami

Bergambar di air terjun lembah anai

 Lembah anai waterfall

Air terjun Ini terletak di tepi jalan menuju ke Bukit Tinggi...kami singgah sekejap untuk bergambar dan menghayati keindahan alam ciptaan Tuhan. Bayu yang sporting, terus mengikut saja kemahuan kami. Suasana di sini sunguh nyaman dan menyegarkan tetapi sesekali agak menyeramkan. Ini kerana sekali pandang ke bawah ianya amat gayat dan jantung berdenyut kencang. Kami betul2 berada di atas kaki bukit yg bawahnya agak curam dan dalam. 


Makanan terhidang didepan mata. Pilih jer nak makan apa.

Kami sampai di bandar bukit tinggi pada pukul 6 petang waktu indonesia. Sebelum ke hotel, kami singgah makan kat Restoran Pak Datuk Cabang Dumai. Biasalah makanan yg dihidangkan adalah berasaskan nasi padang. Pelbagai lauk pauk yg terhidang di depan mata. Kami terpaksa pilih lauk mana yang hendak di makan terlebih dahulu. Kalau tak pilih, alamat pokai lah kami malam tu. Semuanya kami kena bayar walaupun makanan tersebut tidak disentuh. Kami belanja makan sebanyak RP15,000 rupiah @ RM55...

HOTEL AMBUN SURI

Selepas makan, Bayu terus menghantar kami balik ke hotel. Kami menginap di HOTEL AMBUN SURI yang terletak di tengah-tengah bandar Bukit Tinggi dan ianya amat strategik sekali. Kos penginapan untuk 1 malam dalam lingkungan Rm80. Walapun agak kurang selesa dengan suasana dalam bilik hotel tersebut tapi kami tetap happy dan enjoy. Sampai jer dalam bilik hotel, kami terus rebahkan badan dan tidur. Ooopps mandi dulu yer...tak sampai seminit terus di bawa ke alam mimpi....almaklumlah masing2 kepenatan....seharian daam perjalanan


"Tanda orang yang bijaksana ialah hatinya selalu berniat suci, lidah nya selalu basah dengan zikrullah, mata nya menangis kerana penyesalan terhadap dosa2 nya..."

No comments: