Tarikh travel : 19 Januari 2023
TOTAL COST 6D5N
PAX : 3A 1K
BIL |
PERKARA |
KOS (RM) |
1. |
Penginapan |
|
·
T-Hotel Changlun, Kedah (1N) |
144.50 |
|
·
iRest Aonang seafront, Krabi (3N) |
545.94 |
|
·
Asia Grand Hotel, Hatyai (2N) |
445.58 |
|
2. |
Etiqa Trip
Care 360 |
75.47 |
3. |
Minyak
kereta (Pergi balik) |
360.00 |
4. |
Tol |
100.00 |
5. |
Insuran,
card departure & arrival, Borang maklumat kenderaan & senarai
penumpang |
34.00 |
6. |
Simcard
Internet (3 pax x RM20) untuk 7 hari |
60.00 |
7. |
Entrance
fee |
|
Hopping
Island |
499.00 |
|
Songkhla
zoo |
75.00 |
|
8. |
Pengangkutan
awam (tuk-tuk) |
77.00 |
Jumlah |
2,416.49 |
INTENARY RINGKAS
- Bertolak dari rumah.
- Tiba di agensi pusat pelancongan untuk mengambil dokumen spt insuran,departure & arrival card dan maklumat kenderaan & senarai penumpang.
- Check in T-Hotel Changlun.
- Proses imigresen Malaysia di Bukit Kayu Hitam.
- Proses imigresen Thailand di Bukit Kayu Hitam.
- Beli breakfast kat Danok.
- Bertolak ke Krabi.
- Singgah di Mud Crabs Sculpture Krabi untuk bergambar.
- Check in hotel di Krabi Hotel i Rest Aonang Seafront.
- Makan tengahari/petang kat Retoran Haseeah halal food di aonang
Krabi.
- Jalan-jalan tepi pantai Aonang.
- Melihat fire man show kat pantai Aonang.
- Pergi Landmark Night Market kat Aonang & Street food muslim
kat Masjid Munuawarah.
- Balik hotel, rehat, solat dan tidur.
- Breakfast kat.
- Hopping 4 Island (1 day).
- Night market Krabi.
- shopping di kedai cenderahati di gerai-gerai jualan pantai Aonang.
- massage foot.
- Balik hotel, rehat, solat dan tidur.
- Checkout hotel.
- Breakfast kat.
- Ronda-ronda bandar Krabi untuk mencari cenderahati.
- Bertolak ke Hatyai.
- Singgah di Sri Pak Pra Boutique Resort Phattalung.
- Check in Asia Grand Hotel di Hatyai.
- Pergi ke Asean Night Bazaar.
- Balik hotel, rehat, solat dan tidur.
- Breakfast kat Tamrab muslim halal food di hatyai.
- Cable car Hatyai.
- Zoo Songkhla.
- Lunch kat restoran Subaidah Seafood yang berdekatan dengan Samila
beach.
- Masjid Songkhla.
- Night market Lee Garden.
- Balik hotel, rehat, solat dan tidur.
- Checkout hotel.
- Breakfast di Dimsum Chabura
Hatyai.
- Bertolak balik ke Malaysia.
- Singgah di pekan Danok.
- Proses imigrensen Thailand.
- Proses Imigresen Malaysia.
- Bertolak balik ke Sungai Buloh.
CATATAN PERJALANAN
Assalamualaikum dan Selamat pagi semua,
Destinasi kami kali ini ialah menjelajah bumi Thailand di Krabi dan Hatyai dengan memandu kereta melalui Bukit Kayu Hitam.
Rancangan kami pada mulanya untuk masuk ke Thailand adalah pada 19/1/2023 dan bertolak daripada rumah dalam pukul 2 pagi namun apa yang dirancang tidak semestinya berjaya. Kami terpaksa tunda tarikh masuk ke Thailand memandangkan pada hari tersebut anak kami ada exam darjah 6 iaitu UASA so kami perlu gerak ke bukit kayu hitam pada waktu tengahari. Jadi kat sini kami perlu tempah hotel di Changlun untuk menginap 1 malam dan masuk ke Thailand pada pagi keesokan harinya. Yang kami terkilan ialah penginapan kami di Krabi burn 1 malam.
Untuk makluman kami telah menginap di T Hotel Changlun yang berdekatan dengan imigresen Bukit Kayu Hitam. So tiada masalah bagi kami untuk masuk di awal waktu pagi ke sempadan Thailand yang dibuka pada pukul 6 pagi.
Dokumen yang perlu ada untuk masuk ke Thailand
1.Insuran
2. White card ( departure and arrival card)
3. Custorm declaration form
Untuk item 1 dan 2, aku telah meminta agensi pelancongan kat Changlun untuk menyediakan dokumen tersebut siap2 bagi memudahkan perjalanan agar tidak membazir masa menunggu. Pihak agensi meminta aku wassap gambar paspot setiap seorang dan geran kereta.
Bagi item 3 pulak, kita perlu mengisi borang kat kaunter imigresen Thailand dengan membawa geran kereta dan passport pemilik kereta. Hanya pemilik kereta sahaja yang dibenarkan berurusan. Sekiranya bukan pemilik kereta, kita perlu ada surat kebenaran daripada pemilik kereta tersebut untuk urusan ini.
No comments:
Post a Comment