"Sedikit dan mencukupi adalah lebih baik daripada banyak tetapi melalaikan "

You Don't Have To Be Rich To Travel Well
Showing posts with label Kelantan. Show all posts
Showing posts with label Kelantan. Show all posts

Kelantan ~ Istana Jahar dan Pasar Siti Khadijah


 Satu lagi tempat yang boleh di kunjungi ialah Muzium istana Jahar yang terletak di tengah2 bandar KB. Istana Jahar siap dibina pada 1887 semasa pemerintahan Long Senik atau  Muhammad ke II (Sultan Mulut Merah, 1837-1886) untuk cucu baginda Long Kundur yang bergelar Raja Bendahara.
Semasa pemerintahan Sultan Muhammad ke IV, baginda memerintahkan menanam sepohon pokok jahar di dalam kawasan istana dan menukar nama 'Istana Raja Bendahara Long Kundur' kepada Istana Jahar.Pada tahun 1880, Sultan Ismail Petra Al Marhum Sultan Yahya PetraSultan Kelantan menjadikan Istana Jahar sebagai Muzium Sementara Negeri Kelantan.
Muzium ini mempamirkan sejarah kesultanan kelantan daripada zaman awal hinggalah kepada pemerintahan sultan kelantan pada masa sekarang. Ruang pameran yang terdapat di bangunan muzium ini di bahagi kepada beberapa bahagian seperti peralatan senjata, pakaian tradisional dan hal2 yang berkaitan dengan kesultanan.

Gerbang pintu masuk utama ke muzium istana Jahar. Gerbang ini juga melambangkan imej utama negeri kelantan.

Lambang negeri kelantan...pintu gerbang yang unik ukirannya. Ia menjadi kebanggaan rakyat kelantan.

Tanda arah untuk ke kelantan handycraft dan royal guest house. Tempat2 ini semua nya berdekatan dengan muzium istana jahar...


Jom kita cuba masuk ke Istana Jahat dan tengok apa yang ada kat dalam...

Ini adalah bentuk istana jahar yang di bina pada zaman pemerintahan sultan Muhamad ii, pada tahun 1887. Design dan ukiran yang unik membuatkan ramai pengunjung teruja untuk melihat dan mengetahu lebih lanjut berkenaan istana ini.

Information about istana jahar. 
 Kereta kuda ini di gunakan semasa majlis raja bersama rakyat sempena hari keputeraan diraja sultan kelantan yang ke 52 tahun pada 12 april 2002. Di tempah khas dari Thailand dan dinaiki bersama2 sultan dan permaisurinya.

Perahu Petalawati seri kayangan ini adalah hadiah daripada Raja Chulalongkom siam kepada Raja Kelantan ketika itu Tengku raja long senik putera Long Kundur (Sultan Muhamad iv) sempena lawatan baginda ke negeri Kelantan pada tahun 1905.

Kereta lama yg di jadikan pameran dan replika rumah dahulu kala. Ini merupakan warisan yang perlu di pelihara dan di jaga supaya tidak luput di telan zaman. Lebih2 lagi untuk generasi yang akan datang.

Sebahagian daripada Adat istiadat di raja dahulu kala yang sempat aku snap untuk tatapan bersama....

Kelantan ~ Persisiran pantai Melawi dan pantai Irama Bachok

Satu lagi perairan pantai di kelatan yang boleh di kunjungi ialah pantai Melawi. Terletak di Daerah Bachok dan jarak dari bandar KB hanyalah 25 km shj. Amat berdekatan dengan pantai Tok Bali dan daerah Besut. Ianya amat sesuai untuk sesiapa sahaja terutama yang berkeluarga atau berkumpulan yg ingin kan ketenangan dan hirup udara yang nyaman terutama di waktu malam. 

Disediakan banyak homestay / resort untuk di jadikan penginapan dan kebanyakannya berlatar-belakangkan suasana kampung yang jarang2 sekali di rasai oleh orang yg tinggal dibandar. Peralatan untuk barbi-Q, bercamping, bangsal berteduh, bersantai dan buaian juga di sediakan. View di waktu malam mmg menakjubkan...

 Arah papan tanda untuk ke Pantai Melawi ~ hanya 1/2 km jer dari signboard ni untuk sampai ke pantai. Arah ke kanan ialah persisiran pantai melawi yg sejauh 25 km utk smpai ke tok bali (end point). Sepanjang perjalanan di persisiran pantai ini , kita berpeluang melihat keindahan pantai dan  deretan2 homestay yg di sediakan.

View pantai Melawi ~ kelihatan bot dan peralatan menangkap ikan kerana tempat ini khas utk nelayan2 menangkap ikan

View waktu petang nak ke senja...

Begitu cantik ciptaan Allah... suasana yang tenang dan mendamaikan...

View ni di ambil di sepanjang persisiran pantai ~ buaian juga di sediakan

View pantai di waktu petang...

Tempat barbi-Q di sediakan khas kepada yang menginap kat homestay....

Tempat rehat dan relaks...

Antara bangsal2 yang di sediakan untuk para pengunjung berteduh dan merehatkan badan...amat unik dan klasik

Laluan sepanjang jalan di persisiran pantai melawi...

Pantai Irama Bachok

Pantai Irama terletak di dalam Daerah Bachok dan merupakan tempat kunjungan utama penduduk Daerah Bachok dan juga penduduk Negeri Kelantan khususnya.
Terdapat pelbagai infrastruktur yang disediakan dikawasan pantai seperti gerai jualan, tandas awam, surau, wakaf, tempat letak kerata yang sistematik, dataran, tempat menyalin pakaian dan taman permainan kanak-kanak.
Pantai ini menghadap Laut China Selantan dan telah ditambak bagi mengelakkan hakisan dari berlaku. Sering dikujungi pada hari minggu (Jumaat dan Sabtu). Seringkali dijadikan tempat mengadakan pesta dan pelbagai acara keramaian. Terletak disepanjang laluan utama Bachok – Kota Bharu.
Lokasi
Terletak di pinggir Bandar Bachok., kira-kira 20 km dari Kota Bharu melalui jalan tempatan Kota Bharu-Tawang-Bachok (D5) yang mengambil masa kira-kira 30 minit.
Pintu masuk utama pantai irama....

 Keindahan pasir pantai irama

 View yang indah dan amat sesuai untuk pengunjung yang berkeluarga kerana banyak aktiviti yang boleh di lakukan di sini terutama pada waktu petang...

  Disediakan juga tempat mainan kanak2...

 Nice view 

Sebahagian gerai2 jualan yang boleh di dapati di pantai ini. Tidak di nafikan banyak lagi gerai2 yang di buka untuk pengunjung terutama pada waktu petang. Amat meriah sekali kerana terdapat banyak gerai yg menjual pelbagai jenis makanan dan barangan yang berkaitan.

Masjid ini terletak betul2 di pintu masuk ke Pantai irama so jangan jadi alasan untuk tidak solat jika berkunjung ke sini...

Kelantan ~ Pantai bisikan bayu

Terletak dalam jajahan pasir puteh, daerah Semerak dan berdekatan dengan pantai Tok bali (lebih kurang 10 km ).Pantai Bisikan Bayu, juga dikenali sebagai Pantai Dalam Rhu, hanya 50km dari bandar Kota Bharu yang memakan masa 45 minit sahaja. 

Di sekitar kampung Semerak, bayu lembut melambai pohon cemara yang berbaris di sepanjang pantai, menghasilkan bunyi gemersik, yang menurut penduduk tempatan, bunyinya seperti bisikan yang menenangkan.

Aktiviti meluncur boleh dilakukan pada masa tertentu setiap tahun, dan peluncur angin akan dapat meluncur semasa musim Monsun Utara-Timur dari bulan November hingga April.

Namun tiada apa dapat menandingi nikmat berehat di bawah pepohon cemara, merenung jauh ke laut, mendengar deruan bayu laut dan menghirup air kelapa sejuk.








 Panduan Perjalanan


Menaiki Kereta / Teksi / Bas

Ikut lebuh raya Kota baru - Pasir puteh sejauh 40km untuk sampai ke bandar  Pasir Putih. 
Dari bandar pasir puteh ke Pantai Bisikan bayu sejauh 15 km dan around 20 minute to arrive....

Boleh juga melalui Kuala besut yang jaraknya tak sampai 10 km dari bandar besut to pantai semerak @ bisikan bayu



Map ~ Location Bisikan bayu beach



Pemandangan pantai di waktu petang...


Jalan masuk ke pantai


Penjaja menjual hasil jualannya seperti jagung bakar, satar, keropok lekor, buah- buahan dan pelbagai jenis air


Ini adalah resort Tok aman Bali yang memang terletak di pantai Bisikan bayu. Resort yang moden, besar, selesa, cantik dan di lengkapi dengan wifi internet. Di dirikan betul2 di hadapan pantai bisikan bayu dan separuh daripadanya resort ini berada di atas air / kuala. Amat sesuai kepada pengunjung yang meninginkan suasana sunyi dan jauh dari hiruk pikuk bandar...


" Jadi yang lembut itu hati, yang tipis itu benci, yang tebal itu iman, yang tajam itu akal, yang baik itu sifat, yang manis itu senyuman "

Kelantan ~ Tok Bali

Assalamualaikum....

Coretan aku pada kali ini berkenaan Tok Bali yang merupakan salah satu tempat tarikan utama pelancong samada dari dalam dan luar negara. Terkenal sebagai tempat pelabuhan ikan yang terbesar di negeri Kelantan di samping keindahan persisiran pantai yang terbentang luas mengadap laut cina selatan. Tidak lupa juga, Tok bali  terkenal sebagai  tempat untuk memancing di kalangan kaki pancing terutama pada waktu malam.

Terletak di dalam daerah Pasir puteh yang bersempadan dengan daerah Bachok dan berdekatan dengan daerah Besut Terengganu. Hanya 10 km sahaja untuk sampai di Kuala Besut dan 40 km untuk ke Bandar Kota Bharu.

 Kapal ini merupakan lambang utama Tok Bali. Terletak di tengah2 persimpangan di antara Pasir puteh dan Bachok



Jambatan Tok bali yang menghubungkan penduduk pasir puteh ~ bachok untuk ke Kuala besut terengganu. Di atas jambatan ini lah para kaki pancing meluangkan masa untuk memancing sambil menghirup udara segar di waktu malam.


Mercu tanda Tok bali ~ berdekatan dengan jambatan dan jeti perikanan


Pasar tok bali ~ menjual pelbagai jenis ikan segar yang baru di tangkap dari laut. Di samping ikan banyak lagi barang lain yang boleh di dapati di sini seperti sotong, udang, ketam, sahur-sayuran, keropok dan ikan masin.



Jeti perikanan ~ di jadikan tempat bot2 ikan berhenti dan membekalkan ikan2 segar kepada penduduk tempatan

~PANTAI TOK BALI~


Nice view


Tok bali beach ~ pantai yang menjadi kunjungan utama pelancong smada dari dalam dan luar negara


Pantai tok bali ~ cantik dan mendamaikan


Deretan kedai makan yang menjadi keselesaan dan kesenangan kepada pengunjung untuk mendapatkan bekalan makanan





" Bila ada orang cuba membetulkan kesilapan kita, jangan pula kita merasa terhina ataupun malu...kadangkala itu adalah cara Allah untuk mengingat dan mengajar kita bagaimana cara2 untuk jadi yang terbaik"

GUNUNG STONG JELAWANG KELANTAN

Date trip : 6 Ogos 2013

Fakta berkenaan air terjun gunong stong...

Gunong Stong State Park Resort terletak di dalam kawasan pembangunan Hutan Negeri(State Park Stong)Kelantan.

Berlatar belakangkan Air Terjun Jelawang yang tertinggi di Asia Tenggara dan Banjaran Gunong Stong telah menjadikan Gunong Stong State Park Resort sebagai sebuah kawasan reakrasi yang sesuai dikunjungi.

 Selain dari pusat perkelahan hujung minggu Gunong Stong State Park Resort menawarkan pakej percutian, Pakej pembinaan insan di samping pakej-pakej khas pendakian Gunung dan penjelajahan gua-gua yang mempunyai keunikannya tersendiri.

Gunong Stong State Park resort dihubungkan dengan bandar-bandar utama seperti Kuala Krai, Gua Musang dan Jeli dengan jalinan jalan raya yang baik di samping landasan keretapi yang menghubungkan Johor Bharu di Selatan dan Tumpat di Kelantan dengan menjadikan Perhentian Dabong sebagai pintu masuk utama.

Jarak dari Bandararaya Islam Kota Bharu Ke Gunong Stong State Park Resort ialah 150km melalui bandar Jeli. Bagi pengunjung dari arah Kuala Lumpur bolehlah melalui Bandar Gua Musang yang jaraknya 50km untuk sampai ke Gunong Stong State Park Resort dan dari Bandar Kuala Krai Ke Gunong Stong State Park Resort sekitar 70km


Dalam perjalanan aku sempat merakamkan gambar air terjun gunung stong dari jauh.Ketinggian nya memukau sesiapa sahaja yg melihatnya.Sebenarnya ketibaan kami di sini tidak di rancang. Memandangkan kami sampai di gua musang di awal pagi ( balik untuk sambut raya puasa...) dan masa yg berbaki sebelum berbuka masih panjang....apa lagi kami buat lah aktiviti sendiri.

Oleh kerana masing2 belum lagi menjejakkan kaki  ke air terjun ni maka dengan kata sepakat kami meneruskan perjalanan tersebut. Lebih kurang 50km mengharungi jalan yg berliku dan berbukit akhirnya kami sampai kat air terjun tu dalam pukul 10.30 pagi...Letihhh?? Jangan cakap lah sb kami bukan dari kb tapi kl    (450 Km)...tapiii keletihan kami terubat sebaik sahaja sampai....


Gunung stong dengan ketinggian 1433 meter merupakan salah satu gunung yg tertinggi di negeri kelantan dan.....Air terjun tertinggi di asia...ketinggian nya mencapai 303 m

Hutan simpan yg terpelihara...so di larang sangat2 drp di ceroboh..

Jauh drp percemaran udara....cantik, sihat dan menyegarkan

Pis your....jom kita terokai alam semulajadi ni...

Emmm....tinggi juga nak naik ni...dah lah puasa...gambar menunjukkan jalan ke tempat air terjun...di kiri kanan kelihatan resort2 yg di khas utk pengunjung yg datang menginap

Surau pun ada...senang untuk solat

Sepanjang mendaki untuk ke tempat air terjun kelihatan deretan resort2 yg unik dan kemas

Penat berjalan kami bergambar...bersama anak buah..daniel...

Selepas penat menapak anak2 tangga...kami bergambar beramai-ramai. Masa ni 2 org kakak aku tiada bersama kerana kata nya "tak larat dan penat" katanya.

Lagi gambar beramai-ramai..

Tengok lah belakang tu....curangkan....masa ni aku dah mengah2 tapi sempat lagi pis your....

Adoiii..manyak tinggi lah...ha2...panjat jangan tak panjat

Sambil jalan sambil fb...ini salah satu untuk kurangkan rasa penat masa mendaki tapi....amat berbahaya...

Dah sampai dah...mad bergambar bersama dengan labu2nya...hi2

Aku juga tidak lepaskan peluang bergambar dgn labu2 nya...
dirasmikan oleh tengku Anis pada tahun 1994...dah lama tapi aku 1st time jejak kaki kat sini..


Sebaik sahaja sampai...mad terus bergambar di atas jambatan tali yg mengayat kan pada sesiapa yg berada diatas sana...tapi amat menyeronokan...biasalah benda2 macam ni mana ada kat KL


Ini lah tempat yg ingin kami tuju...jom kita mandi dan segarkan badan tapi awas pada sesiapa yg tak pandai berenang kerana kat tengah tu airnya begitu dalam sekali...amat bahaya untuk kanak2...kat sini banyak lagi tempat cetek yg sesuai untuk mandi


Kononnya tak nak mandi...maklum lah masa naik ke sini tadi sehelai sepinggang tapiii.....last2 mandi juga...habis basah kuyup baju dan seluar..termasuk ngan aku2 sekali....mengigil seluruh badan sebaik sahaja terkena air...mula2 jer....kalau dah lama2..amat menyeronokkan...

snap gambar dari tempat mandi...

Aikkk...bila masa 2 org kakak ku ini sampai...cakap tadi tak larat....sian..


Bersiap2 untuk mandi...
tepat pukul 12 tengahari kami berangkat pulang...dan meneruskan perjalanan ke destinasi yg seterusnya...


"Jika dunia ini persinggahan, mengapa tidak kita banyakkan bekalan untuk meneruskan perjalanan....? Kerana kita cuma ada satu persinggahan...."