Tarikh : 24 Januari 2023 (Last day)
Assalamualaikum,
Hari ini adalah hari terakhir kami di bumi Thai dan tiba masanya kami perlu pulang ke tempat asal untuk menunaikan kewajipan yang diamanahkan. Sesungguhnya percutian kali ini amat bermakna dan memberi pengalaman yang baharu kepada kami. Sedikit sebanyak kami dapat belajar budaya dan cara hidup orang disana. Ok lah jom kita check out.
Kami perlu bererak seawal pagi yang mungkin lerana perjalanan balik ke Malaysia mengambil masa yang lama iaitu lebih kurang 7 jam. Jadi seawal pukul 5 pagi kami sudah bangun untuk bersiap2 dan kemas beg untuk check out hotel. Kami checkout hotel pukul 7 pagi
Breakfast Dimsum Chabura Hatyai
Sarapan pagi di sini memang tidak mengecewakan dan Pelbagai pilihan menu disediakan. Sudah tentu menu utama adalah dimsum. Ramai rakyat malaysia datang makan kat sini dan ianya sangat meriah. Kami telah memesan menu kegemaran masing2 iaitu dimsum, nasi kerabu, nasi goreng ayam kunyit dan roti canai. Rasanya memang sedai dan berbaloi dengan harga yang di. bayar dengan suasana tempat yang selesa. Kami telah berhabis kat sini sebanyak RM63.00.
Pintu masuk restoran Dimsum Chabura
Suasana orang ramai dalam restoran ini
Selesai breakfast kami terus menuju ke imigresen Bukit Kayu Hitam untuk pulang ke Malaysia yang mengambil masa selama 1 jam untuk sampai. Sebelum masuk imigresen, kami sempat singgah di pekan Danok untuk membeli barang dan makanan ringan untuk di bawa ke Malaysia. Di pekan Danok ini kami Menghabiskan duit bath dengan cemerlang.
Tamat sudah percutian kami ke Krabi & Hatyai selamat 6 hari 5 malam yang begitu mencabar masa dan tenaga. Namun begitu, ianya amat menyeronok kerana percutian ini memberi pengalaman baru bagi kami dan tidak akan dilupakan sampai bila2.
Jumpa lagi kita di lain destinasi.
No comments:
Post a Comment