"Sedikit dan mencukupi adalah lebih baik daripada banyak tetapi melalaikan "

You Don't Have To Be Rich To Travel Well

Trip to Phuket Feb 2019 (Day 1)

 Asssalamualaikum dan hai semua...

Berjumpa lagi kita di destinasi yang seterusnya iaitu Phuket, Thailand. Kali ini aku travel bersama-sama dengan rakan sepejabat. Sudah tentu trip kali ini penuh dengan pelbagai ragam, suka,duka,pahit,manis dan penuh dengan keriuhan. Kalau nak tahu, jom baca blog aku sampai korang hadam. 

Alhamdulillah, Setelah hampir 1 jam 1/2 kami menaiki flight, akhir nya  kami selamat mendarat di lapangan terbang phuket pada pukul 8.40 waktu thailand. Setelah selesai urusan check in, luggage dan pembelian internet, kami terus bergegas keluar dari airport dan menuju ke tempat pengambilan penumpang. Kami tunggu di sini kerana driver berjanji akan menjemput kami di area ini. Aku melilau mencari nama "aku" yang dipegang oleh orang yang berada di situ namun tiada lagi nama aku dicelah-celah orang ramai. Ok lah aku berfikiran kemungkinan dia lambat sikit untuk datang menjemput kami. Kami tetap menunggu dengan sabar sambil mengambil gambar di antara satu sama lain. Waktu ini kami merasakan amat seronok dan terasa bebas sekali. Tiada lagi tekanan kerja yang dihadapi. Sekiranya ada, kami terus membuangnya jauh-jauh dan tidak mahu perkara itu menghalang percutian kami. haha...

Suasana tempat pemgambilan tetamu yang baharu sampai


Kaunter Transport yang berada diluar airport disediakan khas  untuk tetamu yang baharu sampai. Sekiranyan tiada transport untuk balik hotel, boleh tempah disini.

"Welcome ZAINAB HAMAT" haha...nama ini yang dicari.Akhirnya jumpa juga

Hampir pukul 9.30pm driver kami sampai dan menunjukkan nama yang dicatatkan atas kertas A4 untuk pengesahan kami. Sebelum meneruskan catatan lebih lanjut, aku ingin mempromosi sikit Driver van yang kami tempah ni. Aku memang berurusan dengan Mr. Imron ni dari awal lagi. Kami bukan setakat tempah van untuk balik ke hotel sahaja, tapi kami juga menempah trip 1day hopping island. Dengan Mr. Imron ni juga kami dapatkan maklumat orang yang menyediakan kereta sewa. Servis yang disediakan memang bagus dan tiada masalah bagi kami. Kepada sesiapa yang ingin membuat tempahan, boleh terus berurusan dengan Mr. Imron di no telefon +66815390733. 

Oklah, kita teruskan perjalanan yang asal iaitu balik ke hotel. Sebaik kaki melangkah ke dalam van, kami terpegun sekejap kerana melihat keindahan dan kecantikan dalam van yang dihiasi dengan lampu ala-ala disco gitu. Suasana dalam van memang nampak meriah dan ceria sekali. Selesa sangat menaiki van ni sehingga tidak sedar kami sudah sampai ke tempat penginapan setelah hampir 50 minit menaiki van.

Ini dia van yang kami naiki. suasana kat dalam begitu meriah dengan lampu2 hiasan. 

Ini adalah lorong masuk menuju ke Priew Wan Guesthouse. 

Priew Wan Guesthouse. 

Kami sampai di penginapan jam 10.30 malam. Sebelum masuk  bilik, seperti biasa urusan check in perlu diselesaikan terlebih dahulu. Guesthouse ini terletak betul-betul di tengah bandar Phuket berdekatan dengan area Patong beach dengan jarak tidak sampai 1 km. Banyak kemudahan yang terdapat di area guesthouse ini iaitu perkhidmatan doby, klinik, kedai makan, perkhidmatan urut, kedai family mart 24 hours, pasar phuket dan banyak lagi. Yang lebih menarik, guesthouse ini juga berdekatan dengan Bangla road patong yang jaraknya tidak sampai 1 km. Baru aku tahu bangla road ni sebenarnya apa. Nanti aku cerita lebih lanjut dalam entry yang lain.hihi.... Bagi mereka yang ingin mencari penginapan yang murah dan budget, guesthouse ini adalah penginapan yang sesuai dan tepat untuk anda tempah..

Sebaik sampai di guesthouse, kami disambut oleh pelayan guesthouse  dengan baik dan ramah. Layanan yang diberikan berpadanan dengan harga yang dibayar. Kalau nak harapkan lebih, bukan disini lah yer...

Urusan check in sedang berjalan

Sambil menunggu sambil menyembang

Ini bilik kami bertiga. Bilik yang disediakan adalah 2 katil yang bertingkat. Sapa yang akan tido kat atas? Sudah tentu orang muda akan mengalah dengan orang tua. hihi..

Setelah selesai urusan makan malam, mandi dan solat, kami terus tido dengan nyeyak kerana keletihan  satu hari dalam perjalanan yang panjang dan memenatkan. Lagipun kami perlu menyimpan tenaga untuk esok bagi merealisasikan aktiviti yang dirancang dan padat dengan aktiviti lasak. Betul ke lasak? Propar jer lebih...haha

Selamat malam semua. Jumpa lagi esok yer...

No comments: