"Sedikit dan mencukupi adalah lebih baik daripada banyak tetapi melalaikan "

You Don't Have To Be Rich To Travel Well

Trip to Osaka Jepun Feb & Mac 2020 (Day 7)

 Hai selamat pagisemua,

Hari ini merupakan hari yang terakhir kami di Osaka. Kami mahu cepat2 balik ke Malaysia kerana bimbang dengan suasana covid19 yang telah melanda dunia. Kami risau sekiranya kepulangan kami ini membawa virus ke Malaysia. Aku difahamkan untuk menjalankan kuarantin kendiri selama 14 hari selepas balik dari Jepun dan tidak dibenarkan masuk ofis.Aku akur dengan arahan tersebut yang penting semuanya selamat dan bebas dari jangkitan ini.

Ok lah kita letak tepi dulu isu yang itu. Jom kita habiskan sisa2 masa yang ada dengan aktiviti yang telah dirancang. Seperti biasa, kami breakfast dulu ala kadar disamping mengemas barang2 untuk dimasukkan dalam troli. Kami perlu mengemas barang2 secara terperinci agar tiada barang yang tertinggal terutama barang penting seperti paspot, dokumen perjalanan, beg duit, tiket kapal terbang dan lain2 dokumen yg penting.

Setelah selesai packing beg dan mengemas apa-apa yang patut dalam guesthouse, kami terus checkout dan meletak kembali kunci guesthouse dalam locker yg disediakan. Kekemasan dan kebersihan penginapan sebelum checkout  perlu diberi keutamaan bagi menjaga nama baik negara Malaysia agar keperibadian kita dipandang mulia oleh orang luar. So kami awal2 lagi telah membuang sampah ke tempat yang pembuangan sampah yang dikhaskan. Baru lah rasa tenang sikit untuk meninggalkan guesthouse.

Suasana pagi yang sejuk dan dingin kerana waktu ini hujan turun membasahi jalan di shin imamiya. Walaupun begitu Kami tetap menarik troli beg sambil mencari locker yang boleh  menyimpan beg kami yang banyak ini.

Daikuko Locker

Misi pertama kami ialah mencari tempat untuk menyimpan troli dan beg memandangkan waktu  flight balik ke Malaysia adalah pukul 10 malam. Troli perlu disimpan terlebih dahulu sebelum meneruskan aktiviti yang disenaraikan dalam intenary bagi memudahkan perjalanan ke tempat yang ingin dikunjungi.

Kami memilih Daikoku locker sebagai tempat menyimpan beg kerana :

(i) Lokasi adalah straregi yang mana ianya paling dekat dengan stesen Shin imamiya dan memudahkan pergerakan untuk ke AIrport.
(ii) Boleh menyimpan pelbagai jenis saiz beg.
(ii) Harga yang ditetapkan adalah murah dan mengikut saiz beg yang hendak di simpan.
(iii) Ada disediakan ruangan untuk solat bagi yang muslim.
(iv) Pemilik locker sangat baik dan mudah mesra.
(v) Yang penting pemilik Daikuko Locker ini ada kerjasama yang baik dengan JAck S Adli iaitu admin FB Road to Japan yang berasal dari malaysia.

Ini adalah lot kedai Daikuko Locker. Untuk maklumat lanjut boleh rujuk kepada website rasmi Daikuko Locker iaitu https://en.daikoku-locker.com/

Kami tidak dapat meneruskan perjalanan seperti yang dirancangkan kerana masa ini hujan turun dengan lebat. Memandangkan hujan masih juga tidak berhenti, kami bertanya kepada pakcik Locker kut-kut ada tempat yang bersesuaian untuk kami lawati di area berdekatan dengan shin imamiya ini. Kalau ada tempat yang macam shopping kompleks lagi bagus.

Pakcik locker tu bagi tahu bahawa kat depan tu ada shopping kompleks yang boleh dijadikan tempat persinggahan sambil menunggu hujan berhenti. Nama shopping kompleks tersebut adalah  Mega Don Quijote

Mega Don Quijote

Shopping komplek Mega Don Quijote terletak berdekaran stesen shin Imamiya dan daikuko locker. Dari Daikuko Locker, kami hanya perlu melintas beberapa jalan utama untuk sampai ke tempat tersebut. Shopping komplek ini tidak lah luas mana pun tapi cukup lah bagi kami untuk merayau-rayau dan berjalan sambil menunggu hujan berhenti. 

Shopping kompleks ini banyak menjual barang-barang mainan kanak2, bear, robot, baju tshirt, makanan,beg,kasut, jam, barang dapur dan banyak lagi.Ok lah shopping kat sini pun kira ok juga. Banyak juga barang yang kami beli di sini seperti baju tshirt, teddy bear pikachu yang boleh bercakap, Hello kitty, robot gundam dll lagi. Jumlah wang yang kami perabis kat sini adalah sebanyak 16442y atau RM 615.00. Huhu...setelah di convert banyak juga habis. Perkara ini tidak boleh dielakkan kerana kadar tukar wang jepun adalah tinggi so harga barang pun akan jadi mahal walaupun apa yang kita beli tu tak berbaloi dengan harga sebenar.

Setelah hampir 3 jam kami merayau kat dalam ni, kami mengambil keputusan untuk redah juga hujan untuk pergi lunch di restoran Ramen Honolulu

Bangunan shopping kompleks Mega Don Quijote

Kami masuk kedalam mega Don Quijote melalui ruangan ini. Ada disediakan eskalator dan lif untuk naik ke tingkat atas.

Kami menunggu hujan berhenti sebelum meneruskan perjalanan ke restoran Ramen honolulu

Jom saksikan video kami semasa menunggu hujan reda




Terlebih dahulu kami perlu mengambil tiket dari mesin sebelum meneruskan perjalanan. Agak sukar juga untuk kami membeli tiket tersebut kerana tulisan banyak dipaparkan dalam bahasa ibunda. Kami perlu membeli tiket pergi dan balik supaya senang dan tidak perlu membeli tiket sekali lagi apabila balik nanti. Setelah sekian lama dok godek-godek, akhirnya aku berjaya juga membeli tiket untuk 3 dewasa dan 2 kanak-kanak daripada stesen Shin imamiya ke stesen Namba.


Ambil gambar mesin tiket train sebagai kenangan

Dari stesen Namba, kami perlu berjalan kaki sejauh 700 meter untuk sampai di restoran Ramen Honolulu. Hujan renyai-renyai ketika itu terpaksa kami redah semata-mata untuk lepaskan tekak yang teringin sagant untuk makan ramen. Lagipun aku tidak membawa apa-apa bekalan untuk makan tengahari dan tiada tempat lain yang boleh kami explore dengan keadaan hujan yang tidak menentu ini. Lebih baik aku tuju ke tempat makanan yang sudah biasa dikunjungi sebelum ini bagi mengelakkan pembaziran masa.

Menunggu pengunjung habis makan bagi mendapatkan tempat duduk

Sebaik sampai, aku mendapati ramai pengunjung yang datang makan terutama rakyat Malaysia. Kami terpaksa menunggu di luar dalam keadaan menggigil kesejukan selama 15 minit kerana tempat duduk di dalam sudah penuh. Ruangan restoran ini amat sempit dan ngam2 untuk beberapa orang pengunjung sahaja. Oleh kerana terlalu sejuk diluar ini, kami mengambil kesempatan untuk masuk juga dan berehat didalam bagi merasa udara yang panas. Sambil menunggu, kami meminta izin untuk solat zuhur dan asar di tempat khas yang disediakan. Selesai solat, aku terus order makanan menggunakan mesin yang disediakan. HIhi..dah pandai dah sikit cara untuk order makanan menggunakan mesin berbanding pertama kali datang hari tu bagai rusa masuk kampung atau bagai tikus memabiki labu.

Untuk diri aku sendiri, aku order spicy ramen yang sudah menjadi makanan kegemaran aku yang sebelum ini memang aku tidak pernah merasainya. Suami dan kakak aku sepertibiasa memang teringin sangat untuk makan spicy fried chicken ramen. Anak-anak memang aim makanan ayam goreng bersama dengan nasi dan tidak suka makan makanan yang lain. Namun begitu nasi hanya ada satu sahaja pada ketika ini. Oleh kerana nasi yang ada tidak mencukupi untuk 2 orang makan, aku terpaksa keluar mencari kedai family mart untuk mendapatkan nasi. Ini kerana mereka berdua telah berebut untuk makan nasi yang satu itu dan bergaduh sesama sendiri. Dengan berbekalkan payung, aku keluar redah hujan menuju ke family mart yang berdekatan. Nasib baik kat kedai family mart tu ada menjual nasi yang ready made. Lega rasanya. Kalau tidak tak tahu lah apa nak jadi.

Aku lihat ilyana makan dengan penuh nikmat sekali dan telah menghabiskan nasi dan ayam goreng ramen yang memang sedap. ALhamdulillah ...masing2 telah kenyang. 

Jom kita gerak balik. Sebelum tu boleh tonton video  di bawah bagi melihat lebih dekat suasana restoran Ramen Honolulu. Sudah tentu tempat ini akan menjadi kenangan buat kami sekeluarga.



 Stesen Nankai line Shin imamiya

Setelah selesai mengambil beg/troli di Daikuko Locker, kami terus menunju ke stesen Shin imamiya untuk menuju ke airport. Tiket ke airport memang aku telah tempah awal-awal  lagi bagi mengelakkan kelam kabut semasa berada di stesen. Tetapi kita hanya boleh merancang, tuhan yang menentukan rancangan yang telah kita rancang.

Terlebih dahulu aku perlu menukar tiket yang ditempat online di kaunter Nankai shin imamiya stesen yang berada di tingkat 4. Memandangkan stesen shin imamiya agak luas dan tidak sempat explore semua bahagian, aku menjadi keliru dan pening sekejap. Terpaksa aku mencari satu persatu kaunter yang menyediakan perkhidmatan penukaran tiket nankai line airport sepertimana yang dinyatakan dalam tiket tersebut.

Alhamdulillah, kaunter yang aku terjah bertepatan dengan kaunter yang dicari. Aku terus menghulurkan tiket yang dibeli secara online di klook kepada penjaga kaunter. Sepertibiasa penjaga kaunter memang tidak banyak cakap dan hanya bertanya waktu pelepasan sahaja. Dia cakap train Nankai line akan sampai dalam masa yang terdekat adalah pada pukul 5.30 petang. Aku bersetuju dengan masa tersebut memandangkan setelah dikira dan dihitung, masa yang ada sekarang memang sempat untuk aku sampai kat tempat menunggu train Nankai line airport.

Aku ingatkan tempat menunggu train Nankai line adalah bersebelahan dengan kaunter tiket tadi, rupanya kat tempat lain. So kami terpaksa bergerak dengan pantas ke tempat menunggu train Nankai line sambil membawa beg dan troli yang dipenuhi dengan barang-barang  dengan menaiki tangga dan lif yang disediakan. Kami terpaksa bergegas dan berjalan dengan pantas agar tidak terlepas dengan masa pelepasan dalam tiket yang dinyatakan iaitu pukul 5.30 petang.

Sebaik sampai di stesen Nankai line, aku melihat ada beberapa orang rakyat Malaysia yang menggunakan train Nankai line menuju ke airport. Mereka pun sama macam kami iaitu keliru dengan train yang mana satu perlu di naiki kerana semua train yang lalu ke sini adalah menunju ke airport. Sedang dok berkira-kira nak naik ke tak nak, kami terlepas train yang ditempah sepertimana dalam tiket. Last-last kami menaiki train yang biasa yang mana train ini tidak sepertimana train yang kami naiki semasa awal-awal datang ke Osaka. Kami terpaksa berdiri dan berebut tempat duduk dengan orang ramai sambil membawa beg/troli. Train ini mengambil masa yang lama untuk sampai ke Kansai airport kerana perlu berhenti di stesen sresen yang telah ditetapkan bagi mengambil dan menghantar penumpang. So kat sini, tiket yang kami bayar beratus2, amat tidak berbaloi dengan train yang dinaiki. Namun begitu, aku bersyukur kerana telah sampai dengan selamat di Kansai airport.

Kansai Airport

Kami sampai di Kansai Airport lebih kurang pukul 7 malam so banyak masa lagi yang ada sebelum berlepas. Kami mengambil keputusan untuk solat magrib dan isyak terlebih dahulu. Melalui maklumat yang diperolehi dari blog2, ruang solat ada disediakan di tingkat 3 Kansai airport. Cuma untuk ke tempat tersebut, kami perlu mencari dengan menggunakan google map. Alhamdulillah, ruang solat yang disediakan agak luas dan disediakan dengan peralatan solat yang mencukupi. Ruang solat lelaki dan wanita diasingkan dan aku dapat rasakan, tempat ini dijaga dan diurus dengan rapi.

Prayer room yang disediakan di tingkat 3 kansai airport

Ruangan yang luas dan kelengkapan solat disediakan

Tempat mengambil wuduk mudah dan senang kerana ianya terletak dalam ruangan solat 

Sebelum meneruskan proses check in luggage, kami berkesempatan lepak di starbuck coffee yang terletak berdekaan dengan kaunter check in. Di sini, kami membeli roti untuk anak2 sekadar alas perut sahaja. Suami pulak tiba-tiba teruja untuk membeli tumbler yang lambang cherry blossom yang harganya beratus ringgit sebagai koleksi dan kenangan. Apabila di tengok balik, tumbler tersebut made in Malaysia. Agak-agak kau rasa.....haha...

Suami tengah memilih tumbler yang bertema cherry blossom

Kakak aku ni memang sabar orang nya. Setia menunggu kami...memang senang di bawa berjalan, tak banyak kerenah.

Masa untuk check in luggage

Gambar semasa memasuki gate perlepasan

Urusan check in luggage berjalan dengan lancar dan dipermudahkan.Kami terus memasuki gate pelepasan bagi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku. Alhamdulillah, tamat lah cerita kami di Osaka sepanjang 7hari dan 6malam yang boleh dijadikan panduan kepada sesiapa yang ingin berkunjung ke Osaka. Perjalanan kami agak terbatas kerana berdepan dengan isu covid19 yang melanda negara Jepun, Malaysia dan negara dunia yang lain.

Sampai di Malaysia kami perlu kuarantin kan diri bagi mengelak jangkitan covid19 kepada orang lain sekiranya kami di jangkiti. Alhamdulillah, kami bebas daripada covid19 selepas mendapat result anak2 yang negatif dan aku bersama suami berjaya kuarantin diri selama 14 hari tanpa berjumpa dengan sesiapa sehinggalah kerajaan Malaysia isytihar lockdown sepenuhnya paca 18 Mac 2020. Sambunglah lagi duduk dirumah sambil makan, tido, makan, tido....

Ok lah setakat itu sahaja untuk cerita kami di Osaka. Kita berjumpa lagi di next destinasi...

DAY 6  

No comments: