"Sedikit dan mencukupi adalah lebih baik daripada banyak tetapi melalaikan "

You Don't Have To Be Rich To Travel Well

Jeju Island - Day 4

Udo Island

Fakta penting bagi sesiapa yang ingin mengujungi Udo Island
  • Untuk ke Udo island anda perlu menaiki feri di Seongsan Terminal;
  • Tempat parking kereta disediakan di Seongsan Terminal ini dan bayaran adalah free;
  • Tiket ke Udo Island boleh diperolehi dikaunter tiket dengan syarat:
    • Ada Passport yang sah.
    • Form Boarding Declaration - Perlu dilengkapkan. 
  • Perlu diingatkan supaya membuat pembelian tiket pergi dan balik supaya senang dan menjimatkan masa;
  • Harga tiket sehala adalah seperti berikut:
    • Tiket dewasa RM19.70
    • Tiket kanak-kanak RM18.50
  • Jangka masa menaiki feri adalah 15 minit
  • Boleh membawa masuk kereta ke Udo Island dengan menggunakan feri dan bayaran adalah mengikut jenis kereta. Kalau kereta compact adalan RM75 harga pergi dan balik.
  • Di Udo island ada disediakan pengangkutan khas untuk berjalan dan bersiar-siar iaitu:
    • Sewa basikal
    • Sewa motor 3 roda
    • Menaiki bas untuk keliling pulau - Harga tiket bas dewasa adalah RM17.80 dan kanak-kanak adalah RM10.80
Jom mulakan perjalanan dengan Bismillah semoga dipermudahkan segalanya...

Pintu masuk ke feri terminal. Dalam ni terdapat kaunter tiket tapi perlu lengkapkan dulu dokumen-dokumen yang diperlukan sebelum ke kaunter.

Ini lah dia boarding declaration yg perlu dilengkapkan

Kaunter tiket

Proses pembelian tiket

Laluan untuk ke feri

Feri telah sedia menunggu kedatangan kami

Feri ini bukan sahaja membawa penumpang tetapi kenderaan juga di bawa masuk.

Untuk melihat gelagat kami semasa berada diatas feri...jom scroll down

Menghayati view laut
Penumpang boleh naik ke atas untuk melihat view dan merasai angin laut.




Luas mata memandang

Setelah mengambil masa lebih kurang 15 minit di atas feri, akhirnya sampai sudah destinasi yang ingin dituju- Welcome to UDO ISLAND. 

Akhirnya, kami sudah sampai ke udo island. Bergambar dulu lah yer

Udo island ni tiada luas mana pun tapi letih juga kalau berjalan kaki. Jadi untuk mengelilingi satu pulau ini dan ingin melihat keindahan alam sekitarnya, di pulau Udo ini ada disediakan pengangkutan khas untuk pelancong iaitu Bas, skuter dan basikal. Skuter dan basikal boleh disewa dikaunter yang disediakan mengikut jam. Manakala untuk menaiki bas anda perlu membeli tiket mengikut harga yang ditetapkan yang mana harga tiket kana-kanak adalah separuh daripada harga orang dewasa.

Bagi kami yang datang satu famili ni, adalah lebih baik jika kami menaiki bas sahaja. Bas ini akan berhenti di tempat-tempat tertentu yang menjadi tumpuan orang ramai. Let's go...Kita tinjau view Udo Island.

Bas adalah antara pengangkutan utama yang membawa penumpang mengelilingi pulau ini.

Boleh juga menaiki motor

Bas sedia menunggu penumpang



Someori Oreum (Udobong peak)

Tempat perhentian pertama bas yang kami naiki adalah di Someori Oreum. Tempat ini menjadi tarikan utama pelancong kerana panorama pantai yang cantik serta view bukit yang mempersonakan. Di sini juga terdapat banyak kedai dan cafe yang menjadi tempat makan dan bersantai. Someori Oreum ini juga dikenali sebagai "cow's head" kerana bentuk batu nya seakan-akan kepala lembu.


Salah satu tempat yang menjadi tumpuan pelancong kerana keindahan rekabentuk pantai yang  berbukit. Tempat ini dikenali sebagai Someori Oreum. Amat cantik sekali.


Cuaca pada masa ini tidak menentu jadi sediakan payung untuk menahan panas dan hujan

Someori Oreum


Pemandangan pantai disekitar Someori Oreum Beach


Biyangdo island - Merupakan salah satu pulau kecil yang menghubungkan udo island. Untuk ke tempat ini anda hanya perlu berjalan kaki sahaja melalui jambatan yang disediakan.

 
Jambatan yang menghubungkan Pulau kecil di Udo island iaitu Biyangdo island

Kubu pertahanan untuk meninjau kedatangan musuh


Persisir pantai yg diliputi oleh batu-batu hitam

Pandangan pantai di Biyangdo island

Salah satu pantai di pulau udo yg boleh mandi

Seongsang Illchubong


Terletak di bahagian timur jeju island. Terbentuk daripada kesan letusan gunung berapi yang terjadi 100,000 tahun  yang lalu dan kini dijadikan sebagai tempat utama pelancong. Di buka kepada semua orang awam dengan bayaran tiket 2000 Won untuk dewasa dan 800 Won untuk kanak-kanak. Permandangan di sini memang awsome dan cantik lebih-lebih lagi jika anda berada di puncak Illchubong terutama sewaktu melihat sunset.

Banyak aktiviti yang boleh dilakukan di sini antaranya :

  • Melihat pertunjukan women diving
  • Aktiviti hiking bukit seongsang illchubong hingga ke puncak.
  • Melihat dan menghayati terbenamnya matahari di puncak illchubong
  • Riding horse
  • walking trail

Jom... Scroll down untuk melihat aktiviti kami di Illchubong ini..


Sebelum masuk anda perlu ambil tiket terlebih dahulu. Kuanter tiket berada di tengah-tengah pintu masuk menuju ke illchubong peak.

View yang menakjubkan

Port bergambar yang paling di sukai ramai...mesti snap satu gambar kat sini.

Dari atas - kita boleh nampak bandar seongsan 

Jeju woman diver

Mencari tangkapan secara tradisional dengan menyelam ke dasar laut adalah menjadi tradisi orang korea semenjak dahulu lagi dan masih diteruskan sehingga sekarang. Aku begitu kagum dengan usaha dan kudrat yang ada kerana mereka boleh menyelam ke dasar laut dalam tempoh yang lama yang mana  agak mustahil bagi kita untuk berbuat demikian ditambah lagi dengan usia yang begitu lanjut. Mereka ini memang kuat dan gigih semata-mata untuk mencari rezeki yang halal.

Aktiviti pertunjukan women diving adalah bermula pada pukul 1.30 - 3.00 petang dan kami bernasib baik pada masa tu kerana dapat melihat pertunjukan diving secara live oleh warga emas wanita korea yang umurnya dalam lingkungan 70 - 80 tahun. Untuk ke tempat diving tersebut, kami perlu menapak beberapa anak tangga yang agak curam dan tinggi. 

Kami tiada masalah semasa menuruni tangga kerana ia tidak memerlukan tenaga yang banyak tetapi lain pulak masa menaiki. Tenaga dan mental diperlukan semasa menaiki tangga supaya anda tidak mengah dan sampai dengan selamat. Walaubagaimana pun ianya merupakan satu pengalaman yang tidak boleh dikutip dimana-mana dan tetap akan segar dalam ingatan.

Jadi untuk melihat pertunjukan ini anda perlu set masa dengan baik.

Papan tanda masa pertunjukkan bermula

Tu dia...demi ingin melihat secara live woman diving, kami sanggup menapak turun ke bawah.
Jangan lepaskan peluang yang ada didepan mata.

Jom turun...anak-anak pun aku paksa menapak turun.

Pemandangan dari atas

Emm..ramai juga orang yang ingin melihat woman diving

Suasana ditempat menyelam

Jika ada rezeki mereka akan membawa naik hasil tangkapan setelah selesai menyelam

Video berkenaan aktiviti diving untuk totontonan bersama...jom saksikan lah...

Hiking puncak Illchubong

Aktiviti yang seterusnya adalah hiking puncak Illchubong. Pada mulanya aku berfikir panjang samada untuk hiking ke puncak atau pun tidak. Banyak perkara yang menghalang aku naik ke puncak terutama anak-anak. Aku tidak yakin mereka boleh ikut naik sekali kerana secara logiknya bukit ini adalah curam dan agak tinggi. Amat tidak sesuai untuk kanak-kanak. Orang dewasa pun belum tentu boleh sampai ke puncak.

Namun begitu hati aku meronta-ronta untuk naik ke atas dan melihat view di puncak. Melihat aku beria-ria untuk hiking, suami aku memberi green light untuk naik ke atas dan dia bersama anak-anak menunggu aku di bawah. Tanpa fikir panjang aku meneruskan impian yang aku idam-idamkan selama ini dengan memanjat bukit tanpa ditemani oleh sesiapa. Aku mengharapkan aku selamat dan tiada kejadian buruk semasa dalam perjalanan nanti.

Jom..kita mulakan dengan Bismillah dan harap dipermudahkan oleh Nya

Starting point untuk ke puncak

Permulaan tangga agak mendatar...

Sepanjang trail disediakan tangga. Pada awalnya tangga ini mendatar sahaja dan tidak memenatkan apabila menapak namun....

Sampai di pertengahan, anak tangga mula menampakan curamnya. Amat meletihkan dan agak megah apabila mendaki.

Setiap tingkat, disediakan tempat rehat untuk menghilangkan penat. Aku beberapa kali berhenti untuk hilangkan megah. Sampai satu tahap, terfiki juga untuk tidak meneruskan pendakian ini.

Sambil mendaki, aku berhenti rehat dan mengambil gambar...ini lah hasilnya. cantik kan? Ini belum sampai puncak lagi tau.

Makin nak sampai ke puncak, makin curam tangga dan makin memenatkan. huhu...Aku teruskan juga demi mencapai misi yang impikan selama ini. View makin tinggi, makin cantik. Betul lah kata orang, untuk mendapatkan sesuatu yang indah, kita perlu menghadapi yang getir terlebih dahulu.

Last tangga untuk sampai ke puncak.

Serba sedikit info berkaitan terjadinya Seongsan Illchubong ini.

Akhirnya berjaya juga aku menawan puncak ini...yeeey...Alhamdulillah sampai dengan selamat.

Top of Seongsan Illchubong

Di puncak terdapat bentuk kawah melengkung yang dalam nya dipenuhi pokok-pokok hijau yang tumbuh subur. Ini lah dia kawah gunung berapi yang terbentuk hasil letusan gunung berapi yang terjadi pada beribu-ribu tahun dahulu.

Kat atas ni disediakan tempat untuk meninjau dan melihat view disekitar puncak.

Ada juga org menguap kat atas ni...haha..

Gambar yang diambil semasa menuruni bukit. 


Seopikoji

Perjalanan yang seterusnya nya ke Seopikoji. Terletak berdekatan di bahagian timur Pulau Jeju dan berdekatan dengan Seongsan Illchubong. Merupakan salah satu tempat yang menjadi tumpuan utama drama korea antaranya "Gingko Bed, The Uprising, One Thousand and one night"dan banyak lagi. Bagi pengemar drama korea, anda dialukan-alukan datang ke sini kerana ia boleh mengimbas kenangan semasa drama tersebut ditayangkan.

Tempat ini terbuka kepada orang ramai dan tiada bayaran dikenakan. Sesiapa yang datang ke sini dengan kereta, anda boleh letak kereta ditempat parking yang disedaikan dengan percuma. Untuk melihat pemandangan yang indah disekitar kawasan ini, anda boleh berjalan kaki melalui laluan khas yang disediakan. Setiap laluan akan dihidangkan dengan pemandangan yang mengangumkan dan anda boleh mengambil gambar sebagai kenangan.

 Dikejauhan anda akan dapat melihat rumah api yang dibina khas sebangai penunjuk arah kepada kapal-kapal yang belayar. Untuk sampai di rumah api ini, anda perlu meneruskan perjalanan lebih kurang 2 km. Perjalanan kami hanya sampai separuh jalan sahaja kerana mood anak-anak pada masa itu kurang elok.

Sebelum memulakan perjalanan...



Pemandangan di sini memang menakjubkan..

View pantai yang cantik

Banyak bongkahan batu hitam

Laluan disepanjang pantai untuk ke rumah api

Begitu indah pada pandangan mata ku


Ciptaan Allah tiada bandingannya..




Seongup folk village


Merupakan peninggalan rumah tradisional orang korea yang dulu-dulu. Masuk ke tempat ini, and boleh merasai cara dan budaya kehidupan orang korea pada zaman dahulu dan tempat ini selalu dijadikan lokasi pengambaran filem korea yang berlatar belakang zaman pemerintah dinasti / raja-raja.

Pada mulanya tempat ini memang sukar dijumpai kerana tiada penunjuk arah yang betul, Lagi pun sebaik sahaja kami sampai, tiada orang yang menjaga kawasan tersebut. Yang kami nampak adalah beberapa buah rumah lama yang dilengkapi dengan barang-barang antik yang digunapakai oleh orang dulu-dulu. Alang-alang dah sampai, kami terjah juga untuk masuk dan mengambil gambar.

Jom scroll ke bawah untuk melihat gambar rumah tradisi orang korea.

Biasa di lihat dalam drama korea..

Memang betul-betul lama ni..


Selalu dijadikan lokasi drama korea

Ruang dapur memasak menggunakan kayu api


Kemas dan bersih

Tempat yang ke dua Folk village yang sempat kami singgah adalah berdekatan dengan Folk village yang pertama tadi.

Untuk memasuki tempat ini tidak dikenakan apa-apa bayaran cuma kami perlu melayan karenah orang korea yang menjalankan perniagaan di situ. Tiba-tiba kami diterjah dan dihalang daripada memasuki tempat itu. Pada mulanya kami ingat perlu membuat pembayaran entrance fee tapi kami ditarik untuk masuk ke kawasan yang dijaganya dan memberi penerangan berkaitan rumah tradisional ini. Ok lah kami layan jer walaupun bahasa yang digunakan agak caca merba. Dia cakap bahasa korea dan terjemahkan dengan menggunakan google translate.

Last-last cerita baru kami faham,,,rupa-rupanya dia berniaga kat situ. Menyesal pulak ikut dia tadi.

Sukar juga untuk elak daripada membeli barang-barang yang dijual kerana orang korea ini terkenal dengan kegigihan dalam bekerja. Tapi kami cuba juga mengigihkan diri untuk tidak membazirkan duit memandangkan harga yang ditawarkan tidak masuk akal.

Akhirnya kami keluar tanpa beli apa-apa. Tengok pada riak wajah makcik ni memang dia marah dan tak puas hati dan dia membebel dalam bahasa korea yang memang tidak difahami. Tak apa lah dia nak cakap apa, yang penting kami telah bebas dari kawasan tersebut.

Antara gambar kenangan antara kami dan makcik tu,,,

Pada mulanya makcik ni ok...dia banyak bercerita pasal rumah lama ni. Kami angguknya walapaun tak berapa faham

 makcik ni gigih melayan kami...

Rumah tradisi orang korea - Makcik tu cerita kalau dulu-dulu orang lelaki duduk rumah dan malas bekerja. orang perempuan sahaja yang rajin bekerja dan mencari makanan untuk di beri makan anak-anak. 

Last destinasi yaang makcik tu bawa kami adalah ke tempat ini. Di dalam rumah ini, terdapat beberpa produk yang dijual kepada kami.

Video makcik ni tengah gigih memujuk kami


Kita abaikan gelagat makcik ni...

Jom masuk ke Folk village yang ke dua dan kita tengok apa yang ada kat dalam. Rupa nya tempat yang ini kami luas, kemas dan terjaga rapi. Kawasan ini juga tidak sunyi daripada pengunjung dan lebih meriah.


Pintu masuk

Kemas dan tersusun

Di dalam ini juga terletak rumah lama yang agak cantik dan tersusun. Mungkin dalam kawasan ini penghuninya orang kaya-kaya berbanding tempat yang pertama kami kunjungi.

Rupa nya tempat tradisi ini masih diduduk sehingga sekarang


Chilsung ro shopping street


Aktiviti pada malam hari adalah jalan-jalan di bandar Jeju. Kami telah mengunjungi tempat membeli belah yang agak high class kerana barang-barang yang dijual semua branded dengan harga yang diluar kemampuan untuk kami yang budget ciput ini. Jadi kami hanya jalan-jalan dan tinjau dari jauh sahaja. Lagipun tempat ini amat sesuai untuk lepak dan bersantai bersama-sama dengan anak-anak.

Hanya gambar yang berbicara...















Selesai aktiviti ini, kami terus balik ke Gueasthouse, makan apa yang patut, rehat dan terus tido untuk menyimpan tenaga bagi menyambung aktiviti esok hari.

Selamat malam semua! kita jumpa esok yer...

Day 3                                                                                                                                               Day 5

No comments: