Date trip : 6 Ogos 2013
Fakta berkenaan air terjun gunong stong...
Gunong Stong State Park Resort terletak di dalam kawasan pembangunan Hutan Negeri(State Park Stong)Kelantan.
Berlatar belakangkan Air Terjun Jelawang yang tertinggi di Asia Tenggara dan Banjaran Gunong Stong telah menjadikan Gunong Stong State Park Resort sebagai sebuah kawasan reakrasi yang sesuai dikunjungi.
Selain dari pusat perkelahan hujung minggu Gunong Stong State Park Resort menawarkan pakej percutian, Pakej pembinaan insan di samping pakej-pakej khas pendakian Gunung dan penjelajahan gua-gua yang mempunyai keunikannya tersendiri.
Gunong Stong State Park resort dihubungkan dengan bandar-bandar utama seperti Kuala Krai, Gua Musang dan Jeli dengan jalinan jalan raya yang baik di samping landasan keretapi yang menghubungkan Johor Bharu di Selatan dan Tumpat di Kelantan dengan menjadikan Perhentian Dabong sebagai pintu masuk utama.
Jarak dari Bandararaya Islam Kota Bharu Ke Gunong Stong State Park Resort ialah 150km melalui bandar Jeli. Bagi pengunjung dari arah Kuala Lumpur bolehlah melalui Bandar Gua Musang yang jaraknya 50km untuk sampai ke Gunong Stong State Park Resort dan dari Bandar Kuala Krai Ke Gunong Stong State Park Resort sekitar 70km
Dalam perjalanan aku sempat merakamkan gambar air terjun gunung stong dari jauh.Ketinggian nya memukau sesiapa sahaja yg melihatnya.Sebenarnya ketibaan kami di sini tidak di rancang. Memandangkan kami sampai di gua musang di awal pagi ( balik untuk sambut raya puasa...) dan masa yg berbaki sebelum berbuka masih panjang....apa lagi kami buat lah aktiviti sendiri.
Oleh kerana masing2 belum lagi menjejakkan kaki ke air terjun ni maka dengan kata sepakat kami meneruskan perjalanan tersebut. Lebih kurang 50km mengharungi jalan yg berliku dan berbukit akhirnya kami sampai kat air terjun tu dalam pukul 10.30 pagi...Letihhh?? Jangan cakap lah sb kami bukan dari kb tapi kl (450 Km)...tapiii keletihan kami terubat sebaik sahaja sampai....
Gunung stong dengan ketinggian 1433 meter merupakan salah satu gunung yg tertinggi di negeri kelantan dan.....Air terjun tertinggi di asia...ketinggian nya mencapai 303 m
Hutan simpan yg terpelihara...so di larang sangat2 drp di ceroboh..
Jauh drp percemaran udara....cantik, sihat dan menyegarkan
Pis your....jom kita terokai alam semulajadi ni...
Emmm....tinggi juga nak naik ni...dah lah puasa...gambar menunjukkan jalan ke tempat air terjun...di kiri kanan kelihatan resort2 yg di khas utk pengunjung yg datang menginap
Surau pun ada...senang untuk solat
Sepanjang mendaki untuk ke tempat air terjun kelihatan deretan resort2 yg unik dan kemas
Penat berjalan kami bergambar...bersama anak buah..daniel...
Selepas penat menapak anak2 tangga...kami bergambar beramai-ramai. Masa ni 2 org kakak aku tiada bersama kerana kata nya "tak larat dan penat" katanya.
Lagi gambar beramai-ramai..
Tengok lah belakang tu....curangkan....masa ni aku dah mengah2 tapi sempat lagi pis your....
Adoiii..manyak tinggi lah...ha2...panjat jangan tak panjat
Sambil jalan sambil fb...ini salah satu untuk kurangkan rasa penat masa mendaki tapi....amat berbahaya...
Dah sampai dah...mad bergambar bersama dengan labu2nya...hi2
Aku juga tidak lepaskan peluang bergambar dgn labu2 nya...
dirasmikan oleh tengku Anis pada tahun 1994...dah lama tapi aku 1st time jejak kaki kat sini..
Sebaik sahaja sampai...mad terus bergambar di atas jambatan tali yg mengayat kan pada sesiapa yg berada diatas sana...tapi amat menyeronokan...biasalah benda2 macam ni mana ada kat KL
Ini lah tempat yg ingin kami tuju...jom kita mandi dan segarkan badan tapi awas pada sesiapa yg tak pandai berenang kerana kat tengah tu airnya begitu dalam sekali...amat bahaya untuk kanak2...kat sini banyak lagi tempat cetek yg sesuai untuk mandi
Kononnya tak nak mandi...maklum lah masa naik ke sini tadi sehelai sepinggang tapiii.....last2 mandi juga...habis basah kuyup baju dan seluar..termasuk ngan aku2 sekali....mengigil seluruh badan sebaik sahaja terkena air...mula2 jer....kalau dah lama2..amat menyeronokkan...
snap gambar dari tempat mandi...
Aikkk...bila masa 2 org kakak ku ini sampai...cakap tadi tak larat....sian..
Bersiap2 untuk mandi...
tepat pukul 12 tengahari kami berangkat pulang...dan meneruskan perjalanan ke destinasi yg seterusnya...
"Jika dunia ini persinggahan, mengapa tidak kita banyakkan bekalan untuk meneruskan perjalanan....? Kerana kita cuma ada satu persinggahan...."
No comments:
Post a Comment