"Sedikit dan mencukupi adalah lebih baik daripada banyak tetapi melalaikan "

You Don't Have To Be Rich To Travel Well

PULAU PERHENTIAN BESUT TERENGGANU - 1 DAY TRIP


Date travel : 10 august 2013
Time trip : 9.00 am

Sedikit info brkenaan pulau perhentian

Pulau Perhentian ialah satu gugusan pulau yang terletak sekitar 10 batu nautika (19 km) dari pantai  timur laut negeri Terengganu dan sekitar 40 batu (64 km) selatan dari sempadan Thailand. 

Dua pulau utama ialah Perhentian Besar dan Perhentian Kecil... Ia dijadikan tempat persinggahan bagi kapal-kapal dagang yang berulang alik dari China ke Asia Tenggara seperti Singapura, Jawa dan beberapa tempat di Semenanjung Tanah Melayu. 

Di pulau ini juga dijadikan tempat persinggahan kapal-kapal garam dari Singgora (Selatan Thai), untuk menghantar garam ke Kuala Terengganu.Oleh kerana pulau ini sering dijadikan tempat persinggahan bagi kapal-kapal yang dalam pelayaran, ia telah dinamakan sebagai Pulau Perhentian.

Iaitu pulau tempat kapal-kapal singgah atau berhenti seketika sebelum meneruskan pelayaran. Sehingga sekarang pulau ini masih lagi dijadikan tempat berlindung bagi kapal-kapal dari angin kencang dan ombak besar...




Sebelum meneruskan perjalanan, kami menbeli tiket terlebih dahulu...kat mana?..tentu lah kat kaunter tiket...jangan risau sebab kat jeti kuala besut ni....banyak terdapat travel agensi yg menjual tiket dan menawarkan pakaj yg berpatutan....

Harga tiket yg biasa dijual untuk orang dewasa ialah Rm70 (pergi dan balik) dan untuk kanak2 Rm35...boleh tahan mahal nya...nak tak nak kami terpaksa beli juga memandangkan hasrat hati utk ke pulau perhentian sudah tersemat sekian lama...

Tapi rezeki menyebelahi kami.....di sana kami terjumpa dengan kenalan lama yg memang bekerja di situ menjadi tour guide utk pelancong asing...apa lagi dapat lah Kami merasai tiket murah...ha2 rezeki2...Alhamdulillah...



Ni lah harga tiket kami Rm385 Jer...termasuk harga utk kanak2...
Kalau di kira betul2 mungkin kami terpaksa bayar dengan harga Rm595...Hu2..


Kami sampai di jeti kuala besat tepat pukul 10.05 minit...ha2...ha2...tengok lah jam tu...


Sebelum menaiki bot, kami dikena bayaran rm5 setiap seorang...katanya sebagai caj pemuliharaan alam sekitar...tak nak cakap banyak..kami terus buat pembayaran sebanyak rm 35 utk 7 orang



Jadual ni aku snap sebagai panduan dan info jer...ini merupakan masa perjalanan bot setiap hari dimana bot pertama seawal pukul 8 pagi dan bot terakhir paling lewat pada pukul 5 ptg...


Waiting the boat...tak sampai 5 minit, bot yg kami tunggu dah sampai...he2..ni yg seronok...tak yah tunggu lama2...ini semua pertolongan kawan yg kami kenal masa kat kaunter tiket tadi...kalau tak jenuh juga kami akan menunggu di jeti ni...

Apa lagi tengok..jom lah naik bot!


Ramai orang menasihatkan kami membeli barang2 keperluan dan makanan di sini terlebih dahulu Sebelum berangkat...ini kerana harga barang kat sana amat mahal (memang mahal pun) ...3x ganda mahalnya...

So apa lagi..utk mengelakkan rm kami habis banyak...air meneral, roti dan makanan ringan menjadi  bekalan utama kami sepanjang kat sini...
Nampak tak plastik yg kakak aku bawa....haaa tu lah bekalan kami..




Sepanjang dalam bot...gelagat iru (anak buah) menjadi tumpuan utama kami...
Dari awal dan akhir dalam bot...macam ni lah gelagat dia...memang takut dengan benda2 laju, bunyi yg kuat dan gayat bila berada di tempat tinggi...
Dia ni di kategorikan "budak istimewa" dan gelagat dia sentiasa menjadi penghiburkan kami sepanjang dalam bot...


Seronok nampak naik bot...tak takut ker?


Tu lah pulau akan Kami jejaki dan terokai sekejap lagi...


Masa ni hujan....tu yg tangan masing2 tutup kat muka...
Lebat juga lah...nasib baik tak lama...kalau tak basah kuyup lah kami...



Akhirnya, selama 45 minit menaiki bot, sampai lah kami ke tempat yang di tujui. Sesampai jer kami tidak melepaskan peluang untuk bergambar bramai-ramai. Apabila jejak jer kaki kat pulau ni...masing2 malu dan segan melihat pemandangan yg tidak di undang. Rata-rata mereka adalah mat saleh yang berpakaian menjolok mata (just using bikini jer) hu..hu...

kat sini totally omputeh...kami jer orang melayu yang berhemah dan sopan santun...


massage offer...harga boleh tahan lah mahalnya....
back and shoulder massage jer...dah rm 35
kalau seluruh badan..agak2 berapa ye bayarannya...



banyak aktiviti boleh di lakukan disini...seronok kalau dapat merasai semua sukan laut ni tapi kami datang bukan untuk bermalam...just tinjau2 dan melihat suasana sebenar apabila berada di tengah2 lautan...lagi pun aktiviti ni semua bukan dalam perancangan kami...
kalau lihat pada harga yg di tawarkan agak murah dan berpatutan



Pada awalnya kedatangan kami ke pulau ini agak membosankan kerana tiada aktivit2 laut yg terlibat...
di tambah lagi dengan haba yg panas dan angin laut yg menghangatkan...membuatkan kami lagi haru biru...tapi aku tidak mahu menghabiskan duit tiket yg mahal tu dengan sia-sia...alang2 sampai..baik aku terokai seluruh pulau ini...

kami bertiga (aku, abang dan adik) berjalan menyusuri satu lorong yg kiri kanan di penuhi hutan tebal...nasib baik ada seorang pakcik tu (mgkin penduduk kat situ) sanggup menolong kami untuk menunjukkan jalan ke tempat satu lagi resort yg menjadi tumpuan utama pelancong...

yang lain2semua tak nak ikut dan diaorang cakap hutan tebal lah, lorong jalan kaki kecil lah...pak cik tu kita tak kenal lah...jalan berbukit lah ...letih lah dan macam2 lagi alasan...

aku pekakkan telinga dan tetap juga mahu mengikut pak cik tu

seram dan menakutkan hu2..jom iku pakcik tu...


Wahhh...cantik nya senery kat sini...rugi dia orang tak datang...
berbaloi2 walaupun letih dan memenatkan...perjalanan kami ke sini sejauh 1 km gak dan memakan masa 15 minit..macam jungle tracking lah pulakkk...sesekali kami berselisih ngan mat saleh yg datang dari arah sana...



1st place yg kami jumpa sebuah restaurant yang menjual pelbagai jenis makanan dengan harga yg agak murah berbanding kat tempat yg mula2 kami...


melihat harga yang murah...terus perut ku bergendang dan menari2..tu tanda nya minta di isi..
aku terus pegang niat untuk makan di sini  beramai2 selepas pulang nanti...naK makan untuk kami bertiga tak sampai hati lah pulakk...he2 tapi halal ke eek? confius...confius...


ha..ha.. dah sampai dah ...
view yg cantik dan mendamaikan...
sungguh agung ciptaan mu ya Allah..


lagi view yg sempat aku snap...


ternampak pulak ada buaian...masa ni baru terasa suasana berada di pulau...
the paradise in my life


lagi view aku ambil...ni pulak dari posisi atas bukit...
tempat ni lebih sejuk dan tidak menghangatkan...
terus teringat kat diaorang supaya datang dan berehat kat sini...
tapi sanggup ker diaorang nak jalan kaki yang berbukit tu...niat untuk call di pendamkan begitu shaja
kring..kring...alamak diaorang call lah..
panggilan hangit yang menghangatkan...terkedu lidah untuk berkata2...


last2 diaorang sampai juga kat sini...
boleh tahan lasaK juga anak2 buah ku ini...tak padan ngan kecik..
dia bagitau selipar yg di pakai... putus masa dalam perjalanan..
hu2 sian...jalan kaki ayam lah nampaknya


menyusuri jambatan untuk ke tempat bot berlabuh 
pengkalan ini di khaskan untuk mengambil dan menghantar penumpang


tu dia harimau halilintar dah sampai...
sampai jer terus nak ngapp...tapi aku pandai untuk mejinakkan rimau di hi2..


"bak po tak royat mari sini? aku tunggu macam tunggul kayu kat sana..."

ha22...sesampai jer.. itu lah 1st question yg di tanya...
yg lain semua ternganga dan kelu seribu bahasa
aku jer ngaga tapi berbunyi...
last2...kitaorang kurangkan kepanasan dengan bersantai dan mandi laut
biasa lah "misunderstanding" tapi tak lama...air laut jadi penyejuk utama kami...


selepas berrehat dan bersantai...kami berangkat pulang setelah jam menunjukkan ke angka 2 ptg..
dalam perjalanan pulang ternampak pulak port yg cantik untuk bergambar..

get ready...1...2...3...cut



Last gambar yg sempat ku ambil sebelum meninggalkan pulau ini...

tepat pukul 4.30 pm boat sampai dan kami meninggalkan pulau ini dengan penuh kenangan  pahit, manis, maung, kesal, boring, hangin dan yg penting "this place is beautiful view, beautiful memory and nice senery like oversea"

pengajaran paling penting kat sini ialah "planning is our journey first before going"
kalau tak jadi lah macam trip kami ni



Pemandangan yang paling indah dapat aku snap...
view of perhentian island is very beautiful created by ALLAH....


" When the way is cloundy and there is no one by your side....
remember....just remember...Allah is the only guide" 

No comments: