"Sedikit dan mencukupi adalah lebih baik daripada banyak tetapi melalaikan "

You Don't Have To Be Rich To Travel Well

Day 4 ~ Seoul, south korea

Sedar tak sedar sudah masuk hari yang ke 4 kami di korea. Setakat ini perjalanan begitu lancar dan segala urusan dipermudahkan tanpa ada masalah yg timbul. Thanks to Allah!...

Ok hari ini kami akan menerokai dan menjejaki bandar seoul dengan bantuan map dan sedikit research yg telah kami buat.Pagi2 lagi kami bangun untuk solat dan prepare the simple breakfast sekadar untuk mengalas perut. Stesen apgujeong adalah stesen yg paling dekat dengan guesthouse kami dan perjalanan ke sana dlm 10 minit dengan berjalan kaki. Untuk merasai sendiri sejauh mana stesen apgujeong dari guesthouse, kami mengambil keputusan dengan berjalan kaki sahaja. 

Jalan punya jalan....wahhh, jauh juga ni. letih kami dibuatnya. Lebih2 lagi beg kami masing2 padat dengan barang dan makanan. Naik lenguh di buat nya. Ok lepas ni kita naik taxi jer lah...huhu

 stesen untuk ke namsan tower ~ Apgujeong 》》Chungmuro(transit) 》》Hoehyeon

1st.place di seoul, kami ingin pergi ke Namsan tower so kami kena transit di stesen Chungmuro untuk ke stesen Hoehyeon dan perjalanan mengambil masa lebih kurang 17 minit untuk sampai.  

Nak dijadikan cerita, kami sepatutnya berhenti di stesen Myeondong jika mahu ke namsan tower kerana stesen ini yang paling dekat dgn namsan tower TETAPI kami tersilap maklumat. Ingatkan Namsan park tu letaknya dekat2 dengan Namsan tower kerana sebaik shj keluar dari lrt, kami terus terpandang sign board yg bertulis Namsan park dan exit ikut line 4(biru). Dengan confident kami berjalan mengikut sign yg di berikan....


Jalan menuju ke namsan park...wahhhh..tinggi nya. Mengikut maklumat, kami perlu berjalan mengikut lorong ini sehingga sampai di atas dan belok kanan. Dari situ kamu akan nampak namsan tower ...ok lah kami ikut jer apa yg dicakapkan oleh ajjussi tadi.


Dah sampai atas...tengok muka masing2 dah letih dan megah. Confius pun ada sebab masih tak nampak tower nya...adooii, camana ni. Sabar2 perjalanan mesti diteruskan.


Tengok tu namsan tower lebih kurang 1 km lagi...masalahnya kat sini kalau jalan untuk ke namsan tower agak mendatar kami tak kisah tetapi kami terpaksa panjat beberapa anak tangga di buat khas sebagai tempat reakreasi dan berjalan secara mendaki. Adush....baru kami sedar bahawa tempat yg kami lalui ini adalah kawasan Namsan park...tapi ok juga sebab view kat sini mmg cantik dengan bangunan dan landscape yg direka khas kepada pengunjung.

Nasihat aku, untuk ke namsan tower anda perlu berhenti di stesen myeondong bukan hoehyeon! Haha....tapi kalau nak merasai pengalaman manis kami ni...teruskan....

 Untuk hilangkan stress, kami memujuk hati dengan bergambar di namsan park...kan nampak happy tu!

Alhamdulillah...baru nampak bayangan namsan tower....tapi larat ke wehh nak menapak ke sana...huhu

Emmm...1 km lagi nak sampai ke namsan cable car...


Ok...nak patah balik mmg tak larat...so kami teruskan juga perjalanan ke namsan cable car.

Setelah penat lelah berjalan....lastly, sampai juga ke destinasi yg kami impi2kan. Nampak tak kat belakang kami? Itu lah dia bangunan stesen cable car. So untuk ke namsan tower, nak tak nak kami kena naik juga cable car tu...


Firstly...ambil tiket dulu. Untuk sorang dewasa berharga 6000₩...harga murah sikit kerana kami beli in group.

View dari cable car....

Sampai sudah kat atas setelah berada lebih kurang 10 minit di dalam cable car...


Menapak beberapa anak tangga untuk sampai di dataran seoul tower. Untuk hilangkan rasa letih dan leguh kaki, kami menapak sambil snap beberapa keping gambar....view yg cantik membuat kami tidak melepaskan peluang untuk bergambar...

Kunci Mangga yg pelbagai color tergantung dengan kemas di setiap sudut...

Teruja kami sekejap apabila melihat beribu2 biji mangga yg pelbagai warna dan saiz terkunci dengan pasangan masing2. Dan di atas mangga itu, di tulis pelbagai ucapan, niat dan impian dari golongan pasangan yang bercinta. Konon2 nya, dengan cara ini, perhubungan mereka akan berkekalan dan bahagia hingga ke akhir hayat. 

Kami kat sini hanya melihat dan bergambar sahaja....tak ada langsung pun niat untuk berbuat seperti itu. Bagi aku, ini semua termasuk dlm golongan karut dan tahyol yg memang kita sebagai org islam wajib hindar dari perkara seperti ini...

Mangga yg pelbagai warna dan size di jual dengan harga yang berbeza....

Di sediakan juga pakaian tradisional korea khas nya kepada pelancong2 yg datang. Tiada caj bayaran di kenakan...kami tidak lepaskan peluang untuk try memakai baju tradisional ini.

Alhamdulillah....sampai juga kami di namsan tower....

view namsan tower

Lagi view di kawasan namsa tower...very2 beautiful scenery

Tidak lepaskan peluang bergambar di sebalik namsan tower...

Cantik!....

Namsan tower

Lagi view.....ini merupakan jalan utama untuk ke namsan tower

Di namsan tower telah disediakan pengangkutan bus khas untuk membawa penumpang dari namsan ke mana2 station subway yang berdekatan. So kami perlu menaiki bus untuk ke destinasi yg berikutnya. Perancangan kami yang asal nya untuk ke palace tetapi memandangkan masa tidak cukup, kami menukar plan untuk ke seoul central mosque.

station yaksu to station itaewon

Kami stoped di station yaksu dan  menaiki subway menuju ke Itaewon station dimana terletaknya masjid yang ingin di tuju. Dari station itaewon perlu ambi line 6 dan exit 3. Keluar sahaja dari exit 3, anda akan nampak restaurant2 halal dari arab seperti Angkara palace turkish dan mr kebab....untuk mendapatkan restaurant halal, kat sini memang banyak. Sepanjang jalan menuju ke masjid banyak deretan2 kedai dan restaurant kepunyaan orang islam so untuk mendapatkan makanan halal kat sini memang tidak susah...



Lunch kat restaurant Angkara palace turkish halal food....boleh tahan sedap nya....
harga yg ditawarkan mengikut kepala iaitu 13000 ₩ / Rm42 untuk seorang dan boleh makan sebanyak mana yang mampu....hidangan adalah scara buffet tetapi perut kami tidak dapat memenuhi semua menu yg ada....kenyang wehhh!


Meneruskan perjalanan mencari masjid sentral seoul...melihat kepada signboard dah tak jauh dah cuma kena menapak tu yg tak tahan....lagi lah jalan nya membukit huhu. Sepanjang jalan ke masjid terdapat banyak deretan kedai2 makanan halal terutama dari arab, pakistan dan indonesia pun ada...begitu juga dengan kedai2 lain yg kebanyakan di monopoli oleh orang2 islam minoriti...

Dah sampai...ini adalah lakaran / design masjid sentral

Dari pintu belakang...untuk masuk ke dalam, boleh menaiki tangga atau berjalan terus secara membukit....


Pintu depan masjid...Alhamdulillah destinasi yg aku impikan selama ini sudah tercapai sudah...rasa macam tak percaya lah pulak. Masjid ini selalu aku tgok kat blog2 dan website...sb tu lah masjid ini menjadi target utama aku jika datang ke korea...ruangan solat wanita bukan berada dalam masjid ini tetapi terletak bersebelahan. Begitu juga tandas dan tempat wuduk. So kami tak de masuk kedalam sgt. Cuma bergambar kat luar jer...

Seterusnya kami melangkah ke Nandaemun market yg terkenal dengan pelbagai jenis barang yg boleh di dapati dengan harga yg murah. Di sini juga orang kata banyak keronsang dan brooch yg di jual dalam pelbagai bentuk dan paten...yg penting kat sini diaorang jual dengan harga yg murah....


Untuk ke Nandaemun market 》》》station itaewon ke station hoehyeon tetapi kami kena transit/ tukar di station Samkaji dulu..

Dari station Hoehyeon ambi line 4 dan exit no 6....kuar2 tu memang terus ke Nandaemun market.


Di Nandaemun market terdapat bangunan E-world dan di dalam bangunan ini lah terdapat keronsang2 yang murah dan pelabgai jenis, paten dan saiz. Bukan setakat keronsang shj yg di jual, gelang tangan, rantai leher dan diamond pun ada di jual. Yg special tempat tu ialah ianya ibarat kilang kerana pembuatan kerosang dihasilkan di situ juga dan yg penting  boleh negotiate. 

Bila masuk ke dalam bangunan ini, anda kena pandai pilih kedai mana yg nak masuk kerana kalau tersilap masuk kedai....anda mungkin tak dilayan dan dimarahi jika tidak mahu membeli. 

Kami bernasib baik kerana kedai kerongsang yg kami tuju adalah yg terbaik.....boleh negotiate dan minta gift free lagi. Ini semua gara2 di bagitahu oleh seorang lelaki yg menginap di guesthouse kami semalam. Terima kasih abang yg baik hati...

Kat sini lah kami memborong kerongsang....untie tu dengan sabar melayan kami

Ini kedai yg tak berapa nak layan kami. Lagi pun keronsang yg di jual agak lebih mahal dari tempat untie tadi. Mybe material nya lagi berqualiti kot. Tu yang tak berapa ramai orang


Kedai ini kami berhabis-habisan membeli terutama set sudu. Kedai sister ini lagi murah berbanding kedai-kedai yang lain. Yg penting harga boleh negotiate!...

Kedai ini juga direkomenkan oleh budak lelaki tu...terima kasih sekali lagi yer kerana memperkenalkan kepada kami kedai2 yg terbaik untuk shopping.

Ini aku bagi name card dia...tolong promosi sb kedai dia adalah yg terbaik

Kedai untie ni di luar daripada bangunan E-world.....menjual pelbagai jenis t-shirt yg pelbagai saiz dan warna. Aku and the geng banyak borong t-shirt kat sini. Harga lebih kurang 5 000 hingga 7000 ₩ mengikut saiz yg di kehendaki. Kalau dalam RM ialah 15 hingga 20 ringgit msia...

Situation of Nandaemun market in night...sejuk terus menghimpit kami

Selepas ini kami merancang untuk ke Myeondong market. Di awal nya kami ingin menaiki tren je untuk ke sana tetapi apabila kami bertanya kat kaunter information, diaorang cakap dekat jer....boleh jalan kaki dalam 10 minit so kami decide untuk tidak naik tren. 

Kami meneruskan perjalanan dengan berjalan kaki. Waktu ini sudah menghampiri ke malam dan suhu kesejukan semakin menghimpit kami. Tempat yg kami nak tuju, belum menampakkan hasil nya. Setiap orang kami terjah dan bertanya jalan untuk ke myeondong market. Masing2 cakap dekat jer....jalan kaki 10 minit ....asyik2 10 minit. Diaorang ni memang pandai perkataan tu jer ker. Sedangkan kami berjalan kaki dah hampir 30 minit lebih....adush..rasa putus asa pun ada ni. 

Akhirnya setelah merentasi dan mengharungi perjalanan yg memakan masa hampir 45 minit, kami pun sampai di myeondong market. Badan semua dah lemah longlai terutama kak maznah dan kak jah...kesian diaorang. Tapi aku respek kat diaorang ni sebab masih lagi kuat untuk berjalan. Lepas ni boleh lah buat trip lagi yer...

Myeongdong market...saat2 keletihan menghantui....semua benda dah tak teruja...huhu...

Antara jualan yg terdapat di pasar malam myeongdong...untuk dinner malam nanti kami membeli kebab yg di jual oleh penjual muslim dimana kat gerainya di tulis Halal food. Terus kami order setiap sorang.

Seterusnya kami menuju ke kedai yg di target dari awal iaitu kedai kosmetik. Kat Myeondong ni...org kata terkenal dengan barangan kosmetik yg murah so kami tidak melepaskan peluang untuk shopping kat sini. Memang di akui, di kiri kanan pasar malam terdapat banyak deretan kedai yg menjual pelbagai jenis brand kosmetik korea. Aku ikut jer member2 yg ingin shopping wlaupun masa tu...kaki, lutut, tangan dan seluruh badan sudah longlai dan di tambah lagi dengan kesejukan yg melampau. 

Sesekali sambil menunggu diaorang shopping, aku mencari alat yg di buat khas untuk mengeluarkan haba...alat ini hanya terdapat di kedai2 tertentu sahaja. Kalau tak tahan juga, aku masuk jer mana2 kedai konon nya dengan alasan hendak membeli...haha

Dalam kul 9 mlm, kami beredar dari myeondong market dan balik ke guesthouse...bye2 myeondong. Walaupun pelbagai masalah di tempuhi tetapi kau tetap ada jodoh di antara kami...(Day 5)

Day 3 ~ Seoul, south korea

Assalamualaikum....good morning jeju. Today is last day at jeju island. 3rd. Day kami di jeju terasa macam sekejap sahaja masa berlalu. Banyak lagi tempat yang belum kami kunjungi dan explore dengan lebih mendalam terutama di tepi pantai, bukit2 dan kawasan2 yg terpelihara dengan kecantikannya. Huhu...rasa terkilan jugak tapi nak buat camana kan...terpaksa juga kami tinggal kan jeju dengan hati yang berat dan penuh memories....

Oleh kerana flight kami untuk ke seoul pada waktu tengahari (12.40PM) so masa yg terluang kami tidak biarkan begitu sahaja. Selepas breakfast, kami terlebih dahulu ronda2 bandar jeju kononnya untuk menyambung shopping semalam yang belum selesai. Tapi malang nya banyak kedai2 belum di buka sepenuhhya. Oleh itu kami hanya sekadar jalan2 dan ronda2 kawasan sekitar sambil ambil gambar.


 Pagi yang tenang di bandar jeju

 Pagi yang tenang diserikan lagi dengan gambar kami yg cool and cold

 Dari jauh ku ambil gambar konon nya untuk mendapatkan view yg cantik....ini semua just for u friends. You're very sporting.

 Lagi gambar bandar jeju

Tepat pukul 10 pagi, kami check out drp guesthouse dan menunggu taxi untuk ke jeju airport. Memang aku akui....di sini memang senang untuk mendapatkan taxi. Tinggal lagi poket mahu penuh. Baru senang segala2 nya. 

Di airport kami terus check in luggage dan alhamdulillah...tiada apa2 masalah yg timbul. Semua Proses berjalan lancar. Sambil menunggu departure time, sempat lagi aku dan ju mengorder hot coffee 


 Cukup korum 8 orang semuanya....ada mcm2 style dan gaya. aksi ini di lakukan di airport jeju sementara menunggu flight berlepas.


Menunggu bus datang dengan penuh kesabaran di line 6 dengan bus berno.6000

Alhamdulillah...kami selamat tiba di airport gimpo. Terpinga2 sekejap kerana tidak tahu bus no berapa untuk kami naiki menuju ke guesthouse di gangnam. Yang menjadi mangsa kami ialah guard yg ada kat situ. Dia menerangkan satu persatu bus mana yg perlu kami ambil. Penerangannya yang jelas dari guard tadi sedikit-sebanyak telah membantu kami untuk memilih bas yang mana untuk dinaiki. Apa-apa yang berlaku atau timbul masalah di kemudian hari akan kami tangani sebaik mungkin (wahhh...berkobar2 pulak aku ni)

lebih detail - berpandukan makumat yang di beri, kami akan stop di stesen Seolleung dimana station ini yang paling dekat dengan guesthouse kami.

Didalam bus menuju ke gangnam ~ selesa

Special nya bus di sini ialah kami boleh membayar tambang dengan menggunakan t-money dan tambang rate nya adalah sama iaitu 7000₩ walaupun jarak dekat atau jauh. Mcm bus yg kami naiki ini (no 6000), hanya akan berhenti di stesen2 seperti yang aku nyatakan di atas sahaja. Untuk ke tempat selain di atas, perlu menaiki bus lain yang telah ditetapkan no masing2. So jangan tersalah naik yer...lain tempat lain no bus nya.

Dari stesen Seolleung, kami menaiki teksi untuk ke guesthouse. Nasib kami memang baik sebab teksi kat sini memang banyak dan ada jer orang yang hendak menolong. Untuk menaiki teksi, kita perlu sediakan alamat penuh dan lagi bagus alamat tersebut di tulis dalam bahasa korea kerana ada sesetengah driver taxi tidak boleh membaca dalam bahasa inggeris .


Ini lah guesthouse kami sepanjang berada di seoul. Di miliki sepenuh nya oleh rakyat Malaysia

Akhirnya sampai juga kami kat guesthouse di gangnam. Orang kata kat sini kawasan elit. Ramai orang2 kaya tinggal kat sini. Begitu juga dengan artis2 korea. Wahhh...ada peluang lah kami untuk berjumpa dengan diaorang....harap2 lah...

jom masuk kawan2...kami di sambut oleh seorang gadis melayu yang bertudung dan dia merupakan owner guesthouse ini. Kedatangan kami di sambut dengan baik dan peramah(...wpun adakalanya tak berapa nak peramah). Ist yang aku nampak sebaik kaki melangkah masuk ialah wifi free berserta dengan password yg terlekat di dinding. Apa lagi terus snap jer lah. Simpan kemas2 dlm hp. Nanti senang untuk on internet.

Segala urusan berkenaan guesthouse ini, kami serahkan bulat2 kat Yan untuk settle kan segala bayaran dan lain2 keperluan. Aku yang agak kepenatan ini terus masuk bilik dan berehat.

Untuk pengetahuan bersama...

▪ 1 bilik kami kongsi 8 orang. Dari segi ruang ianya amat sempit sekali. Sukar bagi kami untuk meletakkan beg dan barang2 peribadi. Masing2 kena jaga barang dan beg supaya tidak menambahkan lagi kesempitan ruang.

▪ Ada dua tingkat. Tingkat bawah di lengkapi dengan satu bilik tidur, ruang dapur, solat, ofis, lobby dan bilik air. Tingkat atas pula di lengkapi dengan ruang meja makan, peti ais, sink, microvave, bilik air, dobi dan 4 bilik tidur untuk di sewa.

▪ Bukan kami sahaja yang tinggal kat guesthouse ni tapi berkongsi dengan guest2 yang lain yang memang kami tidak kenal. Dengan kata lain, guesthouse ini bercampur dengan lelaki dan perempuan. Yang bezanya berlainan bilik. So untuk ke bilik air, kami kena berhati2 dan bersopan sedikit.

▪ Disediakan khidmat mendobi dengan bayaran 5000₩ untuk satu kali dobi. Tempat menjemur kain ada disediakan di bilik solat tetapi hanya utk sementara sahaja.

▪ Tidak dibenarkan membuat bising terutama apabila berada di ruang makan atau ruang lobby. Ini untuk menjaga privacy penyewa2 yang lain...(dah macam duduk asrama lah pulak....penuh dengan peraturan2 yg ditampalkan disetiap sudut)

▪ For more info berkenaan guesthouse ini boleh klik disini

Kami dah mula rasa ketidakselesaan....huhu...

Untuk tidak membuang masa begitu sahaja, kami berbincang dengan owner guesthouse untuk cadangkan tempat yang terbaik untuk kami jalan2 pada petang dan malam ini...dia suggest kami pergi ke bandar gangnam dimana kat situ terdapat banyak mall dan kedai2 yang menjual product kecantikan dan lain2 produk  yang di buka hingga ke pagi.

Selesai solat jamak dan qasar antara zuhur dan asar, kami terus bergerak ke bandar gangnam dengan menaiki teksi. Perlu pastikan alamat guesthouse kami di bawa ke mana2 supaya senang untuk ditunjukkan kepada driver teksi terutama alamat yg di tulis dlm bahasa korea. Perjalanan hanya memakan masa 10 minit shj untuk sampai dan bayaran dalam lingkungan 5000 @ 7000 ₩ bergantung atas kelancaran jalan raya


Bandar gangnam di waktu senja ....nak bawa ke malam

Kami sampai di bandar gangnam lebih kurang pukul 6 pm, menandakan hari dah semakin gelap dan akan menghampiri ke malam. Kalau malam sudah tentu kesejukkan semakin menghimpit kami....dan masuk ke kedai adalah jalan penyelesaian terbaik untuk mengelakkan kesejukan. dan sekaligus akan mengoyakkan poket kami yg sudah tersedia rabak...hihihi...

Suasana malam di bandar gangnam ~ 

Amat meriah dengan orang ramai. Banyak deretan kedai2, shopping mall, restaurant dan kedai2 makan di buka pada waktu ini. Begitu juga dengan kesibukkan lalulintas...  yg membuatkan bandar gangnam ini sentiasa meriah dan hidup pada waktu malam.

Shopping dan ronda2 di bandar gangnam

Di sini, aku ralit melihat warga2 korean yang lalu lalang sepanjang jalan. Masing2 berjalan dengan langkah yg laju dan pakaian yg kemas berkot menandakan kesibukan masing2. Jelas terpancar di wajah...mereka ini kebanyakan dari golongan elit dan berkerjaya yg bagus di tambah lagi dengan kecantikan, ketampanan dan ketinggian yg terserlah, membuat kan kami tidak jemu memandang. Jarang2 sekali aku terserempak dengan  ajummah dan ajjussi yg sempoi dan serabai...

Biar lah diaorang dengan cara dia....kami dengan cara kami. Yg penting kedatangan kami kat sini enjoy dan penuh dengan  keseronokan. Yg pasti orang gangnam adalah baik2 semua nya dan kami rasa amat selamat sekali.


Nature republic adalah kedai kosmetik yang paling popular di korea. Banyak barangan kami borong kat kedai ini. Barang2 kecantikan nya adalah buatan korea dan harga yg di jual agak murah. Kira nya amat berbaloi lah kami memborong kat situ....

Lebih kurang pukul 9 malam kami bertolak balik ke guesthouse dengan menaiki teksi. Jom...jom...kita balik. Restkan badan dan tidur yg secukup nya sebagai bekalan untuk berjalan esok. good night every body! Have a good dreams....(Day 4)