"Sedikit dan mencukupi adalah lebih baik daripada banyak tetapi melalaikan "

You Don't Have To Be Rich To Travel Well

BUKIT TINGGI PADANG - Day 1

Date trip : 25 nov 2011 - 29 nov 2011 (5D3N)
Total of pax :  9 pax



Assalamualaikum, perjalanan aku kali ini ialah ke Bukit Tinggi, Padang Indonesia yang mengambil masa 1 jam untuk sampai ke sana dengan menaiki flight.Group pertama telah berlepas semalam dan sedang menunggu kedatangan kami. Sebenarnya kami menaiki flight berlainan kerana menghadapi masalah masa booking....walaupun flight yg berlainan, kami tetap meneruskan misi yg di rancang sekian lama.Sekali lagi Pak Helmi menjadi pilihan sebagai agent kami kat sana..

Masih di LCCT...sebelum berlepas aku, mia dan kay bergambar dengan bagasi masing-masing sebelum check in

Ini lah no flight yg akan kami naiki sekejap lagi..."AK 1374 we are already to fly with u"


Berjalan menuju ke pesawat...amboiiii korang ni...happy nampak?

Bersiap sedia untuk menaiki avanza

Kami sampai di airport Minangkabau pukul 4.30 pm. Pada masa ini hujan turun rintik-rintik, sejuk dan mendamaikan. Kami disambut oleh anak Pak Helmi yang bernama Bayu. Orang nya masih muda dan gantang. Baru sahaja berusia 23 tahun.

Bayu menjemput kami dengan van avanza. Dari situ bermula lah perjalanan yang kami tunggu-tunggu sekian lama. Masing-masing menampakkan wajah yang begitu excited yang tidak boleh digambarkan dengan kàta-kata. Masih lagi dengan keterujaan walaupun ada antara kami sudah kali yg ke 2  sampai di Padang Indonesia..
.
"Jommm...kawan2....kita naik van..Hujan ni..." bagitau Mia kepada kami

Bergambar di air terjun lembah anai

 Lembah anai waterfall

Air terjun Ini terletak di tepi jalan menuju ke Bukit Tinggi...kami singgah sekejap untuk bergambar dan menghayati keindahan alam ciptaan Tuhan. Bayu yang sporting, terus mengikut saja kemahuan kami. Suasana di sini sunguh nyaman dan menyegarkan tetapi sesekali agak menyeramkan. Ini kerana sekali pandang ke bawah ianya amat gayat dan jantung berdenyut kencang. Kami betul2 berada di atas kaki bukit yg bawahnya agak curam dan dalam. 


Makanan terhidang didepan mata. Pilih jer nak makan apa.

Kami sampai di bandar bukit tinggi pada pukul 6 petang waktu indonesia. Sebelum ke hotel, kami singgah makan kat Restoran Pak Datuk Cabang Dumai. Biasalah makanan yg dihidangkan adalah berasaskan nasi padang. Pelbagai lauk pauk yg terhidang di depan mata. Kami terpaksa pilih lauk mana yang hendak di makan terlebih dahulu. Kalau tak pilih, alamat pokai lah kami malam tu. Semuanya kami kena bayar walaupun makanan tersebut tidak disentuh. Kami belanja makan sebanyak RP15,000 rupiah @ RM55...

HOTEL AMBUN SURI

Selepas makan, Bayu terus menghantar kami balik ke hotel. Kami menginap di HOTEL AMBUN SURI yang terletak di tengah-tengah bandar Bukit Tinggi dan ianya amat strategik sekali. Kos penginapan untuk 1 malam dalam lingkungan Rm80. Walapun agak kurang selesa dengan suasana dalam bilik hotel tersebut tapi kami tetap happy dan enjoy. Sampai jer dalam bilik hotel, kami terus rebahkan badan dan tidur. Ooopps mandi dulu yer...tak sampai seminit terus di bawa ke alam mimpi....almaklumlah masing2 kepenatan....seharian daam perjalanan


"Tanda orang yang bijaksana ialah hatinya selalu berniat suci, lidah nya selalu basah dengan zikrullah, mata nya menangis kerana penyesalan terhadap dosa2 nya..."

HO CHI MINH CITY - Day 4

Hari2 terakhir kami kat vietnam...


Kami bergambar kenangan di hadapan receptionist at lobby hotel....Sambil tunggu ms i vy  datang....



Antara beg2 yg akan di bawa pulang...bab luggage ni memang kami tak bimbang sebab berat luggage telah di up sebanyak 105kg....Yang dah sedia booking sebanyak 200kg....wahhhh...bila di campur...total Semua adalah 305 kg....ishhh2...cam nak berniaga pulakkk..


Tu dia....beg masing2 dah gemuk semacam dah....


Ms I vy dan pihak hotel terkejut dengan longgokan beg2 yg banyak...

K.liza               : ni kira dah budget dah masa nak shopping...tapi tak tahu nape... boleh byak mcm ni....
Anom               : yaaa....lah budgettt...
Ummi & zuri    : tak tahu lah beg sapa semua ni....beg kami satu jer...
Iza                    : mana pulok aku letak passport ni...tak pasal2 beg je yang balik malaysia
Kay                  : Izaaa...passport kita kan pihak hotel yg pegang...jap lagi mereka bagi lah tu...



flight dah smpai wehhh...cepat ler...tak pasal2 kena tinggal Kat vietnam...


Bye2...our driver...


Masa kami sampai kat kaunter check in...suasana agak sunyi....kerana waktu ni mungkin kami yg paling awal sampai kat airport....kaunter pun belum di buka lagi...

yg kelakar nya kat sini semua beg dari yg besar hingga ke beg yg kecil...semua di sumbatkan ke dlm perut flight...ini semata2 untuk mencukupkan berat yg telah kami tempah....wah..wah...lenggang kangkung lah kami nmpaknya....org byak duit apa kisahhh....tapi semua ni pengajaran bg kami...supaya lain kali berpada2 lah tempah berat luggage..


tengok lah tu...mana ada kami bawa barang2...cukup dengan handbag saja...santai gillerrr

Apa2 pun selamat tinggal bumi vietnam...InyaAllah bulan oct 2013 ni kami datang lagi...
kepada kawan2ku semua....terima kasih kerana anda semua begitu sempoi, kelakar dan sporting sepanjang Berada di sana...akan ku simpan pengalaman bersama kalian sebagai kenangan yg tak akan di lupakan sepanjang hidup ku...

THANK YOU ALLAH
.
.....WASSALAM.....


"Your best teacher is your last mistake"

HO CHI MINH - DAY 3


LUNCH AT SAIGON HALAL RESTAURANT


Makan...Makan....jgn tak makan...esok dah nak balik dah..


Berhenti makan sekejap untuk gergambar...


Sambung lagi makan...

Iza   : he2...asyik makan jer kita ni...
Kay : Wat mcmana....semua ni kita dah siap bayar...rugi kalau tak makan


Selepas makan tengahari..kami di bawa melawat "HANDICRAFT CENTER...."


...Begitu kreatif diaorg ni....tgok lah lukisan tu...begitu abstrak sekali..


cantik sgt pasu ni...nak bawa balik malaysia takut kena tahan dekat airport...tengok je lah...

Satu tempat lagi yg ms i vy bawa kami ialah shopping ke "CHINA TOWN"...Melihat tempatnya membuatkan kami semua teruja...maklum lah kat sini banyak menjual kain pasang dengan harga yg murah tapi yg tak syok nya kena beli dengan kuantiti yg banyak...

Bila di amati..baru lah kami perasan bahawa kat sini sesuai untuk pemborong dan peniaga sahaja....Walaupun begitu kami di bolehkan memebeli kain dalam kuntiti yg sedikit tetapi harganya memang mahal ....apa2 pun kami sempat membeli cotton silk dengan harga usd17...kira ok la tu

Kami tak lama kat sini sebab apa yg di target tak ada ....so kami meminta ms i vy balik ke hotel dengan cepat...alasannya kami nak sambung shopping kat pasar ben than....akhirnya ms i vy mengikut kemahuan kami...

Malamnya kami DINNER KAT RESTORAN HALAL Kat saigon


Santapan terakhir kami sebelum balik ke malaysia


Malam terakhir kami kat saigon...esok pagi2 buta lagi kami kena check out from hotel...sebab flight kami pukul 8.30 pagi


He2...zuri & ummi sempat lagi bergambar dengan van dan pilot yg setia membawa kami sepanjang 4h3m kat vietnam...

zuri    : Dapat jugok aku bergambar ngan pak cik ni....walaupun dia malu2 kucing...
ummi : Tu lah...apa2 pun tima kasih kerana membawa kami round2 bandar HCMC



ha....ha....gambar ni yg paling penting bagi kami...bukan senang nak ambil gmbar ms i vy dgan hubby nya....mereka naik motor untuk balik rumah selepas menghantar kami balik ke hotel...



"Honesty is the first capter in the book of wisdom"

HO CHI MINH - Day 3

 MELAWAT WAR MEMORIAL PARK -CUCHI TUNNEL

Chuci Tunnel di bina pada tahun 1940 oleh pihak tentera gerila komunis yg dikenali sebagai Viet Cong (VC) yg di bantu oleh vietnam utara. Tujuan nya adalah untuk berlindung dari serangan tentera AS.Terowong ini di gali dengan menggunakan tangan tanpa di bantu oleh peralatan yg canggih...

Hasil dari kegigihan ini maka terbentuk lah banyak terowong2 dan lubang2 kecil yg saiznya sesuai untuk tentera2nya shj...dan setiap terowong bersambung diantara satu sama lain...pajang terowong yg di gali ialah 250 km...

Didalam terowong di sediakan ruangan2 khas seperti dapur, bilik2 kediaman, bilik peyimpanan senjata & bom, ruangan hospital, dewan teater & muzik dan tempat perlindungan bawah tanah serta pelbagai lagi kemudahan lain.

Sekarang tempat ini di jadikan War memorial park oleh kerajaan vietnam dan telah menarik     ramai pelancong asing dari seluruh dunia... Dibawah ini aku upload  beberapa keping gambar untuk tontonan bersama...jom kita lihat apa yg terjadi sepanjang berada dlm hutan tersebut...

Perjalanan menuju ke "CUCHI TUNNEL".... Mula2 ambil gambar untuk hilangkan stress dan rasa takut....sebab kejap lagi kami akan di bawa oleh ms I vy masuk kedalam hutan sejauh 1 km dengan berjalan kaki...mcm jungle tracking lah pulokkk.....ini salah satu exercise yg tak dirancang...


Bergambar beramai2 sebelum memasuki hutan belantara


Iza            : Sebelum mulakan perjalanan baik aku minum dulu...
K.maznah : k maznah risau lah...boleh ke tak k.maz jalan ni...lutut dah ketaq dah ni...hu2
Camalya   : tak pe k.maznah....jalan lah slow2...kitaorg tak kan tinggalnya...
                   Anom & K.liza : wahhh...baik pulakkk camalya ni...



Pintu masuk untuk ke cuchi tunnel...Dah start bergambar dahh...baru beberapa langkah jer berjalan....nampaknya ms I vy lah jadi mangsa kami...nasib lah...


Bergambar bersama replika patung tentera...cam realkan?


Tak boleh nmpak signboard sikit....terus nak bergambar...



Bergambar di salah satu terowong....Lubangnya ngam2 dengan saiz org yg bertubuh kecil...cam iza...he2

Iza & zuri bergambar didepan Galeri senjata yg di buat sendiri oleh tentera gerila


Bergambar bersama pak guard (org yg menjaga kawasan tersebut)?...emmm boleh tahan hensom nya...

K.maznah:             bukan main lagi nab & kay bergambar sebelah pak guard...seronok lah tu...
Me & kay :            jeles lah tuu...
Zuri :                     patutnya saya yg duduk kat tmpat k.maznah tu.....
Anom & k.liza:    kita tak yah bergaduh....baik bergambar jer....nanti balik malaysia bising pulak org                                 kat rumah tu...


Disamping tunggu kitaorg selesai memasuki terowong...k liza & k maznah ambil peluang bergambar bersama ms I vy...Masa ni aku, iza, kay, fazuri dan ummi memberani kan diri memasuki terowong semata2 untuk merasai kehidupan sebenar tentera gerila dulu ....keluasan terowong ngam2 dengan saiz kami yg kecil...dan semasa berjalan di dalam terowong kami terpaksa menundukkan kepala seperti rukuk dlm solat...suasana kat dalam amat gelap sekali...


Tengok tu....ngam2 jer Lubang tu ngan ummi....

ummi : tolong lah....mcmana nak Kuar ni..hu2


Ceria betul kawan2 ku Ni...dah tak 
ingat malaysia kerrr? Masa ni tak ingat lah...balik hotel karang ada Yg sedih sesorang..


Kesan dari peperangan....bergambar di hadapan kereta kebal peninggalan tentera Inggeris


Singgah sebentar di panggung wayang untuk menonton documentary yg berkaitan peperangan yg tercetus antara tentera gerila dan tentera us...banyak  info about terbina nya chuci tunnel Dpt di perolehi di sini...


Setelah penat berjalan kami di hidangkan dengan ubi kayu rebus...lama tak makan ubi kayu ni...very nice food...kami rehat seketika kat sini untuk hilangkan penat dan lelah


Ha2..kat malaysia tak pandang....tp kat sini bukan main sedap kami makan...pencicah yg di sediakan tidak kami sentuh...was2 kononnya...


Santai....relax....air freshing....no pollution.... released the stress, no problem...very nice view...
and that why we was getting many good pictures here...

More read


"Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar...sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan...sahabat sejati menjadi pendorong impian...sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan ALLAH.."

HO CHI MINH - Day2

LUNCH AT HALAL RESTAURANT NEAR THE MEKONG RIVER


Selepas riding the boat kami di bawa menjamu selera di Restaurent Halal yg di miliki oleh orang kemboja yg beragama islam...semestinya menu yg terhidang adalah nasi dan lauk-pauk yg menjadi kegemaran utama kami...Oppss...before eat bergambar lah dulu...


Antara menu2 yg di hidang untuk makan tengahari


Sebelum menaiki boat untuk pulang sempat lagi kami snap gambar


Wahai kawan2 ku...ms I vy dah panggil untuk naiki boat...udah2 lah tu bergambar...he2


Kami di beri coconut water untuk di minum Secara percuma...ha2 jgn lupa....Ini juga termasuk dlm package...tanpa was2 kami minum

Apa yg di cari oleh k liza tu...? Takkan duit hilang kot..masing2 khusyuk melihat...


SHOPPING KAT PASAR BEN THAN

Bangunan pasar ini adalah bangunan lama yg di bina pada tahun 1912 dan  was renovated Pada tahun1985.Pasar ini menjadi tumpuan utama pelancong yg datang terutama dari Malaysia.

Pelbagai barangan yg di jual di sini seperti kain, baju, kasut, sovenir, handicraft, tudung, telekong, t-shirt, women fashion, blouse, jubah dan yg paling penting kain  cotton

Sebelah petang Kami mengunjungi Pasar ben than yg merupakan target utama sebelum menjejakan kaki ke HCMC...semalam tak sempat...hari ni kami nak borong habis-habisan..


Di luar pasar ben than dipenuhi dengan kesesakan lalulintas terutama motor yg amat menyukarkan kami melintas dengan selamat. Teringat pesan dari ms I vy cara cross jalan yg betul..tidak sia2 apa yg kami lakukan..hasil nya kami melintas dengan selamat...fuhh..lega...begitu mencabar kewibawaan kami


Pasar ben than tempat kami membuat pelaburan yg paling banyak selepas pasar malam...masing2 gila sekejap..


Kain cotton banyak di jual di sini tapi kena pandai memilih kedai yg sesuai supaya bsrang yg  di beli dapat memberi kepuasan kepada kami...


Antara barang yg di jual di dalam pasar ben than

 Lagi kain cotton..

Selepas shopping kat pasar ben than...kami singgah beberapa butik yg terletak di laluan jalan balik ke hotel..Antara butik yg menjadi kegemaran kami ialah butik Hasanah ( fiena collection)...kat butik ni banyak menjual baju kurung yg ready made, telekung, jubah dan blouse...harga boleh negotiate


Malam pula kami DINNER AT D' NYONYA HALAL RESTAURANT
Restoran ini menyediakan menu base on chinese nyonya and malaysian foods....terletak berdekatan dengan saigon mosque in city centre...

Bergambar di dalam Restoran d'nyonya yg berlatarbelakangkan baba and nyonya...



Sementara Menunggu makanan di hidang..kami ambi kesempatan bergambar...he22 sabar betul diaorang ni..walaupun lapar sempat lagi tersenyum..


Antara menu2 yg terhidang...kat sini memang sedap masakannya..


Teh tarik yg sentiasa menjadi fovorites ku...walapun rasa tak berapa nak enak...aku tetap  minum sampai habis...bukan apa harganya mahal oooiii...aku kena bayar duit sendiri kerana ianya special order..

After dinner..kami pergi ke pasar malam yg berdekatan dengan hotel penginapan...pasar malam ni adalah agenda kami sendiri...tidak termasuk dalam package...beberapa keping gambar kami sempat snap untuk tatapan bersama


Pelbagai barangan yg di jual disini...


Di kiri kanan lorong di penuhi gerai2 yg kebanyakkannya menjual pakaian, beg dan kasut


wah2...seronok betuk anom dan kay ni  shopping beg..beli banyak2 yer..lepas tu bagi hadiah kat member2 ofis..he2..


Balik hotel..ini lah kerjanya... hasil tangkapan 2 hari kat vietnam...ini tak termasuk barang yg hendak di beli untuk esok...

Day 3


"Kita selalu lupa @ jarang ingat apa yang kita miliki tetapi kita sering kali ingat apa yang orang lain ada..."