"Sedikit dan mencukupi adalah lebih baik daripada banyak tetapi melalaikan "

You Don't Have To Be Rich To Travel Well

Trip to Osaka Jepun Feb & Mac 2020 (Day 1 & 2)

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Kali ini kami sekeluarga bercuti dan berjalan-jalan di wilayah Osaka yang terletak di negara Jepun. Trip kali ini amat mencabar perasaan dan emosi kerana kami berdepan dengan gelombang ke dua Covid-19. Perjalanan ke Osaka bermula pada 27hb Februari hingga 4 Mac 2020 selama 7 hari dan 6 malam. 

Kami berperang dengan perasaan sendiri samada memulakan perjalanan atau tidak. Pada masa ini kerajaan Malaysia belum lagi mengeluarkan apa-apa notis larangan kepada rakyat Malaysia untuk ke luar negara hatta ke negara Jepun sekali pun. Memandangkan semua persiapan yang telah dibuat, kami mengambil keputusan untuk meneruskan trip ke Jepun dengan berbekalkan doa dan tawakkal sahaja. Kami juga menyediakan peralatan sanitiser, pelitup muka dan ubat-ubatan yang sepanjang 7H6M kami di sana.

Dengan itu bermula lah perjalanan kami ke negara matahari terbit dengan redho dan pasrah.

Kami menaiki penerbangan dari Klia2 pada pukul 2.15 petang dan akan sampai di Kansai Airport pada pukul 9.45 malam. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 7 jam. Sebaik sampai di airport Kansai, kami telah melalui proses imigresen dengan senang dan lancar sekali. Alhamdulillah, barang makanan yang kami bawa 1 beg troli tidak ada apa-apa masalah semasa proses ujian dibuat.

Sebaik selesai proses imigresen, aku terus ke kaunter pertanyaan untuk bertanya lebih lanjut berkaitan dengan tiket train yang telah aku tempah di KLOOK. AKu perlu membuat pertukaran pas / voucer pada malam ini juga untuk mengelakkan timbulnya masalah semasa menaiki train nanti. AKu membuat penukaran pass / voucer OAP di kaunter HIS yang terdapat di belakang kaunter pertanyaan tadi. Ok tiket OAP telah pun selesai dibuat pertukaran.

Untuk membuat pertukaran voucer bagi tiket Nankai Line Airport Express Train, aku telah membuat pertukaran di kaunter Nankai Line yang terletak di Aras 2 dengan menaiki eskalator atau lift. Bagi tiket KAP, aku tidak sempat membuat pertukaran pass kerana pihak ofis JR meminta aku membuat di mesin yang disediakan di luar. Memandangkan proses di mesin agak rumit dan kekangan masa yang ada, aku mengambil keputusan untuk membuat pertukaran di kaunter JR Osaka station pada hari ke tiga kami di Osaka.

Untuk tidak membuang masa, kami terucheck in dan menaiki kereta api Nankai line Express dan menuju ke tempat duduk yang telah ditempah. Alhamdulillah, dalam masa yang tidak sampai 40 minit, kami telah sampai di Stesen Shin imamiya yang mana terletaknya penginapan kami di situ.

Kami sampai di Grandouce Shin imamiya pada pukul 12 malam dengan bantuan warga jepun yang sangat baik hati. Mereka tolong cari apartment yang kami booking memandangkan pada masa tu kami memang lost dan tidak tahu ke mana hendak di tuju. Di tambah lagi dengan keadaan yang agak sejuk buat kami tidak keruan dan pasrah dengan bantuan yang diberikan. Google map yang kami gunakan agak tidak membantu pada masa itu.

Akhirnya sampai juga kami di Penginapan yang diidam-idamkan. Memandangkan aku tempah melalui Airbnb, sudah tentu tiada siapa yang akan memyambut kami. Proses check in adalah secara self service. Kami follow sahaja 'step by step how to check in' yang telah disediakan oleh host semasa tempahan dibuat. Untuk masuk ke pintu utama, kami perlu menekan no pin yang diberikan host. Manakala untuk checik in, kami perlu memasukkan maklumat - maklumat detail guast seperti nama penuh, no pasport, perkerjaan dan alamat tetamu ke dalam tablet yang disediakan di ruang lobi apartment. Setelah selesai key in maklumat tersebut, kami akhirnya diberikan no bilik dan no peti surat yang mana terletaknya kunci bilik disitu.

Alhamdulillah ... ini lah penginapan kami sepanjang 7H6M di Osaka. Penginapan yang sangat cantik, kemas, bersih dan lengkap dengan peralatan dapur, mesin basuh, peti ais, pemanas air, bilik pemanas, sabun basuh, peralatan mandian, tv dan microwave. Cuma satu jer yang tiada iaitu sterika. Yang lain-lain semua lengkap dan sempurna. Jarak dari apartment ini ke stesen Shin imamiya hanya 400 meter sahaja. Sangat-sangat strategik.

Peralatan barang dapur yang sangat lengkap. Tidak perlu risau untuk memasak dengan syarat ada bahan untuk dimasak dan satu lagi rajin.

Tempat tidur pun sangat selesa

TV pun ada cuma tak ada masa nak tengok. Lagipun saluran TV semua menggunakan bahasa Jepun yang memang tidak difahami langsung.

Peralatan bilik mandi lengkap dan teramat lah selesa

Ok lah ... kami nak rest dan tido untuk menyimpan tenaga untuk esok.

Selamat malam dan sweet dream yer.

Hari 2

Seperti biasa kami bangun dari tidur seawal yang mungkin kerana ingin menunaikan solat subuh dan menyediakan sarapan pagi. Makanan yang disediakan teramat lah simple tapi sedap yang amat. Tidak lupa juga kami menyediakan sekali makanan untuk tengahari memandangkan makanan kat sini sukar untuk mencari yang halal dan jika ada pun harganya sangat mahal untuk kami yang ramai ini. Jad kami mengambil keputusan untuk membungkus makanan siap-siap dalam kertas pembungkus sebagai persediaan semasa dalam perjalanan nanti.

Sebelum meneruskan perjalanan, kami perlu menyediakan pelitup muka dan sanitiser untuk menjaga kesihatan agar dijauhi dari jangkitan COVID-19. Pada pengamatan aku, rata-rata rakyat Jepun memang patuh kepada arahan untuk memakai pelitup muka. Ini kerana sepanjang perjalanan boleh dianggarkan 95% rakyat jepun memakai pelitup muka walaupuan Osaka pada ketika ini hanya mempunyai 4 atau 5 kes sahaja. Oleh itu kami perlu mengikut budaya orang jepun dengan memakai pelitup muka walau di mana jua kami berada lebih-lebih lagi ditempat yang sesak. Bak kata pepatah melayu "masuk kandang kambing mengebek dan masuk kandang kerbau menguak". Jadi pandai-pandai lah menyesuaikan diri di tempat orang.

Memandangkan hari ini adalah hari pertama kami berjalan, sudah tentu hala tuju kami berkaitan dengan subway yang dinaiki. Jika salah pilih subway maka salah lah hala tuju kami. Namun begitu kami telah membuat kajian serba sedikit berkaitan subway ini dan Inyaallah harap-harap dipermudahkan semuanya. 

Buat pengetahuan semua, pass yang kami gunakan sepanjang satu hari adalah Osaka Amazing pass (OAP). Pass ini termasuk harga tiket Subway dan tiket masuk. Jadi kami perlu menggunakan pass ini sebaik yang mungkin agar ianya berbaloi dengan harga yang di bayar. Jadi untuk hari ni, kami tidak risau pasal tiket dan kos masuk ke tempat-tempat lawatan sebab semuanya sudah termasuk dalam tiket OAP.

❤ Osaka Castle

Destinasi pertama yang kami tuju adalah ke Osaka Castle yang merupakan tempat tumpuan utama pelancong samada dalam negeri atau luar negara. Sekiranya datang ke Osaka, anda wajib sampai di sini dahulu sebelum pergi ke tempat yang lain. Ada apa kat Osaka Castle? Aku pun tak tahu apa yang istimewanya Osaka Castle. Cuma yang aku tahu Osaka Castle ini adalah merrupakan bangunan peninggalan pemerintahan di raja Jepun yang dahulunya dijadikan kubu pertahanan jepun. Osaka Castle ini terletak di daerah Chuo-ku dan merupakan simbol utama bandar Osaka 

Apa-apa pun jom kita mulakan langkah dengan Bismillah ... semoga dipermudah semuanya. Kami keluar dari guesthouse seawal yang mungkin agar tempat-tempat yang ingin dikunjungi dapat dilawati sepertimana yang telah disenarai dalam internary. Perjalanan dari guesthouse ke subway Dobutsuen - Mae station mengambil masa 7 minit berjalan kaki dengan jarak sejauh 600m. Sepanjang berada di jepun, kami hanya berpandukan google map sahaja dan ianya sangat membantu.

Sudah berada dalam subway

Transit di  stesen Sakisuji Hommachi sebelum meneruskan perjalanan
 

Hampir 40 minit berada dalam subway, akhirnya kami sampai di stesen terakhir untuk ke istana Osaka iaitu stesen Tanimachiyonchome. Ternyata google map banyak membantu disaat kami kebuntuan arah untuk keluar dari stesen subway. 

Dari stesen  Tanimachiyonchome ke istana Osaka mengambil masa 18 minit berjalan kaki dengan jarak 1.3km. Agak jauh juga lah untuk berjalan kaki bagi yang ada anak-anak kecil. Tapi jangan risau, perjalanan tidak terasa kerana kita akan dihidangkan dengan pemandangan yang cantik dan boleh megambil gambar sambil berjalan-jalan. Ditambah lagi dengan suhu yang sejuk, tidak terasa letih dan bosan.

Berjalan sambil bergambar

Jalan menuju ke istana Osaka

melalui jambatan dan sungai




Bergambar di tepi sungai. Kat jepun ni sungai pun nampak cantik.

Dah nampak bumbung Istana

Dah nampak tembok istana Osaka

Bergambar di hadapan istana Osaka

Istana Osaka dari pandangan mata

Kami tidak melepaskan peluang bergambar di hadapan Istana 

Dah letih nampaknya ...

Memang susah nak bergambar dorang ni. 

Pintu masuk utama ke dalam istana



Kami tidak lepaskan peluang untuk masuk ke dalam istana memandangkan pas OAP termasuk dalam tiket masuk ke dalam istana. Banyak maklumat mengenai sejarah istana ini yang boleh kami perolehi tetapi kami hanya melihat dari jauh sahaja kerana kesuntukan masa.
Untuk ke tingkat yang paling atas, ada disediakan lif namun kami mengambil keputusan untuk menapak sahaja kerana tidak mahu terlepas peluang untuk melihat apa yang ada di setiap tingkat. D tingkat yang paling atas, kami dapat melihat pemandangan 360 darjah bandar Osaka.

Banyak informasi sejarah Osaka castle dipaparkan sebagai pameran

Orang yang ingin mengkaji sejarah boleh datang ke sini

Ini adalah tingkat yang paling atas. kami berehat sekejap bagi menghilangkan rasa lenguh kaki

                                                   View 
yang sempat kami snap

Kelihatan bunga sakura dari jauh

Penghujung musim bunga Sakura 

Kami teruja melihat taman bunga sakura yang tumbuh dan membesar dengan banyak disekitar Istana. Sebaik keluar dari istana, kami terus menuju ke taman bunga sakura untuk melihat secara lebih dekat agar terubat rindu yang dipendam selama ini. 

Bunga Sakura dari dekat. Dah banyak yang luruh.

Nasib baik ada lagi bunga sakura. Dapat lah mengubat hati yang lara

Video di sekitar taman Sakura

Sebelum ke destinasi yang seterusnya, kami perlu mencari tempat yang sesuai untuk lunch memandangkan  waktu ketika ini sudah menghampiri pukul 2 petang. Kami perlu mencari tempat yang sesuai untuk membuka bekalan makanan dan jauh daripada orang ramai. Akhirnya kami memulakan aktiviti makan tengahari di satu taman yang lengkap dengan tempat duduk so senanglah sikit untuk kami makan. Memang menyelerakan walaupuan makanan yang kami bawa hanya nasi goreng kosong berserta udara kopi panas. 

Selepas makan tengah hari kami memulakan perjalanan ke Museum House of Living. Jom kita tengok apa yang ada di sana.

Museum House of Living

Merupakan bangunan lama yang berkonsepkan budaya dan kehidupan rakyat jepun pada masa lampau. Untuk ke sini anda perlu turun di stesen Tenjimbashisuji dan perjalanan dari stesen ini ke Museum House of Living hanya mengambil masa 3 minit sahaja dengan berjalan kaki. Untuk masuk ke Museum House of Living anda perlu ke tingkat 8  bangunan  Tenjinbashi, Kita-ku yang terletak dekat dengan stesen Subway Tenjimbashisuji.

Kami tidak perlu membuat pembayaran masuk kerana ianya dah termasuk dalam tiket OAP.  Kami cuma perlu membuat pembayaran sewa baju kimono sahaja sekiranya ingin memakai baju tersebut. Bayaran sewa kimoni adalah 500 yen / RM20 untuk 30 minit. ALang-alang dah sampai, kami mengambil keputusan untuk menyewa dan memakai baju tradisi jepun ini untuk mengambil gambar sebagai kenangan. Kami diarahkan untuk ke tempat sewaan baju terletak tingkat 9 bangunan ini. Tanpa membuang masa kami terus ke tingkat 9 dengan menaiki tangga dan eskalator yang disediakan.

Memakai pakaian kimono yang diuruskan oleh pekerja disitu

Sebaik sampai di tempat sewa kimoni, kami disambut oleh pelayan dengan ramah sekali dan meminta  kami membuat  pilihan baju yang hendak di pakai. Pemakaian baju kimono telah diurus sepenuhnya oleh pekerja disitu.

Kami memakai kimono sambil menghayati sejarah silam jepun yang berlatar belakangkan bangunan dan rumah jepun pada masa lampau. Kami mengambil kesempatan masuk ke dalam rumah tradisional jepun dan mengambil gambar untuk kenangan di hari tua.

Jom skroll ke bawah untuk melihat gambar-gambar yang sempat di rakam untuk kenangan.


Segak bergaya dengan baju kimono lelaki

Pakaian kimono untuk kanak-kanak juga disediakan

Berdiri teguh dengan kimono 

Kimono perempuan dewasa


Pelbagai aksi dan gaya

Berada di rumah tradisional jepun







Tempozen Ferris Wheel

Destinasi kami seterusnya ialah ke Tempozen Ferris Wheel yang merupakan satu roda besar yang berpusing secara perlahan-lahan yang membolehkan anda berkesempatan untuk melihat pemandangan dan mengambil gambar. Lebih menyeronokkan anda akan dihidangkan dengan view  bandar Osaka yang cantik sebaik sampai di pusingan yang paling atas. Bagi orang yang gayat atau tidak boleh berada ditempat yang tinggi tidak sesuai untuk dinaiki. 

Pada mulanya kami risau dan bimbang sekiranya tempozen ini ditutup memandangkan kami sampai di sini agak lewat iaitu hampir pukul 5.30 petang. Alhamdulilah nasib kami baik kerana Tempozen ini masih lagi dibuka dan boleh dinaiki oleh orang ramai sebelum ditutup sekejap lagi. Bayaran masuk tidak diperlukan memandangkan kami menggunakan pass one day OAP.

Tapi sebelum itu, kami perlu menunaikan solat zuhur dan asar secara jamak dan qasar sebelum sebelum menaiki tempozen ini. Persoalannya dimana kami perlu solat ??? Tiada pilihan kami perlu mencari tempat-tempat yang tersorok dari orang ramai untuk mendirikan solat. Memandangkan perjalanan kami banyak menggunakan kereta api so tempat solat adalah di mana2 stesen kereta api yang berdekatan dengan tempat yang ingin di tuju.


Kami menunaikan solat zuhur dan asar di stesen yang berdekatan dengan Tempozen.


Sebaik keluar dari stesen, kami terus nampak tempozen ini dari jauh. Agak tidak susah untuk mencari kerana kami EXIT ke arah yang betul. Kalau EXIT salah, agak sukar juga untuk mencarinya.



Agak seram juga untuk naik benda ni. Yerlah ... besar dan tinggi kot. Rugi tak naik sebab bila lagi nak merasainya. 



Sebaik sampai kami disambut oleh zirafah yang dibuat dari LEGO. Suasana tempat ni agak sunyi dan tidak ramai orang. Yer lah semua orang takut nak keluar sebab COVID-19, kami jer berani. Nak buat macamana dah sampai OSAKA,  tawakkal jerlah.

Suasana di sekitar Tempozan

Sebenarnya banyak aktiviti yang ada di sini tapi masa tidak mengizinkan untuk kami meneroka lebih jauh. Tempozen yang besar tu hanya kami jer yang naik. Hahaa berbaloi ke mereka gerakkan tempozen ni hanya untuk kami jer ...

Apa-apa pun jom lah kita melihat macamana seronoknya kita berada di atas puncak tempozen dan pemandangan yang cantik.

Mula-mula nak naik ...






Menghayati pemandangan laut dari atas tempozen. Baru tahu rupanya tempat ni dekat dengan laut dan tempat pelabuhan kapal.



Lihat bandar Osaka dari atas tempozen

Bila berada di atas, macam-macam boleh tengok. Ada jambatan rupanya





Video yang diambil dari atas Tempozen

Setelah selesai naik Tempozen, kami singgah sekejap kat kedai family mart untuk mencari kudapan dan makanan yang halal (jika ada). Nasib baik ada jual biskut kapal, hilang lah sikit rasa lapar tu.


Dalam perjalanan balik kami singgah di kedai auntie yang menjual barang2 aksesori seperti magnet, key chin, baju t shirt dan banyak lagi dengan harga yang murah. Yang istimewanya, auntie ni boleh bercakap dan memahami bahasa melayu. Senang sikit untuk urusan jual beli.

Setelah selesai dengan urusan jual beli ini, kami meneruskan perjalanan untuk mencari kedai makan yang halal. Apa lagi ramen honolulu yang halal  dan femos tu lah. Untuk datang ke sini, kami memang bergantung harap kat pakcik google ni. Kalau dia bagi arah yang salah, sesat lah kami, kalau bagi arah yang betul, Alhamdulillah ... sampai lah kami di restoran tu. Tapi pakcik google tak pernah mengecewakan kami ...

Akhirnya sampai juga kami kat ramen Honolulu ni ... Nasib baik tak tutup lagi. 

Jom masuk anak2 ...


Ni lah kedainya ... Lagi seronok bila nampak tanda halal tu


Kami tetap menunggu dari luar kerana di dalam penuh dan tiada tempat duduk..Kami tak kisah dan sanggup menunggu dari luar walaupun masa ni sejuk yang amat. Keluasan kedai ni agak terhad dan hanya boleh dimasuki tak lebih 10 orang sahaja dalam satu-satu masa. Walaupun sempit tapi ada tempat untuk solat. Itu yang penting sebenarnya.


Ini lah suasana di kedai ramen honolulu. kat hujung tu tempat solat dan tandas.


Tempahan makanan dan pembayaran adalah layan diri dengan menggunakan mesin ni. Sah-sah lah aku yang pertama kali ni tak tahu nak guna macamana. Nasib baik dorang tolong ajar cara nak buat tempahan. Ok kalau datang sekali lagi dah pandai dah ...

Istimewanya tempat ni adalah kerana pekerja nya adalah rakyat malaysia dan indonesia yang boleh berbicara melayu dengan lancar. Senang lah kami untuk berborak panjang dengan mereka.




Menu yang sedap kat sini adalah ramen pedas dan ayam goreng berempah makan dengan nasi. Rugi kalau tak cuba ni ... sedap sangat. dah tak kisah dah pasal harga masa ni ... haha 

Setelah selesai makan, kami memulakan perjalanan balik ke guesthouse. Berdasarkan kepada  google map ni, jarak perjalanan dari sini ke guesthouse adalah 2.3 km sahaja. Jadi kami ambil keputusan untuk berjalan kaki sambil menikmati suasana malam yang sejuk serta melihat persekitaran bandar osaka.

Alhamdulillah sampai juga kami kat guesthouse setelah 25 minit berjalan kaki. Dapatlah mandi dan rehat dengan tenang. Hampir satu hari berjalan menyebabkan kami dibuai tido yang lena dan panjang. Esok nak bangun pagi untuk sediakan sarapan dan makanan tengah hari.

Selamat malam semua. Tido sambil urut kaki sendiri ... padan muka!

INTENARY & BAJET                                                                               DAY 3

Trip to Osaka Jepun Feb & Mac 2020 (Day 7)

 Hai selamat pagisemua,

Hari ini merupakan hari yang terakhir kami di Osaka. Kami mahu cepat2 balik ke Malaysia kerana bimbang dengan suasana covid19 yang telah melanda dunia. Kami risau sekiranya kepulangan kami ini membawa virus ke Malaysia. Aku difahamkan untuk menjalankan kuarantin kendiri selama 14 hari selepas balik dari Jepun dan tidak dibenarkan masuk ofis.Aku akur dengan arahan tersebut yang penting semuanya selamat dan bebas dari jangkitan ini.

Ok lah kita letak tepi dulu isu yang itu. Jom kita habiskan sisa2 masa yang ada dengan aktiviti yang telah dirancang. Seperti biasa, kami breakfast dulu ala kadar disamping mengemas barang2 untuk dimasukkan dalam troli. Kami perlu mengemas barang2 secara terperinci agar tiada barang yang tertinggal terutama barang penting seperti paspot, dokumen perjalanan, beg duit, tiket kapal terbang dan lain2 dokumen yg penting.

Setelah selesai packing beg dan mengemas apa-apa yang patut dalam guesthouse, kami terus checkout dan meletak kembali kunci guesthouse dalam locker yg disediakan. Kekemasan dan kebersihan penginapan sebelum checkout  perlu diberi keutamaan bagi menjaga nama baik negara Malaysia agar keperibadian kita dipandang mulia oleh orang luar. So kami awal2 lagi telah membuang sampah ke tempat yang pembuangan sampah yang dikhaskan. Baru lah rasa tenang sikit untuk meninggalkan guesthouse.

Suasana pagi yang sejuk dan dingin kerana waktu ini hujan turun membasahi jalan di shin imamiya. Walaupun begitu Kami tetap menarik troli beg sambil mencari locker yang boleh  menyimpan beg kami yang banyak ini.

Daikuko Locker

Misi pertama kami ialah mencari tempat untuk menyimpan troli dan beg memandangkan waktu  flight balik ke Malaysia adalah pukul 10 malam. Troli perlu disimpan terlebih dahulu sebelum meneruskan aktiviti yang disenaraikan dalam intenary bagi memudahkan perjalanan ke tempat yang ingin dikunjungi.

Kami memilih Daikoku locker sebagai tempat menyimpan beg kerana :

(i) Lokasi adalah straregi yang mana ianya paling dekat dengan stesen Shin imamiya dan memudahkan pergerakan untuk ke AIrport.
(ii) Boleh menyimpan pelbagai jenis saiz beg.
(ii) Harga yang ditetapkan adalah murah dan mengikut saiz beg yang hendak di simpan.
(iii) Ada disediakan ruangan untuk solat bagi yang muslim.
(iv) Pemilik locker sangat baik dan mudah mesra.
(v) Yang penting pemilik Daikuko Locker ini ada kerjasama yang baik dengan JAck S Adli iaitu admin FB Road to Japan yang berasal dari malaysia.

Ini adalah lot kedai Daikuko Locker. Untuk maklumat lanjut boleh rujuk kepada website rasmi Daikuko Locker iaitu https://en.daikoku-locker.com/

Kami tidak dapat meneruskan perjalanan seperti yang dirancangkan kerana masa ini hujan turun dengan lebat. Memandangkan hujan masih juga tidak berhenti, kami bertanya kepada pakcik Locker kut-kut ada tempat yang bersesuaian untuk kami lawati di area berdekatan dengan shin imamiya ini. Kalau ada tempat yang macam shopping kompleks lagi bagus.

Pakcik locker tu bagi tahu bahawa kat depan tu ada shopping kompleks yang boleh dijadikan tempat persinggahan sambil menunggu hujan berhenti. Nama shopping kompleks tersebut adalah  Mega Don Quijote

Mega Don Quijote

Shopping komplek Mega Don Quijote terletak berdekaran stesen shin Imamiya dan daikuko locker. Dari Daikuko Locker, kami hanya perlu melintas beberapa jalan utama untuk sampai ke tempat tersebut. Shopping komplek ini tidak lah luas mana pun tapi cukup lah bagi kami untuk merayau-rayau dan berjalan sambil menunggu hujan berhenti. 

Shopping kompleks ini banyak menjual barang-barang mainan kanak2, bear, robot, baju tshirt, makanan,beg,kasut, jam, barang dapur dan banyak lagi.Ok lah shopping kat sini pun kira ok juga. Banyak juga barang yang kami beli di sini seperti baju tshirt, teddy bear pikachu yang boleh bercakap, Hello kitty, robot gundam dll lagi. Jumlah wang yang kami perabis kat sini adalah sebanyak 16442y atau RM 615.00. Huhu...setelah di convert banyak juga habis. Perkara ini tidak boleh dielakkan kerana kadar tukar wang jepun adalah tinggi so harga barang pun akan jadi mahal walaupun apa yang kita beli tu tak berbaloi dengan harga sebenar.

Setelah hampir 3 jam kami merayau kat dalam ni, kami mengambil keputusan untuk redah juga hujan untuk pergi lunch di restoran Ramen Honolulu

Bangunan shopping kompleks Mega Don Quijote

Kami masuk kedalam mega Don Quijote melalui ruangan ini. Ada disediakan eskalator dan lif untuk naik ke tingkat atas.

Kami menunggu hujan berhenti sebelum meneruskan perjalanan ke restoran Ramen honolulu

Jom saksikan video kami semasa menunggu hujan reda




Terlebih dahulu kami perlu mengambil tiket dari mesin sebelum meneruskan perjalanan. Agak sukar juga untuk kami membeli tiket tersebut kerana tulisan banyak dipaparkan dalam bahasa ibunda. Kami perlu membeli tiket pergi dan balik supaya senang dan tidak perlu membeli tiket sekali lagi apabila balik nanti. Setelah sekian lama dok godek-godek, akhirnya aku berjaya juga membeli tiket untuk 3 dewasa dan 2 kanak-kanak daripada stesen Shin imamiya ke stesen Namba.


Ambil gambar mesin tiket train sebagai kenangan

Dari stesen Namba, kami perlu berjalan kaki sejauh 700 meter untuk sampai di restoran Ramen Honolulu. Hujan renyai-renyai ketika itu terpaksa kami redah semata-mata untuk lepaskan tekak yang teringin sagant untuk makan ramen. Lagipun aku tidak membawa apa-apa bekalan untuk makan tengahari dan tiada tempat lain yang boleh kami explore dengan keadaan hujan yang tidak menentu ini. Lebih baik aku tuju ke tempat makanan yang sudah biasa dikunjungi sebelum ini bagi mengelakkan pembaziran masa.

Menunggu pengunjung habis makan bagi mendapatkan tempat duduk

Sebaik sampai, aku mendapati ramai pengunjung yang datang makan terutama rakyat Malaysia. Kami terpaksa menunggu di luar dalam keadaan menggigil kesejukan selama 15 minit kerana tempat duduk di dalam sudah penuh. Ruangan restoran ini amat sempit dan ngam2 untuk beberapa orang pengunjung sahaja. Oleh kerana terlalu sejuk diluar ini, kami mengambil kesempatan untuk masuk juga dan berehat didalam bagi merasa udara yang panas. Sambil menunggu, kami meminta izin untuk solat zuhur dan asar di tempat khas yang disediakan. Selesai solat, aku terus order makanan menggunakan mesin yang disediakan. HIhi..dah pandai dah sikit cara untuk order makanan menggunakan mesin berbanding pertama kali datang hari tu bagai rusa masuk kampung atau bagai tikus memabiki labu.

Untuk diri aku sendiri, aku order spicy ramen yang sudah menjadi makanan kegemaran aku yang sebelum ini memang aku tidak pernah merasainya. Suami dan kakak aku sepertibiasa memang teringin sangat untuk makan spicy fried chicken ramen. Anak-anak memang aim makanan ayam goreng bersama dengan nasi dan tidak suka makan makanan yang lain. Namun begitu nasi hanya ada satu sahaja pada ketika ini. Oleh kerana nasi yang ada tidak mencukupi untuk 2 orang makan, aku terpaksa keluar mencari kedai family mart untuk mendapatkan nasi. Ini kerana mereka berdua telah berebut untuk makan nasi yang satu itu dan bergaduh sesama sendiri. Dengan berbekalkan payung, aku keluar redah hujan menuju ke family mart yang berdekatan. Nasib baik kat kedai family mart tu ada menjual nasi yang ready made. Lega rasanya. Kalau tidak tak tahu lah apa nak jadi.

Aku lihat ilyana makan dengan penuh nikmat sekali dan telah menghabiskan nasi dan ayam goreng ramen yang memang sedap. ALhamdulillah ...masing2 telah kenyang. 

Jom kita gerak balik. Sebelum tu boleh tonton video  di bawah bagi melihat lebih dekat suasana restoran Ramen Honolulu. Sudah tentu tempat ini akan menjadi kenangan buat kami sekeluarga.



 Stesen Nankai line Shin imamiya

Setelah selesai mengambil beg/troli di Daikuko Locker, kami terus menunju ke stesen Shin imamiya untuk menuju ke airport. Tiket ke airport memang aku telah tempah awal-awal  lagi bagi mengelakkan kelam kabut semasa berada di stesen. Tetapi kita hanya boleh merancang, tuhan yang menentukan rancangan yang telah kita rancang.

Terlebih dahulu aku perlu menukar tiket yang ditempat online di kaunter Nankai shin imamiya stesen yang berada di tingkat 4. Memandangkan stesen shin imamiya agak luas dan tidak sempat explore semua bahagian, aku menjadi keliru dan pening sekejap. Terpaksa aku mencari satu persatu kaunter yang menyediakan perkhidmatan penukaran tiket nankai line airport sepertimana yang dinyatakan dalam tiket tersebut.

Alhamdulillah, kaunter yang aku terjah bertepatan dengan kaunter yang dicari. Aku terus menghulurkan tiket yang dibeli secara online di klook kepada penjaga kaunter. Sepertibiasa penjaga kaunter memang tidak banyak cakap dan hanya bertanya waktu pelepasan sahaja. Dia cakap train Nankai line akan sampai dalam masa yang terdekat adalah pada pukul 5.30 petang. Aku bersetuju dengan masa tersebut memandangkan setelah dikira dan dihitung, masa yang ada sekarang memang sempat untuk aku sampai kat tempat menunggu train Nankai line airport.

Aku ingatkan tempat menunggu train Nankai line adalah bersebelahan dengan kaunter tiket tadi, rupanya kat tempat lain. So kami terpaksa bergerak dengan pantas ke tempat menunggu train Nankai line sambil membawa beg dan troli yang dipenuhi dengan barang-barang  dengan menaiki tangga dan lif yang disediakan. Kami terpaksa bergegas dan berjalan dengan pantas agar tidak terlepas dengan masa pelepasan dalam tiket yang dinyatakan iaitu pukul 5.30 petang.

Sebaik sampai di stesen Nankai line, aku melihat ada beberapa orang rakyat Malaysia yang menggunakan train Nankai line menuju ke airport. Mereka pun sama macam kami iaitu keliru dengan train yang mana satu perlu di naiki kerana semua train yang lalu ke sini adalah menunju ke airport. Sedang dok berkira-kira nak naik ke tak nak, kami terlepas train yang ditempah sepertimana dalam tiket. Last-last kami menaiki train yang biasa yang mana train ini tidak sepertimana train yang kami naiki semasa awal-awal datang ke Osaka. Kami terpaksa berdiri dan berebut tempat duduk dengan orang ramai sambil membawa beg/troli. Train ini mengambil masa yang lama untuk sampai ke Kansai airport kerana perlu berhenti di stesen sresen yang telah ditetapkan bagi mengambil dan menghantar penumpang. So kat sini, tiket yang kami bayar beratus2, amat tidak berbaloi dengan train yang dinaiki. Namun begitu, aku bersyukur kerana telah sampai dengan selamat di Kansai airport.

Kansai Airport

Kami sampai di Kansai Airport lebih kurang pukul 7 malam so banyak masa lagi yang ada sebelum berlepas. Kami mengambil keputusan untuk solat magrib dan isyak terlebih dahulu. Melalui maklumat yang diperolehi dari blog2, ruang solat ada disediakan di tingkat 3 Kansai airport. Cuma untuk ke tempat tersebut, kami perlu mencari dengan menggunakan google map. Alhamdulillah, ruang solat yang disediakan agak luas dan disediakan dengan peralatan solat yang mencukupi. Ruang solat lelaki dan wanita diasingkan dan aku dapat rasakan, tempat ini dijaga dan diurus dengan rapi.

Prayer room yang disediakan di tingkat 3 kansai airport

Ruangan yang luas dan kelengkapan solat disediakan

Tempat mengambil wuduk mudah dan senang kerana ianya terletak dalam ruangan solat 

Sebelum meneruskan proses check in luggage, kami berkesempatan lepak di starbuck coffee yang terletak berdekaan dengan kaunter check in. Di sini, kami membeli roti untuk anak2 sekadar alas perut sahaja. Suami pulak tiba-tiba teruja untuk membeli tumbler yang lambang cherry blossom yang harganya beratus ringgit sebagai koleksi dan kenangan. Apabila di tengok balik, tumbler tersebut made in Malaysia. Agak-agak kau rasa.....haha...

Suami tengah memilih tumbler yang bertema cherry blossom

Kakak aku ni memang sabar orang nya. Setia menunggu kami...memang senang di bawa berjalan, tak banyak kerenah.

Masa untuk check in luggage

Gambar semasa memasuki gate perlepasan

Urusan check in luggage berjalan dengan lancar dan dipermudahkan.Kami terus memasuki gate pelepasan bagi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku. Alhamdulillah, tamat lah cerita kami di Osaka sepanjang 7hari dan 6malam yang boleh dijadikan panduan kepada sesiapa yang ingin berkunjung ke Osaka. Perjalanan kami agak terbatas kerana berdepan dengan isu covid19 yang melanda negara Jepun, Malaysia dan negara dunia yang lain.

Sampai di Malaysia kami perlu kuarantin kan diri bagi mengelak jangkitan covid19 kepada orang lain sekiranya kami di jangkiti. Alhamdulillah, kami bebas daripada covid19 selepas mendapat result anak2 yang negatif dan aku bersama suami berjaya kuarantin diri selama 14 hari tanpa berjumpa dengan sesiapa sehinggalah kerajaan Malaysia isytihar lockdown sepenuhnya paca 18 Mac 2020. Sambunglah lagi duduk dirumah sambil makan, tido, makan, tido....

Ok lah setakat itu sahaja untuk cerita kami di Osaka. Kita berjumpa lagi di next destinasi...

DAY 6