"Sedikit dan mencukupi adalah lebih baik daripada banyak tetapi melalaikan "

You Don't Have To Be Rich To Travel Well

Trip to Osaka Jepun Feb & Mac 2020 (Day 6)

 Assalamualaikum dan selamat pagi semua,

Hari ini masuk hari yang ke 6 kami di Osaka. Destinnasi kami yang seterusnya ialah ke Mt. Rokko yang terletak di daerah Kobe. Pada asalnya Mt. Rokko tiada langsung dalam intenary kami sebenarnya tetapi memandangkan anak-anak beria untuk main salji, so kat sini lah tempat yang paling dekat untuk dikunjungi. Seperti biasa pagi-pagi lagi aku sudah sediakan sarapan untuk alas perut. 

Hari ini hari yang terakhir penggunaan Kansai Area Pass (KAP) dan sebarang perjalanan ke mana-mana destinasi perlu menaiki JR train atau yang seangkatan dengannya. Selain dari JR, kami perlu membayar tiket asing untuk menaiki trasport lain spt subway, bas dll.

Mt. Rokko

Mt. Rokko terletak di daerah Kobe dengan ketinggian 931 meter dari aras laut. Apa yang menarik di Mt. Rokko adalah terdapat Rokko snow park, musical box musium, Rokko Alpine Botanical Garden, Rokkosan Country House, Observatory,Rokko Graden Terrace dan Arima Ropeway

Untuk ke Mt. Rokko, anda perlu berhenti di JR Rokkomichi stesen dan dari JR stesen Rokkomichi anda perlu menaiki bas selama 10-15 minit untuk sampai di stesen shita Rokko cable car dengan bayaran sehala iaitu 210 yen(RM8) untuk dewasa dan 110yen (RM4) untuk kanak-kanak.

Manakala tiket untuk memasuki Mt. Rokko termasuk cable car dan bas adalah 2200yen (RM83) untuk dewasa dan 1100yen (RM41.50) untuk kanak-kanak. Di bawah ini adalah peta kedudukan Mt. Rokko dan tempat-tempat yang boleh di lawati di situ.

Selepas menaiki cable car, anda perlu menaiki bas untuk ke destinasi yang ingin ditujui termasuklah Rokko garden terrace yang ada disediakan tempat salji. Dari peta ini anda akan nampak dengan jelas transport yang perlu dinaiki dan kedudukan tempat yang ingin dilawati.

Ini adalah bas yang disediakan untuk ke stesen Mt. Rokko

Stesen Shita cable car Rokko

Sebaik sampai di stesen Mt. Rokko, suasana agak sunyi dan tiada pun orang ramai yang datang berkunjung. Pada mulanya kami merasakan stesen Mt. Rokko ditutup sebab Covid19 namun ianya masih beroperasi dan kaunter pembelian tiket dibuka seperti biasa. Memandangkan kami sudah sampai ke sini, niat untuk ke Mt. Rokko perlu diteruskan juga. Dengan tidak berfikir panjang, kami terus memberli tiket untuk 3 dewasa dan 2 kanak-kanak. Tiket ini termasuk harga cable car dan bas ke puncak Mt. Rokko. Semasa kami menaiki cable car, hanya ada beberapa orang pengunjung sahaja. Aku beranggapan sekiranya tiada Covid19, kemungkinan tempat ini menjadi tumpuan utama pelancong  dan sudah tentunya tempat ini di penui dengan orang ramai. Tapi bagus juga macam ni, kita tidak perlu bersesak-sesak dan berebut dengan orang ramai untuk menaiki cable car dan bas.

Didalam stesen Shita cable car Rokko

Ada 3 orang pengunjung jer yang naik bersama kami dalam cable car. Yang seronoknya kami bebas untuk memilih tempat duduk didalam cable car.

Begitu banyak tempat kosong dalam cable car. 

Bas tersedia menunggu pengunjung

Cable car yang kami naiki mengambil masa 10 minit untuk sampai di stesen Sanjo cable car Rokko. Di stesen ini pula disediakan bas untuk membawa pengunjung ke beberapa lokasi yang berada di puncak Mt. Rokko sepertimana dalam map di atas.

Akhirnya kami sampai ditempat yang hendak dituju iaitu Rokko snow park. 

Dah sampai di Rokko Snow Park. Buang sampah dulu

Ini adalah Pintu masuk Rokko snow park. 

Anda perlu menunjukkan tiket untuk masuk ke dalam Rokko snow park. Anda dinasihatkan untuk membuat tempahan sewa peralatan permainan lebih awal di kaunter pintu masuk sebelum meneruskan aktiviti-aktiviti yg disediakan kecuali sekiranya anda hanya mahu berjalan-jalan dan melihat view sahaja. Jika tidak berbuat demikian, anda perlu berpatah balik ke kaunter pintu masuk  tersebut dan ianya mengambil masa yang lama untuk sampai di sana.

Selepas membuat pembayaran, kaunter akan mengeluarkan satu resit sebagai bukti pembayaran telah dibuat dan resit tersebut perlu ditunjukkan dikaunter tempat pemgambilan peralatan permainan.  

Banyak sebenarnya tempat permainan dalam ni tapi ia agak suram dan sunyi kerana tidak ramai pengunjung yang datang. Tempat permainan yang jadi tumpuan utama kat sini adalah meluncur dan dan snow board untuk kanak-kanak. Jadi kami terus menuju ke tempat salji yang khas untuk kanak-kanak.

Ini adalah tempat untuk meluncur. 


Sekali lagi kami bermain salji tapi salji kat sini tidak sesejuk dan secantik salji di Biwako valley. Salji yang ada kat sini adalah salji buatan so feel untuk bermain salji kat sini ada sedikit kurang dan tidak teruja sangat tapi memandangkan dah sampai kat sini, so kami sewa 3 snow board bagi memberi kepuasan kepada anak2 untuk bermain. 

Sebahagian pemandangan yg ada di Mt. Rokko

Ada juga forest adventure. Tak sempat nak explore



Kat tempat main snow board dan main salji ini ada disediakan kedai cenderamata, ruang rehat khas untuk panaskan badan serta tempat pengambilan peralatan untuk bermain salji. Peralatan ini perlu dibuat pembayaran dikaunter masuk terlebih dahulu.

Disediakan tempat khas untuk bermain salji






Disediakan tempat meluncur yang menggunakan snow board

Tempat untuk bermain snow board tapi yang penatnya adalah perlu berjalan kaki untuk naik ke atas sambil membawa snow board. Tak larat nak berbuat macam tu berulang kali. Dua tiga kali main dah rasa penat dan bosan kerana saljinya tidak selicin dan selaju salji yang asli. Nasib baik kami dapat  bermain salji sepuasnya di Biwako Valley. Ianya agak berbaloi-baloi.


Begitu fokus dorang bermain salji



Percubaan untuk membuat orang salji-snowman





Sempat lagi Sophea membuat orang salji

Setelah hampir 2 jam lebih berada di puncak Rokko Snow Park dan telah puas bermain salji, kami mengambil keputusan untuk pulang dan meneruskan ke destinasi yang lain. Lagi pun perut telah bagi hint untuk di isi tapi kat mana kami perlu dapatkan makanan untuk alas perut. Kat tempat ni memang sukar untuk jumpa kedai makanan halal. Kami terpaksa mencari kedai makanan halal di bandar kobe yang berdekatan dengan masjid. Kawasan ini sudah tentu banyak kedai makan halal disediakan.

Untuk pulang, kami perlu menaiki bas untuk menuju ke stesen Sanjo dimana tempat cable car disediakan. 

Melihat apa tu??? 
Belakang tu adalah view bandar Kobe yang anda boleh lihat dari stesen Sanjo

Kami tiba di stesen sanjo selepas 15 minit menaiki bas. Pada masa ini, kami sempat melihat view bandar Kobe dari puncak dan mengambil gambar sebagai kenangan. View kat puncak ni memang menakjubkan. Sukar diungkap dengan kata-kata.  

Stesen Sanjo juga ada tempat observation untuk meninjau dan melihat view bandar Kobe dari atas.

Ini adalah stesen Sanjo tempat untuk menaiki cable car untuk turun ke bawah

Didalam stesen Sanjo cable car Rokko. Ini adalah tempat menunggu giliran untuk memasuki cable car

Cable car turun menuju ke stesen Shita 

Jom tonton video yang disediakan oleh kami 





Masjid Kobe

Masjid Kobe adalah satu-satunya masjid yang ada di bandar Kobe yang terletak di wilayah Hyogo di Jepun dan tempat tumpuan utama orang islam untuk solat. Ianya siap dibina pada tahun 1935 dan satu2nya masjid yang terselamat daripada di bom pada masa perang dunia yg ke 2.

Dari Stesen cable car Shita, kami menaiki bas untuk balik ke stesen  JR Rokkomichi. Dari stesen ini, kami perlu ke stesen Sannomiya bagi meneruskan perjalanan ke masjid Kobe. 

Dari stesen tersebut, kami perlu berjalan kaki sejauh 650 meter yg mengambil masa selama 10 minit untuk sampai di Masjid Kobe. Pada awalnya kami merasa putus asa dan kesian kat anak-anak untuk berjalan sejauh itu namun hasrat kami untuk melihat masjid kobe dan solat di situ amat tinggi, kami meneruskan juga perjalanan. Kami fikir kalau tidak pergi pada hari ini, tidak tahu bila lagi kami akan dapat jejak kaki ke dalam masjid tersebut. 

Berpandukan google map pejalan kaki, kami mengikuti setiap arahan yang diberikan kerana pada masa ini kami memang percaya 100% pada map yang diberikan. Jom mulakan làngkah dengan bismillah dan berharap ianya berjaya sampai ke tempat yang ingin ditujui dengan selamat.

Dari stesen Sannomiya, kami menggagahkan diri berjalan kaki menuju ke masjid Kobe.

Berjalan menyusuri bangunan dan celah-celah lorong


Apa yg aku lihat, bandar kobe ini cukup besar dan amat membangun sekali. Bangunan kiri kanan semuanya besar dan begitu gah sekali walaupun ianya bukan bandar utama di Jepun. Tapi yg penting bandar Kobe ini cukup bersih dan kemas. 

Semasa menyusuri celah2 bangunan, kelihatan tidak ramai orang dan begitu sunyi sekali. Walaupun begitu, aku merasa amat selesa dan selamat berada di sini




Apa yang aku perasan, makin dekat untuk sampai ke masjid, makin banyak restoran halal yang kelihatan. Amat senang untuk makan dan mencari bahan2 halal untuk masak sekiranya tinggal di sini.

Setelah hampir 15 minit berjalan kaki, akhirnya sampai juga kami di masjid Kobe.Alhamdulillah masjid yg selama ini aku idam2kan untuk lihat dan jejak ada tersergam indah di depan mata ku. Apa lagi terus aku mencari pintu utama untuk masuk ke dalam masjid bagi menunaikan solat fardhu zuhur dan asar. 

My sister tidak melepaskan peluang untuk bergambar di hadapan masjid Kobe sebagai tanda kenangan


My husband juga snap gambar dihadapan masjid untui diabadikan dalam kenangan

Me and husband 

Sebaik sahaja lepas solat, kami cuba untuk mencari restoran halal untuk mengisi perut yg lapar namun kelihatan tidak banyak kedai yg dibuka. Hasrat untuk makan dibiarkan berlalu begitu sahaja sebaik kami melihat satu kedai yang menjual barang makanan halal yang betul2 terletak di hadapan masjid.

Terus kami tidak keruan apabila melihat barang2 yang dijual semuanya menjadi idaman yang selama ini di cari sepanjang berada di jepun. Namun tiada guna kami membeli barang2 tersebut memandangkan esok adalah hari terakhir kami berada di jepun. Kami sempat membeli ramen segera, meggie sedap dan kudapan2 untuk alas perut.

Aku sempat snap gambar bandar Kobe yang pesat membangun sebelum meneruskan destinasi ke tempat yang lain. Lain-lain tempat yang menarik di Kobe tidak sempat kami kunjungi memandangkan kesuntukan masa. Rasa ralat sikit kat situ. Huuu...

Hanshin department store Umeda

Aku bersama suami telah mengunjungi shopping komplek terbesar yang terdapat di tengah2 bandar Osaka. Kunjungan kami ke situ semata-mata untuk membeli periuk/kuali memasak memandangkan periuk yang disediakan di guesthouse amat menarik dan berqualiti sekali. Periuk tersebut telah kami guna sebaik mungkin untuk memasak sepanjang berada diguasthouse selama 7 hari. Yg penting periuk tersebut senang di basuh dan tidak melekit. Gara- gara tertarik dengan periuk tersebut, aku bersama suami gigih mencari walaupun waktu tersebut menghampiri ke waktu malam.

Bermulalah perjalanan waktu malam kami ke stesen Osaka yang mana terletaknya shopping kompleks Hanshin Department Store Umeda.

Suasana malam di sekitar shopping kompleks

Pelbagai periuk/kuali yang di jual dalam shopping kompleks ini yg terletak di aras 8. Naik rabun mata untuk memilihnya. Akhirhya kami beli juga periuk2 tersebut alang2 dah sampai. Terfikir pulak mcmana untuk bawa balik kerana beg semua sudah penuh.

Lepas membeli, kami mengambil angin dan berehat diluar kompleks untuk melihat suasana malam sambil mengambil gambar. 

Dari kejauhan aku ternampak bangunan Umeda yang tak sempat kami kunjungi walaupun dah diletak dalam intenari. Sememangnya 7 hari di Osaka, tidak mencukupi untuk kita cover semua tempat2 yang menarik apatah sekarahg ini musim covid19 melanda. 

Stesen Osaka amat besar dan luas. Agak keliru juga kami di buatnya.


DAY 5                                                                                                     DAY 7

Trip to Osaka Jepun Feb & Mac 2020 (Day 5)

 Assalamualaikum dan selamat pagi,

Hari ini masuk hari yang ke lima kami di Osaka Jepun. Perjalanan harus diteruskan walaupun  berhadapan dengan isu COVID19. Seperti biasa kami masih berpegang kepada SOP yang ditetapkan iaitu memakai mask dan membawa sanitiser kemana sahaja kami pergi.

Sebelum meneruskan perjalanan, makanan untuk sarapan pagi dan tengahari perlu disiapkan terlebih dahulu. Tidak lupa kami sentiasa membawa kopi panas dalam termos untuk di minum semasa dalam perjalanan nanti. Kopi panas ini memang sedap di minum kerana ia boleh menghangatkan badan yang sedang kesejukkan dan amat sesuai dengan musim sejuk sekarang ini. 

Selesai semuanya, kami meneruskan perjalanan ke destinasi yang paling popular di daerah Nara. Saya tidak perlu cerita panjang sebab korang mesti tahu tempat yang menjadi tarikan utama di Nara kan? Ok jom lah. Perjalanan ke Nara park dari stesen Shin Imamiya mengambil masa lebih kurang 50 minit dengan menaiki train. Kami hanya merujuk kepada google map bagaimana cara untuk menaiki train. Setakat ini ia nya berhasil walaupun ada juga sedikit masalah yang dihadapi seperti tersalah naik train atau salah map tempat yang ingin dituju namun begitu kami berjaya mengatasinya. So jangan risau, anda tidak akan sesat selagi ada internet. Haha...nampak tak pentingnya internet kat situ.

Nara Park

Nara Park terletak di dalam bandar Nara dan dibuka kepada orang ramai pada tahun 1880. Ia merupakan sebuah taman yang tertua di Jepun dan mempunyai sebanyak 1,200 ekor rusa yang berkeliaran di kawasan taman tersebut yang berkeluasan sekitar 1,240 ekar. Banyak tempat menarik yang menjadi tumpuan utama pengunjung iaitu meihat rusa, melawat temple Todaiji, Kasuga Taisha, Kofukuji dan musium negara Nara. Kami ke sini adalah semata-mata ingin melihat dan memberi makan rusa serta berjalan-jalan disekitar taman.

Ini merupakan stesen kintetsu - Nara di mana tempat perhentian untuk ke Nara park

Sekitar stesen kintetsu-Nara

Menaiki bas menuju je Nara park

Untuk sampai ke Nara park kami perlu menaiki bas dari stesen JR Nara dengan harga 220yen /RM8.50 untuk dewasa dan harga separuh untuk kanak-kanak di bawah 12 tahun. Semasa menaiki bas, kami dapat melihat banyak rusa yang jinak sedang berkeliaran di atas jalan sebaik sahaja melalui kawasan Nara park. kami mengambil kesempatan untuk turun di sini bagi melihat gelagat dan keletah rusa. Masuk ke sini adalah percuma dan tiada apa-apa bayaran pun kecuali kalau nakbeli makanan rusa.


Sebaik tiba di Nara park, kami melihat banyak rusa berada di merata tempat dan sangat jinak serta tidak merbahaya kepada pengunjung. Suasana begini jarang dijumpai di mana-mana tempat.

Ekoran terlalu jinak, rusa ini memang tidak takut kepada orang ramai dan cuba menyondol-nyondolkan badan dia ke arah kita yang membuatkan kita agak rimas dan tidak selesa. Lebih-lebih lagi jika ada makanan di tangan.  Sekiranya anda takut dikejar oleh rusa, labih baik makanan tersebut disembunyikan daripada pandangan rusa dan beri sedikit-sedikit kepada nya. Sekiranya dia nampak ada makanan, rusa tersebut akan kejar sehingga kita tidak larat untuk melarikan diri. Kalau tak percaya boleh tengok video yang aku kongsikan di bawah.

Makanan rusa boleh dibeli dengan harga RM5 dan terdapt beberapa keping makanan yang berbentuk bulat macam biskut. Yang aku pelik, rusa ni tak pulak kejar orang yang menjual makanan tu sedangkan kat situ lah ada stok makanan yang banyak. Yang dia kejar adalah pelancong/pengunjung yang datang ke taman ini. Terpikir juga aku masa tu tapi tak ada jawapan. Mungkin rusa ini sudah terbiasa dengan keadaan dan suasanan macam ni yang mana orang yang datang ke sini mesti memberi makanan kepada nya.

Kelihatan gerai yang menjual makanan rusa

yang ada payug tu adalah tempat menjula makanan rusa. Takde pun rusa tu kejar dorang..pelik..

Tak larat dah kami nak lari daripada rusa ni.Biar jer dia menyondol asalkan tidak di gigit.

Cubaan untuk bermesra

Oleh kerana terlalu jinak kita boleh usap-usap muka rusa 




Rusa boleh berehat dan duduk senang lenang tanpa gangguan pengunjung kerana pada masa ini tidak ramai pengunjung yang datang ekoran pandemik convid-19.Agak aku lah...hahah


Ini adalah video kejar mengejar bersama rusa. Jom kita tonton sama-sama




Suasana sekitar Nara park

Dimana jua berjalan di dalam Nara park, kita akan sentiasa ditemani oleh bodyguard ni. Dia ada di mana-mana


Ini adalah pintu gerbang yang dibina oleh orang dulu-dulu untuk menuju ke Temple



Sambil berjalan didalam taman ini, aku ternampak satu lorong kecil menuju ke dalam yang sedikit hutan dan lorong tersebut agak membukit sedikit. Aku tidak pasti ini lorong apa tapi jangkaan aku mgkin ini lorong pejalan kaki untuk mendaki bukit.

Terdapat kolam di dalam Nara park yang berdekatan dengan temple 

Sebelum pulang ke guesthouse, kami sempat singgah di kedai yang terletak dalam stesen Nasa. Di sini kami membeli barangan dapur sebagai bekalan tambahan iaitu beras , ubi keledek, air dan kentang potato dengan harga semua nya 1683 yen / RM63.60.

Memandangkan kami sampai awal di guesthouse dan ada masa lagi untuk berjalan-jalan, so kami mengambil keputusan untuk berjalan-jalan dan shopping di Dotonbori. Anak-anak tidak mahu mengikut untuk pergi ke Dotonbori. Jadi kakak aku menjadi mangsa untuk meneman anak-anak di guesthouse dan dia akur dengan semua itu. Selesai solat kami terus bersiap-siap untuk keluar menuju ke stesen Shin imamiya.

Dotonbori

Dotonbori merupakan salah satu destinasi pelancongan yang utama di Osaka Jepun. Nama Dotonbori di ambil sempena nama terusan dotobori yang kini dikenali sebagai sungai Dotonboribashi. Ianya Terletak betul-betul di tengah kesibukan bandar Osaka. Dotonbori menjadi tarikan utama pengunjung adalah kerana tempat ini merupakan syurga membeli belah, banyak kedai-kedai makan, bar, dikelillingi oleh cahaya lampu yang mana kawasan ini sentiasa meriah dan padat dengan orang ramai. Disini juga pengunjung boleh menaiki cruise menyusuri sungai sambil melihat pemandangan bandar yang indah diwaktu malam. 

Yang lagi popular kat dotonbori ini ialah terdapat papan tanda yang besar dengan gambar orang yang sedang berlari yang dikenali sebagai Glico running man. Sekiranya datang berkunjung ke Osaka, anda mesti datang ke Dotonbori dan mengambil gambar berlatarbelakangkan Glico running man. Jika tidak bergambar di sini, anda boleh dikategorikan belum betul-betul sampai di Osaka.

Untuk ke sini anda perlu menaiki train dan berhenti di JR Namba stesen. Dari JR Namba stesen, anda perlu berjalan kaki sejauh 1 km untuk betul-betul sampai di kawasan Dotonbori. Bagi aku perjalanan ini tidak terasa jauh kerana anda boleh menghayati keindahan disekeliling sambil berjalan menyusuri sungai dan mengambil gambar. Ianya agak seronok dan memberi pengalaman baru bagi aku yang pertama kali datang ke sini.

untuk tidak sesat, anda perlu menggunakan google map atau aplikasi lain yang boleh menunjukkan jalan ke arah tempat yang ingin ditujui. Insyaallah setakat ini, ia banyak membantu aku dalam perjalanan menuju destinasi yang diingini. 

Ok lah..Jom kita terokai area dotonbori dengan lebih dekat.

Dari stesen JR Namba , kami terus keluar menyusuri jalan dan traffic light. 


Akhirnya kami sampai di kawasan yang ada sungai. Kami menyusuri sungai ini untuk sampai di kawasan Dotonbori.

Dah nampak signboard Dotonbori tapi belum betul-betul sampai di kawasan yang ingin dituju.


Lorong-lorong di kawasan Dotonbori yang belum dipenuhi oleh orang ramai. Anda perlu berjalan ke hadapan lagi untuk betul-betul sampai di kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai


Di sini lah tumpuan utama pengujung di Dotonbori


Di sini lah tumpuan utama pengujung di Dotonbori. Terdapat signboard besar Glico running man yang popular dikalangan pengunjung. Pengunjung wajib mengambil gambar di sini sebagai kenangan dan tanda sudah sampai di Osaka.

Ditengah-tengah ini adalah jambatan yang dikenali sebagai Tazaemon-bashi bridge untuk merentasi sungai Dotonboribashi. Diwaktu malam kawasan ini sangat meriah kerana anda boleh menaiki cruise yang disediakan untuk menyusuri sungai dan boleh melihat suasana malam di Dotonbori.

Masa aku sampai, kawasan ini dipenuhi oleh orang ramai dan begitu sesak sekali. Risau juga aku time ni, takut dijangkiti COVID. Kami sentiasa pakai mask dan menjarakkan dengan orang ramai agar tidak dijangkiti. Kami perlu redah juga kerana niat hati kuat untuk kesini. Bila fikir balik, kalau tak datang ke sini, bila lagi nak datang. Tawakkal jer lah.

Gambar Glico running man di ambil dari atas jambatan Tazaemon-bashi

Terdapat banyak bangunan shopping kompleks di sini

Bangunan shopping kompleks yang popular iaitu UNI-QLO dan H.M


Dikiri kanan dipenuhi dengan kedai beli belah dan kedai makan. Jika anda kaki shopping, amat dialu-alukan untuk datang ke sini. Pelbagai barangan jualan ada di sini seperti beg, kasut, baju, kosmetik, jam tangan, barangan komunkasi, elektronik, barang makanan dan banyak lagi. Korang datang lah tengok sendiri.

Yang aku perasan kat sini banyak kedai menjual pakaian termasuk H.M


Kami tidak lupa untuk bergambar di sini

Sebagai kenangan



Kat sini kami telah memborong biskut kapal untuk di bawa pulang ke Malaysia dengan harga 2880 yen / RM108.80. Hanya kat sini yang kami jumpa paling murah. Tak keruan juga kami masa membeli belah. Yer lah semua nak beli haha..

Memandangkan kami datang berdua sahaja, so Kami tiada halangan untuk berjalan dan bersia-siar lebih lama untuk menghayati suasana sekeliling sambil membeli belah. Namun begitu kami tidak lupa untuk menunaikan solat magrib terlebih dahulu. Daripada pemerhatian dan pembacaan, kat sini ada disediakan surau untuk pengunjung muslim solat so kami telah google untuk mencari lokasi yang tepat.

Kami perlu solat dahulu sebelum balik ke guesthouse kerana waktu ini sudah nak menghampiri waktu magrib. Alhamdulillah, setelah selesai tanggungjawab yang wajib ditunaikan, kami mengambil keputusan untuk pulang ke guesthouse memandangkan sudah masuk waktu malam dan suasana agak semakin sejuk. Lagipun kami sudah puas menerokai kawasan ini dan tiada apa lagi yang mahu dibeli.

Sebelum naik train, sempat juga kami mencari kedai-kedai yang menjual tshirt di area Osaka ini. Alhamdulillah akhirnya kami jumpa juga kedai yang menjual tshirt setelah hampir putus asa. Kami borong tshirt Osaka 5 helai dengan harga 6,820 Yen / RM257.00 dan magnet dengan harga 545 yen / RM20.60. Boleh tahan mahal jepun ni..huhu

Seperti biasa kami perlu menaiki train di stesen JR Namba menuju ke stesen Shin imamiya untuk pulang ke guesthouse.


Sebelum balik, sempat juga kami singgah di family mart untuk membeli barang-barang dapur sebagai tambahan seperti telor, sayur dan minyak masak. kami juga singgah di gerai makan yang semalam untuk order nasi goreng dan  ayam goreng yang disukai oleh anak-anak. Cukup lah buat alas perut malam ni. Minyak zaitun yang kat atas tu harga nya adalah 360 yen /RM13.60. Manakala telor dan sedikit sayur adalah 240 yen / RM9

Ok setakat ini saja untuk hari ini. Jumpa lagi esok yer. 

Selamat malam semua!

DAY 4                                                                                                     DAY 6