"Sedikit dan mencukupi adalah lebih baik daripada banyak tetapi melalaikan "

You Don't Have To Be Rich To Travel Well

Trip to Krabi & Hatyai Day 5

8 Jun 2015


Last day kami di hatyai tapi banyak activities yg perlu di penuhi sebelum balik ke Malaysia. Seperti biasa, kami check out terlebih dahulu sblum memulakan perjalanan. Semua bagasi, kami letak di satu bilik yg di khas kan utk simpanan barang tapi perlu meminta keizinan drp pihak hotel terlebih dahulu

  1. First aktiviti kami ialah mencari restaurant yg halal utk breakfast. Jenuh juga nak mencari yg halal Kat hatyai Ni. Banyak restoran makan yg belum dibuka pada waktu pagi...hanya Restaurant Salma yg kami jumpa dan tiada pilihan lain, kami perlu breakfast Kat sini juga utk mengelakkan masa terbuang begitu shj....Apa2 pun kita masuk dulu utk melihat menu yg ada.

Di sediakan map utk nampak Lebih jelas kedudukan, jarak dan masa dari hotel ke Restaurant Salma. Nmpak pada kertas dekat jer 4 minit jalan kaki tapi leguih gak lah kaki ni melangkah....

Restaurant Salma...halal food

                  Nasi lemak pilihan kami..

Teh tarik dan murtabak....

Aktiviti yg kedua kami perlu sewa Tuk2 utk perjalanan satu hati di hatyai. Kalau boleh kami mahukan driver yg islam supaya senang singgah mana2 masjid utk solat.


Banyak Tuk2 yg menawarkan perkhidmatan tour at front hotel Tapi kami perlu pilih yg paling murah dan terbaik. Kami Try terjah jer...Setelah deal ngan salah sorang driver Tuk2..kami semua berminat kerana pakej yg di tawar kan mmg semua ada dlm agenda kami. Lagi pun driver ni pandai sikit2 bahasa Melayu dan beragama islam. Dan yg lebih penting harga yg di tawarkan bagi saya amat murah sekali iaitu Rm20/sorang utk satu hari. Ok dah settle bab pengangkutan. Maslah ke dua kita nak kemana dulu?

Di dalam Tuk2 mmg dorang ada promo pakej lawatan/ tour...

1St. place kami ialah ke Champ Puak Camp iaitu tmpat aktiviti menunggang gajah, atv motor racing, Archery, menembak dan pertunjukan gajah. Fee entrance adalah free tapi aktiviti2 yg di tawarkan adalah berbayar

                                                                       Aktivities fee

               Boleh tahan gak mahal nya...


Untuk menaiki gajah, di kena kan syarat2 tertentu d mana :
🌸pihak Chang puak camp tidak bertanggungjawab jika berlaku kehilangan dan kerosakan ke atas barangan hak milik
🌸Perlahan kan suara dan di larang menarik rambut gajah
🌸jika menerima services yg tak memuaskan sila kebbagian pihak pengurusan membuat aduan.

🌚jika berlaku kemalangan semasa riding the elephant, pihak Chang pauk camp akan bertanggungjawab jawab tetapi kos nya adalah limited bergantung berapa banyak yg insurance cover.

Jom! Sapa yg berani nak naik gajah...? Pada awal nya aku fikir panjang gak untuk naik gajah ni....mana tahu smpai pertghan jalan dibuat nya gajah tu naik minyak...tak ke mati katak aku Kat situ. Tetapi hati ni lebah bayak kata :

" Try dulu..."
"Rasa camana naik gajah..."
"lg pun dorang ada sekali masa naik..."
" dorang lebih tahu jika berlaku kes gajah naik minyak...."
" lg pun cam jinak jer gajah tu..."

Apa lagi...Jom naik tapi Sapa nak temankan aku? Huhu....

Gajah yg Bersedia utk di tunggang....

  Di sedia kan tmpat khas untuk bagi makan gajah..

Yer...get ready yer camalya. Nasib baik ada kay untuk teman aku...

Tu dia akhirnya dapat jugak aku merasa naik gajah. Takut, risau dan bimbang semua ada tapi seronok gak. Boleh lah merasa naik gajah sekali dalam hidup...

Hai...kami jalan dulu.

Sebelum balik, kami snap gambar terlebih dahulu....

2nd place ialah ke Icedome

Icedome ni lebih kurang rumah salji lah. Kat dalam nya di penuhi ukiran dan replika yang di buat drp ais batu dan suhu boleh mencapai ke -15 darjah Celsius. Untuk masuk ke dalam kita di wajibkan memakai winter coat, glove, sock dan shoes untuk mengelakkan daripada kesejukan. Semua peralatan telah di sediakan dan termasuk dalam harga tiket. Lain2 aksesori selain yg di nyatakan di atas....jika hendak memakai nya, di kenakan caj dgn harga yg telah di tetapkan.

Suasana di luar ice dome

Tiket masuk utk dewasa rm30 dan kanak2 Rm20

Ini adalah tiket utk masuk ke Icedome

Aksesori yang disediakan di luar pintu masuk Icedome. Certain2 aksesori di kenakan bayaran

Tu dia...kami dah lengkap berpakaian ala2 musim sonata gitu.

Landing kat Icedome wall sekejap yer...

Last posing sebelum masuk ke Icedome

Suasana di dalam Icedome.... Semua nya drp ais. Sejuk jangan cakap lah. Nasib baik pakai winter coat...kalau tak beku kami Kat dalam tu...


Pelbagai bentuk dan replika ada...semuanya  di buat daripada ketulan ais. Di bawah ini aku upload beberapa keping gambar di dalam ice dome tetapi the pictures not clear because in the icedome is so dark and just the little light to serounding area...

Lagi

Dan lagi


Peguin




di sediakan jugs papan luncur dan sesiapa yang terasa nak main tu...di alu2 kan...suasana kat sini nmpak cam musim salji sikit...

Di luar daripada rumah salji ada di sediakan frame gmbar & aksesori lain, ada cafe dan juga taman yg di hiasi dengan bunga2 sebagai menjamu mata.

Sebahagian daripada taman bunga yang di hiasi dengan pelbagai jenis bunga hidup...kalau tadi kita berhadapan dengan musim winter sonata dan sekarang ada pula musim bunga.




take the pictures first sebelum keluar...

jom kawan2...lepas ni nak kemana pulak yer. kita gunakan masa yang ada sebaik mungkin...

Plan kami seterusnya nya ialah ke Magic eye 3D musium hatyai tapi cancel sebab tiket mahal sgt. Cam tak berbaloi lah pulak. Harga tiket untuk dewasa ialah rm43....lagipun memikirkan masa tak mencukupi utk kami berjimba di dalam musium tersebut. Sekurang2 nya 2 jam juga kami perlu luangkan masa Kat dalam tu...so kata sepakat di ambil "cancel jer lahh".,,

Sempat juga aku snap gambar musium 3D ni wpun tak sempat masuk...

Sticker....

Aktiviti seterusnya ialah ke pasar Hatyai...aku tak pasti apa nama pasar ni tetapi di dalam nya terdapat pelbagai jenis barang seperti pakaian, kasut, beg, kosmetik, t shirt. Blouse, troli beg, begpack, aksesori, makanan kering dan food court pun ada....boleh di katakan pasar Kat sini agak meriah dan selesa. Barang2 yang di jual boleh di.katakan agak murah dan branded from thai tetapi kena pandai tawar dan negotiate....

Jom kita jejaka jap Kat pasar Hatyai....tgok apa yg berkenan.

Di luar pasar

Di dalam pasar....

Murah2 dan style...


Pelbagai jenis beg...kat sini sempat grab begpack yg berharga Rm60..,.murah kan....itu pun setelah puas memujuk auntie utk negotiate harga. Pada awal nya harga yg di letakkan ialah rm 120....emm boleh tahan mahal nya. Nasib baik aku try keras kan hati untuk dapat kan harga yg di idam kan....haha akhirnya dpt jugak dgn harga rm60...

Shoes....Ada utk lady, men and kids

Dress for ladies...new design and nice colour.... Sempat aku grab tshirt hatyai walaupun last minute...Alhamdulillah

Barangan masakan....

Setelah puas berlegar2 di dalam pasar, kami terus ke level 2 utk lunch.

Pemanis mulut...

menu yg di idam2kan ....Baru dapat rasa di hatyai

Makan lah dgn sepuas hati...banyak makanan Kat krabi yg tidak menepati citarasa kami

Shopping dah...makan dah...apa lagi Jom lah solat.

Solat perlu di jaga walaupun di mana kita berada...


Driver tu bawa kami ke masjid Pakistan untuk solat jamak dan qasar antara Zuhur dan asar...Masjid nya terjaga, agak terurus, kemas dan cantik. Amat selesa utk kami solat...Alhamdulillah krn berpeluang menunaikan solat 5 waktu Kat sini....


Seterusnya nya kami ke Central Festival di mana ia nya adalah sebuah shopping complex yg terbesar di Hatyai. Security Untuk masuk ke sini amat ketat sekali...bermula dgn kerenah guard Kat gate entrance di mana segala barang yg kami bawa di check dan di selongkar terlebih dahulu sebelum melangkah masuk tetapi bukan setakat di sini je....Kat pintu masuk utama pun sekali lagi kami di scan seluruh badan bagaikan Kat airport....huhu

Apa2 pun kami follow jer rules yg telah di tetapkan sebagai menghormati undang2 mereka...apa yg kami buat Kat sini ialah Window shopping dan lepak2 jer....sebab apa yg ada dalam Shopping complex ini...sama sepertimana Kat Kl...cuci mata jer lah nmpaknya.

Main entrance to shopping complex

In shopping complex...many level and so wide space

Ruang legar...


Nampak tak ngan sapa sy bergambar...jgn jeles yer

Art design...

Art design

Di luar shopping complex....

After this...we back to hotel for took the luggage and went to bus station..

At the first travel & tours office (kesatuan ekspres) di mana tempat utk kami menunggu dan menaiki Bus...


Kami setia menunggu Kat sini sehingga lah sampai masa utk berlepas....masa berlepas ialah pada pukul 6:30 ptg waktu thai.

Alhamdulillah.... Tamat sudah travel kami selama 4D3n di krabi dan hatyai. Segala perjalanan dan Aktivities  kami di permudahkan oleh Nya. Tq for All my dear friends because gave a lot of cooperation, understanding, take care each others and happy all time...next time we're walk and travel together again at new and great place....don't forget yer....

Thanks to Allah because gave me good healthy, sustenance never end and giving a good travel members....

Trip to Krabi & Hatyai Day 4

7 Jun 2015

After bfast, kami bertolak pulang menuju ke Hatyai & padang besar. Kami di hatyai hanya satu malam sahaja. Kami uruskan sendiri segala penginapan, pengangkutan, makanan dan aktiviti tanpa bantuan agent. Kami hanya ambil khidmat agent di krabi sahaja...

perjalanan balik ke hatyai masih lagi di bawah khidmat agent yg kami booking itu dan dalam perjalanan kami sempat singgah beberapa tempat seperti mana di senaraikan dlm intenery..


Sebelum tu nak bgtau pasal Juice limau  dulu...Juice ni menjadi kegemaran kami sejak semlm lagi. Satu botol rm2...Mula2 beli satu dulu...konon2 nya nak rasa dulu tetapi masing2 tersuka dan terminat dengan air ni so kami beli lah lebih sikit sebgai bekalan dlm perjalanan pulang nanti.

Air limau ini di perbuat daripada limau hijau yg asli tanpa ada campuran lain dan rasa nya amat sedap sekali...lebih2 lagi rasa limau tersebut seperti limau yg dulu2 dan sekarang limau tersebut susah di dapati dimana2 lebih2 lagi di Kuala lumpur...

Le Khao Kop Caves

Terletak di bahagian selatan Thailand, di antara krabi dan hatyai dalam daerah Trang....merupakan salah satu tempat yg wajib di lawati terutama kepada mereka yg suka aktiviti lasak dan mencabar. Admission fee is 300 bath utk 1 paddle boat yg boleh muat max 6 org.

kami sampai di Le Khao kop Caves pada pukul 11 pagi...maka bermula lah episod seram sejuk kami di dalam gua tersebut. Tanpa banyak bicara kami terus masuk dan ingin merasai suasana sebenar di dalam gua tersebut tanpa ada sedikit pun perasaan takut di dalam hati.

P/s: Digalakkan study dan survey dulu sebelum redah...


Main entrance untuk ke Le Khao Kop....


Sebaik sahaja masuk, pertama yang aku lihat ialah air sungai dan perahu...wahhhh! Tentu seronok naik perahu menyusuri sungai dan gua...ala2 mcm kat sg mekong vietnam tu...

Tanpa pkir panjang ,  kami sewa 1 perahu dengan harga 300 bath@rm300... Ngam2 untuk kami  5 org yg kecik molek ni...

Sedang menaiki perahu...

Susun2 bagi seimbang yer...jangan pulak perahu tu terbalik Kat tgh2 sungai...naya kita nanti

Perahu2 yg ada sedang menunggu mangsa.

1...2...3...ready go! Pakcik tu memulakan kayuhan. Satu perahu ada dua orang pengayuh...sorang di bagian depan sorang lagi di bagian belakang...kami percaya dengan skill yg dorang ada so kami redho jer Kat dlm perahu sambil melihat view sekeliling dan wefie...

Jarak kayuhan semakin jauh dan laju...

Hampir tiba Kat dalam gua...pada mula nya aku ingat sekadar lalu shj tetapi....

Kayuhan Semakin menghala ke pintu masuk gua...biar betul pakcik ni...takkan nak masuk kut ke dalam tu...muat ke? Dah lah sempit.... Gelap dan seram pulak tu...huhuhu

Wahhhh...rupa nya mmg kena masuk... Kalau tahu dari awal cam gini, mmg kami tarik diri...

Pembentukan batu2 cam gini ekoran terjadinya stalagmites and stalactites yg berabad lama nya...proses terjadinya tu...sila Google lah yer...

Terpaksa tunduk dan rendahkan badan untuk mengelak dari terkena serpihan batu tersebut...kalau kena ada yg luka dan cedera ni...

Alhamdulillah....smpai kat pertengahan gua, kami di benarkan keluar dari perahu dan naik ke atas darat yg tiada limpahan air...cuak gak sekejap tadi...takut dan menyeramkan!

Kat sini kami di perkenalkan bentuk2 batu yg terjadi ekoran hakisan air yg bertahun2 dan kami jugak sempat bergambar...ingat habis setakat ni jer tetapi ada lagi laluan yg lebih dahsyat dan menakutkan....rasa nak nangis pun ada...

Menunggu giliran untuk berlepas kali ke dua...


Sedikit pelik apabila melihat orang baring dalam perahu....apa tujuan mereka baring eekk? Ngan anak2 kecik di baringkan juga...dan gambar yg menyeramkan tu tak dapat aku snap kerana waktu tu yg aku ingat mati jer...huhu

Kami di suruh baring di dalam perahu dan segala benda termasuk beg tak di benarkan letak atas badan...seluruh anggota badan kami di luruskan. Tak mau bengkok2.., terpkir dlm diri aku..."apa pulak pakcik ni nak buat..."nak naik perahu jer pun...

Tanpa segan silu kami ikut jer apa yg di suruh. Pada permulaannya ok lah....terasa seronok naik perahu sambil baring2...tetapi keseronokan kami hanya sekejap...kami terpaksa melalui lorong2 yg sempit dan hanya Ngam2 utk laluan perahu kami sahaja. Bukan itu shj...di kiri kanan kami di penuhi serpihan batu2 yg tajam manakala di atas nya hanya di pisahkan I inci shj dgn muka kami... Ada antara kami menjerit2, meminta dan merayu supaya stop di sini shj dan turn back... Kami dah tak sanggup nak meneruskan perjalanan lagi tapi rayuan kami di biarkan berlalu begitu shj.

Kami mengambil keputusan teruskan juga perjalanan dan mengharapkan semua nya selamat. Di dalam hati masing2 ber istighfar dan membaca apa2 surah yg di ingati. Org yg lalui sahaja yg tahu bagaimana sukarnya laluan tersebut. Mmg Diorang mempunyai skill yg tinggi dlm hal ni... Mereka banyak memberi semangat dan kesabaran kepada kami supaya bertahan menghadapi cabaran ini... Antara hidup dan mati shj kami pada waktu itu. Nasib baik ada hidung dan pipi lagi....haha...klau kena seret Kat batu tu...tak tahu lah apa jadi..hihi

Kuar2 jer dari gua, masing2 mempamerkan muka yg pucat dan tak bernyawa bagai kan mayat hidup....satu kelegaan bagi kami apabila perjalanan ini telah selamat smpai ke destinasi...Alhamdulillah, thanks to Allah because gave us a hoping the life and long age...

Mgkin ini memberi pengajaran kpd kami supaya lain kali study dan survey terlebih dahulu tmpat2 yg ingin di lawati sblum meneruskan aktiviti...taubat mmg aku tak nak masuk dah kedalam gua ni walaupun di beri ganjaran besar...takut woiii....

Step by step laluan yg di tunjukkan apabila memasuki gua tersebut. All in Thailand language.... Hanya gambar yg berbicara.

Floating market at Hatyai

Pasar terapung di hatyai mmg popular dan menjadi tumpuan utama pelancong samada dari dalam atau luar negara. Merupakan tempat utama yg wajib di singgah apabila smpai di Hatyai. Di sini peniaga2 menjual makanan dan minuman dgn menggunakan  perahu yg terapung di atas air. Mereka menjalankan urusniaga dgn hanya duduk setempat di dlm perahu tanpa banyak pergerakan. ini kerana semua jenis makanan yg di jual berada berdekatan dgn mereka dan boleh di capai dgn tangan. Manakala untuk menghulurkan makanan yg di jual kepada pembeli ianya hanya menggunakan sebatang kayu di mana hujung kayu tersebut di buat penyangkut supaya senang untuk letak makanan dan duit...

Pasar terapung ini nampak Lebih meriah ekoran makanan yg di jual terdiri drp pelbagai jenis dan warna warni. Sekali pandang memang cantik dan terliur kami di buat nya. Di hias pulak dengan bekas yg cantik dan antik seperti dalam  buluh dan pasu

Bergambar dahulu sebelum masuk ke Floating market

Tu dia makanan yg di jual...gerai ini terletak di laluan untuk ke floating market.


Mesti melalui gerai2 ini terlebih dahulu sebelum memasuki area floating market. Kira meriah jugak lah...bukan setakat makanan jer dorang jual tapi ada juga pakaian, t shirt, kasut, beg, aksesori dan toys....

Nmpak tak payung2 tu....aaaarr itu lah pasar terapung nya

Meriah dengan kunjungan org ramai yg datang dari pelbagai pelosok negara....

Antara makanan2 yg di jual...fresh, murah dan sedap. Paling penting cara penyediaan begitu eksotik...

Pelbagai jenis dan saiz pasu di gunakan utk aiskrim. Harga mengikut saiz dan hiasan

Terdiri drp pelbagai jenis bekas untuk di isi dengan air minuman ...agak kreatif

Pelbagai jenis makanan yg di jual. Semua nya nmpak sedap. Nasib baik waktu ni kami baru lepas Lunch kalau tak mmg semua makanan kami sapu...

Ini jer yg aku beli...dlm buluh tu air minuman, warna purple itu mknan berasaskan ubi dan satu lagi tu ubi kayu bakar yg di letak sos....aku tak pasti sos apa tapi bila makan mmg Best sgt...

"Tiada ungkapan yg boleh di ucapkan....datang lah sendiri untuk merasai kemeriahan suasana..." myb itu yg ada dlm hati masing2.

Tu dia makanan nya...warna warni tapi aku tak tahu org panggil apa...korang tgok lah sendiri...
Lagi makanan yg terhidang utk di jual

Gambaran sebenar Floating market yg di ambil dari atas jambatan...masa ni hujan rintik2...tu yg tak berapa ramai orang

Di atas jambatan...kat bawah tu Floating market

Tah apa2 yg di jual...tak lalu nak tgok...huhu. oleh kerana hujan semakin lebat, kami mengambil keputusan untuk balik ke hotel di hatyai yg telah di Booking siap2 melalui agoda.

Ini hotel kami di Hatyai...

Info Asian hotel.

1. Booking 1 suite family room deluxe yg boleh memuatkan 4 adult persons....
2. Di lengkapi dengan aircond, luas dan selesa.
3. Located di tgh2 bandar hatyai
4. Hanya jalan kaki untuk ke pasar mlm, shopping complex, bus stop, restaurant2 halal dan railway station.
5. Kemudahan public transport (tuk tuk fan taxi)
6 if early checkout, the hotel provided room for save the luggage and others goods

Lobby hotel

Kami check in hotel terlebih dahulu sebelum keluar melakukan aktiviti2 lain. Untuk mengelakkan suasana kelam kabut waktu ke Bus stop esok hari, kami terlebih dahulu survey tempat dan lokasi di mana Bus stop itu berada. Di samping membuat pengesahan tiket Bus...maklum lah tiket Bus tu kami booking secara online dan perlu mengambil tiket yg original Kat kaunter di mana tempat yg akan kami naik esok hari...

Pengesahan tiket penting bagi saya kerana apa2 boleh berlaku  jika kita tidak bertindak dari awal. Lagi pun Bus stop kat hatyai Ni banyak so kita perlu tahu lokasi yg betul untuk mengelakkan masalah yg timbul di kemudian hari

Ni dia Bus stop dimana tmpt utk naiki bus

Ok....berkenaan tiket dan lokasi Bus stop dah settle. Jom kita berjalab2 dan ronda2 bandar hatyai dan yg penting night market jgn di lupakan.

Awal2 lagi kami di jamu dengan makanan ni...meleleh air liur sekejap.

Amat menguji ketahanan mulut dan perut...

Durian dan pulut di mkn bersama2 dgn santan dan maisan....org klate royat pulut durian. Tak tahan dgn ulas2 durian yg gebu dan kekuningan, aku terbeli utk semata2 memenuhi kehendak mulut yg mengidam...

Suasana night market di hatyai....very fun. Pelbagai jenis barangan yg di jual terutama pakaian, beg, kasut, barang2 basah, makanan, minuman, hand made ,  aksesori dan gift. Barangan yg di jual biasa nya adalah local branded

Lagi gambar night market di bawah...hanya gambar yang berbicara







  Next entry DAY 5