"Sedikit dan mencukupi adalah lebih baik daripada banyak tetapi melalaikan "

You Don't Have To Be Rich To Travel Well

Trip to Krabi & Hatyai Day 4

7 Jun 2015

After bfast, kami bertolak pulang menuju ke Hatyai & padang besar. Kami di hatyai hanya satu malam sahaja. Kami uruskan sendiri segala penginapan, pengangkutan, makanan dan aktiviti tanpa bantuan agent. Kami hanya ambil khidmat agent di krabi sahaja...

perjalanan balik ke hatyai masih lagi di bawah khidmat agent yg kami booking itu dan dalam perjalanan kami sempat singgah beberapa tempat seperti mana di senaraikan dlm intenery..


Sebelum tu nak bgtau pasal Juice limau  dulu...Juice ni menjadi kegemaran kami sejak semlm lagi. Satu botol rm2...Mula2 beli satu dulu...konon2 nya nak rasa dulu tetapi masing2 tersuka dan terminat dengan air ni so kami beli lah lebih sikit sebgai bekalan dlm perjalanan pulang nanti.

Air limau ini di perbuat daripada limau hijau yg asli tanpa ada campuran lain dan rasa nya amat sedap sekali...lebih2 lagi rasa limau tersebut seperti limau yg dulu2 dan sekarang limau tersebut susah di dapati dimana2 lebih2 lagi di Kuala lumpur...

Le Khao Kop Caves

Terletak di bahagian selatan Thailand, di antara krabi dan hatyai dalam daerah Trang....merupakan salah satu tempat yg wajib di lawati terutama kepada mereka yg suka aktiviti lasak dan mencabar. Admission fee is 300 bath utk 1 paddle boat yg boleh muat max 6 org.

kami sampai di Le Khao kop Caves pada pukul 11 pagi...maka bermula lah episod seram sejuk kami di dalam gua tersebut. Tanpa banyak bicara kami terus masuk dan ingin merasai suasana sebenar di dalam gua tersebut tanpa ada sedikit pun perasaan takut di dalam hati.

P/s: Digalakkan study dan survey dulu sebelum redah...


Main entrance untuk ke Le Khao Kop....


Sebaik sahaja masuk, pertama yang aku lihat ialah air sungai dan perahu...wahhhh! Tentu seronok naik perahu menyusuri sungai dan gua...ala2 mcm kat sg mekong vietnam tu...

Tanpa pkir panjang ,  kami sewa 1 perahu dengan harga 300 bath@rm300... Ngam2 untuk kami  5 org yg kecik molek ni...

Sedang menaiki perahu...

Susun2 bagi seimbang yer...jangan pulak perahu tu terbalik Kat tgh2 sungai...naya kita nanti

Perahu2 yg ada sedang menunggu mangsa.

1...2...3...ready go! Pakcik tu memulakan kayuhan. Satu perahu ada dua orang pengayuh...sorang di bagian depan sorang lagi di bagian belakang...kami percaya dengan skill yg dorang ada so kami redho jer Kat dlm perahu sambil melihat view sekeliling dan wefie...

Jarak kayuhan semakin jauh dan laju...

Hampir tiba Kat dalam gua...pada mula nya aku ingat sekadar lalu shj tetapi....

Kayuhan Semakin menghala ke pintu masuk gua...biar betul pakcik ni...takkan nak masuk kut ke dalam tu...muat ke? Dah lah sempit.... Gelap dan seram pulak tu...huhuhu

Wahhhh...rupa nya mmg kena masuk... Kalau tahu dari awal cam gini, mmg kami tarik diri...

Pembentukan batu2 cam gini ekoran terjadinya stalagmites and stalactites yg berabad lama nya...proses terjadinya tu...sila Google lah yer...

Terpaksa tunduk dan rendahkan badan untuk mengelak dari terkena serpihan batu tersebut...kalau kena ada yg luka dan cedera ni...

Alhamdulillah....smpai kat pertengahan gua, kami di benarkan keluar dari perahu dan naik ke atas darat yg tiada limpahan air...cuak gak sekejap tadi...takut dan menyeramkan!

Kat sini kami di perkenalkan bentuk2 batu yg terjadi ekoran hakisan air yg bertahun2 dan kami jugak sempat bergambar...ingat habis setakat ni jer tetapi ada lagi laluan yg lebih dahsyat dan menakutkan....rasa nak nangis pun ada...

Menunggu giliran untuk berlepas kali ke dua...


Sedikit pelik apabila melihat orang baring dalam perahu....apa tujuan mereka baring eekk? Ngan anak2 kecik di baringkan juga...dan gambar yg menyeramkan tu tak dapat aku snap kerana waktu tu yg aku ingat mati jer...huhu

Kami di suruh baring di dalam perahu dan segala benda termasuk beg tak di benarkan letak atas badan...seluruh anggota badan kami di luruskan. Tak mau bengkok2.., terpkir dlm diri aku..."apa pulak pakcik ni nak buat..."nak naik perahu jer pun...

Tanpa segan silu kami ikut jer apa yg di suruh. Pada permulaannya ok lah....terasa seronok naik perahu sambil baring2...tetapi keseronokan kami hanya sekejap...kami terpaksa melalui lorong2 yg sempit dan hanya Ngam2 utk laluan perahu kami sahaja. Bukan itu shj...di kiri kanan kami di penuhi serpihan batu2 yg tajam manakala di atas nya hanya di pisahkan I inci shj dgn muka kami... Ada antara kami menjerit2, meminta dan merayu supaya stop di sini shj dan turn back... Kami dah tak sanggup nak meneruskan perjalanan lagi tapi rayuan kami di biarkan berlalu begitu shj.

Kami mengambil keputusan teruskan juga perjalanan dan mengharapkan semua nya selamat. Di dalam hati masing2 ber istighfar dan membaca apa2 surah yg di ingati. Org yg lalui sahaja yg tahu bagaimana sukarnya laluan tersebut. Mmg Diorang mempunyai skill yg tinggi dlm hal ni... Mereka banyak memberi semangat dan kesabaran kepada kami supaya bertahan menghadapi cabaran ini... Antara hidup dan mati shj kami pada waktu itu. Nasib baik ada hidung dan pipi lagi....haha...klau kena seret Kat batu tu...tak tahu lah apa jadi..hihi

Kuar2 jer dari gua, masing2 mempamerkan muka yg pucat dan tak bernyawa bagai kan mayat hidup....satu kelegaan bagi kami apabila perjalanan ini telah selamat smpai ke destinasi...Alhamdulillah, thanks to Allah because gave us a hoping the life and long age...

Mgkin ini memberi pengajaran kpd kami supaya lain kali study dan survey terlebih dahulu tmpat2 yg ingin di lawati sblum meneruskan aktiviti...taubat mmg aku tak nak masuk dah kedalam gua ni walaupun di beri ganjaran besar...takut woiii....

Step by step laluan yg di tunjukkan apabila memasuki gua tersebut. All in Thailand language.... Hanya gambar yg berbicara.

Floating market at Hatyai

Pasar terapung di hatyai mmg popular dan menjadi tumpuan utama pelancong samada dari dalam atau luar negara. Merupakan tempat utama yg wajib di singgah apabila smpai di Hatyai. Di sini peniaga2 menjual makanan dan minuman dgn menggunakan  perahu yg terapung di atas air. Mereka menjalankan urusniaga dgn hanya duduk setempat di dlm perahu tanpa banyak pergerakan. ini kerana semua jenis makanan yg di jual berada berdekatan dgn mereka dan boleh di capai dgn tangan. Manakala untuk menghulurkan makanan yg di jual kepada pembeli ianya hanya menggunakan sebatang kayu di mana hujung kayu tersebut di buat penyangkut supaya senang untuk letak makanan dan duit...

Pasar terapung ini nampak Lebih meriah ekoran makanan yg di jual terdiri drp pelbagai jenis dan warna warni. Sekali pandang memang cantik dan terliur kami di buat nya. Di hias pulak dengan bekas yg cantik dan antik seperti dalam  buluh dan pasu

Bergambar dahulu sebelum masuk ke Floating market

Tu dia makanan yg di jual...gerai ini terletak di laluan untuk ke floating market.


Mesti melalui gerai2 ini terlebih dahulu sebelum memasuki area floating market. Kira meriah jugak lah...bukan setakat makanan jer dorang jual tapi ada juga pakaian, t shirt, kasut, beg, aksesori dan toys....

Nmpak tak payung2 tu....aaaarr itu lah pasar terapung nya

Meriah dengan kunjungan org ramai yg datang dari pelbagai pelosok negara....

Antara makanan2 yg di jual...fresh, murah dan sedap. Paling penting cara penyediaan begitu eksotik...

Pelbagai jenis dan saiz pasu di gunakan utk aiskrim. Harga mengikut saiz dan hiasan

Terdiri drp pelbagai jenis bekas untuk di isi dengan air minuman ...agak kreatif

Pelbagai jenis makanan yg di jual. Semua nya nmpak sedap. Nasib baik waktu ni kami baru lepas Lunch kalau tak mmg semua makanan kami sapu...

Ini jer yg aku beli...dlm buluh tu air minuman, warna purple itu mknan berasaskan ubi dan satu lagi tu ubi kayu bakar yg di letak sos....aku tak pasti sos apa tapi bila makan mmg Best sgt...

"Tiada ungkapan yg boleh di ucapkan....datang lah sendiri untuk merasai kemeriahan suasana..." myb itu yg ada dlm hati masing2.

Tu dia makanan nya...warna warni tapi aku tak tahu org panggil apa...korang tgok lah sendiri...
Lagi makanan yg terhidang utk di jual

Gambaran sebenar Floating market yg di ambil dari atas jambatan...masa ni hujan rintik2...tu yg tak berapa ramai orang

Di atas jambatan...kat bawah tu Floating market

Tah apa2 yg di jual...tak lalu nak tgok...huhu. oleh kerana hujan semakin lebat, kami mengambil keputusan untuk balik ke hotel di hatyai yg telah di Booking siap2 melalui agoda.

Ini hotel kami di Hatyai...

Info Asian hotel.

1. Booking 1 suite family room deluxe yg boleh memuatkan 4 adult persons....
2. Di lengkapi dengan aircond, luas dan selesa.
3. Located di tgh2 bandar hatyai
4. Hanya jalan kaki untuk ke pasar mlm, shopping complex, bus stop, restaurant2 halal dan railway station.
5. Kemudahan public transport (tuk tuk fan taxi)
6 if early checkout, the hotel provided room for save the luggage and others goods

Lobby hotel

Kami check in hotel terlebih dahulu sebelum keluar melakukan aktiviti2 lain. Untuk mengelakkan suasana kelam kabut waktu ke Bus stop esok hari, kami terlebih dahulu survey tempat dan lokasi di mana Bus stop itu berada. Di samping membuat pengesahan tiket Bus...maklum lah tiket Bus tu kami booking secara online dan perlu mengambil tiket yg original Kat kaunter di mana tempat yg akan kami naik esok hari...

Pengesahan tiket penting bagi saya kerana apa2 boleh berlaku  jika kita tidak bertindak dari awal. Lagi pun Bus stop kat hatyai Ni banyak so kita perlu tahu lokasi yg betul untuk mengelakkan masalah yg timbul di kemudian hari

Ni dia Bus stop dimana tmpt utk naiki bus

Ok....berkenaan tiket dan lokasi Bus stop dah settle. Jom kita berjalab2 dan ronda2 bandar hatyai dan yg penting night market jgn di lupakan.

Awal2 lagi kami di jamu dengan makanan ni...meleleh air liur sekejap.

Amat menguji ketahanan mulut dan perut...

Durian dan pulut di mkn bersama2 dgn santan dan maisan....org klate royat pulut durian. Tak tahan dgn ulas2 durian yg gebu dan kekuningan, aku terbeli utk semata2 memenuhi kehendak mulut yg mengidam...

Suasana night market di hatyai....very fun. Pelbagai jenis barangan yg di jual terutama pakaian, beg, kasut, barang2 basah, makanan, minuman, hand made ,  aksesori dan gift. Barangan yg di jual biasa nya adalah local branded

Lagi gambar night market di bawah...hanya gambar yang berbicara







  Next entry DAY 5




No comments: