"Sedikit dan mencukupi adalah lebih baik daripada banyak tetapi melalaikan "

You Don't Have To Be Rich To Travel Well

GENTING HIGHLAND JULAI 2022

 Catatan perjalanan

Tarikh : 30 Julai 2022

Masa : 9.30 pagi, Genting Highland

Assalamualaikum dan Selamat Pagi,

Perjalanan tanpa dirancang, hari ini aku menuju ke Genting Highland bersama suami. Anak-anak memang tak nak ikut dan dorang lebih seronok dok umah dengan gajet masing-masing. Tujuan asal adalah hendak pergi ke GPO outlet untuk beli hand beg dan kasut tapi alang2 dah sampai Genting ni, kami terus naik puncak dengan menaiki kereta untuk melihat suasana dan view di atas sana. 

Kami sampai di puncak seawal jam 9.30 pagi dan waktu ini GPO belum dibuka lagi. Apa lagi kami terus pecut kete menuju ke atas yang pada masa itu keadaan cuaca agak redup, hujan rintik2 serta suasana penuh debgan kabus. Ianya amat sejuk sekali. Aku terkilan kerana tidak membawa baju tebal untuk mengurangkan kesejukan. Waktu ini kami merasakan berada pada musim salji di luar negara. 

Kami kat atas ini just untuk bergambar sahaja kerana tujuan asal adalah ke GPO. 

Antara gambar2 yang sempat kami snap. 

Dalam perjalanan meuju ke puncak

Video yang menunjukkan suasana kat atas Genting

Sejuk dan berkabus

Berdua sahaja



Menikmati suasana kabus dan udara yang sejuk







Kat area PETRON yang dipenuhi kabus






Dalam pukul 11.00 pagi kami terus bergerak menuruni Genting menuju ke GPO. Tapi sebelum itu, kami sarapan  pagi plus tengahari dekat foodcourt yang berhampiran dengan GPO. Selepas makan aku terus memulakan misi mencari hand beg yang diidam-idamkan. 

Jom kita serbu...


Makan dulu sebelum shopping

Food court yang berhampiran degan GPO

Jom shopping...

Bila dok ralit membelek barang terlupa terus nak ambil gambar or video masa shopping. huhu..
Shopping kat sini memang seronok lebih-lebih lagi kalau ada duit atau orang yang tolong bayarkan. Ibarat macam "dunia ini ana yang punya" namun pada hakikat sebenarnya keseronokan hanya sekejap sahaja. Balik rumah terus moyok mengenangkan duit habis melayang haha...

OK sekian untuk kali ini. Kita jumpa lagi di next destinasi.

Kemana tu? Nak tahu rajin-rajin lah godek blog aku ni

BYE..

GENTING HIGHLAND MAC 2022                                 GENTING HIGHLAND SEPT 2022

No comments: