"Sedikit dan mencukupi adalah lebih baik daripada banyak tetapi melalaikan "

You Don't Have To Be Rich To Travel Well

Trip to Hatyai Day 3

Checkout!

Good morning! Today is last day we are here....Time to check out. Pagi-pagi lagi kami dah berkemas dan bersiap sedia untuk checkout. Proses checkout berjalan dengan lancar. Jangan lupa ambil passport kat kaunter yer...

Memandangkan semalam parking penuh, kami hanya park kete betul-betuk depan hotel so senanglah sikit proses angkut-mengangkut ni.Setelah selesai semuanya kami meneruskan perjalanan mencari makan untuk sarapan pagi. Restoran yang ada dalam kepala aku adalah restoran Salma.Jom kita breakfast...

Breakfast kat Salma Restoran, Hatyai

Banyak pilihan menu malaysia kat sini antaranya nasi lemak, nasi goreng dan masakan panas, roti canai, mee goreng, bihun goreng, teh tarik, nescafe, kopi dan banyak lagi menu yang ada. Kepada sesiapa yang datang Hatyai, jalan lupa singgah dan rasa makanan kat sini. Memang sedap dan berbaloi. Lokasinya agak strategik kerana terletak di tengah-tengah bandar Hatyai dan senang untuk akses.

Breakfast kami di sini..

impikan teh ais yang berbuih tu yang datang teh ais biasa. agak kecewa sikit kat situ

Time to shopping at Market Trade Center

Pasar yang terbesar di Hatyai yang menjual pelbagai barangan keperluan harian baik yang basah mahu pun yang kering. Merupakan pasar yang sentiasa dikunjungi oleh orang ramai baik dalam negara mahupun luar negara. Terletak di tengah-tengah bandar Hatyai yang menjadi laluan utama kenderaan menyebabkan pasar ini agak padat dan crowded dengan orang ramai.

Adalah menjadi satu kemestian kepada pelancong-pelancong datang dan singgah di sini untuk shopping. Pelbagai barang dijual disini antaranya adalah pakaian, kasut, hand beg, begpack, periuk belanga, beras, makanan ringan, t shirt, blous, skirt, tudung, remoah ratus dan banyak lagi. Kalau masuk ke dalam ni memang rambang mata dan sukar untuk keluar hihi...sebab semua nak beli.

Antara barang yang sempat aku grab seaweed, kasang gajus, paste tomyam bersama rempah ratus tomyam, tshirt, tshirt berkolar,jeruk nenas dan nisan. Jom tengok gambar di bawah...

Seaweed

kacang gajus

Paste tomyam...memang sedap

jeruk nenas

Hasil tangkapan

Antara barangan yang sempat di SHOPPING di bumi Hatyai...Kalau ikut hati banyak lagi barang yang nak di beli tetapi memandangkan ada hakangan ongkos disampaing masa yang tidak mengizinkan so ini lah sajer hasil tangkapan kami sepangjang 3 hari dua malam.

Prev Day 2 and Day 1

No comments: