Hari yg terakhir ni...kami buat agenda tersendiri tanpa di temani abg hanaphi.Dengan menaiki Vinasun taxi, kami berenam menuju ke Ben than market. Ini kerana ada diantara kami yg masih ada beberapa barang lagi yg hendak di beli sebelum pulang ke Malaysia. Masa yg ada kami gunakan sepenuh sebelum berangkat pada pukul 2 petang nanti.
Cindy dan Ben tidak mengikut bersama-sama kami. Katanya penat dan lagipun cindy tidak sihat...
Pelbagai jenis kacang ada di jual disini...
Basiroh lagi...semalam dah beli dan hari ni pun ada lagi yg nak di beli kat kedai Basiroh...Aku ikut jerrr...just follow...semua kepala dah teleng dahhh..
Sebahagian buah-buahan yg di jual di tepi jalan...fresh dan ranum...
Makan tengahari di restoran Serai yg di miliki oleh orang melayu islam di malaysia...info berkenaan restoran ini kami perolehi daripada pakcik yg sama2 dlm rombongan kami 2 hari lepas...Dia cakap sedap dan selesa...tapi sayang Cindy dan Ben tidak dapat join bersama2 untuk lunch...
Malaysia food...sebahagian menu yg di hidangkan ada lah makanan yg banyak terdapat di malaysia seperti yg aku upload keatas...
sup tulang 115,000 dong = Rm19
sup sayur 70,000 dong = Rm11.50
sup ekor 125,000 dong = Rm20
telor mata rm5
emmm... boleh tahan harga ni...
sekejap jer hidangan yg ada depan mata kami makan...sedap sungguhhh...harga????
mahal weh...RM180.00...nasib baik ada duit emergency
Anom : boleh tak tambah lagi...sedap lah air ni
Kay : mahu tak sedap...Berbaloi2 kita bayar kat dia...
Yan : jangan risau lah....kat bilik tadi kami dah timbang beg masing2...harap2 kat airport tak ada masalah
Cindy : jangan bimbang kawan...kilo i lebin banyak...kalau tak cukup u ambil lah i punyak...takda masalah...
We all : memang itu yg kami nak sebenarnya...tq cindy & Ben!
Last picture kami bersama2 dengan adik hanaphi tapi adiknya ni tak berapa fasih brbahasa melayu...betul ke adiknya...???kami mula konfius...apa2 pun kami terima kasih kepadanya kerana sanggup menghantar kami ke airport dan sedikit tips kami berikan untuknya....
for all my friends...
Terima kasih kerana sanggup bersusah payah dan sporting sepanjang 4d3n di vietnam. Kalian banyak mencipta kenangan suka dan duka untuk aku...gelak tawa dan usikan kalian akan aku ingat sampai bila2...entry aku ini akan menjadi bukti bahawa diantara kita pernah ada kenangan....Bagi aku ini lah "The best travel " yg pernah aku alami
Thanks ALLAH kerana memberi sedikit rezeki untuk aku menjelajah alam milik mu dan sentiasa memberi ruang dan nafas untuk aku terus menitip sedikit tinta untuk tatapan dan kenangan di hari tua...semoga aku sentiasa berada di landasan yg betul..Aminnn
No comments:
Post a Comment