"Sedikit dan mencukupi adalah lebih baik daripada banyak tetapi melalaikan "

You Don't Have To Be Rich To Travel Well

TRIP TO BATAM - DAY 1


Assalamualaikum dan selamat petang,

Kali ini kami sekeluarga meneruskan percutian menuju ke Batam Indonesia. Aku cuba untuk explore Batam secara lebih dekat walaupuan aku tahu Batam bukan lah tempat pilihan utama para pelancong. Seperti biasa, aku hanya berpandukan carian dalam internet untuk mendapatkan infomasi terkini apa yang ada dekat Batam terutama melalui tik tok.

Bagi merealisasikan impian ini, aku terus membuat tempahan penginapan untuk 3 malam di Batam melalui agoda dan menempah tiket feri melalui sistem Redbus dan sewa kereta melalui app traveloka. 


PELABUHAN PASIR GUDANG

Kami bertolak dari rumah di Sungai Buloh seawal pagi iaitu pukul 7.00 pagi bagi mengelak jem dan perkara yang tidak diingini berlaku sepanjang dalam perjalanan. Setelah hampir 5 jam perjalanan, kami telah sampai di Pelabuhan Pasir Gudang pada pukul 12 tengahari. Kami perlu menunggu 2 jam sebelum balai pelepasan di buka. Setelah selesai solat zuhur dan asar, kami terus masuk ke balai pelepasan untuk cop pasport. Namun begitu kami tersangkut kerana tidak mencetak boarding pass di kaunter tiket. 

Memandangkan first time aku ke batam dengan menaiki feri, perkara ini memang aku tidak tahu langsung untuk mendapatkan boading pass sebelum masuk ke imigresen. So aku terpaksa berpatah balik ke kaunter yang berada di luar untuk mendapatkan boading pass tersebut.

"Untuk makluman, sekiranya tiket feri dibeli sacara online, anda perlu ke kaunter yang ada di pelabuhan pasir gudang untuk mendapatkan tiket boarding pass dengan bayaran RM25/pax".

Setelah selesai semuanya, kami bergegas menuju ke feri dan masuk ke dalam sambil mencari tempat duduk yang starategik iaitu seat yang berada di barisan ke dua paling depan. Tempat duduk boleh dipilih secara rawak kerana ianya tiada dinyatakan secara spesifik. Setelah hampir 15 minit menunggu didalam feri, akhurnya  tepat jam 2.30pm feri telah bergerak menuju ke destinasi yang telah ditetapkan. Suasana kat dalam feri memang selesa dan disediakan banyak kemudahan asa seperti musolla, toilet, ada mini kanten, aircond, tempat caj telefon, air minuman dan balkoni untuk melihat view laut.

Menaiki feri di pelabuhan pasir gudang


Kaunter untuk beli tiket fery secara walk in. Sekiranya tiket dibeli cara online, and perlu ke kaunter ini untuk mendapatkan boarding pass. 



Sedang 
Sedang menunggu pintu gate dibuka



Infomasi jadual waktu feri berlepas

Menunggu boarding pass siap dicetak di ruangan menunggu yang telah disediakan.

Berjalan menuju ke feri setelah selesai prose imigresen Malaysia




PELABUHAN FERI BATAM CENTRE

Akhirnya feri yang kami naiki telah selamat mendarat di bumi Batam. Alhamdulillah...Kami keluar dari feri dan menuju ke imgresen Indonesia bagi cop passport. Kami melekat di sini hampir 45 minit kerana teralalu ramai orang yang ingin masuk ke Batam terutama warga Singapore.  Proses cop passport agak mudah dan berjalan dengan lancar.

Setelesai selesai proses imigresen, kami terus menghubungi pak supir yang menyediakan kereta sewa. Kereta telah menempah kereta sewa melalui app traveloka untuk 4 hari di Batam dan membuat pilihan lokasi untuk ambil dan hantar kereta di pelabuhan feri batam centre. Semasa proses penyerahan kereta, kami perlu membayar deposit rp500,000 atau RM150, membuat pemeriksaan ke atas kereta dan kereta perlu dipulangkan dengan takat minyak sepertimana masa ambil kereta.Kami diminta untuk bergambar bersama-sama dengan kereta yang disewa sebagai bukti penyerahan kereta. Semua proses ini berjalan dengan lancar.

Untuk memandu kereta di Indonesia, ia tidak memerlukan IDP. Cukup dengan lesen kereta Malaysia sahaja. Tempat  duduk pemandu adalah sama seperti di Malaysia iaitu disebelah kanan dan ini agak menyenangkan. 





Terminal ferry centre Batam




DINNER DI RUMAH MAKAN AMEL NONGSAI






CHECK IN FORMOSA RESIDENSI

Selepas dinner, kami terus balik ke hotel penginapan yang terletak ditengah-tengah bandar Batam. Hotel ini aku booking melalui agoda. 

Sebelum check ini, kami di minta untuk parking kereta di tingkat 1 atau 2.Selepas parking kereta, kami perlu turun ke lobi untuk ambil kunci. proses check in sangat mudah. Bilik yg disediakan mmg besar dan selesa. semua kelengkan disediakan termasuk toiletries, tuala, sterika, pealatan dapur,  jajan, minumqn 3 in 1, tv, peti ais dan lain2. Keseluruhannya aku bagi 9/10 untuk hotel ini dan sangat recommanded untuk sesiapa yg datang ke Batam






ITENARY & KOS TRIP BATAM - 4D3N

Tarikh : 31 Mei 2024 - 3 Jun 2024

 ANGGARAN KOS BELANJA SEPANJANG 4D3N DI BATAM UNTUK 4PAX

NO

ITEM

KOS (RM)

 

1

TRANSPORT
a) Minyak + tol dari sungai buloh ke pelabuhan ferry pasir gudang (pergi & balik)

220.00

b) Ferry (pergi balik)  untuk 3 dewasa 1 kanak2-beli online - RM500 untuk 4 pax
 *Boarding pass pergi rm25x4pax = RM100
 *Boarding pass balik RP102,500/pax /  RM30.00 x 4pax = RM120

720.00

c) Sewa kereta

286.26

d) Minyak kereta di Batam (anggaran)
Day 1 - RM70
Day 3 - RM30

100.00

2

INSURAN TRAVEL

45.38

3

PENGINAPAN
Formosa Residence Nagoya - 4D3N

618.87

4

MAKAN
Breakfast, Lunch & dinner untuk 4 pax
(4days x RM100) + RM100 (lain2)

500.00

5

ENTRANCE FEE FOR 4 PAX

 

  a) Pantai melur 70000

20.00

  b) Puncak beliung 90000x4=360000

105.00

  c) Naik boat di Tanjung penarik

 

  d) Coastarina

 

6

PARKING FI 8000

2.40

7

SHOPPING + DUIT POKET

500.00

GRAND TOTAL

RM3,117.91


ITENARY

DAY 1

  • Sampai di Pelabuhan Pasir Gudang, Johor pada pukul 12.00pm
  • Solat zuhur & asar di surau yang terletak dalam pelabuhan pasir gudang.
  • Menaiki feri ke Batam melalui Pelabuhan Pasir Gudang, Johor pada pukul 2.30pm
  • Sampai di Pelabuhan Feri Batam Center pada pukul 4.00pm (waktu batam)
  • Proses pengambilan kereta yang disewa melalui traveloka dengan bayaran deposit rp500,000
  • Topup minyak kereta full tank di stesen minyak pertamina
  • Makan malam di Rumah Makan Amel Nongsai, Batam
  • Check in Formosa Residence yang terletak di Nagoya city
  • Sarapan pagi di Morning Bakery Greenland
  • Melawat Musium Raja Ali Haji
  • Shopping di kedai Batik Angthare
  • Melihat view laut di Jembatan Barelang 1
  • Makan tengahari di Kelong Jembatan 1 yang terletak di bawah jembatan barelang.
  • Solat zuhur dan asar di masjid Nurul Huda yang berdekatan dengan jembatan barelang 1
  • Melihat keindahan Pantai Melur
  • Melihat keindahan  Pantai Elyora
  • Makan malam di De'sand Cafe
  • Jalan-jalan dan shopping Nagoya Hill Mall
  • Sarapan pagi di Tebing Laut Cafe Restro
  • Puncak Beliung
  • Shopping di Batamian Oleh-Oleh
  • Makan tengahari di Bandoeng Restro
  • Ambil gambar di monument welcome to Batam
  • Topup miyak kereta
  • Solat zuhur dan Asar di Masjid Muhammad Cheng Hoo
  • Shopping di Nagoya Hill Mall

DAY 4

  • Check out Formosa Residence
  • Sarapan kat "Sarapan pagi Azzahra"
  • Hantar kereta sewa di Pelabuhan Feri Batam Center
  • Pergi ke kaunter tiket untuk mendapatkan boading pass 
  • Beli kek lapis 
  • Menaiki feri untuk ke Pelabuhan Pasir Gudang pukul 9.15am
  • Sampai di Pelabuhan Pasir Gudang pada pukul 12pm
  • Sampai kat rumah di Sungai Buloh pada pukul 8.00pm

TRIP TO HATYAI -SONGKHLA (DAY 4)

TRIP TO HATYAI -SONGKHLA (DAY 3)

TRIP TO HATYAI -SONGKHLA (DAY 2)

TRIP TO HATYAI -SONGKHLA (DAY 1)

TRIP TO SURABAYA - MALANG & BROMO (DAY 4)

TRIP TO SURABAYA - MALANG & BROMO (DAY 3)

TRIP TO SURABAYA - MALANG & BROMO (DAY 2)

TRIP TO SURABAYA - MALANG & BROMO (DAY 1)

TRIP PHATTALUNG, PHUKET, KRABI DAN HATYAI (DAY 8)

CHECK OUT BLUE ORCHID HOTEL 



BREAKFAST KAT MARITA DIMSUM HALAL HATYAI





SHOPPING KAT DAMNOK


PROSES SERAHAN BORANG DECLARATION CUSTOME



BACK      NEXT

TRIP PHATTALUNG, PHUKET, KRABI DAN HATYAI (DAY 7)




SEAVERS CAFE & RESTAURANT













BREAKFAST KAT KEDAI MAKANAN ALA KAMPUNG








MASJID SONGKHLA











GOOD MOUNTAIN VIEW CAFE
















CENTRAL FESTIVAL MALL HATYAI











FLOATING MARKET HATYAI









LEE GARDEN NIGHT MARKET


      BACK     NEXT