Assalamualaikum dan Selamat pagi semua.
Hari ini masuk hari yang ke 3 trip kami ke perak. Destinasi yang di rancang pada hari ini adalah ke Taman Rekreasi Gunung Lang, Railway Station Ipoh, Kelly Castle dan menara condong di Teluk Intan.
Sebelum meneruskan perjalanan kami perlu checkout dan breakfast terlebih dahulu bagi menambah energy untuk berjalan. Tempat pilihan breakfast adalah MC D yang menjadi pilihan anak-anak walaupun aku sendiri tidak tahu apa menu breakfast yang perlu di makan nanti.
Taman Rekreasi Gunung Lang
Terletak di utara pusat bandaraya Ipoh yang merupakan taman Rekreasi buatan yang di dalamnya terdapat tasik, boleh menaiki boat, menara tinjau, taman permainan, binatang peliharaan, petting zoo dan kemudahan awam seperti gerai makan, pondok rehat, tandas dan surau. Ia adalah tasik bekas lombong yang cantik dikelilingi bukit batu kapur yang unik. Bukan itu sahaja, tempat ini dimajukan dengan beberapa binaan dan ciptaan yang menambah keindahan sedia ada.
Amat sesuai untuk beriadah bersama keluarga kerana terdapat banyak tempat untuk berehat sepanjang dalam taman rekreasi. Sebaik sampai anda akan dihidangkan dengan landskap gunung yang diatasnya tertulis Taman Rekreasi Gunung Lang dan di sini merupakan port utama untuk bergambar.
Menaiki boat
Pengunjung boleh menaiki bot untuk ke kawasan rekreasi dimana ada beberapa tempat yang menarik sedang menanti. Bayaran menaiki boat untuk dewasa adalah RM6.00 dan kanak-kanak bawah 12 tahun adalah separuh harga. Anda akan di bawa menaiki boat ke taman Reakreasi yang mana di sana nanti terdapat menara tinjau, taman permainan, simbol rumah perak, binatang peliharaan seperti pony, rusa, ayam, burung dan lain-lain.
Untuk mengetahui lebih lanjut, anda boleh tengok gambar dan video di bawah.
Railway Station Ipoh
Merupakan bangunan stesen keretapi lama yang terletak di bandar Ipoh yang telah di bina di awal tahun 1917 oleh Syarikat Hindia Timur British yang bercirikan islam dan rekabentuk yang unik seakan-akan mirip taj mahal walaupun bukan sepenuhnya.
Bangunan ini menjadi mercu utama Ipoh dan menjadi tumpuan utama pelancong baik dari dalam negara mahupun luar negara. Lokasinya yang strategik kerana terletak di tengah-tengah bandaraya Ipoh yang boleh memudahkankan para pelancong untuk datang berkunjung.
Dari segi kos pembinaan bangunan berkenaan pada waktu itu menelan belanja sebanyak RM335,000 manakala bangunan yang masih tersergam di bandaraya Ipoh itu adalah bangunan asal dan ia hanya diubahsuai di bahagian dalam sahaja pada 1 Jun 1993 sementara bentuk bangunan tidak diubahsuai.
Keluasan bangunan stesen keretapi Ipoh adalah 71,200 kaki persegi dan bahagian atas stesen kereta api kini telah dijadikan hotel bagi pengunjung yang datang melawat Ipoh. Bangunan dan tamannya yang cantik telah menjadi salah satu tempat menarik kepada pengunjungnya.
Railway Station Ipoh ini adalah salah satu tempat yang aku memang rancang untuk datang Sekian lama. Baru hari ini aku dapat melihat bangunan yang unik ini secara dekat. Pembinaan bangunan pada masa dahulu memang sangat unik dan luar biasa. Bahan-bahan binaan adalah dari sumber yang tulen dan asli yang membuatkan bangunan yang di bina kuat, teguh dan boleh digunakan sehingga sekarang.
Merupakan istana yang di bina oleh William kellie Smith pada sekitar tahun 1905 yang terletak di tepi jalan Simpang Pulai ke Batu Gajah, Perak. Bangunan tiga tingkat dibina mengikut reka bentuk sebuah istana Moghul di bandar Agra, India. Tukang-tukang binaan bangunan tersebut dibawa khas dari Madras.
Bangunan ini tidak sempat disiapkan setelah Kellie Smith meninggal dunia di Pelabuhan Lisbon, Portugal untuk mengambil lif yang ditempah pada 11 Disember 1926. Bangunan yang kekal dalam keadaan 'sedang dibina' telah menjadi tarikan pengunjung ke Batu Gajah kerana keunikannya.
Aku amat tertarik dengan ciri dan rekabentuk bangunan ini. Didalamnya terdapat beberapa bilik khas untuk ahli keluarga Kellie diami. Bagi sesiapa yang berminat tentang sejarah, boleh lah datang ke sini untuk melihat secara lebih dekat.
Harga masuk ke istana Castle ini adalah RM5.00 untuk dewasa dan RM 3.00 untuk kanak-kanak. Disediakan juga kemudahan awam seperti tandas dan surau serta terdapat gerai2 jualan cenderahati / barang antik serta gerai makanan.
Aku mengambil masa 1 jam lebih untuk menerokai dan memahami asal-usul terbina nya istana ini. Terdapat banyak ruangan khas yang dibina seperti bilik tetamu, bilik utama,bilik anak perempuan, bilik anak lelaki, ruangan lif, tempat simpanan arak dan banyak lagi ruangan lain yang dibina dalam istana tersebut. Yang lebih menakjubka, dalam istana ini terdapat satu terowong yang dibina sebagai jalan keluar ketika kecemasan untuk pergi ke kuil Hindu. Namun terowong ini telah ditutup oleh pihak berkuasa muzium pada tahun 2003 bagi tujuan keselamatan.
Sekiranya anda suka dengan sejarah, boleh lah datang ke sini untuk melihat secara lebih dekat dan memahami sejarah dengan lebih mendalam. Aku memang seronok membaca kisah sejarah yang dulu-dulu kerana dapat merasakan kejadian yang berlaku pada masa itu. Lagi pun sejarah ini memang real dan bukan cerita yang direka seperti dalam drama atau filem.
Ok lah, dah lebih sejam aku kat dalam ini. Risau pulak dorang bosan tunggu lama-lama dalam kereta.
jom kita ke destinasi yang seterusnya sebelum pulang ke rumah.
Makan tengahari di restoran d'Tepian Sungai
Sebelum singgah di Menara Condong Teluk Intan, kami terlebih dahulu singgah makan tengahari di restoran d'Tepian Sungai yang terletak di bandar Teluk Intan. Kedai makanan ini betul-betul terletak di tepi sungai perak dan anda boleh menghayati view sungai sambil makan-makan. Tempat ini sangat popular dengan masakan berasaskan udang galah. Pelbagai jenis menu masakan udang yang disediakan. Pada kali ini, kami telah menempah udang masak sambal dan tomyam seafood berserta nasi putih. Udang galah yang dihidang sangat fresh dan sedap sekali. Anda boleh datang ke sini dan merasai sendiri keenakan udang galah yang dimasak sambil menghirup udara yang segar di tepi sungai.
Sentiasa dipenuhi oleh pengunjung yang gemar udang galah
Kami meneruskan perjalanan ke Menara Condong Teluk Intan hanya mengambil masa 5 minit sahaja dari tempat makan. Tempat ini merupakan tempat yang sekian lama aku impikan untuk pergi dan baharu hari ini aku telah jejakinya.
Disini aku ceritakan serba sedikit berkenaan menara condong teluk intan. Menara ini telah di bina pada tahun 1885 oleh kontraktor Leong Choon Chong. Asalnya menempatkan sebuah tangki air untuk dibekalkan ke bandar sekiranya berlaku kemarau atau kebakaran. Ianya juga pernah berperanan sebagai penanda waktu dan penunjuk arah laluan kapal ke pelabuhan Teluk Anson suatu masa dahulu.Menara condong ini mempunyai ketinggian 25 meter dengan 110 anak tangga dan mempunyai ciri seni bina berkonsepkan sebuah pagoda. Kini menara Teluk Intan hanya berperanan sebagai menara jam yang dipasang pada tahun 1894 yang dibeli dari London.
Dari jauh kita akan nampak menara ini sedikit condong