"Sedikit dan mencukupi adalah lebih baik daripada banyak tetapi melalaikan "

You Don't Have To Be Rich To Travel Well

Trip to Pulau Pangkor & Ipoh (Day 3)

 Assalamualaikum dan Selamat pagi semua.

Hari ini masuk hari yang ke 3 trip kami ke perak.  Destinasi yang di rancang pada hari ini adalah ke Taman Rekreasi Gunung Lang, Railway Station Ipoh, Kelly Castle dan menara condong di Teluk Intan. 

Sebelum meneruskan perjalanan kami perlu checkout dan breakfast terlebih dahulu bagi menambah energy untuk berjalan. Tempat pilihan breakfast adalah MC D yang menjadi pilihan anak-anak walaupun aku sendiri tidak tahu apa menu breakfast yang perlu di makan nanti.

Menu yang aku pilih adalah bubur nasi dan teh tarik

Taman Rekreasi Gunung Lang

Terletak di utara pusat bandaraya Ipoh yang merupakan taman Rekreasi buatan  yang di dalamnya terdapat tasik, boleh menaiki boat, menara tinjau, taman permainan, binatang peliharaan, petting zoo dan kemudahan awam seperti gerai makan, pondok rehat, tandas dan surau. Ia adalah tasik bekas lombong yang cantik dikelilingi bukit batu kapur yang unik. Bukan itu sahaja, tempat ini dimajukan dengan beberapa binaan dan ciptaan yang menambah keindahan sedia ada. 

Amat sesuai untuk beriadah bersama keluarga kerana terdapat banyak tempat untuk berehat sepanjang dalam taman rekreasi. Sebaik sampai anda akan dihidangkan dengan landskap gunung yang diatasnya tertulis Taman Rekreasi Gunung Lang dan di sini merupakan port utama untuk bergambar. 

Gambar berlatarbelakangkan landskap gunung lang

Menaiki boat

Pengunjung boleh menaiki bot untuk ke kawasan rekreasi dimana ada beberapa tempat yang menarik sedang menanti. Bayaran menaiki boat untuk dewasa adalah RM6.00 dan kanak-kanak bawah 12 tahun adalah separuh harga. Anda akan di bawa menaiki boat ke taman Reakreasi yang mana di sana nanti terdapat menara tinjau, taman permainan, simbol rumah perak, binatang peliharaan seperti pony, rusa, ayam, burung dan lain-lain. 

Untuk mengetahui lebih lanjut, anda boleh tengok gambar dan video di bawah. 

Boat yang sedang menunggu untuk mengambil penumpang

Tasik lombong yang dibina semula untuk tarikan pengunjung


Video menaiki boat

Boat yang telah membawa penumpang akan berpatah balik untuk mengambil penumpang yang lain. 

View dari atas menara tinjau

Lagi view dari atas menara tinjau

Pony yang menjadi tarikan untuk kanak-kanak


Rusa makan besi pagar. Mungkinkah dia lapar? 

Simbol rumah tradisional perak

Petting zoo

Petting zoo di Gunung Lang Ipoh telah dibina di atas 4 ekar tanah yang terletak di pinggiran bandaraya Ipoh bagi tujuan tarikan pengunjung terutama kanak-kanak. Pelbagai jenis / spesis haiwan yang ada di dalam petting zoo yang di dalam nya terdapat 300 ekor haiwan yang ada seperti ayam, rakun, ayam belanda, kambing, pelbagai spesies burung, iguana hijau, ular sawa dan kuda.

Paling yang digemari oleh kanak-kanak adalah arnab yang mempamerkan lebih 10 spesis haiwan comel ini dengan keletah nya yang tersendiri. 

Bagi yang ada anak kecil, jangan lepaskan peluang untuk membawa mereka melihat dan bermain dengan binatang peliharaan di dalam petting zoo dengan bayaran masuk RM6 untuk dewasa dan kanak-kanak. 

Pintu masuk utama petting zoo

Kaunter pengambilan tiket

Suasana di dalam petting zoo

Railway Station Ipoh

Merupakan bangunan stesen keretapi lama yang terletak di bandar Ipoh yang telah di bina di awal tahun 1917 oleh Syarikat Hindia Timur British yang bercirikan islam dan rekabentuk yang unik seakan-akan mirip taj mahal walaupun bukan sepenuhnya. 

Bangunan ini menjadi mercu utama Ipoh dan menjadi tumpuan utama pelancong baik dari dalam negara mahupun luar negara. Lokasinya yang strategik kerana terletak di tengah-tengah bandaraya Ipoh yang boleh memudahkankan para pelancong untuk datang berkunjung. 

Dari segi kos pembinaan bangunan berkenaan pada waktu itu menelan belanja sebanyak RM335,000 manakala bangunan yang masih tersergam di bandaraya Ipoh itu adalah bangunan asal dan ia hanya diubahsuai di bahagian dalam sahaja pada 1 Jun 1993 sementara bentuk bangunan tidak diubahsuai.

Keluasan bangunan stesen keretapi Ipoh adalah 71,200 kaki persegi dan bahagian atas stesen kereta api kini telah dijadikan hotel bagi pengunjung yang datang melawat Ipoh. Bangunan dan tamannya yang cantik telah menjadi salah satu tempat menarik kepada pengunjungnya. 

Railway Station Ipoh ini adalah salah satu tempat yang aku memang rancang untuk datang Sekian lama. Baru hari ini aku dapat melihat bangunan yang unik ini secara dekat. Pembinaan bangunan pada masa dahulu memang sangat unik dan luar biasa. Bahan-bahan binaan adalah dari sumber yang tulen dan asli yang membuatkan bangunan yang di bina kuat, teguh dan boleh digunakan sehingga sekarang. 


Ini adalah bentuk bangunan stesen keretapi yang dibina orang dulu2... Bergambar untuk dijadikan kenangan di masa tua nanti. 

Railway Station merupakan salah satu bangunan sejarah yang menjadi lawatan oleh orang ramai sehingga sekarang. 

Kellie's castle

Merupakan istana yang di bina oleh William kellie Smith pada sekitar tahun 1905 yang terletak di tepi jalan Simpang Pulai ke Batu Gajah, Perak. Bangunan tiga tingkat dibina mengikut reka bentuk sebuah istana Moghul di bandar Agra, India. Tukang-tukang binaan bangunan tersebut dibawa khas dari Madras.

Bangunan ini tidak sempat disiapkan setelah Kellie Smith meninggal dunia di Pelabuhan Lisbon, Portugal untuk mengambil lif yang ditempah pada 11 Disember 1926. Bangunan yang kekal dalam keadaan 'sedang dibina' telah menjadi tarikan pengunjung ke Batu Gajah kerana keunikannya.

Aku amat tertarik dengan ciri dan rekabentuk bangunan ini. Didalamnya terdapat beberapa bilik khas untuk ahli keluarga Kellie diami. Bagi sesiapa yang berminat tentang sejarah, boleh lah datang ke sini untuk melihat secara lebih dekat. 

Harga masuk ke istana Castle ini adalah RM5.00 untuk dewasa dan RM 3.00 untuk kanak-kanak. Disediakan juga kemudahan awam seperti tandas dan surau serta terdapat gerai2 jualan cenderahati / barang antik serta gerai makanan. 

Pintu masuk Kellie's Castle

View Kellie's Castle dari jauh

Kedudukannya tersergam indah di atas bukit membuatkan view istana dapat dilihat dari jauh semasa dalam perjalanan menuju ke sini.

Disebelah kiri pintu masuk istana Kellie's

Dari tingkat atas istana

Rumah Kellas

Bersebelahan dengan istana Kellie's, terdapat rumah Kellas yang musnah akibat runtuhan semasa perang dunia ke-2. Rumah Kellas adlah rumah pertama Tuan Kellie Smith yang diduduki bersama keluarganya yang dibina pada tahun 1905.

View istana Kellie's dari bawah bukit yang terletak di sebelah kanan istana



View dari atas istana menampakan sungai kinta dan jalan utama simpang pulai ke Batu Gajah perak.

Aku mengambil masa 1 jam lebih untuk menerokai  dan memahami asal-usul terbina nya istana ini. Terdapat banyak ruangan khas yang dibina seperti bilik tetamu, bilik utama,bilik anak perempuan, bilik anak lelaki, ruangan lif, tempat simpanan arak dan banyak lagi ruangan lain yang dibina dalam istana tersebut. Yang lebih menakjubka, dalam istana ini terdapat satu terowong yang dibina sebagai jalan keluar ketika kecemasan untuk pergi ke kuil Hindu. Namun terowong ini telah ditutup oleh pihak berkuasa muzium pada tahun 2003 bagi tujuan keselamatan.

Sekiranya anda suka dengan sejarah, boleh lah datang ke sini untuk melihat secara lebih dekat dan memahami sejarah dengan lebih mendalam. Aku memang seronok membaca kisah sejarah yang dulu-dulu kerana dapat merasakan kejadian yang berlaku pada masa itu. Lagi pun sejarah ini memang real dan bukan cerita yang direka seperti dalam drama atau filem.

Ok lah,  dah lebih sejam aku kat dalam ini. Risau pulak dorang bosan tunggu lama-lama dalam kereta.

jom kita ke destinasi yang seterusnya sebelum pulang ke rumah. 

Makan tengahari di restoran d'Tepian Sungai

Sebelum singgah di Menara Condong Teluk Intan, kami terlebih dahulu singgah makan tengahari di restoran d'Tepian Sungai yang terletak di bandar Teluk Intan. Kedai makanan ini  betul-betul terletak di tepi sungai perak dan anda boleh menghayati view sungai sambil makan-makan. Tempat ini sangat popular dengan masakan berasaskan udang galah. Pelbagai jenis menu masakan udang yang disediakan. Pada kali ini, kami telah menempah udang masak sambal dan tomyam seafood berserta nasi putih. Udang galah yang dihidang sangat fresh dan sedap sekali. Anda boleh datang ke sini dan merasai sendiri keenakan udang galah yang dimasak sambil menghirup udara yang segar di tepi sungai.

Sentiasa dipenuhi oleh pengunjung yang gemar udang galah

Tempat makan tenghari yang kami pilih yang berdekatan dengan menara condong teluk intan.

Mi rebus udang galah

Masak merah udang galah

Tomyam seafood

Telor dadar yang menjadi pilihan utama kami.

Sambil makan boleh tengok view sungai perak/


Menara Condong Teluk Intan.

Kami meneruskan perjalanan ke Menara Condong Teluk Intan hanya mengambil masa 5 minit sahaja dari tempat makan. Tempat ini merupakan tempat yang sekian lama aku impikan untuk pergi dan baharu hari ini aku telah jejakinya. 

Disini aku ceritakan serba sedikit berkenaan menara condong teluk intan. Menara ini telah di bina pada tahun 1885 oleh kontraktor Leong Choon Chong. Asalnya menempatkan sebuah tangki air untuk dibekalkan ke bandar sekiranya berlaku kemarau atau kebakaran. Ianya juga pernah berperanan sebagai penanda waktu dan penunjuk arah laluan kapal ke pelabuhan Teluk Anson suatu masa dahulu.Menara condong ini mempunyai ketinggian 25 meter dengan 110 anak tangga dan mempunyai ciri seni bina berkonsepkan sebuah pagoda. Kini menara Teluk Intan hanya berperanan sebagai menara jam yang dipasang pada tahun 1894 yang dibeli dari London.

Dari jauh kita akan nampak menara ini sedikit condong 


Anak biasa-biasa sajer, bapak yang lebih excited

Dipintu masuk menara condong


Nampak sangat tak suka bergambar






Dengan itu berakhirlah percutian pendek kami dari Pangkor ke Ipoh. Kami meneruskan pemanduan balik ke rumaha dengan seribu kenangan yang dicipta dan akan diingat sampai bila-bila. Jumpa lagi di lain destinasi yang sudah tentunya dalam Malaysia. Lupakan dahulu untuk travel ke obesi. 
#Kita jaga kita
#PerangiCOVID19
#JagaSOP
#Staysafe

DAY 2                                                                                                             SERENDAH WATERFALL
-End-




Trip to Pulau Pangkor & Ipoh Okt 2021 (Day 2)

Hai... Selamat pagi. 

Semoga pagi ini memberi keceriaan dan kebahagiaan kepada anda semua. Pagi ini kami memulakan aktiviti Pangkor dengan jogging dan jalan2 disekitar Pangkor sambil menghirup udara segar. Sekurang2nya aktiviti ini boleh mengeluarkan peluh dan menyihatkan badan setelah pelbagai makanan telah masuk ke dalam badan semenjak dari pagi semalam.

Sebagai bukti, aku hidangkan sedikit gambar jogging di sekitar pulau Pangkor untuk tatapan anda...

Sempat merakamkan gambar burung enggang yang sedang menjamu selera dengan lahap nya di dalam tong sampah. 

Suasana redup di waktu pagi di phuket selepas hujan reda



Umah Utan

Kat sini aku nak cerita sikit berkaitan satu penginapan yang bersuasana sedikit hutan di pulau Pangkor iaitu umah utan. Penginapan ini memang ada dalam plan aku untuk booking sebab tertarik dengan kelainan sekitar yang diliputi oleh hutan namun aku biarkan impian itu berlalu begitu sahaja memandangkan jarak dari umah utan ke pantai adalah 900m. Manakala jalan menuju ke umah utan agak berbukit dan tidak sesuai untuk kami yang ada anak2 kecil. 

Jadi kali ini, aku ingin melihat secara lebih dekat suasana umah utan yang sebenar. 

Lorong masuk ke umah utan agak berbukit

Perlu sedikit tenaga untuk mendaki bukit ke umah utan dengan jarak 100m untuk sampai

View dari atas umah utan

Disediakan kolam untuk mandi

Antara resort yang disediakan. Untuk ke sesebuah resort ianya perlu menurun bukit dengan menapak anak tangga yang disediakan. 

Cafe tempat makan. 

Dari atas umah utan anda dihidangkan dengan View laut yang cantik. 






Breakfast

Selepas jogging, kami mengisi perut dengan breakfast di gerai tepi jalan pangkor. Nasi lemak kat kedai ni memang sedap tapi sambal ya agak pedas sedikit dan tak sesuai untuk anak2. 


Ini adalah menu nasi lemak dengan lauk telor mata dan ayam. Ikan bilis dalam sambal agak banyak. Mungkin sebab ini lah rasa nasi lemak tu sedap. Kos hangus untuk breakfast adalah RM28. 30 sahaja. Agak murah dan berbaloi. 

Aktiviti mandi pantai

Aktiviti yang kami telah aim dari awal sebelum ke pangkor adalah mandi pantai
Pagi ni kita mandi puas-puas sebelum balik sebab petang semalam tidak dapat mandi sepuas-puasnya kerana air pasang dan ombak yg besar. 







Aktiviti mandi kolam

Setelah puas mandi laut, aktiviti mandi kolam pula di terjah oleh anak-anak. Mandi adalah satu aktiviti yang menjadi keseronokan untuk kanak-kanak. So aku biarkan dorang mandi sepuasnya sebelum check out




Check out

Tepat pukul 12 kami checkout di kaunter purnama resort dengan menyerahkan kunci kepada receptionist resort. Mereka memulangkan wang deposit Rm50 setelah semua peralatan yang ada dlm satu beg dipulangkan dengan baik seperti kunci, remote tv, remote aircond dll. 

Kami terus menuju ke perhentian van yang mana merupakan tempat pengambilan penumpang untuk menuju ke jeti pangkor. Tempat ini sahaja yg di khas untuk mengambil penumpang dan tempat lain tidak dibenarkan. So kami terpaksa mengheret beg troli untuk menuju ke perhentian tersebut. Peraturan tetap peraturan dan kita harus patuh dengan peraturan tersebut

Jom tonton video kami dalam van menuju ke jeti pangkor 




Feri ke Jeti Marina

Tiket feri yang aku booking guna online berlepas pukul 3.45 petang. Memandangkan kami sampai awal di Jeti Pangkor, aku telah meminta kebenaran dengan pihak jeti untuk menaiki feri dengan masa berlepas pukul 12.45 tengahari. Nasib baik permintaan aku didengari...kalau tidak kami terpaksa menunggu dan lepak kat jeti ni selama 3 jam untuk sampai masa pukul 3.45 petang. 

Tempat pelepasan untu ke jeti marina dan lumut


Dalam perjalanan ke tempat menunggu feri

Tempat menunggu feri. Ramai juga orang nak ke jeti marina ni

Ada dua laluan utama iaitu satu lorong ke jeti merina dan lorong lagi satu ke jeti lumut

Sebahagian kapal dan feri yang ada di jeti pangkor

Shopping kat Jeti Marina

Oleh kerana kami tidak sempat untuk shopping di Jeti Pangkor tadi, kami berpeluang untuk shopping ikan bilis dan makanan laut di kedai yang terletak di jeti marina. 

Scan dulu sebelum masuk kedai. Sudah menjadi perkara wajib pada musim pendemik ini. 


Ikan bilis mata biru RM36 untuk 1/2kg

Menunggu ayah ambil kereta kat parking 

Ipoh - check in Valya hotel

Destinasi seterusnya ialah kami menuju ke Ipoh bagi menghabiskan sisa2 cuti yang ada. Jarak dari Jeti Marina ke Ipoh mengambil masa 1jam lebih dengan jarak 90km. Hotel yang kami tempah adalah Valya Hotel yang berdekatan dengan mydin shopping mall. Harga untuk 1 mlm untuk 3 dewasa adalah RM140. 65 yang ditempah melalui agoda. 

Lokasi hotel ini agak strategik dan terdapat banyak kemudahan pelbagai jenis kedai dan gerai makanan. Bersebelah hotel ini terdapat gerai jualan yang dibuka sehingga pukul 12 malam. Yang penting hotel ini bersih, kemas, tidak sesak dan senang untuk parking. Bagi aku rate untuk hotel ini aku bagi 9.0... 

Bila sampai kat Hotel ni, baru aku perasan yang nama Valya ni macam nama orang India. Memang betul, hotel ini kemungkinan milik orang India kerana hiasan dalaman dan pekerja ramai berbangsa India. Tapi tak. Kisah lah yang penting hotel ini selesa, kemas dan strategik dan berbaloi dengan harga yang dibayar. 



Kaunter receptionist

Bilik yang kemas dan selesa dengan katil queen dan single





Mendobi-Perkhidmatan Dobi layan diri

Memandangkan kami masih lagi dalam mood cuti dan belum sampai ke rumah, aku mengambil keputusan untuk pergi ke kedai dobi yang berdekatan dengan Varya hotel untuk membasuh pakaian yang basah dan lembab bagi mengelakkan pakaian tersebut tidak hapak dan berbau busuk. 

Kedai dobi dengan Varya hotel sangat dekat dan jaraknya tidak sampai 1km. 



Dinner

Malam ini kami Dinner di medan selera yang terletak berdekatan pasar gerbang malam. Harga makanan yang dijual di sini agak berpatutan dan sesuai untuk golongan marhain. 






Pasar gerbang malam

Pada asalnya kami ingin mengunjungi pasar karat yang terkenal di Ipoh tapi pasar tersebut hanya di buka pada setiap hari ahad sahaja. Jadi plan kami untuk ke pasar karat digantikan dengan pasar gerbang malam. 

Pasar gerbang malam ni lebih kurang up Town yang menjual barang2 seperti beg, kasut, tshirt, seluar jean, jam, khidmat mengurut, pakaian wanita & lelaki dan pelbagai lagi barangan yang dijual. Namun kami ke sini sekadar meninjau dan berjalan2 sahaja.  Kelihatan tidak ramai pengunjung yang datang ke pasar gerbang ini. Pada fikiran aku mungkin faktor hujan yang menyebabkan  kekurangan pengunjung. 

Walaupun begitu kami terhibur datang ke sini sambil melihat kemeriahan waktu malam dengan barangan yang di jual. 

Pintu masuk utama ke pasar gerbang malam

Antara barangan utama yang dijual adalah pakaian

Pelbagai jenis kasut yang dijual

Suasana dalam pasar






DAY 1                                                                                                                                               DAY 3