"Sedikit dan mencukupi adalah lebih baik daripada banyak tetapi melalaikan "

You Don't Have To Be Rich To Travel Well

Trip to Hanoi Day 3


Assalamualaikum dan selamat pagi semua,

Hari ini hari yang ke 3 kami di Hanoi. Banyak lagi tempat yang perlu kami explore dan semestinya ianya satu tempat yang menjadi idaman setiap orang apabila sampai di bumi Hanoi ini. Tempat yang kami ingin pergi pada hari ini adalah di daerah Ninh Binh. Aku akan ceritakan dengan lebih lanjut dibawah ini berkenaan dengan Ninh Binh


Seperti biasa kami menunggu kedatangan tour guide untuk pergi ke Ninh Binh. Kali ini kami hanya menaiki mini bas yang saiznya lebih kecil daripada semalam dan sudah tentu ia nya dalam komuniti group yang kecil. Group kami kali ini dari pelbagai bangsa dan negara. Hanya kami berdua sahaja bangsa melayu. Islam dan bertudung. Ok lah jom kita layari cerita perjalanan dan pengalaman aku sepanjang di Ninh Binh. Dua tempat yang akan kami lawati iaitu Bai Dinh Pagoda dan Trang An caves.

Jarak perjalanan untuk sampai ke sini mengambil masa selama 2 jam sejauh hampir 100km. Kami pergi menaiki mini bas dan akan berhenti di satu perhentian khas selepas sejam perjalanan, Perhentian ini ada menyediakan cafe, jualan barangan, toilet dan tempat berehat.

Jarak perjalanan dari hotel ke Bai Dinh Pagoda

Bai Dinh Pagoda 

Merupakan tempat tokong agama Budha terbesar bukan sahaja di Vietnam tetapi seluruh Asia Tenggara. Didalam nya terdapat 500 patung batu yang dipanggil 'La Han' (Arhats), 2 loceng gangsa dan 3 patung gangsa Tam The. Kami perlu mengunjungi kerana ini adalah sebahagian daripada pakej yang ditawarkan dan tempat perhentian yang wajib bagi sesiapa yang pergi menggunakan ejen. Namun begitu tempat ini tidak mengecewakan kerana sepanjang perjalanan menuju ke Pagoda, kita dihidangkan dengan view yang cantik dan ukiran bangunan yang begitu antik.

Kalau dilihat dari jarak jauh, pagoda terletak betul2 di atas bukit dan untuk sampai ke sana kita terpaksa mendaki banyak anak tangga. 

Tempat perhentian untuk ke Pagoda - kaunter tiket ada di sini.

Sekadar bergambar

Tiket untuk ke Pagoda...

Sebelum kita masuk lebih jauh elok rasa nya tengok map ini dahulu supaya kita boleh hadam dan faham arah perjalanan yg nak di tuju.


Map sebagai panduan supaya kita boleh nampak secara jelas kedudukan temple dan arah perjalanan. Ok terlebih dahulu, kita perlu naiki bus elektrik yang telah disediakkan khas untuk masuk ke dalam. jOM kita explore ke dalam...


Disediakan bus mini yang menggunakan kuasa elektrik untuk bergerak....termasuk dalam tiket

 Agak selesa kerana boleh melihat view dan angin yang sepoi2 bahasa gitu...Perjalanan mengambil masa tidak sampai 10 minit untuk sampai ke destinasi.
Lambang pintu masuk ke tempat Patung budha dan Pagoda

Nun ke arah sana kami akan menampak ke arah Three internak gate... nasib baik kasut yang aku pakai ini amat selesa dan tidak menyakitkan..

Dari arah pintu masuk...

Temple..,masih digunakan untuk upacara keagamaan...Kami hanya memandang dari jauh sahaja. Tourist yang lain semua masuk untuk melawat dan menjalankan upacara masing2...


Orang ramai menuju ke bell tower..
Dari atas menara...



Pemandangan dari Menara...

Tasik di tengah-tengah Temple...

Lagi temple yang dikunjungi. Temple ini dikenali The Kuan-Yin Hall dan ianya terletak di hadapan Fairy lake.

Orang masuk ke dalam temple, aku sibukkan diri mengambil gambar didepan fairy lake.

Hai...aku di sini.

Paling tinggi yang boleh kami sampai ialah di sini. Temple ni pulak dikenali sebagai Buddha Dharma Loard . Kami tidak dibawa oleh tour guide ke Pagoda mungkin kerana masa tidak mencukupi. Sekadar bergambar dari jauh sahaja.

Selepas melawat Pagoda, kami dibawa singgah ke satu restoran yang confirm tak halal...so kami hanya mengambil buah dan makan roti yang dibekalkan sebagai alas perut.

Ini dia tempat restoran yang kami singgah...Makanan memang mewah tapi sayang ia tidak menganggu emosi kami...

Trang An GRottoes

Tempat yg ke 2 adalah menaiki perahu menyusuri sungai dan gua sambil melihat keindahan alam semesta. Bayaran masuk aku tidak pasti berapa kerana ianya termasuk dalam pakej. 

Banyak perahu sedang manunggu kedatangan kami dan setiap perahu hanya boleh muat dalam 4@5 orang( mengikut saiz badan). Aku terus menaiki mana2 perahu yang kosong. Sebaik sahaja melangkah ke dalam perahu, pertama sekali badan perlu seimbang dan langkah perlu berhati2 supaya perahu tidsk terbalik.

Perahu yang kami naiki didayung oleh seorang makcik yg agak berusia tapi masih kuat dan penuh bersemangat. Aku sangat teruja kerana sepanjang menyusuri sungai, begitu banyak perahu yang membawa penumpang dari pelbagai bangsa dan negara. Memang sangat meriah ketika itu. Air yg jernih membuatkan aku teringin merasai kesejukan air itu dengan tangan dan menghayun ikut alunan air tersebut.

Tidak dinafikan bahawa kami bukan sahaja menyusuri sungai tetapi juga menyusuri gua yang dipenuhi oleh stalatit dan stalagmit. Bukan satu gua yang kami masuk tapi lebih dari 5 gua kami lalui...ini semua memberi pengalaman yang tidak mungkin aku lupakan sepanjang berada di Hanoi.

Jom kita terokai sama-sama...



Disambut oleh sebatang sungai dengan metentasi jambatan untuk ke kauter tiket dan tempat menaiki perahu

Begitu ramai orang yg terdiri dari pelbagai bangsa dan negara

Tiket sudah dibeli

Tu dia perahu2 yang menunggu kedatangan kami. Pilih lah mana satu yang nak dinaiki.

Perjalanan menyusuri sungai pun bermula. Begitu banyak perahu yang menyusuri sungai dan agak sesak sikit.

Terlebih dahulu jaket keselamatan perlu dipakai bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini...

Perjalanan menghampiri ke gua...adakah ia perlu masuk ke dalam gua itu.

Takut pulak nak masuk gua ni....harap2 tiada lagi mimpi ngeri seperti mana gua yg kami masuk kat krabi-hatyai dulu. click here untuk merasai pengalaman aku memasuki gua tersbut.

Bismillah....Mulakan perkataan yang baik-baik sahaja. Moga selamat masuk dan selamat keluar.

Misi memasuki gua diteruskan. Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan.

Gelap gelita... nasib baik ada lampu yang dipasangkan khas dalam gua ini.

agak selamat sebab ruang antara air dan bumbung gua agak besar dan luas. Boleh lah kami menikmati suasana dalam gua tersebut.

Lagi pemandangan..begitu cantik pada pandangan mata

Nampak begitu banyak perahu yang lalu lalang dan meyusuri sungai ini dengan membawa penumpang masing-masing.

Masuk gua lagi

Selepas menyusuri sungai dan gua, kami berhenti sekejap untuk dibawa melawati tempat-tempat lain disekitar tersebut dengan berjalan kaki. 

bergambar dulu sebelum berjalan...

Salah satu tempat yang menjadi tarikan orang ramai...Menrentasi jambatan yang diperbuat daripada buloh.

Melihat view sungai dari atas darat

Melawati perkampungan orang asli vietnam. Disini kita boleh melihat budaya dan cara kehidupan lama orang vietnam dulu-dulu. 

Bentuk rumah orang dulu-dulu...

Cara pemakaian orang asli vietnam

Peralatan yang sering digunakan pada masa dahulu..

Begitu banyak perahu yang menunggu kedatangan pelanggannya untuk ke last destination.

Perlu diingatkan bahawa perahu yang akan dinaiki hendaklah perahu yang sama sepertimana yang mula2 kita naik dulu. Bagi mengelak daripada kita keliru dan confius perahu yang mana perlu kita naiki adalah Kita perlu ingat nombor perahu tersebut. Ini kerana perahu yang sedang menunggu ditebing2 sungai adalah sama dan teramat banyak,

Amat penting untuk ingat nombor perahu yang telah kita naiki.

Dinner di restoran D'lions

Untuk destinasi yang seterusnya ialah kami dinner di D'lions Restoran yang dimiliki oleh orang islam singapore yang 100% dijamin halal. Terletak didalam Hotel Cosiana, ditengah bandar Hanoi. Tanda halal diletakan didepan pintu masuk hotel Cosiana. Pihak hotel sudah maklum apabila melihat kami datang dengan berpakaian kemelayuan dan bertudung. Sudah tentu ingin menikmati makan malam di restaurant tersebut. Jadi tidak sukar untuk mencari restoran ini.

Tidak rugi datang makan ke sini kerana menu yang disediakan memang sedap dan sesuai dengan tekak melayu. Biar mahal sikit asalkan yang kita makan tu puas dan berbaloi-baloi.

Pintu masuk hotel cosiana yang didalamnya da restoran d'lions


Antara menu yang ada...

Sotong goreng kunyit...memang sedap

Kangkong goreng belacan...Bagi pengemar sayur kangkong, elok order yer kerana rasanya agak mavelos...

Tomyam juga sedap

Air kelapa original

Hidangan kami pada malam itu

Night market Hanoi

Destinasi yang seterusnya adalah ke pasar malam yang terletak di dalam bandar raya Hanoi di Old Quarter. Jarak dari dari hotel kami ke pasar malam Old Quarter adalah 500 meter sahaja. Pelbagai barang ada di sini antaranya beg, kasut, aksesori, baju, toys, jam, pakaian lelaki/wanita/kanak-kanak dan macam-macam lagi. Pasar malam kat sini memang meriah dengan pengunjung terutama pelancong. Barang-barnag yang dijual biasanya adalah buatan tempatan dan hasilnya adalah berkualiti terutama kasut dan beg. Semasa urusan jual besi berlangsung anda harus pandai tawar menawar kerana harga yang diletak pada awalnya memang tinggi. Sekiranya anda pandai menawarkan harga, kemungkinan anda akan dapat separuh daripada harga asal.

Jom kita scroll gambar di bawah untuk melihat suasana pasar malam di Old Quarter.


Banyak toy dijual dengan harga murah di pasar malam ini. Rasa macam nak borong semua

Begini lah suasana dipasar malam Hanoi..amat meriah dengan orang ramai




Kasut pelbagai jenama terkenal banyak dijual di sini. Aku tidak lepaskan peluang unutk membeli kasut sport ini

Setelah penat menjelajah setiap sudut dan lorong pasar malam, kami mengambil keputusan untuk balik ke Hotel kerana waktu ini menunjukkan ke pukul 10 malam. Lagipun peniaga yang menjual barangan sudah bersiap sedai untuk menutup kedai masing-masing. Kami pulang ke hotal dengan barang penuh di tangan. Terpikir macamana nak bawa balik barang yang banyak ini.

Ok lah selamat malam semua...kita jumpa lagi esok dengan aktiviti perjalanan yang lain.

Trip to Hanoi Day 2

Hai...Selamat pagi semua,

Hari ini masuk hari yang ke dua kami di Hanoi. Vietnam. Seperti biasa diawal pagi aku sudah bangun menunaikan solat subuh dan breakfast sandwich yang aku bawa dari Malaysia. Hari ini kami akan meneruskan perjalanan ke Halong Bay. Untuk persediaan ke sana, kami membawa bekal siap-siap. Ini kerana makanan yang disediakan untuk lunch didalam cruise adalah tidak halal dan meragukan.  Untuk mengelak dari kebulur, better kami packing siap2 makanan untuk dimakan sepanjang one day trip ini.

Untuk pengetahuan semua, Hotel ini ada menyediakan breakfast dengan pelbagai menu. Terus kami terjah untuk melihat menu tersebut. Ianya amat membuka selera kami namun niat untuk makan terhenti seketika. Terfikir tetang kehalalan makanan tersebut. Last-last kami hanya makan buah-buahan sahaja. Ok lah..boleh mengalas perut gak.

Seperti yang dijanjikan, kami menunggu tour guide datang menjemput untuk ke Halong Bay. Waktu yang dijanjikan adalah dalam pukul 8.00 pagi. Menurut pihak Hotel, tour guide terlebih dahulu akan mengambil tourist disetiap hotel dibandar Hanoi bermula pukul 8.00 pagi. Oleh itu, kami hanya standby sahaja time tu. Tepat pukul 8.20 pagi, aku terlihat seorang lelaki muda datang menuju ke Hotel kami. Sah lah dia yang akan membawa kami ke Halong Bay.

Jarak antara hotel ke tempat bas mengambil masa perjalanan dalam 5 minit. Ini kerana bas tersebut hanya lalu dijalan utama sahaja. Pagi-pagi lagi kami sudah berpeluh mengejar lelaki yang terlalu laju berjalan untuk mendapatkan bas tersebut. Mengah kami dibuat nya. Fuhhh...

Halong Bay
  • Merupakan destinasi pelancongan yang paling popular di Hanoi.
  • Memakan masa perjalanan hampir 3 jam sejauh 160km dengan menggunakan kereta atau bas.
  • View yang teramat lah cantik yang mana ditengah-tengah laut ada banyak bongkahan batu yang kehijauan timbul dalam pelbagai bentuk.
  • Untuk ke tempat bongkahan batu itu, perlu menaiki cruise yang ala-ala pelayaran ditengah laut.
  • Aktiviti yang boleh dibuat didalam cruise adalah makan tengahari, bersantai, rehat, menghirup udara laut, merasa angin laut dan yang penting mengambil gambar.
  • Dikunjungi oleh ramai pelancong luar terutama dari England, UK, Thailand, Japan Korea dll negara.

Jom kita teruskan perjalanan ke Halong Bay dengan menaiki bas. Sebaik sahaja menaiki bas, aku tergaman seketika. Ini kerana didalam bas tersebut 100% terdiri daripada pelancong asing yang datang dari pelbagai bangsa dan negara. Hanya kami sahaja yang yang berbangsa melayu, beragama islam dan memakai  tudung. Emmm...tak kisah lah yang penting perjalanan kami selamat.

Seperti biasa, sebaik sahaja bas berjalan, tour guide memainkan peranannya dengan memberi taklimat serba sedikit berkenaan Hanoi dan Halong Bay. Dengar jer lah.

Dalam pertengahan jalan, kami stop di satu tempat perhentian untuk berehat, makan, buang air dan yang penting kami dihidangkan dengan lukisan yang sangat cantik dan kreatif yang dilukis oleh rakyat vietnam yang kurang upaya. Terpegun aku sekejap dengan kretiviti mereka ini. Mereka buka melukis menggunakan pencil / water color tetapi mereka menggunakan benang yang pelbagai warna. Tenunan yang halus ini amat luar biasa cantiknya namun harga yang dijual adalah sangat mahal dan tidak mampu bagi aku yang warga marhein ini untuk membelinya.

Sebahagian lakaran dan tenunan yang dibuat.

Gambar ini boleh mencecah RM4000.00 tidak termasuk frame...fuhhh

Akhir nya pada pukul 12 tengahari kami sampai ke destinasi Halong Bay dan telah berkumpul di Tuan Chau International Marina. Di sini anda bolehlah pergi ke toliet siap-siap. Ini kerana apabila berada didalam cruise tempat untuk membuang airu amat sukar sekali, So kurang-kurangkan minum air yer.


Disini lah pintu masuk untuk menaiki cruise dan menagmbil tiket. Kami tidak perlu berbuat demikian kerana ini semua termasuk dalam pakej yang telah kami bayar cuma menunggu arahan seterusnya dari mereka.

Ini adalah tiket untuk menaiki cruise dan menjalankan aktiviti-aktiviti lain.

Suasana di jeti Halong Bay

Ini lah cruise kami. Walaupun tidak mewah namun ianya amat selesa dan cantik sekali. Kalau mahu yang mewah, ongkos mesti lebih lah...
Antara menu-menu yang terhidang untuk lunch. 

Mereka memang tidak sediakan menu untuk orang muslim. Kami hanya makan kentang goreng, sayur dan buah yang agak sahih kehalalanya TETAPI minyak apa yang dipakai yer....terfikir sejenak. emmm....

Makanan yang lain hanya telan liur jer lah.

Jom tonton suasana di ruang makan dalam cruise


Ini adalah pemandangan dari luar cruise...jom tonton

Salah satu yang menarik padangan adalah "Kissing rock"




Aktiviti menaiki perahu dan kayak.

Selain menaiki cruise, kami dibawa ke satu tempat khas untuk merasai naik perahu yang didayung oleh seorang wanita vietnam. Aktiviti kayak ada disediakan untuk pelancong yang pandai dan mahir mengemudi dalam mengemudi  kayak tersebut.

Bagi kami yang tiada kemahiran untuk berkayak disediakan perahu ini untuk menyusuri lautan yang dikelilingi oleh bongkahan batu-batu yang besar. Oleh itu, pengaliran air dikawasan ini adalah agak tenang tanpa ombak dan lebih selamat. Kami digalakkan memakai baju safety first untuk keselamatan bersama. 


Suasana tempat menaiki perahu

Ditengah-tengah lautan. Memakai baju keselematan bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

Bergambar didepan cruise sebelum bergerak ke lokasi yang seterusnya.

Ini adalah suasana jeti dimana tempat aktivi menaiki perahu dan kaya dilakukan.

Gua Thien Cung

Merupakan gua yang paling popular dan cantik di Halong Bay yang terletak di Dau Go Island. Ia terbentuk dari beribu-rabu tahun dahulu dan didalamnya banyak dipenuhi oleh stalacmites dan stalactites.

Memasuki ke gua ini umpama macam mendaki bukit. Sebelum sampaike pintu gua, kami perlu menaiki beberapa anak tangga sehingga ke level 3. Justeru itu dinasihatkan supaya memakai kasut yang bersesuaian apabila datang ke sini.

Gambaran map - menunjukkan perjalanan dari bawah sehingga ke puncak.

Perjalanan pun bermula

 Level yang ke 3. Bergambar dahulu sebelum masuk.

 Suasana didalam gua
Didalam gua - pelbagai bentuk batu yang wujud dan banyak berupa binatang, orang dan alam.

 Sehingga lah kami sampai ke puncak dan ini lah pemandangan hasil dari pendakian tersebut

Lagi view di puncak.

Video - semasa turun dari gua