Day 3
Breakfast di Restoran Farida Fartonee
Hari ini adalah hari yang ke-3 aku di bandar Bangkok. Banyak tempat yang akan kami explore sekejap lagi tapi sebelum itu misi untuk breakfast adalah keutamaan kami. Kami plan untuk breakfast di Restoran Farida Fartonee yang terletak berdekatan dengan Masjid Darul Aman
Untuk ke Restoran ini, kami menaiki BTS Sala Daeng dan stop di Station Ratchathevi. Sebelum itu kita perlu transit di station Siam dan mengambil BTS Sukhumvit line.
Jom friends.....kita start the journey
Kami menuju ke Station BTS Sala Daeng dengan melalui lorong malam tadi. Siang hari suasana memang tenang dan selamat untuk di lalui kerana tiada sebarang aktiviti yang meragukan dijalankan.
Dari station BTS Sukhumvit ke restoran Farida Fatornee tiada lah jauh sangat jalan kaki. Hanya mengambil masa 5 minit sahaja. Oleh kerana kami sampai awal, restoran tersebut belum menyediakan apa-apa makanan untuk kami breakfast.
Makcik tu cakap mereka tidak menyediakan makanan untuk breakfast, hanya untuk lunch sahaja. Dia bagitahu, di depan tu ada masjid. Kat situ banyak makanan halal disediakan. Masjid tu terletak di soi 7. Baik kamu semua pergi cari makanan kat situ (slang melayu siam)
*Soi = lorong
Lorong untuk ke Masjid Darul-Aman
Kami ikut jer cakap makcik tu.Untuk ke soi 7 tiada lah jauh mana pun tapi area sini memang berlambak restoran halal. Kamu boleh pilih restoran mana yang kamu nak cuma sedap ngan tak jer lah.
Sempat berposing depan masjid.
Lain kali kalau nak datang bangkok better cari hotel kat area sini. Kurang lah sikit rasa was-was dan ragu-ragu tu terutama bab makan.
Soi 7
Ini lah dia Soi 7 tu. Kiri kanan depan belakang ada jual makanan halal tapi tinjau punya tinjau restoran farida juga yang kami makan. Sanggup tunggu dorang masak tu...
Restaurant Farida Fatornee
Bila kami masuk sekali lagi makcik tu cakap tunggu lah sekejap. Nasi dah masak cuma tunggu lauk jer. Tak lama dah. Kejap lagi masak.
Kami ikut jer cakap makcik tu. Seperti biasa kami order air terlebih dahulu sementara menunggu makanan siap di masak. Around 20 minit kami menunggu, makanan pun siap di masak. Terus kami terjah dan makan tapi tak boleh masuk sangat sebab dah kenyang dengan air...huhu tak berbaloi menunggu lama.... makan nya sikit saje.
Let's go! Where of our next destination? Jeng jeng...
Plan kami ialah ke Magic Art Museum yang terletak di dalam MBK Mall. Untuk ke MBK Mall, anda perlu turun di station BTS Siam dan hanya jalan kaki 7 minit sahaja untuk sampai di MBK Mall. Daripada info yang aku dapat, Magic Art Museum ni terletak di tingkat 7 tapi cari punya cari tak jumpa. Tiada pilihan lain kami terpaksa bertanya kat counter information. Terjawab lah segala nya di sini. Magic art museum rupanya dah pindah. Kat mana? Aku pun tak tahu sebab dorang pun tak tahu kemana pindahnya. Terkubur satu mission kami.
Ada lagi satu plan yang kami kena ganti iaitu ke musium patung lilin atau Madame Tussauds. Terletak di dalam bangunan shopping complex Siam Paragon, 4th. floor. Ok jom kita cari kat mana Siam Paragon ni.Aku ingatkan Siam Paragon ni terletak jauh dari MBK Mall, rupa-rupanya sebelah jer. Takde lah kami menapak menaiki train bagai cuma cross jalan dengan melalui jejantas yang disediakan.
Siam Paragon
Jejantas untuk ke Siam Paragon
Ta daaa...dah sampai di Musium patung lilin.
Madame Tussauds ialah musium yang di bina khas sebagai lambang memperingati tokoh-tokoh terkemuka dan popular yang terdiri dari pelbagai bidang dan kemahiran masing-masing. Tokoh-tokoh tersebut di perbuat daripada lilin yang 99% menyerupai pemilik tokoh itu sendiri. Ianya di kenali sebagai patung lilin dan terbuka kepada semua visitors untuk datang dan melihat sendiri secara dekat.
Tiket masuk untuk ke Madame Tussauds ini agak mahal sedikit iaitu seratus lebih sorang. Pada mula nya kami teragak-agak untuk masuk memandangkan harga nya agak mahal tetapi oleh kerana memang ada peruntukan untuk ini so kami meneruskan juga usaha untuk masuk dan melihat apa yang ada kat dalam.
Jom kita tengok dengan siapa kami bergambar....
Mahatma Ghandi...seorang tokoh politik di India
Tokoh politik China yang termasyur
Mendiang Puteri Diana
Puteri Diana
Barrack Obama - Presiden Amerika Syarikat
Tun Dr Mahathir Mohamed
Tiba-tiba rasa malu dok sebelah David Berkham
Muhammad Ali - pemain tinju
Michael Jackson
Oprah
penyanyi antarabangsa indonesia - Anggun
Angelina jolie
Time schedule to watch 4D cinema
Yg ni free sb termasuk dlm harga tiket.
China world
Perjalanan diteruskan ke China World semata-mata ingin membeli kain pasang. Oleh kerana tiada stesen Mrt yang terdekat, kami ambi keputusan untuk menaiki grab. So aku selaku ejen kat situ (volenteer ambi tanggung jawab hihi) terus booking grab.
Memandangkan jalan yang agak sesak, grab sampai agak lambat sikit iaitu lebih kurang 20 minit. Dari siam paragon ke China World hanya memakan masa 15 minit sahaja by car.
China World adalah sebuah bangunan 5 tingkat dan setiap tingkat di penuhi dengan fabrik yang berqualiti dan berlainan jenis. Anda boleh pilih inginkan kain yang macamana. Harga yang ditawarkan adalah berpatutan dengan kain yg hendak di jual. Kalau harga yang mahal sudah tentu kain nya adalah berqualiti. Di sini juga di jual lace yang pelbagai design dan bentuk. Boleh pilih design apa yang suka. China world ini ibarat gedung kain seperti kamdar dan jakel.
Aku upload beberapa keping gambar untuk tontonan kita bersama...
Posing dihadapan bangunan Chinaworld Bangkok
Pelbagai jenis fabric yang ada dan terhidang di depan mata...tinggal untuk pilih sahaja.
Pilih...pilih...
Kiri kanan dipenuhi dengan kain yang pelbagai jenis dan warna...kelabu mata di buat nya
View didepan bangunan China town...