"Sedikit dan mencukupi adalah lebih baik daripada banyak tetapi melalaikan "

You Don't Have To Be Rich To Travel Well

Trip to Cameron Highland - Day 2

 5 April 2015  

Hari yang ke 2 kami di CH...sebelum check out, kami beli bfast dahulu dan makan beramai2 Kat Apartment. Baru rasa cam fun sikit...setelah selesai urusan checkout, kami meneruskan lawatan ke ladang teh. Tempat yang wajib pergi apabila sampai di CH

Kami singgah di ladang teh Cameron Valley sambil menghirup udara pagi yang nyaman. Pelbagai jenis teh di jual kat sini seperti black tea, white tea, green tea, flavoured dan herba...cenderamata pun ada di jual. Kat sini juga di sediakan cafe dan tempat makan. Tapi sebelum tu, kita cuci mata dahulu dengan melihat pemandangan ladang teh yang menghijau nun jauh di sana....jom2....hati2 turun ke bawah yer...agak curam juga laluan untuk ke ladang teh....

Ladang teh Cameron Valley...di depan ni ada di sediakan parking tapi biasa nya full. Jangan risau...di sebelah ladang teh ini ada di khas kan parking untuk pelawat....parking lah berapa lama yg anda mahu.


Tu dia ladang teh yg menghijau...di kejauhan kelihatan amat cantik sekali di tambah lagi dengan deretan pokok teh yg tersusun indah...amat cantik pada pandangan mata kasar ku....

Lagi ladang teh....bagaikan bentangan permaidani

Tak lengkap kalau tak bergambar...

Hati2 yer...tangga curam tu

Ambi dari atas...konon nya susah untuk turun. Lagi2 kalau ada budak....


Nampak tak sapa yg terlebih seronok?


Teruja kejap...

Ini memang nampak sapa yg seronok sebenarnya....haha

Budak2 memang susah nak bergmbar...

"Kuch kuch hota hai..."kata nya lahh....


Gambar daun teh dari dekat...

Bersendirian lagi baik...konon nya nak cari ilham 


Cantikkan....? Ciptaan Allah tiada bandingan

Niat hati nak sampai nun jauh di sana tapi apakan daya...

Nazrin & son....kat situ jer boleh turun.....nak gi jauh, gayat katanya....haha kata kampung boy

Rehat dan rilek jap selepas penat menuruni dan mendaki bukit....makan kat cafe yang di sediakan


Lawatan ke Museum Time tunnel - nostalgia barang2 lama

Time tunnel musium dibina oleh orang perseorangan khas untuk mengimbas kembali barang2 lama dari tahun 50an hingga 90an. Banyak barang2 antik yang tak pernah kita jumpa ada di situ. Barang2 tersebut di jaga dengan baik dan masih boleh di guna pakai sampai sekarang tapi nak ke kita guna di zaman sekarang ni...??? Sekadar hiasan jer lah

Aku memang suka tengok barang2 lama ni....konon nya boleh imbas kenangan masa zaman kecik2 dahulu...wahhh..rindu nya saat itu huhu. πŸ˜­πŸ˜™

Fee untuk masuk ke sini ialah rm 5 untuk dewasa dzn rm3 untuk kanak2. Sah2 lah tempat ni tak sesuai untuk budak2. Dorang mana pandai nak menilai keantikkan barang tersebut. Tak apa lah yg penting dorang tak meragam...

Jom...kita tgok gambar2 yg saya telah hidangkan di bawah ni....πŸ‘£

Pintu masuk ke Time tunnel...

Welcome to time tunne

Masuk2 jer di sambut oleh pakcik ni...πŸ‘²

Meja, kerusi dan alat2 yang di pakai kat dapur masa dulu...

Radio zaman jepun dlm citer p ramlee....sargent hassan

Susu pekat milkmaid

Kuda yg di perbuat drp kayu...

Bergambar beramai2 dalam time tunnel....





Ic lama...aku sempat lihat ic ni pada masa arwah ayah ada....masa tu aku kecik2 lagi...nostalgia betul lah

Penimbang berat

Macam2 barang antik ada....korang tengok lah sendiri. Tak larat nak cakap satu2

Susu baby dan yg warna oren tu bekas utk letak ais batu...dulu2kan mana ada peti ais. Mestilah setiap umah ada benda ni.

Dapur kayu...aku pernah merasa jerik perik semua ni....

Almari dapur....sekarang dah ada kabinet dapur

Telefon antik...

Gelas2 antik....aku sempat lagi guna gelas ni

Gerai makan dulu2...

Tempat makan...

Ada ruangan khas tempat Main mahjong....makk olok2....

Aksi jer lebih...main bukan pandai pung...

Pasar Keam Farm CH

Untuk sampai ke sini memang mencabar akal dan minda. Jem terukk weeiii...nak muntah hijau rasanya. Jalan untuk ke situ agak berbukit dan sepanjang jalan kereta mmg padat. Di tambah lagi dengan keadaan cuaca yang agak panas ...amat merimaskan...huhu...

Akhir nya sampai lah juga kat pasar tu...kiri kanan jalan semua penuh dengan kereta parking. Nak tak nak kami terpaksa masuk parking yg di khas kan kepada pelawat yg datang...parking kat sini memang bermasalah dan bahaya sedikit kerana laluan nya betul2 berada di bawah dan jalan agak curam. Kalau kereta auto takde masalah tetapi kalau kereta manual kena hati2 sedikit kerana semasa hendak ke luar parking, jalan untuk naik ke atas agak meninggi sekali...

kami pernah meghadapi maslah semasa menaiki parking. Kereta depan tidak lepas untuk naik ke atas. Statik kat tengah2...kami yang berada di belakang terpaksa reverse ke belakang untuk memberi laluan kereta depan untuk undur. Nasib baik ada ruang untuk reverse...kalau tak naya kereta kami kena hempap dari depan....fuhhh...fuhhh. sah2 kete depan kami tu manual...

Kalau guna kete manual ada cara nya untuk kita menaiki jalan yang curam...masuk gear 1 dan tekan minyak. Jangan lepas dan jgn cuba nak berhenti kat tengah2 jalan yang curam tu...

Terdapat pelbagai jenis produk ada di sini. Bukan setakat sayur-sayuran sahaja tetapi juga ada jual pakaian, baju, tshirt, bantal, selipar, kasut, beg2, cenderahati, gift dan fridge magnet. Pokok2 nursery, madu, buah-buahan dan pelbagai jenis kordial pun ada di jual....kami tidak lepaskan peluang beli jagung..

Suasana kat pasar kea farm... sewaktu kami sampai jam menunjukkan pukul 12 tghari.....

Kiri dan kanan jalan terdapat lot2 kedai dan gerai jualan. Pelbagai pilihan...naik syok pula aku sebaik tiba kat sini...

Gerai2 buah-buahan ada di sepanjang jalan...tinggal larat ngan tak larat jer kami dan beli dan bimbit buah tu....

Sebahagian buah-buahan yang dj jual....



Cameron Lavender

Di buka pada tahun 2013, terletak di Brinchang dan betul2 di tepi jalan untuk ke simpang pulai...tempat ini adalah salah satu taman yang menjadi tarikan pelancong dan di galakkan datang ke sini untuk melihat pelbgai jenis bunga yang menghiasai taman tersebut. Apabila masuk ke dalam ni, kita akan merasa berada ala-ala oversea gitu terutama waktu  musim bunga ...hihihi....

Fee untuk masuk ke sini ialah rm5 bagi dewasa dan rm3 untuk kanak2...amat berbaloi dengan apa yg di hidangkan...setiap sudut kawasan di dalam taman ini sesuai untuk bergambar dan cantik sahaja pada pandangan mata. Terdapat juga wishing love lock khas untuk pasangan yang ingin pasang niat supaya hubungan nya berkekalan. Dan lock mangga ada di jual dengan harga Rm9/satu tapi kita org islam memang di larang dari melakukan perkara seperti ini. 

Di tingkat atas pulak ada taman bunga daisy dan di jual dengan harga rm2 sekuntum. Juga terdapat kebun strawbery yang boleh di petik sendiri dan di jual dengan harga rm10 untuk 200 gram. Kat sini ada kolam ikan dan buaian. Amat sesuai untuk kanak2...Agak leka sikit bila kami sampai kat bahagian atas ini....

Pintu masuk...

Di luar lavender

Bergambar beramai2 di depan kereta antik didalam taman lavender...

Bunga2 kembang mekar....






Bunga daisy rm2/kuntum....

Laju...laju...buai ku laju 🎢🎀🎡....

Cendawan raksasa....

Pelbagai jenis ikan boleh di lihat dan boleh juga di makan

Oleh kerana masa kat sini sudah menghampiri ke petang, kami mengambil keputusan untuk pulang ke destinasi masing2. Kali ini, kami balik ikut jalan simpang pulai. Jalan nya tiada lah bahaya sangat tetapi agak jauh sedkit berbanding jalan ikut Tapah....Apa2 pun drive carefully itu adalah yang paling penting.

Sebelum exit Simpang pulai, kami menjamu selera beramai2 untuk mengalas perut. Tak ada lah lapar sangat semasa dlm perjalanan balik nanti....so kami singgah di sebuah restoran yang terletak dekat ngan tol exit simpang pulai. Makanan nya amat sedap sekali mybe kami kelaparan kut sb tak sempat nak lunch untuk tghari tadi...

Menunggu menu sampai....

Begitu selera sekali kami makan huhu....apabila kita dalam keadaan lapar, baru kita akan merasai nikmat sedapnya makanan yg kita hadap walaupun sekadar dengan ikan masin.... yer takk? 

Selepas makan, kami membawa haluan destinasi masing2....dan pulang ke rumah dengan penuh senyuman dan kepuasan....banyak memories yang telah kami lakar kan walaupun hanya 2 hari 1 malam shj percutian.... another trip..... will be coming soon.

Plan the smart travelling....you can feel at last ending....because memories within always around you...