"Sedikit dan mencukupi adalah lebih baik daripada banyak tetapi melalaikan "

You Don't Have To Be Rich To Travel Well

Kelantan ~ Persisiran pantai Melawi dan pantai Irama Bachok

Satu lagi perairan pantai di kelatan yang boleh di kunjungi ialah pantai Melawi. Terletak di Daerah Bachok dan jarak dari bandar KB hanyalah 25 km shj. Amat berdekatan dengan pantai Tok Bali dan daerah Besut. Ianya amat sesuai untuk sesiapa sahaja terutama yang berkeluarga atau berkumpulan yg ingin kan ketenangan dan hirup udara yang nyaman terutama di waktu malam. 

Disediakan banyak homestay / resort untuk di jadikan penginapan dan kebanyakannya berlatar-belakangkan suasana kampung yang jarang2 sekali di rasai oleh orang yg tinggal dibandar. Peralatan untuk barbi-Q, bercamping, bangsal berteduh, bersantai dan buaian juga di sediakan. View di waktu malam mmg menakjubkan...

 Arah papan tanda untuk ke Pantai Melawi ~ hanya 1/2 km jer dari signboard ni untuk sampai ke pantai. Arah ke kanan ialah persisiran pantai melawi yg sejauh 25 km utk smpai ke tok bali (end point). Sepanjang perjalanan di persisiran pantai ini , kita berpeluang melihat keindahan pantai dan  deretan2 homestay yg di sediakan.

View pantai Melawi ~ kelihatan bot dan peralatan menangkap ikan kerana tempat ini khas utk nelayan2 menangkap ikan

View waktu petang nak ke senja...

Begitu cantik ciptaan Allah... suasana yang tenang dan mendamaikan...

View ni di ambil di sepanjang persisiran pantai ~ buaian juga di sediakan

View pantai di waktu petang...

Tempat barbi-Q di sediakan khas kepada yang menginap kat homestay....

Tempat rehat dan relaks...

Antara bangsal2 yang di sediakan untuk para pengunjung berteduh dan merehatkan badan...amat unik dan klasik

Laluan sepanjang jalan di persisiran pantai melawi...

Pantai Irama Bachok

Pantai Irama terletak di dalam Daerah Bachok dan merupakan tempat kunjungan utama penduduk Daerah Bachok dan juga penduduk Negeri Kelantan khususnya.
Terdapat pelbagai infrastruktur yang disediakan dikawasan pantai seperti gerai jualan, tandas awam, surau, wakaf, tempat letak kerata yang sistematik, dataran, tempat menyalin pakaian dan taman permainan kanak-kanak.
Pantai ini menghadap Laut China Selantan dan telah ditambak bagi mengelakkan hakisan dari berlaku. Sering dikujungi pada hari minggu (Jumaat dan Sabtu). Seringkali dijadikan tempat mengadakan pesta dan pelbagai acara keramaian. Terletak disepanjang laluan utama Bachok – Kota Bharu.
Lokasi
Terletak di pinggir Bandar Bachok., kira-kira 20 km dari Kota Bharu melalui jalan tempatan Kota Bharu-Tawang-Bachok (D5) yang mengambil masa kira-kira 30 minit.
Pintu masuk utama pantai irama....

 Keindahan pasir pantai irama

 View yang indah dan amat sesuai untuk pengunjung yang berkeluarga kerana banyak aktiviti yang boleh di lakukan di sini terutama pada waktu petang...

  Disediakan juga tempat mainan kanak2...

 Nice view 

Sebahagian gerai2 jualan yang boleh di dapati di pantai ini. Tidak di nafikan banyak lagi gerai2 yang di buka untuk pengunjung terutama pada waktu petang. Amat meriah sekali kerana terdapat banyak gerai yg menjual pelbagai jenis makanan dan barangan yang berkaitan.

Masjid ini terletak betul2 di pintu masuk ke Pantai irama so jangan jadi alasan untuk tidak solat jika berkunjung ke sini...

Kelantan ~ Pantai bisikan bayu

Terletak dalam jajahan pasir puteh, daerah Semerak dan berdekatan dengan pantai Tok bali (lebih kurang 10 km ).Pantai Bisikan Bayu, juga dikenali sebagai Pantai Dalam Rhu, hanya 50km dari bandar Kota Bharu yang memakan masa 45 minit sahaja. 

Di sekitar kampung Semerak, bayu lembut melambai pohon cemara yang berbaris di sepanjang pantai, menghasilkan bunyi gemersik, yang menurut penduduk tempatan, bunyinya seperti bisikan yang menenangkan.

Aktiviti meluncur boleh dilakukan pada masa tertentu setiap tahun, dan peluncur angin akan dapat meluncur semasa musim Monsun Utara-Timur dari bulan November hingga April.

Namun tiada apa dapat menandingi nikmat berehat di bawah pepohon cemara, merenung jauh ke laut, mendengar deruan bayu laut dan menghirup air kelapa sejuk.








 Panduan Perjalanan


Menaiki Kereta / Teksi / Bas

Ikut lebuh raya Kota baru - Pasir puteh sejauh 40km untuk sampai ke bandar  Pasir Putih. 
Dari bandar pasir puteh ke Pantai Bisikan bayu sejauh 15 km dan around 20 minute to arrive....

Boleh juga melalui Kuala besut yang jaraknya tak sampai 10 km dari bandar besut to pantai semerak @ bisikan bayu



Map ~ Location Bisikan bayu beach



Pemandangan pantai di waktu petang...


Jalan masuk ke pantai


Penjaja menjual hasil jualannya seperti jagung bakar, satar, keropok lekor, buah- buahan dan pelbagai jenis air


Ini adalah resort Tok aman Bali yang memang terletak di pantai Bisikan bayu. Resort yang moden, besar, selesa, cantik dan di lengkapi dengan wifi internet. Di dirikan betul2 di hadapan pantai bisikan bayu dan separuh daripadanya resort ini berada di atas air / kuala. Amat sesuai kepada pengunjung yang meninginkan suasana sunyi dan jauh dari hiruk pikuk bandar...


" Jadi yang lembut itu hati, yang tipis itu benci, yang tebal itu iman, yang tajam itu akal, yang baik itu sifat, yang manis itu senyuman "

Kelantan ~ Tok Bali

Assalamualaikum....

Coretan aku pada kali ini berkenaan Tok Bali yang merupakan salah satu tempat tarikan utama pelancong samada dari dalam dan luar negara. Terkenal sebagai tempat pelabuhan ikan yang terbesar di negeri Kelantan di samping keindahan persisiran pantai yang terbentang luas mengadap laut cina selatan. Tidak lupa juga, Tok bali  terkenal sebagai  tempat untuk memancing di kalangan kaki pancing terutama pada waktu malam.

Terletak di dalam daerah Pasir puteh yang bersempadan dengan daerah Bachok dan berdekatan dengan daerah Besut Terengganu. Hanya 10 km sahaja untuk sampai di Kuala Besut dan 40 km untuk ke Bandar Kota Bharu.

 Kapal ini merupakan lambang utama Tok Bali. Terletak di tengah2 persimpangan di antara Pasir puteh dan Bachok



Jambatan Tok bali yang menghubungkan penduduk pasir puteh ~ bachok untuk ke Kuala besut terengganu. Di atas jambatan ini lah para kaki pancing meluangkan masa untuk memancing sambil menghirup udara segar di waktu malam.


Mercu tanda Tok bali ~ berdekatan dengan jambatan dan jeti perikanan


Pasar tok bali ~ menjual pelbagai jenis ikan segar yang baru di tangkap dari laut. Di samping ikan banyak lagi barang lain yang boleh di dapati di sini seperti sotong, udang, ketam, sahur-sayuran, keropok dan ikan masin.



Jeti perikanan ~ di jadikan tempat bot2 ikan berhenti dan membekalkan ikan2 segar kepada penduduk tempatan

~PANTAI TOK BALI~


Nice view


Tok bali beach ~ pantai yang menjadi kunjungan utama pelancong smada dari dalam dan luar negara


Pantai tok bali ~ cantik dan mendamaikan


Deretan kedai makan yang menjadi keselesaan dan kesenangan kepada pengunjung untuk mendapatkan bekalan makanan





" Bila ada orang cuba membetulkan kesilapan kita, jangan pula kita merasa terhina ataupun malu...kadangkala itu adalah cara Allah untuk mengingat dan mengajar kita bagaimana cara2 untuk jadi yang terbaik"

Day 4 ~ last day at Beijing

Hari yang ke 4 di beijing merupakan hari terakhir kami di Bumi China ini. Namun begitu banyak lagi tempat yang akan kami lawati memandangkan flight kami pada pukul 12 tgh mlm ini. So hari ini Lily akan membawa kami ke "Stadium national Olympic sport centre", Melawat stadium Bird Nest, Masjid Niujie dan Shopping.

Seperti biasa pagi2 lagi kami sudah bangun untuk kemas dan packing barang2 yang belum settle pada malam tadi. Selepas breakfast ala kadar, kami mengangkut semua beg2 untuk di bawa ke lobby dan check out. Sambil menunggu Lily sampai, kami risik2 tentang barang2 yang di jual di luar hotel. Setelah proses tawar menawar berlangsung, akhir nya kami membeli 30 biji beg ( boleh letak telekong) dengan harga 100 yuan dan 15 beg bunjut.

Emmm...kira murah lah tu.


Berposing di stadium olympic sport centre


Ingatkan kat sini kami sekadar tengok2 dan melawat sahaja tetapi kami di kehendaki masuk bilik khas untuk dengar taklimat berkenaan jade dan kristal. Adoyaiii....stress rasanya. Nak tak nak, aku tadah juga lah telinga ni untuk mendengar nya walaupun hati banyak memberontak.

Yang aku boleh katakan kat sini, diaorang ni (rakyat china) memang perlakuannya agak kasar sedikit. Semasa proses taklimat berlangsung, seorang anak kecik (masih menyusu) merengek dan menangis tanpa henti...puas di pujuk oleh umminya namun tidak berkesan. Tiba2 penceramah itu melontar satu objek ke arah budak tu 

and said " for you baby...don't cry again"  

kononnya sebagai mainan nak memujuk supaya tidak menangis...pada awalnya kami semua terkejut tetapi last2 kami ketawa berdekah-dekah sampai kuar air mata..hahaha....niat yg baik tapi caranya agak kasar sedikit

Gambar yang sempat aku snap ~ display only



Intenary seterusnya ialah ke tempat pemprosesan tea. Orang kata China juga merupakan pengeluar utama tea yang sedap dan berkualiti. Kali ini, Lily membawa kami ke kedai Dr Tea yang terletak di Chinatown. 

Masuk jer kami di sambut oleh pelayan2 yang terlampau ramah sehingga merimaskan. Kami di bawa ke dalam satu bilik dan di beri minum tea untuk testing rasa. Ada 6 jenis tea yang berlainan rasa dan masing2 ada khasiatnya nya tersendiri. Harga setiap paket memang mahal. Boleh mencapai 200 @ 300 yuan...tapi diaorang ni pandai. Konon nya kita boleh dapatkan harga lebih murah dan akan dapat free one set cawan, jika beli satu set tea. Satu set tea ini di dalam nya ada 5 jenis paket yang berlainan rasa...

Tanpa berfikir panjang, kami 5 orang bersepakat untuk membeli satu set dan masing2 mengambil 1 paket tea setiap seorang. Aku memilih untuk mengambil satu paket tea yang khasiatnya boleh kurangkan kolestrol dan gout dengan harga Rm100. still aku rasa mahal lagi tapi demi kawan2 aku relakan jua membeli nya. Lagi pun tea ini, akan aku bagi kepada abang aku yg ada penyakit gout.


Seterusnya kami membuat lawatan ke Bird Nest (Stadium sarang burung) tetapi sebelum tu, kami singgah sekejap membeli belah  di sebuah kedai yang berdekatan dengan stadium. Kedai ini agak tertutup sedikit kerana pintu depan nya terletak di bahagian belakang. Kalau datang sendiri, confirm tidak menjangka kan dekat area ini ada kedai jualan.

Dari jauh kelihatan cadar, sarung tilam dan bantal di jual. Aku sudah mula teruja. Sebaik melangkah masuk...keterujaan ku semakin bertambah. Apa tak nya, barangan yang di jual semua nya  memenuhi keinginan ku seperti T-Shirt, pakaian, barnagan aksesori dan cenderahati, fridge magnet, key-chin, alas meja, beg dan kasut...Yang aku terkilan sikit kat sini ialah cadar kat sini jauh lebih murah dari yang aku beli kat hotel semalam....adooi menyesal rasanya...Untuk hilang stress, aku beli lagi satu cadar kat sini dengan harga120 yuan jer...

Pintu masuk stadium

Bird Nest Stadium di buka pada tahun 2008 khas untuk  kegunaan pada musim panas sukan Olimpik dan Paralimpik dan sekarang di jadi kan tempat tumpuan utama pelancong dari dalam dan luar negara. Design nya amat menarik perhatian kami sehingga sanggup berjalan jauh semata2 ingin mengambil gambar secara dekat berlatar belakang kan stadium...Bagi aku buat apa datang jauh2 kalau kita tak nak grab peluang yang ada...betul tak???


Sebaik sahaja kaki melangkah ke ruangan stadium, hari aku terdetik bahawa di saat dan tika ini...aku betul2 berada di kawasan Satu dataran luas yang di penuhi oleh orang ramai dan peniaga. Di kejauahan, kami dapat melihat satu bentuk Stadium yang begitu indah dan unik rekabentuknya yang kerap kali aku tengok di mana2 dalam internet / blog. Secara automatik kaki kami melangkah menuju ke stadium untuk melihat secara lebih dekat...

Berlatar belakang kan stadium bird nerst

Untuk memasuki nya...memang tidak di benarkan dan hanya bergambar di luar sahaja. Ini kerana pada waktu ini, stadium di tutup buat sementara waktu. Aku agak kecewa dan hampa sedikit namun begitu kami happy / seronok / enjoy kerana dapat meneruskan aktiviti bergambar seperti yang di idam2 kan sekian lama

posing sorang2...

keseronokan kami hanya sekejap cuma. Tiba-tiba sahaja kedengaran orang menjerit dan lari...kami yang syok bergambar terus terhenti dan berlari tanpa mengetahui punca nya...suasana agak kelam kabut. Rupa2 nya diaorang lari daripada angin yang bertiup  kencang dan kuat.Suasana dah agak gelap dan mendung...bila2 masa sahaja hujan akan turun. Untuk mengelak daripada basah dan angin kencang, kami terus berlari bersama2 dengan orang ramai. Aku rasa kat sini, angin yang bertiup agak luar biasa kuat nya. Sambil berlari sambil baca apa2 yang patut untuk berlindung dan berdoa kepada Allah supaya di jauhi daripada perkara2 yang tidak di ingini...Tercungap-cungap kami sampai didalam bas dengan dengan baju yang lembab terkena hujan...huhuhu..Alhamdulillah selamat semuanya. 

Dalam perjalanan ke tempat lunch...sempat snap view kota beijing

Reka bentuk bangunan yang begitu cantik dan mencuit hati ku untuk snap gambar. Laluan untuk ke restoran

Kami lunch di Xin Jiang Red Rose Restaurant 

Kami makan tengahari di Restaurant halal yg terletak di North Chaoyang, Beijing berdekatan dengan complexs sport. Apa yang menjadi confius bagi aku, restaurant ini bercampur dengan non halal food dan jualan arak menjadi produk utama mereka. Bagi aku, restaurant ini hanya menjadi kesucian halal itu dari segi makanan sahaja. Lain2 perkara seperti alatan / bekas memasak tidak di ambil kira.

Walaupun perkara seperti ini kami amat titip beratkan semasa berada di Malaysia tetapi tidak apabila kita berada di negara orang yg majoritinya bukan islam. Amat mustahil untuk kita meneliti satu persatu, bagi kami apa yg penting setiap makanan yg di hidang adalah halal dan bersih. 

Makan harus di teruskan walaupun hati ku was2...

Antara menu2 yg di hidangkan ~ telor goreng, tauhu, ayam, ikan dan sayur goreng....tomyam pun ada

"Ini lah bas yang membawa kami sepanjang berada di Beijing...." bagitahu Fazuri

Tanda arah Masjid Nueji

Selepas lunch, kami solat Zuhur di MAsjid Nueji. Pada awal nya, lily tak mau bawa kami solat kat masjid ni....katanya jauh dan ambil masa 30 minit untuk sampai. Lagipun masa tidak mencukupi untuk ke tempat lain dan shopping. Tetapi kami terutama kakak2 dan abang2 yg sama group dengan kami berkeras untuk solat di sana. Katanya, masjid Nueji ini adalah masjid yang tertua di Beijing dan masih dijaga dengan baiknya oleh minoriti org islam di sana...lagi pun Masjid ini ada sejarahnya tersendiri.


Papan tanda di pintu masuk masjid



Latar belakang dan sejarah penubuhan Masjid Nueji



Bergambar di dalam kawasan masjid ~ terpegun dengan rekabentuk dan ukiran bangunan yg berasaskan budaya China dahulu kala


Di sediakan Tandas untuk tetamu yg datang berkunjung....

Tandas dan tempat wuduk di asingkan. Kelihatan amat bersih dan terjaga sekali. Mereka menyambut kami dengan senyuman dan boleh cakap melayu walaupun tidak berapa fasih.

 " tempat wuduk di sini" kata mereka dengan pelat dan sukar di fahami

Ruangan solat untuk lelaki dan perempuan di asingkan. Kami bukan di pisahkan oleh tabir / kain hadang / gate tetapi oleh bangunan. Ruangan solat Lelaki terletak di bangunan yg berada di depan pintu masuk manakala ruangan solat untuk perempuan terletak di bahagian belakang sekali...pada mulanya, jenuh juga kami mencari arah pintu masuk tetapi nasib baik mereka menunjukkan arah jalannya...

Sebaik sahaja melangkah masuk ke ruangan solat, kami di kejut dengan perkataan " lompat...lompat...jangan pijak...lompat....lompat...jangan pijak" suara itu di lontarkan dengan nyaring oleh seorang makcik yg menjaga kawasan itu...Pada mulanga kami tak faham apa yg di katakan sebab bahasa melayu nya amat pelat sekali. Aku ingat dia marah dan tak bagi solat rupanya dia tak bagi pijak permaidani / sejadah yg di khaskan untuk sujud. Allahuakbar!..begitu sekali dijaga nya rumah Allah ini...

Selepas solat, kami bergambar beramai2 di dalam kawasan masjid untuk di jadikan kenangan sepanjang hayat....

Sebahagian bangunan yg berada di kota beijing

Bangunan kedutaan~siap ada guard lagi

Shopping kompleks yang akan kami terokai sekejap lagi.

Selepas solat, last aktiviti kami ialah shopping...wahhh seronoknya. Ini yang kami tunggu2 selama ini. Tetapi keseronokan kami sekejap sahaja kerana tempat shopping yg di bawa oleh Lily bukan tempat yg kami idam2 kan. Lily telah membawa kami mengunjungi satu shopping kompleks yang menjual pelbagai jenis barang yang branded buatan China.

Bangunan shopping kompleks ini terdapat 5 level. Setiap level dikhaskan untuk menjual barangan yg tertentu sahaja seperti kasut, handbeg, pes, pakaian wanita, pakaian lelaki, pakaian kanak2, toys, t-shirt, sarung bantal, cadar, alas meja, pelbagai jenis jam, lukisan, aksesori dan gift. Level yang atas adalah untuk food court.

Harga???? Sangat mahal dan tak masuk akal. Letih juga lah kami buat proses tawar menawar. Lansung tidak menarik perhatian ku. 2 jam lily bagi masa kepada kami untuk shopping di sini...tak sampai 2 jam kami dah keluar dari shopping kompleks...apa yg kami nak buat selepas ini hahh..?..

View bangunan di hadapan shopping kompleks

Sambil Bersiar2 di luar shopping komplek, aku sempat snap gambar bangunan dan view di sekitar tersebut. Memang tak di nafikan, bangunan di beijjng mempunyai rekabentuk yg berqualiti dan amat cantik pada pandangan mata kasar aku...

Di bahagian gallery lukisan ~ terpegun sekejap melihat hasil kreativiti mereka ini.

Menu hidangan untuk dinner

Buat kali terakhir sebelum berangkat pulang, kami dinner di restoran Mr yussof yang berasaskan masakan padang, indonesia. Restoran ini di miliki oleh Majikan Lily iaitu Mr yussof yang beragama islam. So aku rasa mungkin kat restoran ini lah...hati aku tak was2 untuk memakannya...

tetapi sebaik sahaja memasuki ke ruangan makan, kami di sambut oleh penyambut tetamu dan mata aku sempat lagi melihat botol2 yang tersusun di bar penyambut tetamu....huhhh sama jerrr. Hati ku mula berkata2....tak di nafikan bahawa mana2 restoran halal yg ada di beijing akan juga menjual makanan untuk yang bukan non muslim.

 Ini kerana bagi mereka...jika hanya menjual untuk orang muslim sahaja, restoran mereka tidak akan maju dan beroleh keuntungan memandangkan penduduk islam kat sini hanya sedikit sahaja. So makan jer lah apa yg di hidang yg penting halal.

Bagi aku, ini lah hidangan yang paling sedap dan boleh disesuaikan dengan tekak melayu ku. Masakan ala2 melayu gitu. Best sangat. Oh yaa...lupa nak bagitahu, restoran ini terletak betul2 di dalam shopping kompleks dan ada kelas nya tersendiri. Kalau datang sendiri, tentu kami tak merasai makan di tempat sebegini.

 Sebelum makan, kami bersembang dan berbual2...terasa kami dah semakin rapat walaupun sebelum ini kami tidak mengenali diantara satu sama lain...tapi sayang malam ini malam terakhir kami....


Sebelum pulang kami mengambil kesempatan bergambar yg bercirikan latarbelakang kebudayaan orang padang indonesia

 Aiport, beijing

Selepas dinner, lily terus menghantar kami ke airport untuk menaiki flight pulang ke Malaysia. Flight kami pukul 12 tgh malam....oleh kerana kaunter check in bagagge belum di buka, kami bersepakat untuk solat magrib dan isyak terlebih dahulu tapi di mana yaaa kami nak solat kerana ruangan untuk solat kat airport ni tidak di sediakan. 

 Lalu aku dengan relahati memberi set cadar yg baru di beli  di hampar untuk solat. Kami mencari ruangan yang tersorok sedikit dan troli2 muatan beg, kami jadikan penghadang...apa2 pun yg penting solat wajib di tunaikan. 

Tandas dj jadikan tempat wuduk kami...Walaupun kami di marahi kerana telah membasahi lantai tandas tetapi Alhamdulillah...kami dapat melaksanakan tanggungjawab kepada Allah dengan sempuran...



Ini lah hasil tangkapan aku sepanjang 4d3n di beijing....


" The only reason why people hold on to memories is because  memories are the only thing that don't change when everything else does"