Hari yang ke 4 di beijing merupakan hari terakhir kami di Bumi China ini. Namun begitu banyak lagi tempat yang akan kami lawati memandangkan flight kami pada pukul 12 tgh mlm ini. So hari ini Lily akan membawa kami ke "Stadium national Olympic sport centre", Melawat stadium Bird Nest, Masjid Niujie dan Shopping.
Seperti biasa pagi2 lagi kami sudah bangun untuk kemas dan packing barang2 yang belum settle pada malam tadi. Selepas breakfast ala kadar, kami mengangkut semua beg2 untuk di bawa ke lobby dan check out. Sambil menunggu Lily sampai, kami risik2 tentang barang2 yang di jual di luar hotel. Setelah proses tawar menawar berlangsung, akhir nya kami membeli 30 biji beg ( boleh letak telekong) dengan harga 100 yuan dan 15 beg bunjut.
Emmm...kira murah lah tu.
Berposing di stadium olympic sport centre
Ingatkan kat sini kami sekadar tengok2 dan melawat sahaja tetapi kami di kehendaki masuk bilik khas untuk dengar taklimat berkenaan jade dan kristal. Adoyaiii....stress rasanya. Nak tak nak, aku tadah juga lah telinga ni untuk mendengar nya walaupun hati banyak memberontak.
Yang aku boleh katakan kat sini, diaorang ni (rakyat china) memang perlakuannya agak kasar sedikit. Semasa proses taklimat berlangsung, seorang anak kecik (masih menyusu) merengek dan menangis tanpa henti...puas di pujuk oleh umminya namun tidak berkesan. Tiba2 penceramah itu melontar satu objek ke arah budak tu
and said " for you baby...don't cry again"
kononnya sebagai mainan nak memujuk supaya tidak menangis...pada awalnya kami semua terkejut tetapi last2 kami ketawa berdekah-dekah sampai kuar air mata..hahaha....niat yg baik tapi caranya agak kasar sedikit
Gambar yang sempat aku snap ~ display only
Intenary seterusnya ialah ke tempat pemprosesan tea. Orang kata China juga merupakan pengeluar utama tea yang sedap dan berkualiti. Kali ini, Lily membawa kami ke kedai Dr Tea yang terletak di Chinatown.
Masuk jer kami di sambut oleh pelayan2 yang terlampau ramah sehingga merimaskan. Kami di bawa ke dalam satu bilik dan di beri minum tea untuk testing rasa. Ada 6 jenis tea yang berlainan rasa dan masing2 ada khasiatnya nya tersendiri. Harga setiap paket memang mahal. Boleh mencapai 200 @ 300 yuan...tapi diaorang ni pandai. Konon nya kita boleh dapatkan harga lebih murah dan akan dapat free one set cawan, jika beli satu set tea. Satu set tea ini di dalam nya ada 5 jenis paket yang berlainan rasa...
Tanpa berfikir panjang, kami 5 orang bersepakat untuk membeli satu set dan masing2 mengambil 1 paket tea setiap seorang. Aku memilih untuk mengambil satu paket tea yang khasiatnya boleh kurangkan kolestrol dan gout dengan harga Rm100. still aku rasa mahal lagi tapi demi kawan2 aku relakan jua membeli nya. Lagi pun tea ini, akan aku bagi kepada abang aku yg ada penyakit gout.
Seterusnya kami membuat lawatan ke Bird Nest (Stadium sarang burung) tetapi sebelum tu, kami singgah sekejap membeli belah di sebuah kedai yang berdekatan dengan stadium. Kedai ini agak tertutup sedikit kerana pintu depan nya terletak di bahagian belakang. Kalau datang sendiri, confirm tidak menjangka kan dekat area ini ada kedai jualan.
Dari jauh kelihatan cadar, sarung tilam dan bantal di jual. Aku sudah mula teruja. Sebaik melangkah masuk...keterujaan ku semakin bertambah. Apa tak nya, barangan yang di jual semua nya memenuhi keinginan ku seperti T-Shirt, pakaian, barnagan aksesori dan cenderahati, fridge magnet, key-chin, alas meja, beg dan kasut...Yang aku terkilan sikit kat sini ialah cadar kat sini jauh lebih murah dari yang aku beli kat hotel semalam....adooi menyesal rasanya...Untuk hilang stress, aku beli lagi satu cadar kat sini dengan harga120 yuan jer...
Pintu masuk stadium
Bird Nest Stadium di buka pada tahun 2008 khas untuk kegunaan pada musim panas sukan Olimpik dan Paralimpik dan sekarang di jadi kan tempat tumpuan utama pelancong dari dalam dan luar negara. Design nya amat menarik perhatian kami sehingga sanggup berjalan jauh semata2 ingin mengambil gambar secara dekat berlatar belakang kan stadium...Bagi aku buat apa datang jauh2 kalau kita tak nak grab peluang yang ada...betul tak???
Sebaik sahaja kaki melangkah ke ruangan stadium, hari aku terdetik bahawa di saat dan tika ini...aku betul2 berada di kawasan Satu dataran luas yang di penuhi oleh orang ramai dan peniaga. Di kejauahan, kami dapat melihat satu bentuk Stadium yang begitu indah dan unik rekabentuknya yang kerap kali aku tengok di mana2 dalam internet / blog. Secara automatik kaki kami melangkah menuju ke stadium untuk melihat secara lebih dekat...
Berlatar belakang kan stadium bird nerst
Untuk memasuki nya...memang tidak di benarkan dan hanya bergambar di luar sahaja. Ini kerana pada waktu ini, stadium di tutup buat sementara waktu. Aku agak kecewa dan hampa sedikit namun begitu kami happy / seronok / enjoy kerana dapat meneruskan aktiviti bergambar seperti yang di idam2 kan sekian lama
posing sorang2...
keseronokan kami hanya sekejap cuma. Tiba-tiba sahaja kedengaran orang menjerit dan lari...kami yang syok bergambar terus terhenti dan berlari tanpa mengetahui punca nya...suasana agak kelam kabut. Rupa2 nya diaorang lari daripada angin yang bertiup kencang dan kuat.Suasana dah agak gelap dan mendung...bila2 masa sahaja hujan akan turun. Untuk mengelak daripada basah dan angin kencang, kami terus berlari bersama2 dengan orang ramai. Aku rasa kat sini, angin yang bertiup agak luar biasa kuat nya. Sambil berlari sambil baca apa2 yang patut untuk berlindung dan berdoa kepada Allah supaya di jauhi daripada perkara2 yang tidak di ingini...Tercungap-cungap kami sampai didalam bas dengan dengan baju yang lembab terkena hujan...huhuhu..Alhamdulillah selamat semuanya.
Dalam perjalanan ke tempat lunch...sempat snap view kota beijing
Reka bentuk bangunan yang begitu cantik dan mencuit hati ku untuk snap gambar. Laluan untuk ke restoran
Kami lunch di Xin Jiang Red Rose Restaurant
Kami makan tengahari di Restaurant halal yg terletak di North Chaoyang, Beijing berdekatan dengan complexs sport. Apa yang menjadi confius bagi aku, restaurant ini bercampur dengan non halal food dan jualan arak menjadi produk utama mereka. Bagi aku, restaurant ini hanya menjadi kesucian halal itu dari segi makanan sahaja. Lain2 perkara seperti alatan / bekas memasak tidak di ambil kira.
Walaupun perkara seperti ini kami amat titip beratkan semasa berada di Malaysia tetapi tidak apabila kita berada di negara orang yg majoritinya bukan islam. Amat mustahil untuk kita meneliti satu persatu, bagi kami apa yg penting setiap makanan yg di hidang adalah halal dan bersih.
Makan harus di teruskan walaupun hati ku was2...
Antara menu2 yg di hidangkan ~ telor goreng, tauhu, ayam, ikan dan sayur goreng....tomyam pun ada
"Ini lah bas yang membawa kami sepanjang berada di Beijing...." bagitahu Fazuri
Tanda arah Masjid Nueji
Selepas lunch, kami solat Zuhur di MAsjid Nueji. Pada awal nya, lily tak mau bawa kami solat kat masjid ni....katanya jauh dan ambil masa 30 minit untuk sampai. Lagipun masa tidak mencukupi untuk ke tempat lain dan shopping. Tetapi kami terutama kakak2 dan abang2 yg sama group dengan kami berkeras untuk solat di sana. Katanya, masjid Nueji ini adalah masjid yang tertua di Beijing dan masih dijaga dengan baiknya oleh minoriti org islam di sana...lagi pun Masjid ini ada sejarahnya tersendiri.
Papan tanda di pintu masuk masjid
Latar belakang dan sejarah penubuhan Masjid Nueji
Bergambar di dalam kawasan masjid ~ terpegun dengan rekabentuk dan ukiran bangunan yg berasaskan budaya China dahulu kala
Di sediakan Tandas untuk tetamu yg datang berkunjung....
Tandas dan tempat wuduk di asingkan. Kelihatan amat bersih dan terjaga sekali. Mereka menyambut kami dengan senyuman dan boleh cakap melayu walaupun tidak berapa fasih.
" tempat wuduk di sini" kata mereka dengan pelat dan sukar di fahami
Ruangan solat untuk lelaki dan perempuan di asingkan. Kami bukan di pisahkan oleh tabir / kain hadang / gate tetapi oleh bangunan. Ruangan solat Lelaki terletak di bangunan yg berada di depan pintu masuk manakala ruangan solat untuk perempuan terletak di bahagian belakang sekali...pada mulanya, jenuh juga kami mencari arah pintu masuk tetapi nasib baik mereka menunjukkan arah jalannya...
Sebaik sahaja melangkah masuk ke ruangan solat, kami di kejut dengan perkataan " lompat...lompat...jangan pijak...lompat....lompat...jangan pijak" suara itu di lontarkan dengan nyaring oleh seorang makcik yg menjaga kawasan itu...Pada mulanga kami tak faham apa yg di katakan sebab bahasa melayu nya amat pelat sekali. Aku ingat dia marah dan tak bagi solat rupanya dia tak bagi pijak permaidani / sejadah yg di khaskan untuk sujud. Allahuakbar!..begitu sekali dijaga nya rumah Allah ini...
Selepas solat, kami bergambar beramai2 di dalam kawasan masjid untuk di jadikan kenangan sepanjang hayat....
Sebahagian bangunan yg berada di kota beijing
Bangunan kedutaan~siap ada guard lagi
Shopping kompleks yang akan kami terokai sekejap lagi.
Selepas solat, last aktiviti kami ialah shopping...wahhh seronoknya. Ini yang kami tunggu2 selama ini. Tetapi keseronokan kami sekejap sahaja kerana tempat shopping yg di bawa oleh Lily bukan tempat yg kami idam2 kan. Lily telah membawa kami mengunjungi satu shopping kompleks yang menjual pelbagai jenis barang yang branded buatan China.
Bangunan shopping kompleks ini terdapat 5 level. Setiap level dikhaskan untuk menjual barangan yg tertentu sahaja seperti kasut, handbeg, pes, pakaian wanita, pakaian lelaki, pakaian kanak2, toys, t-shirt, sarung bantal, cadar, alas meja, pelbagai jenis jam, lukisan, aksesori dan gift. Level yang atas adalah untuk food court.
Harga???? Sangat mahal dan tak masuk akal. Letih juga lah kami buat proses tawar menawar. Lansung tidak menarik perhatian ku. 2 jam lily bagi masa kepada kami untuk shopping di sini...tak sampai 2 jam kami dah keluar dari shopping kompleks...apa yg kami nak buat selepas ini hahh..?..
View bangunan di hadapan shopping kompleks
Sambil Bersiar2 di luar shopping komplek, aku sempat snap gambar bangunan dan view di sekitar tersebut. Memang tak di nafikan, bangunan di beijjng mempunyai rekabentuk yg berqualiti dan amat cantik pada pandangan mata kasar aku...
Di bahagian gallery lukisan ~ terpegun sekejap melihat hasil kreativiti mereka ini.
Menu hidangan untuk dinner
Buat kali terakhir sebelum berangkat pulang, kami dinner di restoran Mr yussof yang berasaskan masakan padang, indonesia. Restoran ini di miliki oleh Majikan Lily iaitu Mr yussof yang beragama islam. So aku rasa mungkin kat restoran ini lah...hati aku tak was2 untuk memakannya...
tetapi sebaik sahaja memasuki ke ruangan makan, kami di sambut oleh penyambut tetamu dan mata aku sempat lagi melihat botol2 yang tersusun di bar penyambut tetamu....huhhh sama jerrr. Hati ku mula berkata2....tak di nafikan bahawa mana2 restoran halal yg ada di beijing akan juga menjual makanan untuk yang bukan non muslim.
Ini kerana bagi mereka...jika hanya menjual untuk orang muslim sahaja, restoran mereka tidak akan maju dan beroleh keuntungan memandangkan penduduk islam kat sini hanya sedikit sahaja. So makan jer lah apa yg di hidang yg penting halal.
Bagi aku, ini lah hidangan yang paling sedap dan boleh disesuaikan dengan tekak melayu ku. Masakan ala2 melayu gitu. Best sangat. Oh yaa...lupa nak bagitahu, restoran ini terletak betul2 di dalam shopping kompleks dan ada kelas nya tersendiri. Kalau datang sendiri, tentu kami tak merasai makan di tempat sebegini.
Sebelum makan, kami bersembang dan berbual2...terasa kami dah semakin rapat walaupun sebelum ini kami tidak mengenali diantara satu sama lain...tapi sayang malam ini malam terakhir kami....
Sebelum pulang kami mengambil kesempatan bergambar yg bercirikan latarbelakang kebudayaan orang padang indonesia
Aiport, beijing
Selepas dinner, lily terus menghantar kami ke airport untuk menaiki flight pulang ke Malaysia. Flight kami pukul 12 tgh malam....oleh kerana kaunter check in bagagge belum di buka, kami bersepakat untuk solat magrib dan isyak terlebih dahulu tapi di mana yaaa kami nak solat kerana ruangan untuk solat kat airport ni tidak di sediakan.
Lalu aku dengan relahati memberi set cadar yg baru di beli di hampar untuk solat. Kami mencari ruangan yang tersorok sedikit dan troli2 muatan beg, kami jadikan penghadang...apa2 pun yg penting solat wajib di tunaikan.
Tandas dj jadikan tempat wuduk kami...Walaupun kami di marahi kerana telah membasahi lantai tandas tetapi Alhamdulillah...kami dapat melaksanakan tanggungjawab kepada Allah dengan sempuran...
Ini lah hasil tangkapan aku sepanjang 4d3n di beijing....
"
The only reason why people hold on to memories is because memories are the only thing that don't change when everything else does"