Budget :
◆Flight tiket Rm 150 (including luggage - return)
◆Bus tiket from Kl sentral to Klia2 Rm20 (return)
◆Airport tax Kualanamu Rp200000 / Rm56
◆Tourist guide from medan Rm480 (30% deposit)
◆tipping guide ikhlas dari hati....
Total cost (not include shopping) is Rm706
Day 1
Trip kali ini ialah ke Medan kualanamu dan lake toba. Rombongan kali ini seramai 6 orang dan menggunakan pakej terus dari Medan. Departure time is 7.40 pagi so kami terpaksa bertolak dari umah early morning. Tepat jam 4 pagi, kami menaiki bas di KL Sentral dan sampai di KLIA2 menghampiri jam 5 am.
Dua orang kawan kami ( kak zan dan Nurul) sedia menanti kami di sana. Untuk mengelakkan terjadinya kelam kabut dan haru biru, kami terus menerokai Klia2 yang di anggap baru dan asing yang belum lagi di jejaki selepas berpindah dari Lcct. Untuk ke tempat check in lugagge, kami bagaikan rusa masuk kampung....meneruskan hala tuju yang bagaikan "penyiasat pencen" explore area klia2...adusss pening jugak di buat nya.
Yang kelakar nya kat sini, masing2 mencari trip time kat board yg tertulis KL - Medan. Sampai sudah tak jumpa. Kami semua dah cuak. Takkan kaunter chek in lugagge belum open sedangkan 3 jam sebelum departure memang dah di buka. Sudah puas mencari dan menunggu akhirnya salah seorang dari kami berkata :
"Kualanamu tu bukan ke Medan ker?...ahh..ahh ye lah...apasal kita semua tak perasan....huhu...."
Moral of the story, be cool wherever you are...don't be panic in whatever situation and read the word showing properly....slowly...
Airport Kualanamu Medan...
Kami berada di balai menunggu sejam lebih awal dan akan menaiki menaiki flight AK 0396 tepat jam 7.40 pagi. Jenuh juga kami menapak untuk sampai ke sini. Betul cakap2 orang bahawa Klia2 ini luas dan jarak untuk ke satu2 tempat tersangatlah jauh terutama jalan menuju ke Balai menunggu. Terasa diri ini berjalan di atas trek jogging...wahai kaki kau perlu kuat yer....huhhuhh
Sedang mengisi borang arriving di airport Kualanamu.....
Memandangkan arriving form tak mengcukupi semasa in flight, ada di antara kami tidak dapat dan terpaksa ambil form tersebut kat kaunter airport. Gambar di atas menyaksikan segala2 nya....
Foto atas : tersalah masuk kaunter....ingatkan form ada kat situ sebalik nya kaunter ni adalah kaunter visa only for negara tertentu sahaja.
Foto tengah : org ramai sedang mengisi form...masa ni kami masih lagi tercari2 kat mana letak nya form tersebut. Sebab ini mmg wajib utk kami isi sebagai syarat keluar/masuk ke Indonesia...
Foto bawah : sedang mengisi form setelah form yg kami cari di perolehi. Rupanya form yg di letakkan di dalam box sudah habis dan kami terpaksa menunggu form di ambil oleh petugas di kawasan tersebut.
Ketibaan kami di sambut oleh Ali ( tourist guide ) kami sepanjang berada di bumi medan....perjalanan di teruskan ke Lake Toba yang mengambil masa selama 4 jam tapi sebelum tu, kami bfast dulu kat gerai tepi jalan.....dapat juga kami merasai suasana kampung dan makanan tradisi org medan.
Breakfast dulu sebelum meneruskan perjalanan...
Ibu itu cakap kat sini ada jual bihun soto + nasi, nasi lemak dll. Dgr bihun soto jer aku dah teruja dan terbayangkan mee soto kat malaysia. Terus ku order bihun soto tapi tak nak nasi. Hanya nak bihun soto shj. Ibu tu terkejut sebab mana mungkin hanya di makan dgn bihun shj... sekadar nak ambil hati, aku mengorder skali dgn nasi ( terbayang nasi himpit)....
Kami terpingga2 kerana kami di beri nasi satu pinggan dan bihun soto 1 mangkuk yang hanya ada kuah shj tanpa bihun ( gambar spt di atas)....harapan ku hancur berkecai....nak tak nak aku suap juga untuk mengelakkan perut kosong tapi still masih tak boleh nak habiskan....begitu juga member2 ku yang lain...
Lagi satu, kami order air teh panas konon nya teh bercampur susu lah tapi yg sampai kat kami teh o jer....yg kelakar kami order 2 jer tapi sampai kat kami 6 gelas....sorang satu gelas...tapi tak pe lah....mgkin ini miss communication di antara kami.
Kedai Paten ~ menjual pelbagai jenis kerepek dan makanan ringan
Selepas 2 jam perjalanan, kami di bawa ke kedai Paten yg popular dengan nama "Ting ting, teng teng, Tang tang, Tong tong, yung yung, Ping ping dan Pang pang yang terletak di Permatang Siantar. Biasanya menjual kerepek dan pelbagai jenis makanan ringan yang begitu popular di sana. Kedai ini 100% di miliki oleh bangsa China tetapi kata Ali makanan yang di jual semua nya halal....
Yang istimewa kat sini, kami di benarkan merasai makanan tersebut sebelum membeli dan tidak di nafikan mkanan yg di jual memang enak, rangup dan sedap. Amat sesuai di beli untuk di bawa pulang ke Malaysia sebagai hadiah dan buah tangan.
Lunch dulu....makanan nya ok ok sajer....
Suasana pengkalan jeti parapat untuk ke samosir island.....
Banyak cerita kat sini...huhu...kami tak sempat untuk menaiki feri yang pukul 2 sebab sebaik jer sampai, muatan kenderaan dalam feri sudah penuh dan kami terpaksa menunggu feri yang seterusnya iaitu pukul 5.30 ptg....adoiii lah...3 jam lagi tu...nak keluar tak boleh takut lepas ni tertinggal lagi....huhu...so kami terpaksa lepak dlm kedai dan mengorder teh o panas....lagi sekali miss communication....minta 2 gelas di bagi nya 6 gelas...smpai senak perut kami minum...
kat medan ni memang macam ni ker? Confius2....
Untuk di jadikan cerita, datang lah 2 orang budak mengemis dan meminta uwang...sekali tengok memang kesian sangat sebab dengan pakaian yang lusuh dan tidak terurus. Kaki pula tanpa alas selipar. Untuk hiburan bersama, kami menyuruh dia menyanyi dan permintaan kami tidak di hampakan.
Sedap juga budak2 ni nyanyi....ada suara dan lirik yang nyanyikan bagus sekali. Terhibur kami seketika....terima kasih adik2...sedikit tips kami hulurkan kepadanya...

Kedai yang menjadi hiburan kepada kami selama 3 jam menunggu feri....dah jadi kedai sendiri dahhhh....
Kat sini juga ada di sediakan tempat solat tetapi agak sempit dan amat terbuka sekali. We're no choices kerana untuk solat di hotel kat pulau samosir mmg tidak sempat. kemungkinan kami akan sampai ke sana dalam waktu maghrib. Nak tak nak kami tunaikan solat zohor dan asar secara jamak & qasar di situ juga. Yang penting solat mesti di tunaikan walaupun di mana kita berada dan jangan jadikan alasan untuk tidak sembahyang....
Ini lah feri yang akan kami naiki sekejap lagi...feri ini akan membawa kenderaan dan penumpang sekali. Dari segi bayaran, kami not sure about the tambang sebab semua ini di uruskan oleh Ali...
Menanti saat kedatangan feri bagaikan satu penyiksaan dan lagi tersiksa saat2 menunggu feri bergerak...selama 1/2 menunggu, akhirnya feri yang kami naiki bertolak menuju ke Samosir island. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam untuk sampai ke detinasi. Kelajuan feri ini agak terbatas kerana membawa muatan berat dari sekecil2 kenderaan sehingga lah sebesar2 kenderaan. Bagaimana pun semua ini tidak membosankan kerana sepanjang perjalanan, kami teruja dan kagum dengan keindahan lake toba yang luas dan begitu sayup mata memandang...
Subhanallah... memang cantik keindahan alam ciptaan Tuhan. Terhasil dari letusan gunung berapi yg berabad lamanya....sehingga menjadi kawah yg besar dan luas dan didalam terkandung air yg jernih dan membiru. Kedalaman boleh mencapai 505 meter ( 1666 kaki), panjang nya sejauh 100km dan keluasan nya adalah 30 km...kekuasaan Nya tiada tandingan.
Sebahagian View yang sempat aku snap sebelum dan selepas feri berlepas....di lihat pada gambar, kelihatan kanak2 mandi dan berenang dengan selamba nya tanpa mengenal erti takut. Mungkin ini adalah sebahagian dari rutin harian kehidupan mereka. Aku ralit melihat pelbagai aksi dan gaya yang di tunjukkan.....
Aku kagum dengan keindahan alam ciptaan Tuhan ini. Sepanjang perjalanan dlm bot tidak membosankan bagi aku kerana peluang di depan mata aku gunakan sepenuhnya. Setiap saat dan detik masa tidak berlalu begitu sahaja. Aku merakam dan mengambil gambar tasik toba dari pelbagai sudut. Bagi aku, semua sudut dan ruang di tasik toba memang cantik dan indah pada pandangan mata kasar ku.
Allahuakbar!... sungguh besar ciptaan Mu.
Bergambar di pengkalan jeti sebelum menaiki feri

Menjamu selera di Restoran Mami Tempo ~ dinner
Setelah mengharungi tasik toba selama 1 jam, akhirnya sampai juga kami ke Samosir island. Oleh kerana ketibaan agak lewat menghampiri ke malam, kami terus di bawa oleh Ali ke Restoran Mami tempo untuk makan malam. Lagi pun memang itu permintaan kami sebenarnya. Maklum lah separuh hari kat pangkalan membuatkan perut terasa kelaparan.
Kata Ali, restoran ini adalah satu2 nya yang boleh di percayai kehalalan nya kerana kat sini majoriti penduduk adalah non muslim....Terletak di Lingkar Tuk tuk Siadong, lake toba samosir island. Berdekatab dengan hotel yg akan kami check in sekejap lagi. Istimewanya restoran ni ialah ada menjual pelbagai menu goreng2 yg boleh di order pada masa tu juga seperti nasi goreng, maggi goreng, mee & bihun goreng. Western food dan juice buah juga ada di sediakan.Rasa nya memang sedap dan tidak mengecewakan. Licin satu pinggan kami makan....
Akhirnya, setelah berpenat lelah dari jam 3 pagi hingga ke malam....kami sampai dj hotel dan terus check in. Terpesona sekejap dengan suasana dan lanscape di kawasan hotel ini yang betul2 berada di tepi tasik toba. Sesuai sangat untuk pasangan yg honeymoon. Tapi itu semua kami ketepikan dulu. Yang penting badan perlu rest dan tidur yang cukup sebagai bekalan untuk esok...
Suasana hotel yg sempat aku snap sebelum masuk hotel....
"Bila ada orang cuba membetulkan kesilapan kita, jangan pula kita merasa terhina ataupun malu....kadangkala, itu adalah cara Allah untuk mengingat dan mengajar kita bagaimana cara2 untuk yang terbaik"