"Sedikit dan mencukupi adalah lebih baik daripada banyak tetapi melalaikan "

You Don't Have To Be Rich To Travel Well

DAY 2 - CHU CHI TUNNEL DAN SUNGAI MEKONG



Hari ke dua banyak meletihkan.Ini kerana dalam satu hari kami melawat 2 tempat yg jaraknya agak jauh diantara satu tempat ke satu tempat...wpun begitu kami tetap enjoy..

Di pagi hari kami sudah siap sedia menunggu abg hanaphi datang untuk meneruskan perjalanan yg dirancang....breakfast di sediakan oleh pihak hotel tapi oleh kerana makanan 
Yg di sediakan agak mengwas-was kan.... kami awal2 lagi tidak menujukan ke ruang makan...hanya cindy dan ben sahaja yg breakfast...rugi?memang rugi tetapi mana2 hotel pun akan menawarkan package begini sekali ngan breakfast...so tidak ada pilihan...

Wahh...nampaknya abg hanaphi bawa kami menaiki mini bas tapi bas ini bukan kami sahaja.....ada group lain yg akan join bersama2...tak pe lah...sekurang2nya boleh berkenalan kerana mereka juga dari malaysia....


Starting the journey....terlebih dahulu bergambar dlm bas...


Gambar yg aku snap ni mengambarkan suasana yg biasa di waktu pagi di bumi vietnam....macam malaysia juga, mereka ni keluar untuk bekerja ...yg bezanya kat sini ...malaysia jem dengan kereta tetapi kat vietnam ni, penuh dengan motor tapi bukan ini yang aku nak bagitau sebenarnya...yg aku nak fokus kat sini ialah gaya penumpang perempuan yg menaiki motor tu...amat seksi dan relaks....tak jatuh ke..?


Suasana sebenar on the road at vietnam...


Ada juga yang kena saman..ha2...ha2..


Oleh kerana kami tidak breakfast kat hotel, abang hanaphi menyediakan makanan pagi yg siap bungkus....Dia cakap nasi ni memang foverite org vietnam dan di masak oleh org islam vietnam.Sekali tengok macam nasi lemak tapi daging ni di bakar dan rasanya amat menusuk hidung....memang aku tak lalu nak makan...minta maaf ye abg hanaphi

Perjalanan hari ke dua kami ialah menuju ke "CHU CHI TUNNEL" yg memakan masa lebih kurang 1 1/2 jam...Sebelum pukul 9 pagi kami dah sampai.Perlu di ingatkan kat vietnam ni awal 1 jam berbanding dgn malaysia so pukul 6 pagi suasana dah cerah dan orang ramai sudah bangun untuk menjalankan aktiviti masing2...


Tempat mula2 kami singgah kat chu chi tunnel ni ialah menonton video berkenaan peperangan yg berlaku dan macamana tunnel ini di bina...layan jer lahh...



Cindy mencuba untuk masuk di dalam terowong yg hanya muat untuk seorang sahaja...berkali- kali cindy mencuba tapi failed..."i takut lah...manyak dalam"...kata cindy


Orang dan patung dah seakan sama daaa...


Bersantai di hutan belantara...


Replika patung ni katanya tengah buat bom...diaorang ni tak takut ker?


Berehat jap sambil melayan izan yg sedang menyanyi...abg hanaphi khusyuk nampak..?ada apa2 ker?..ha2..
Di belakang tu adalah kedai2 yg menjual cenderahati...berminat nak beli tapi mahal lah....abg hanaphi ckp ada lagi tempat yg boleh di beli dengan harga yg murah...


kat dalam hutan ni pun boleh shopping...cindy berminat dengan selipar yg di buat betul dengan getah tampa di campur dengan bahan yg lain.Selipar ni di gunakan oleh tentera2 semasa berperang...."the price is 4 US " he said...Dengan tidak ada pilihan cindy terus beli selipar tersebut memandang kan kasut yg dipakai amat tidak sesuai untuk berjalan jauh...

Nampak tak beg tu..? Ni lah beg aku yg baru beli semalam rm30...abg hanaphi tolong bawa...dia cakap "bagi saya bawa..berat ni"...dengan muka seronok dan selamba aku bagi..bukan apa beg ni berat lah juga..lagi pun perjalanan untuk melawat Kesan tapak2 Peninggalan perang Tu lebih kurang 2km...mengambil masa 2 jam....wahhh jauh dan lama tu...nasib baik abg hanaphi ni baik...Alhamdulillah


Standby untuk masuk terowong...tapi iza ni...dia berlagak jer tu, sekali tengok macam nak masuk tapi takut...katanya....Last2 keberaniannya hanya kat situ jer...



Ni pulak last destination kami kat chu chi tunnel.Setelah penat berjalam, kami di hidangkan dengan ubi rebus dan teh o panas...amat sesuai dengan tahap kelaparan kami pada masa tu...lagi pun kita perlu ingat bahawa makanan ni lah yg di makan oleh tentera2 dan rakyat dahulu semasa brlakunya peperangan ...so rasai lah keenakan ubi rebus ni sampai kenyang...

Daripada Chu chi tunnel, kami menuju ke sungai mekong yg mengambil masa kira 2 1/2 jam...jarak masa yg lama membolehkan kami mengambil peluang tidur Dengan nyeyaknya walaupun Sekali-sekala di ganggu oleh deruan motor dan hon2 kereta yg banyak diatas jalan...Akhirnya setelah mengharungi perjalanan yg panjang, kami sampai di masjid yg dikhas untuk  makan tengahari dan solat zohur....


Sebaik sahaja memasuki ruangan masjid, hidangan telah siap sedia berada di atas meja.Melihat lauk pauk yg terhidang...membuatkan Kami tidak sabar untuk menjamu selera...Kata abang hanaphi "hidangan ini di masak oleh orang islam kemboja"..tanpa ragu2 dan was2 kami terus makan tanpa banyak alasan...


Bergambar di pintu masuk masjid Jami'ul Muslimin....
Makan sudah...solat pun sudah...Jom kita sambung perjalanan ke sG mekong...tapi sebelum tu kita dengar dulu apa Izan nak cakap...

"Abg hanaphi nak 2 org drp kamu tolong nya perGi beli ais kopi Di kedai seberang jalan sana tu...kamu bertiga kena osom sapa yg nak pergi...

Masa ni kami sedang menunggu abang hanaphi membeli ais kopi Untuk di minum dlm bas nanti...ianya Amat sesuai dengan cuaca yg agak panas di luar sana...dan sekurang2 dapat menyejukkan badan kami Yg tengah hangat membahang...



Akhirnya sampai sudah kami di jeti untuk ke sg Mekong....Sambil menunggu bot sampai, kami bergambar terlebih dahulu...group yg ceria dan sporting...i'm very happy to join the trip with you all....



In the boat, di sediakan seorang guide yg akan membawa kami Sepanjang Di sg mekong....menaiki bot adalah pengalaman yg paling indah dan semua begitu excited...Oleh kerana begitu teruja...masing2 tidak memberi tumpuan yg penuh kepada guide yg memberi peneRangan....Semuanya dengan aktiviti masing2..sekali sekala terkena percikan air dan tiupan angin yg  menderu membuat kami tersedar Sekejap....



Sesampai sahaja kami di sambut oleh orang yg memegang lebah tanpa ada rasa takut sedikit pun...sapa kata lebih ni merbahaya.jika kena dengan cara nya...ia boleh menjadi jinak dan tidak memudaratkan sesiapa yg datang dekat dengannya...try tengok gambar kat atas tu...Izan dengan berlagaknya memegang sarang lebah tu...sedikit pun lebah tu tidak menyusahkan izan...


Disamping itu, kami disediakan sedikit makanan ringan yg berupa kerepek dan madu yg di sudah di bancuh dengan air...konon2 nya ia amat baik untuk kesihatan dan dapat menghindari daripada penyakit yg merbahya...

Juga di sajikan pertunjukkan ular....wpun ular tu jinak dan tidak membahayakan tapi aku tidak akan mendekati dan memegang ular tu...geli wehhh 
Tapi izan sekali lagi menunjukkan keberaniannya...ha...ha...ha...hampeh izan...bukan pegang ular tu tapi sekadar hiasan semata2...

Sepanjang jalan ke sg mekong, terdapat banyak lot2 kedai yg menjual pelbagai jenis barangan seperti handbeg, t'shirt, pes, cenderahati dan aksesori...for info jika tak nak beli...jangan  gatal mulut untuk bertanya tentang barang tersebut....ini kerana mereka akan marah, paksa dan tarik kita supaya membeli barang yang dijual....

Kami juga di sajikan dengan nyayian lagu2 tradisional vietnam dan tarian yg di sampaikan oleh Penyanyi local vietnam...Disamping itu kami di hidangkan dengan buah- buahan tempatan yg segar dan enak....ianya agak menghiburkan dan mengurangkan kepenatan yg kami alami..




Akhirnya kami sampai di sg mekong yg dikhaskan untuk pelancong2 menaiki sampan yg di kayuh sendiri oleh orang2 vietnam...aku tidak tahu berapa kos untuk menaiki sampan ni kerana ini semua termasuk dlm pakage yg telah di bayar oleh en hanaphi tapi kami di beritahu supaya memberi sedikit tips kepada pengayuh tersebut.Pemberian Seikhlas yg mampu...itu cakap abg hanaphi.
Satu perahu boleh menampung 3 @ 4 orang pelancong dan 2 orang pengayuh di khaskan di hadapan dan belakang perahu...



'Hati-hati....' mungkin itu perkataan yg keluar dari mulut abang hanaphi
Kay pulak cuba membantu yan menaiki sampan...kalau tersalah langkah boleh membahayakan diri sendiri...sampan perlu di seimbangkan untuk mengelak dari terbalik...
Izan dan ecah memerhati dengan penuh minat...


Ini lah pendayung kami...baru berumur 15 tahun dan tak bersekolah....muda dan cantik tapi  menghadapi kesukaran untuk hidup....terpaksa bekerja keras di usia muda semata2 untuk mencari pendapatan...terdetik dalam diri ku bertapa Allah menganugerahkan kenikmatan yg tidak terhingga kepada diri ini...aku panjat syukur kepada mu Ya Allah kerana di berikan kesempurnaan dlm hidupku tanpa menghadapi kesukaran seperti adik ini...amin.


kami di bawa menaiki sampan sejauh 1 km yang mengambil masa lebih kurang 15 minit untuk sampai ke destinasi....oopps sebelum tu kami di beri topi untuk dipakai sepanjang menaiki sampan untuk mengelakkan daripada panas cahaya matahari...tapi bukan itu saja, topi ni melambangkaj budaya tradisi mereka yg kebanyakan bekerja sebagai petani...


Begini lah reaksi Orang KL apabila dapat menaiki sampan...seronok bukan main...maklum lah kat malaysia mana ada benda2 mcm ni...jakun sekejap...hu2...hu2...
pengalaman yg pertama dan terindah bagi kami...


Di sini lah end point kami menaiki sampan...
Setelah memberi sedikit tips, kami meneruskan perjalanan kedestinasi yg seterusya...



Kami di kejutkan oleh abg hanaphi dengan kereta kuda untuk di naiki...
Wahhhh...masing2 semua teruja tapi yg sedikit terkilan ialah bau kuda yg begitu menyengat di hidung kami...nak tak nak kami menaiki juga kereta kuda trsebut sambil menahan nafas...sebuah kereta boleh di muat dalam 4 @ 5 orang..



Sebuah bot di pengkalan jeti sedang menunggu kami...sejurus menaiki bot kami di hidangkan dengan air kelapa muda...segala penah dan lelah kami yg berjalan hampir 1km hilang begitu sahaja sebaik air kelapa dapat di hirup...
"ahhh sedap nya..hilang dahaga ku" itu lah kata2 yg terluah di hati masing2...


Berkumpul beramai2 diperairan jeti....ini lah group kami sepanjang satu hari di vietnam...sudah bagaikan satu keluarga....


Setelah penat mengharungi perjalanan dari pagi sehingga lah ke malam...abg hanaphi akhirnya membawa kami ke kilang menjual kain cotton yg terdiri drpd pelbagai jenis cotton dari yg murah sampai lah yg mahal.Bukan itu sahaja, tempat ni juga menjual baju kurung ready made, kain telekong dan blouse...tak di nafikan bahawa keletihan yg kami rasai hilang begitu sahaja...

Kain cotton yg paling murah boleh di perolehi di ini...paling murh R17 dan paling mahal Rm45.....Begitu juga dengan baju kurung ready made dimana Rm35 tanpa manik boleh di perolehi di sini....

Oleh kerana waktu sampai di kedai ini agak malam so aku tidak dapat menyatakan lokasi yg tepat untuk kesana...lagi pun aku juga tidak ada alamat utk di sahkan.Bagi aku, amat rugi sekali jika sesiapa yg sampai di vietnam tidak menjejak kaki ke sini....


Tu dia cashier...tak menang tangan melayan kerenah kami...yg pasti malam ni mereka mendapat untung yang banyak hasil dari perbelanjaan besar kami

DAY 1...HO CHI MINH

Date travel : 23.okt.2013 - 26.okt.2013 (4D3N)

KOTA KINABLAU SABAH - Day 4

Tanjung Aru beach

Sebelum check out kami breskfast terlebih dahulu di restoran yg berhampiran...Perut lapar tapi menu yg terhidang tidak menepati citarasa aku...akhirnya aku mengorder nasi goreng ayam dengan teh tarik..ok lah sekadar mengalas perut sebelum fly...


Oleh kerana untuk ke airport masih awal lagi...kami berjalan2 di perairan Pantai Tanjung Aru....sebaik sahaja kereta kami menghala ke pantai ini...kami di hidangkan satu signboard First Beach Tanjung Aru seolah2 menyambut kedatangan kami...Alhamdulillah...kedatangan kami di awal pagi agak privacy kerana waktu ini suasana amat damai tanpa di ganggu oleh riuh rendah orang ramai so..dapat lah kami snap gambar mengikut gaya tersendiri....


Pemandangan yang cantik di awal pagi...

Apa yg di renungkan tu?
Takkan sedih kot nak tinggal KK...Tanya doli kepada aku dan zuri

Wahhhh cantiknya...Itu lah ungkapan yg mungkin ada di minda kawan ku ini...

cuaca yg hening di pagi hari menambah kecantikan gambar yg di ambil...

the best word yg dapat kami lakarkan sebagai kenangan yg tak mungkin kami lupakan sepanjang hayat...


Last picture yg sempat aku snap kat pantai Tanjung Aru sebelum berangkat ke airport. The great moment of our holiday at sabah...very enjoy and fun. Terima kasih kawan2 kerana sama2 susah dan senang sepanjang 4d3n di sini...lagipin kalian berdua amat sporting and the best friends yg aku pernah jumpa. Thank you ALLAH kerana memberi  rezeki, kesihatan yg baik dan memudahkan perjalanan kami sepanjang berada di sini.

Tip budget :

1. Tiket flight, luggage and meal Rm118.50 (pergi dan balik)
2. Tiket bus KL Sentral to LCCT Rm18 ( pergi dan balik)
3. Tambang taxi from airport KK to Asia city hotel Rm30/2 = Rm15/person
4. Cost hotel and homestay for 3 night is Rm140/person
5. Sewa kereta for 2 days is Rm300/3 = Rm100/person
6. Minyak kereta Rm25/person

Total cost = Rm416.50

KOTA KINABLAU SABAH - Day 3


♥Di suatu pagi di kampung mesilou kundasang♥

Pagi2 lagi kami sudah bangun semata-mata ingin melihat puncak Gunung Kinabalu..kalau terlewat sudah tentu puncak gunung itu di lindungi oleh kabus tebal...walaupun terasa malas dan agak liat sikit untuk bangun tapi kami bangkit juga demi misi yang di angan2 kan sekian lama..wahh..sejuknya air...bisik hati kecil ku.nasib baik water heater menjadi penyelamatku...kalau tidak ada orang yang tidak mandi pada pagi tu...


Kalau ikut kan...kami check out pukul 12 tengahari tapi untuk tidak membazirkan masa kami check out early morning...Gambar di atas menunjukkan segala2nya...matahari yg memancar di pagi hari memberi petanda bahawa segala aktiviti hari ini berjalan dengan lancar (dengan izin NYA)


View yang cantik di awal pagi..di ambil di hadapan homestay kami

Jom kita ke Golf course dulu

Perjalanan ke padang golf memang betul2 menghala ke kaki gunung kinabalu...
Amat cantik dan menakjubkan...sesungguh nya ciptaan ALLAH amat sempurna di mata kita...


Dah sampai...perjalanan tak sampai 10 minit dari homestay kami...tempat ni memang sunyi dan mendamai kan...tiada kedengaran hiruk pikuk kenderaan, bebas daripada gangguan manusia, jauh daripada Kerja2 seharian dan yg penting kami dapat menghirup udara yg segar. Tiada bayaran untuk masuk ke sini...bebas berjalan tapi jangan pijak rumput yer...nanti kena denda...just bergambar jer...jom layannnn...

Ni gambar yg paling cantik aku snap..kalau guna kamera canggih dan di tambah dengan skill...rasanya lagi cantik gambar boleh di ambil di sini....

Aku mengambil kesempatan posing di atas padang golf yg dikelilingi oleh view yg cantik...

"Ambil lah gambar aku yg tengah posing ni
...bagi nampak gunung ye...
tempat ni best and sangat cantik" kata Dolina

Good friends and always tOgether although we far away...


Dan perjalanan seterusnya ialah ke Desa Desa dairy farm iaitu tempat ternakan lembu susu...Dari padang golf mengambil masa hanya 10 minit sahaja untuk sampai ke sini...Sebaik sampai...kami di sajikan dengan keindahan permandangan yg luar biasa...tambah lagi di serikan oleh puncak gunung kinabalu yg jelas dan terang tanpa di lindungi oleh kabus...

wahhh betul2 cantik lah...ngomel ku sendirian. Apa lagi...terus kami buat aktiviti2 mengambil gambar...boleh tak tolong ambil gambar kami bertiga? Gambar tu bagi nampak lembu dan gunung ye? Kami terjah jer sapa2 yg ada kat situ...siap bagi arahan lagi...tak kisah lah asalkan kehendak tercapai...sesunggguhnya aku merasa kagum dengan keindahan ciptaan Tuhan yg Tiada tolok bandingnya..

3 toogles at desa dairy farm kundasang...

cantik gambar ni...i like

"Selamat datang ke desa dairy farm" itu lah kata2 yg ada di signboard sebaik sahaja kita sampai di sini...

Sebahagian lembu ternakan yg ada di sini....


Merenung dan kmemikirkan kemana kita selepas ini....sesungguhnya dunia adalah tempat persinggahan untuk ke akhirat...Niat kami pada awal nya untuk melawat kilang pemprosesan susu lembu secara lebih dekat tetapi hasrat kami terhalang...ketika ini pelawat2 tidak di benarkan masuk kerana "under construction"Kami di benarkan snap gambar dari luar sahaja....hampa dan mengecewakan...itu lah ungkapan yg ada di dalam hati masing2....

Kelihatan kabus semakin menghampiri kami...untuk mengelakkan daripada pedih mata dan sesak nafas...kami meninggalkan dairy farm dengan hati yg terkilan....Tak per..lepas ni kita datang lagi yer...pujuk hati ku...


Jom kita breakfast dulu...hati yang hampa di tenangkan dengan nasi goreng daging Dan teh tarik...kami menjamu selera di restoran Razida yg terdapat di pekan kundasang...nasib baik ambil gambar..kalau tidak confirm aku tak ingat nama restoran ni...

Perjalanan seterusnya ialah balik ke kota kinabalu...sebelum tu kami singgah sekejap di pekan Tamparuli yg terletak dalam daerah tuaran untuk melihat sendiri jambatan gantung  Dan merasai berada di atas jambatan tersebut...ini semua gara2 lagu jambatan tamparuli yg sering aku dengar di corong2 radio...



Perjalanan daripada pekan kundasang ke tempat jambatan gantung ni mengambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit. Terletak betul2 di pekan tamparuli dan menjadi kemudahan kepada penduduk untuk menyeberang sungai yg panjang dan luas...Jom layan je lah gambar ni....

Peluang untuk bergambar di atas jambatan gantung tidak di lepaskan begitu saja...


Kunjungan kami seterusnya ialah ke Rumah Terbalik yg terletak tidak jauh dari jambatan gantung
iaitu kampung telibong, daerah tamparuli. Untuk masuk di kena kan bayaran RM10 untuk dewasa



Sebelum masuk...kami bergambar jap di hadapan pintu masuk rumah terbalik...di dalam sana juga di sediakan restoran, souvenir shop dan kedai kopi tapi semua Di caj dengan harga yg berpatutan..

Ni lah tiket to enter the upside down house...entry fee is rm10 for adult..hanya sekali masuk sahaja...

Dirasmikan pada 9 mac 2013...



Sebelum masuk ke dalam...kami di beri masa 10 minit untuk brgambar di sekitar rumah terbalik...ini kerana group yg sebelum ini masih Lagi ada di dalam rumah trsebut...selagi group trsebut belum keluar selagi tu lah kami tidak di benarkan memasuki nya...so...kami bertiga sempat posing2 dan snap beberapa keping gambar utk tatapan bersama...


Adoiii..berat nya kete ni...jerit zuri kepada aku. Kalau ye pun berat...takkan guna jari jer kot...perli aku padanya...kih..kih..lakonan mesti mantop beb...seloroh zuri pada aku...

ni lah dia yang akan guide kami sekejap lagi...


Kat sini kami di beri taklimat serba sedikit berkenaan rules yg perlu di patuhi semasa berada di dalam...katanya...jangan ambil gambar semasa berada di dalam rumah terbalik kalau tidak akan di dendan rm200 dan jangan sentuh barang2 yg ada di dalam rumah tersebut...gong perlu di ketuk oleh salah seorang daripada kami sebagai tanda penghormatan...kalau tak ketuk tak boleh masuk ker? itu lah pertanyaan yg terus bermain di dalam minda ku...

kagum sekali apabila melihat barang2 yg ada didalam rumah....semuanya terbalik...yg sempat aku lihat ialah kipas siling, sofa, mesin jahit, peti sejuk, meja makan, dapur, kukur kelapa, tong sampah, almari selipar, karpet, katil, almari solek, almari baju dan frame bambar....semuanya berada di kedudukan terbalik...pening aku melihatnya...apa2 pun amat lah berbaloi...

ni pulak kat luar rumah...pasu, jendela rumah dan basikal yg di parking secara terbalik...

Ha..ha..ni pula ampaian terbalik....


Toilet ni berada di luar rumah khas untuk pelancong2 mengambil gambar...kat sini juga terdapat satu kawasan garden yg di reka secara terblik...amat teruja sekejap.

setelah lebih sejam melawat rumah terbalik...kami meneruskan perjalanan ke destinasi yg seterusnya...tapi sebelum tu kita makan dulu...



Kak Nong restaurant menjadi pilihan kami...terletak betul2 di bandar KK dan sentiasa di kunjungi oleh ramai pelanggan2...kami sekadar menghilangkan haus sahaja...untuk makan masing2 masih terasa kekenyangan lagi...aku order oren juice, zuri pulak sirap bandung...dan doli ABC sukaria...apa yg dia suka..tak tau lah...total paid is Rm12... kesemuanya doli yg belanja....thanks dolina...


Seterusnya kami ke pantai Tanjung Aru untuk merehatkan bandan dan makan tengahari plus makan petang...kerana waktu kami makan dalam pukul 3 ptg...hidangan kami kat sini ialah tomyam campur, telor dadar, kailan ikan masin dan air kelapa blended satu gelas yg besar...rasanya boleh tahan lah...mgkin sebab lapar kot...rm37 kami berhabis kat sini ...isk..isk...mahalnya...masa ni hujan lebat...so kami tak dapat meneruskan aktiviti melepak di tepi pantai dan bergambar...hujan yg lebat membuatkan kami menggigil kesejukan...


Oleh kerana hujan lebat...kami hanya round2 bandar KK sahaja ...sempat singgah di pantai tanjung lipat dan shopping di Kompleks borneo yg berdekatan dengan UMS dan pejabat2 kerajaan yg ala2 putrajaya....Akhirnya kami pulang ke hotel apabila waktu sudah menghinjak ke magrib...
lagipun badan Dah separuh letih dan memerlukan rehat yang panjang...